Discover
No Tapis

No Tapis
Author: Berita Harian
Subscribed: 18Played: 238Subscribe
Share
© 2025 Singapore Press Holdings
Description
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.
Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi.
Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.
517 Episodes
Reverse
Dalam podcast NoTapis kali ini, dua orang belia berkongsi kisah-kisah kuat tentang ketahanan menghadapi cabaran peribadi.Cik Aisha Shamsuddin, 24 tahun menceritakan perjalanan beliau dengan masalah kesihatan mental, termasuk kemurungan dan kecemasan, sambil menjaga ibunya yang sedang berjuang melawan barah buah dada. Sementara itu, Encik Mohammad Shakir Mohd, 26 tahun mengimbas pengalaman beliau mengalami strok semasa tahun kedua, yang membawa kepada pembedahan kecemasan dan pemulihan. Walaupun menghadapi halangan ini, beliau tetap berusaha untuk mengejar pengkhususan dalam Kejuruteraan Bahan dan Sains Nanoteknologi. Bersama-sama, mereka menekankan pentingnya mencari sokongan, memecahkan stigma tentang kesihatan mental, dan membina komuniti yang memahami serta berdaya tahan.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Menurut tinjauan Berita Harian (BH), gaji permulaan sebahagian pekerjaan dalam sektor keagamaan masih kurang $2,000 termasuk untuk siswazah. Apakah isu ini akan terus menjadi pertikaian? See omnystudio.com/listener for privacy information.
Isu gaji asatizah sudah lama dibincangkan, namun menarik lebih banyak perhatian sejak kebelakangan ini. Ada yang menyatakan gaji rendah yang ditawarkan institusi keagamaan buat siswazah universiti Islam tak mahu sertai sektor itu, betul ke? See omnystudio.com/listener for privacy information.
“Biar betul? Bukankah ini kerja orang bukan Islam?”Itulah antara reaksi sesetengah orang tatkala mendapat tahu beliau bekerja sebagai tukang awet mayat. Bagaimanapun, Encik Raja Ashraf Raja Khalif, 37 tahun, tidak tersinggung kerana beliau mengakui pekerjaannya itu lain daripada yang lain dan jarang diceburi orang Islam.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Biasa wartawan yang tanya soalan, sekarang wartawan pula yang kena 'interview'! Sempena ulangtahun BH yang ke-65, #NoTapis bersembang dengan dua wartawan BH, Farid Hamzah dan Natasha Hazirah tentang 'kemunculan' wartawan 2.0...apa tu? See omnystudio.com/listener for privacy information.
Wartawan Harith Mustafa kini berada di Pakistan bersama Mercy Relief dalam menjalankan misi kemanusiaan. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Apa mereka pakai ni? Pereka fesyen tanahair FEAYN mengulas fesyen GVSee omnystudio.com/listener for privacy information.
Dengar ulasan daripada 'vocal coach' Nana KariaSee omnystudio.com/listener for privacy information.
Dengar persiapan Shahdan Sulaiman menjelang perlawanan sengit ini See omnystudio.com/listener for privacy information.
Ada yang hingga tak tau ada liga bola sepak wanita di S'pura, kenapa ya? See omnystudio.com/listener for privacy information.
Reviu minggu kedua Gegar Veganza 2022. See omnystudio.com/listener for privacy information.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Ada yang sudah berada di belebas tingkap atau naik di lantai yang sangat tinggi flat kerana mempunyai niat untuk terjun dan bunuh diri. Ada juga yang terus terang kata mereka berada di tingkat 14 dan mahukan satu sebab untuk terus hidup. Dengarkan perkongsian kakitangan Samaritans of Singapore (SOS) dalam menjawab panggilan 'suicide hotline'. See omnystudio.com/listener for privacy information.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Nishigaya ingin Singa 'belajar untuk menang'. Hassan Sunny pula tak sabar nak capai '100 caps'. Wartawan sukan BH Hakim Yusof berkongsi temu ramah beliau bersama kededuanya. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Budaya ‘woke’ dalam kalangan belia hari ini mendorong mereka untuk lebih berminat kepada politik dek terdedah kepada hal ehwal dunia dan perkara yang berlaku di sekitar mereka, kata pengerusi bersama Biro Ehwal Melayu (MAB) Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.Menurut beliau budaya ‘woke’ atau di mana belia lebih prihatin tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka, terutamanya berkaitan ketidakadilan sosial dan perkauman, juga telah menyumbang kepada golongan itu membincangkan isu berkaitan sosiopolitik.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Isu-isu sensitif seperti diskriminasi- sama ada di tempat kerja atau sebagainya- memerlukan ruang terbuka untuk dibincangkan supaya ia dapat ditangani. Penggiat MAB Muda, Cik Hamidah Aidillah Mustafa dan pengerusi bersama Biro Ehwal Melayu (MAB) Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim membincangkan isu tersebut. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Berdansa atau melakukan aksi mengikut trend. Mungkin bagi mereka yang menyaksikan video TikTok yang dimuat naik akan menyifatkan aksi yang dilakukannya sebagai ‘cringey’ atau mencetuskan rasa meluat.Tetapi bagi Profesor Madya Perhubungan Dan Media Baru di Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Elmie Nekmat usaha tersebut merupakan caranya untuk mendekati golongan belia yang sememangnya gemar dengan sesuatu yang trending atau sedang popular di media sosial terutama di TikTok. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Penangan Mat Kilau memang terasa, bukan sahaja di seberang tambak tapi di Singapura juga. Pesilat negara, Sheik Alau’ddin Yacoob Marican, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi) mengulas kesan Mat Kilau terhadap arena silat. Pensyarah di Kumpulan Akademik (AG) Bahasa dan Kebudayaan Asia (ALC) NIE NTU, Dr Roszalina Rawi pula menerangkan bagaimana kejayaan Mat Kilau mencetus minat dalam masyarakat untuk menyelami kehidupan serta pengorbanan tokoh serta wira Melayu. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Hilang beg, duit di Tanah Suci- mungkin pengalaman yang sering didengar. Tapi, ada juga jemaah ‘hilang’ dibawa lari. Pendek kata memang pelbagai kisah 'pelik tapi benar' pernah berlaku semasa di Tanah Suci. Bekas pegawai misi haji Ustaz Lukmannul Hakeem Ahmad, pendakwah bebas dan pemilik syarikat pelancongan KembaraUstaz.sg, Ustaz Muhammad Fizar Zainal, dan pegawai haji ‘veteran’ Encik Razali Bakri berkongsi pengalaman. See omnystudio.com/listener for privacy information.