Discover
Rasionalis Ortodoks | Menjunjung Wahyu, Menyanjung Akal | podcast by UMAS
90 Episodes
Reverse
Rancangan Khas sempena bulan Ramadan membawakan tazkirah dan mau'izah berkenaan Ramadan dan Ibrah di sebalik ibadat di bulan Ramadan.
Episod 8 membicarakan tajuk: Hamba Allah, bukan Hamba Ramadan, merenung dan menyimpul segala Ibadat dan usaha kita mencapai Taqwa sepanjang Ramadan di garis penamat bulan yang diberkati ini.
Rancangan Khas Ramadan membicarakan pengajaran dan didikan di sebalik ibadah yang terdapat di bulan mulia ini.
Episod 7 membicarakan didikan dan bimbingan yang terkandung dalam ibadah di 10 malam akhir Ramadan.
Rancangan Khas Ramadan, membicarakan hikmah dan didikan menerusi ibadah di bulan Ramadan.
Episod 6 ini membawakan perbincangan berkaitan persiapan sepatutnya untuk menggapai ganjaran "Lebih Baik Daripada Seribu Bulan".
Rancangan Khas Ramadan, membicarakan isu-isu berkaitan Bulan Ramadan dan peringatan-peringatan di sebalik pengajaran yang diperolehi menerusi Ibadah di Bulan Ramadan.
Episod 5: Menuju Selekoh Akhir membicarakan berkaitan sikap Muslim/mah dalam menuju fasa kedua Ramadan yang menghampiri penghujungnya terutama malam 10 terakhir Ramadan.
Program Khas Ramadan; Madrasah Ramadan Episod 4.
Membicarakan didikan Ramadan untuk kita merealisasikan Tauhid dan Ubudiyah yang ikhlas hanya untuk Allah 'azza wa jalla.
Rancangan Khas Ramadan; Madrasah Ramadan.
Episod 3, membincangkan didikan Ramadan untuk jiwa kita Sabar.
Rancangan Khas sempena Bulan Ramadan; Madrasah Ramadan meneruskan lagi merungkai didikan dan tarbiyah Ilahi di bulan Ramadan. Kali ini berkisar dengan hubungan antara Ramadan sebagai bulan puasa juga bulan yang diturunkan padanya Al Quran; apakah tarbiyah dan didikan yang terkandung dalam hubungan ini? ikuti penjelasannya.
Program Khas Ramadan: Madrasah Ramadan, membawakan perbincangan berkenaan pengajaran dan didikan yang terkandung dalam Ibadah di Bulan Ramadan. Episod 1 membawakan isu: "Supaya Kamu Bertaqwa"
Meneruskan topik peristiwa Hari Kiamat, kali ini, sampailah topik perbincangan kita pada acara terpenting di Mahsyar iaitu: Al Hisab. Hitungan Amalan dan Perbicaraan di hadapan Allah 'azza wa jalla ...
Episod kali ini meneruskan peristiwa yang penting di Hari Kiamat iaitulah Syafaat Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam dan jenis-jenisnya serta perbezaan Syafaat yang dibenarkan dengan Syafaat yang batil lagi Syirik.
Sembang Pagi Jumaat meneruskan penjelasan berkenaan keadaan di Mahsyar iaitu keadaan manusia ketika dihimpunkan di Mahsyar sesuai dengan amalan masing-masing.
Meneruskan perbincangan berkenaan peristiwa dan kejadian di Hari Kiamat, bahagian 2 kali ini menyetuh tentang Mahsyar.
Tajuk kali ini berkenaan peristiwa-peristiwa utama di Hari Kiamat dan dalam siri 1 ini dibincangkan tentang:
1) Tiupan Sangkakala/Nafiri
2) Kebangkitan semula/Hidup semula setelah Mati
Membicarakan dalil-dalil logik daripada AlQuran yang menegaskan bahawa Kiamat adalah Pasti bahkan Mesti berlaku.
Episod akhir bagi perbincangan tanda-tanda besar Hari Kiamat, menghimpunkan perbincangan beberapa tanda besar kiamat yang paling hampir dengan berlakunya Kiamat seperti dimusnahkan Ka'bah dan Keluar Api dari Yaman.
Siri kali ini meneruskan penerangan berkenaan Tanda-tanda besar Kiamat, kali ini berkenaan Yakjuj dan Makjuj.
Perbincangan diteruskan lagi dengan Tanda Besar Kiamat iaitu: Kembalinya Nabi 'Isa alaihis salam ke Bumi.
Siri terakhir membincangkan Dajal. Kita menamatkan siri ini dengan mengenali apakah fitnah/ujian yang akan Allah timpakan kepada manusia menerusi Dajal ini dan apakah petunjuk Nabawi untuk kita melindungi diri daripadanya.
Sembang Pagi Jumaat meneruskan perbicaraan berkenaan Tanda Kiamat Besar berkenaan Dajjal. Episod kali ini menerangkan berkenaan beberapa ciri Dajjal dan menjawab persoalan adakah Ibnu Sayyad itu Dajjal?
Antara peristiwa Akhir Zaman sebelum kemunculan Dajjal Akbar (Besar) adalah keadaan manusia yang hidup dikelilingi pendusta dan penipu, termasuk menggunakan nama Agama. Ikuti perbincangannya dalam episod ke 22 SPJ ini.












kupasan yang sangat menarik.