DiscoverWarna 942 Firman Dan Sabda
Warna 942 Firman Dan Sabda
Claim Ownership

Warna 942 Firman Dan Sabda

Author: Mediacorp

Subscribed: 4Played: 81
Share

Description

Dengar kembali dan ikuti bacaan surah-surah oleh Qari & Qariah terpilih serta ceramah oleh para asatizah berkenaan topik-topik bermanfaat lagi relevan dalam program Firman Dan Sabda di Mediacorp Warna 942, yang kini boleh didapati di podcast Firman Dan Sabda di Spotify & melisten!  


The views and opinions shared during this podcast series are those of the hosts and guests and do not necessarily reflect the views of Mediacorp Pte. Ltd. or its group of companies.

1267 Episodes
Reverse
Dengarkan bacaan daripada Surah Ar-Ra‘d, ayat 35 hingga 42, yang akan diperdengarkan oleh qari tempatan kita, Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan dan Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid Al Khair.  Ceramah -  “Pilih Jalan Iman: Yakin pada Janji dan Ketetapan Allah SWT.” Sebuah renungan yang mengingatkan kita bahawa jalan iman tidak sentiasa mudah, namun ia sentiasa benar. Walau penuh ujian dan liku, yakinlah — setiap kesabaran tidak pernah terlepas daripada perhatian Allah, dan setiap air mata yang jatuh kerana-Nya pasti bernilai di sisi-ya.  Sesungguhnya, janji Allah kepada hamba yang beriman dan bertawakal adalah pasti, benar dan tidak pernah dimungkiri.Ceramah ini akan disampaikan oleh yang berbahagia Ustaz Zubair Redza, seorang penceramah bebas.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Kita hayati bacaan i Surah Ar- Ra’ad ayat 19 hingga 28, dibacakan oleh qari tempatan yang bersuara merdu, Ustaz Muhammad Zul Fadhli Abdul Razak Al-Hafiz, Imam Kanan Masjid Sultan.  Ceramah - "Jauhi Syirik, Teguhkan Amanah sebagai Pemegang Al-Quran" Sebuah renungan suci agar kita tidak sekadar membaca Al-Quran, tetapi menghayati dan menghidupkan nilai-nilainya dalam setiap detik kehidupan. Bersama Ustaz Md Faheem Abdul Khalil, Pengurus Masjid Al-Khair & Ketua Darul Tafsir.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Kita ikuti bacaan Surah Ar-Ra‘ad, ayat 19 hingga 28, dibawakan oleh Qari Ustaz Muhammad Zul Fadhli Abdul Razak Al-Hafiz, Imam Kanan dari Masjid Sultan.  Ceramah - “Teguhkan Janji dengan Allah, Pelihara Hubungan Sesama Manusia.”  Bersama Ustaz Md Faheem  Abdul Khalil , kita diingatkan bahawa janji kepada Allah adalah tanda keimanan, sementara janji sesama manusia adalah amanah dan kejujuran. Menjaga janji kecil mencerminkan keimanan yang besar dan memelihara hubungan dengan manusia membantu memelihara hubungan kita dengan Allah SWT. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Ikuti bacaan suci Surah Ar-Ra‘ad, ayat 14 hingga 18, dibawakan oleh Qari Ustaz Muhammad Zul Fadhli Abdul Razak Al-Hafiz, Imam Kanan, Masjid Sultan.  Ceramah - “Pilih Allah sebagai Pelindung Sebenar, Bukan Makhluk.”  Bersama Ustaz Haron Hassan, kita diingatkan bahawa manusia hanya mampu  menolong sebatas kudratnya, sementara perlindungan Allah tiada batas. Bergantung kepada-Nya menjadikan hati tenang, dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah dalam setiap urusan adalah jalan keberkatan sejati. