Discover
MJ12 Gerun Malam
MJ12 Gerun Malam
Author: Mediacorp
Subscribed: 43Played: 1,345Subscribe
Share
© 2026 Mediacorp
Description
Ria’s most popular radio program is now on podcast! Listen to the most terrifying and spooky catch-up and original stories right here with MJ12 Gerun Malam!
The views and opinions shared during this podcast series are those of the hosts and guests and do not necessarily reflect the views of Mediacorp Pte. Ltd. or its group of companies.
1337 Episodes
Reverse
Seorang ibu berkongsi pengalaman misteri melibatkan anak kembar perempuannya yang sejak kecil sering melihat “sesuatu” yang tidak dapat dilihat orang lain. Dari penampakan makhluk di dalam bilik, bayangan di ruang tamu, hinggalah gangguan yang berlaku di rumah dan tempat lain, kejadian demi kejadian membuatkan si ibu semakin buntu dan risau akan keselamatan anak-anaknya. Walaupun pernah mendapatkan bantuan untuk menutup “hijab” mereka, gangguan itu seolah-olah kembali selepas beberapa tahun. Adakah semuanya sekadar imaginasi kanak-kanak… atau memang ada sesuatu yang mengekori mereka?See omnystudio.com/listener for privacy information.
Sejak kecil, pengirim sering menganggap pesanan orang tua tentang larangan berada di luar rumah atau dalam tandas ketika azan hanyalah sekadar cara menakutkan budak. Namun satu malam ketika azan berkumandang, dia ternampak sepasang kaki hitam seperti terbakar melangkah masuk ke tandas rumahnya… tetapi apabila ibunya memeriksa, tandas itu kosong. Tahun berlalu, dan kejadian aneh itu seakan berulang apabila dia sendiri sudah menjadi seorang ibu. Ketika memandikan anaknya sewaktu azan Maghrib, dia terdengar bunyi orang sujud di dalam rumah, terhidu bau wangi seperti sesuatu dibakar, dan pintu belakang tiba-tiba bergerak sendiri. Walaupun suaminya kemudian muncul seperti biasa, satu persoalan masih menghantui fikirannya hingga hari ini — jika suaminya belum solat ketika itu, siapakah yang sujud di dalam rumah mereka sewaktu azan berkumandang?See omnystudio.com/listener for privacy information.
Sejak berusia enam tahun, Wani sudah melihat dan merasai sesuatu yang tidak mampu dijelaskan. Bayangan ruang merah yang menyeramkan, lengkap dengan bunyi bising yang memekakkan telinga, menghantui zaman kecilnya sehinggalah satu kuliah tauhid membuka sedikit jawapan tentang alam yang tidak terlihat manusia. Namun pengalaman paling menakutkan berlaku ketika menyertai aktiviti perkhemahan di Gua Tempurung pada tahun 1997. Di tengah hutan yang sunyi, bunyi seperti kain basah dikibas bergema di atas kepala mereka, disusuli gelak tawa mengilai seorang wanita yang berlegar-legar mengelilingi unggun api. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Zalikha berkongsi pengalaman misteri yang berlaku ketika dia di Tingkatan 2, di sebuah sekolah berasrama yang terletak di atas bukit dan berhampiran hutan. Segalanya bermula dengan jeritan seorang pelajar yang cuba terjun dari tingkat tiga… sebelum insiden itu merebak menjadi histeria besar-besaran melibatkan ramai pelajar dalam satu hari yang sama. Lebih meremangkan, ada pihak yang mendakwa wujud “perjanjian” lama yang telah tamat tempoh — dan perlu diperbaharui. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Lamaran Tujuh Malam mengisahkan pengalaman menyeramkan Liyana selepas dia didatangi seorang lelaki misteri dalam mimpi selama tujuh malam berturut-turut. Setiap kali lamaran itu ditolak, lelaki berwajah seperti putera Arab itu kembali… sehinggalah pada malam ketujuh dia memberi amaran agar rahsia tersebut tidak diceritakan kepada sesiapa. Adakah itu sekadar mimpi… atau lamaran dari alam lain yang benar-benar menuntut jawapan?See omnystudio.com/listener for privacy information.
Z berkongsi pengalaman seram yang berlaku pada tahun 2013, ketika keluarganya menyewakan sebahagian rumah kepada seorang wanita yang sangat baik dan peramah, dikenali sebagai Kak Teri. Segalanya kelihatan normal sehinggalah satu malam, ketika Z masuk ke rumah jiran itu untuk membuka lampu selepas Maghrib, dia terlihat satu susuk putih tinggi berdiri di pintu dapur. Siapakah sebenarnya “penghuni” yang muncul setiap kali Maghrib menjelang? Dan apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik rumah jiran sebelah itu? Sebuah kisah yang masih menghantui Z hingga ke hari ini.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Sahabat Baik Ibu mengisahkan pengalaman Nuawarah apabila kebahagiaan keluarganya mula musnah selepas ibunya jatuh sakit secara misteri. Pemeriksaan hospital tidak menemui sebarang penyakit, sehinggalah ikhtiar secara tradisional mendedahkan kebenaran yang sangat menyakitkan/ Orang yang yang dengki itu rupa-rupanya seseorang yang paling dipercayai.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Seorang pelajar perempuan berkongsi pengalaman ngeri ketika menyambung pengajian di Kuala Lumpur. Bermula dengan gangguan aneh di hostel, perubahan fizikal yang mendadak, hingga satu malam dia rebah dan dirasuk sesuatu yang hampir meragut nyawanya. Dalam sesi ruqyah, satu suara misteri mengaku dihantar untuk “membunuh”. Apa yang berlaku selepas itu mengubah hidupnya selama-lamanya, termasuk kehilangan memori dan pemergian sahabat yang paling banyak membantunya. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Zara mula mengalami perubahan pelik selepas bertunang. Wajahnya tiba-tiba merah, pedih dan bengkak tanpa sebab perubatan yang jelas. Walaupun pulih selepas berubat, gangguan semakin menjadi apabila dia mula melihat kelibat misteri, mendengar suara memanggil namanya, serta mengalami kejadian aneh di rumah. Zara akhirnya mengetahui semua ini berpunca daripada penyakit ain dan hasad dengki orang terdekat.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Rumah Baru Makcik mengisahkan pengalaman Sha ketika bermalam di rumah baru mak saudaranya yang terletak jauh di kawasan kebun dan hutan. Malam pertama yang sepatutnya penuh kegembiraan bertukar menjadi detik mencemaskan apabila sepupunya yang memiliki ‘sixth sense’ terlihat kelibat wanita berambut panjang dan seorang kanak-kanak misteri di dalam bilik tidur mereka.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Selepas mengalami gangguan misteri akibat penampakan Pontianak, Marwan dibawa keluarganya bertemu seorang perawat dikenali sebagai Tok Sik. Namun sesi rawatan itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila rumah tersebut dipenuhi aura gelap, bau busuk, dan kejadian di luar logik. Marwan mula hilang kawalan diri, berkata-kata tanpa sedar, sementara rahsia lama terbongkar satu demi satu. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Sejak kecil, Marwan tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah akibat satu pagi yang sunyi dan penuh tanda tanya. Bermula dengan kejadian aneh di rumah penjaga yang disangka biasa, gangguan demi gangguan berlaku pada siang hari tanpa sebab yang jelas. Namun segalanya memuncak apabila Marwan ditinggalkan sendirian di sebuah rumah yang sepatutnya kosong, lalu berhadapan dengan satu penampakan yang mengubah hidupnya selamanya. Sehingga hari ini, Marwan masih tertanya-tanya… siapakah sebenarnya yang menemaninya pagi itu?See omnystudio.com/listener for privacy information.
Kisah Nurse Nora mengisahkan pengalaman sebenar seorang jururawat senior yang terkenal dengan sikap tegas dan dingin. Di sebalik wajah garangnya, tersembunyi satu tragedi hitam yang bermula daripada kemasukan seorang pesakit tua misteri ke wad hospital pada lewat malam. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Beri Salam mengisahkan pengalaman seram Ikram ketika masih di bangku sekolah rendah, selepas keluarganya berpindah ke sebuah kuarters guru di pedalaman Pahang. Pada malam pertama di rumah bernombor 9 itu, pelbagai gangguan aneh mula berlaku. Dari kelibat di tingkap, ketukan tanpa salam, hingga bunyi cakar di dinding dan atap. Dalam kegelapan malam dan hujan yang turun, rahsia sebenar rumah itu akhirnya terbongkar.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Sebuah rumah pusaka Felda yang sunyi di hujung ladang sawit menjadi tempat tinggal Aiman sekeluarga selepas ayahnya pencen. Dari kematian pakngah, gangguan makhluk besar berbulu, sehinggalah gambar-gambar yang dipenuhi penampakan, mula menuntut balasan. Apa yang bermula sebagai pindah biasa akhirnya berubah menjadi pengalaman seram yang memaksa mereka meninggalkan rumah itu.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Sebuah trip event syarikat di Johor bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dua rakan sekerja Nurul tiba-tiba dirasuk di sebuah homestay lama yang terasa “berpenghuni”. Bermula dengan gurauan tanpa batas, malam itu menjadi kelam-kabut apabila satu demi satu dirasuk, mengamuk dan bercakap dengan suara yang bukan milik mereka. Namun kebenaran paling menyeramkan hanya terbongkar selepas rawatan dilakukan — ada yang bukan sekadar dirasuk, tetapi sudah lama hidup sebati dengan saka.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Satu malam di kolej kediaman, Nor, seorang JPK KerohaniaN, dipanggil untuk membantu seorang pelajar yang dirasuk. Apa yang disangka gangguan biasa, rupa-rupanya satu perbuatan santau Bomoh Siam yang datang berulang kali, mengikut kehendak si pengamalnya. Tanpa perlindungan diri yang sempurna, Nor terperangkap dalam satu malam panjang penuh jeritan, mantera, dan tenaga yang terasa “berat” hingga ke hari ini.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Balik Pulau di Pulau Pinang adalah laluan bukit yang biasa dilalui, terkenal dengan pemandangan malam. Tapi bagi Rizlan, jalan yang kelihatan biasa ini menyimpan cerita yang tak pernah “kosong”. Dari kisah orang lama di jalan bukit lama, pengalaman sendiri di bukit baru, sehinggalah kejadian sesat berulang kali di Bukit Teluk Bahang, setiap perjalanan malam meninggalkan rasa berat yang sukar dijelaskan.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Seorang fresh graduate ditempatkan di rumah sewa kosong semasa outstation di Kelantan. Setiap malam, ada “sesuatu” berdiri di hujung katilnya. Bunyi asah pisau, ketawa hilaian, dan satu makhluk hitam bermata merah akhirnya muncul… dengan satu tujuan.. mengeluarkannya dari Islam. Rumah ini bukan kosong. Ia berpenghuni.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Seorang pelajar sekolah teknik berkongsi pengalaman ngeri ketika tinggal di asrama yang menyimpan rahsia gelap. Bermula dengan pesanan senior supaya menjaga mulut dan menjauhi bilik-bilik berkunci, gangguan aneh mula berlaku apabila seorang pelajar hilang dan ditemui dalam keadaan tidak masuk akal. Dari kelibat makhluk tanpa kepala yang muncul di tengah malam, sehinggalah terbongkarnya tragedi lama di dorm terlarang, kisah ini menjadi peringatan bahawa ada tempat dan kata-kata yang tidak sepatutnya dipandang ringan.See omnystudio.com/listener for privacy information.