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Kita ikuti bacaan  Surah Ar-Ra‘ad, ayat 6 hingga 13, yang akan dialunkan oleh Qari Ustaz Muhammad Zul Fadhli Abdul Razak Al-Hafiz, Imam Kanan, Masjid Sultan.  Bersama Ustaz Haron  Hassan, kita diingatkan bahawa keikhlasan dan istiqamah dalam setiap perubahan diri lebih penting daripada kesempurnaan. Setiap langkah menuju kebaikan sangat dihargai di sisi Allah, dan Allah sentiasa memerhatikan kita. Kini kita selami ceramah bertajuk “Ubah Diri Ke Arah Kebaikan dan Yakin Allah Sentiasa Mengawasi.” See omnystudio.com/listener for privacy information.
kita akan mulakan rancangan ini dengan bacaan suci Surah Ar-Ra‘ad, ayat 1 hingga 5, dialunkan oleh Qari Ustaz Muhammad Zul Fadhli Abdul Razak Al-Hafiz, Imam Kanan dari Masjid Sultan. Ceramah - “Renungilah Ciptaan Allah, Tanda Kekuasaan-Nya di Sekeliling Kita.”  Bersama Ustaz Haron Hassan  kita diajak meneliti langit, hujan, laut dan kehidupan di bumi — sebagai seruan Ilahi agar kita mengenal Allah dengan lebih dekat, menumbuhkan iman yang kukuh dan rasa syukur yang semakin mendalam.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Ikuti bacaan suci Surah Yusuf, ayat 104 hingga 111, dialunkan oleh Qari Ustaz Muhammad Zul Fadhli Abdul Razak Al-Hafiz, Imam Kanan dari Masjid Sultan.  Bersama Ustazah Masayu  Mashitah  kita akan menyingkap pengajaran bahawa iri hati dan  perpecahan hanya melahirkan penyesalan, manakala pengampunan dan kesatuan adalah kekuatan sebenar yang memelihara kasih dalam keluarga dan masyarakat. Tazkirah berikut ini bertajuk “Ambil Iktibar Dari Kisah Yusuf AS, Teguhkan Iman dan Elakkan Permusuhan.” See omnystudio.com/listener for privacy information.
Ikuti bacaan ayat suci Al Quran, Surah Yusuf, ayat 96 hingga 103, yg akan disampaikan  oleh Qari Ustaz Muhammad Zul Fadhli Abdul Razak Al-Hafiz, Imam Kanan dari Masjid Sultan. Kita akan menyelami tazkirah  bertajuk “Yakinlah, Di Sebalik Ujian Ada Kenaikan Darjat.” Bersama  yang berwibawa Ustazah Masayu Mashitah, kita akan merenung betapa setiap ujian adalah tangga untuk mendekatkan diri kepada Allah — bukan sekadar beban, tetapi proses penyucian jiwa yang membawa kepada kemuliaan hakiki. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Ikuti bacaan  Surah Yusuf, ayat 87 hingga 95, dibawakan oleh qari tempatan Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan dan Pakar Hal Agama di Masjid Al Khair.  Kita akan menyelami tazkirah bertajuk “Maafkan Dengan Hati yang Ikhlas, Seperti Yusuf AS Memaafkan Saudaranya.” Bersama Ustazah Masayu Mashitah, kita akan mengupas bahawa memaafkan bukan tanda kelemahan, tetapi kekuatan jiwa yang tinggi — seperti teladan Nabi Yusuf AS yang memilih keampunan melebihi kemenangan. See omnystudio.com/listener for privacy information.
Ikuti bacaan surah Yusuf, ayat 79 hingga 86, dibacakan oleh qari tempatan, Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan dan Pakar Hal Agama di Masjid Al Khair.Ceramah motivasi  bertajuk “Bersabarlah Dengan Indah, Adukan Segala Duka Hanya Kepada Allah.” Bersama yang berbahagia Ustaz Mustazah Bahari, kita akan mendalami erti sabar yang bukan sekadar pasrah tanpa usaha, tetapi menyerahkan segala keluh kesah kepada Allah — sebagaimana teladan mulia yang ditunjukkan oleh Nabi Yusuf AS.   See omnystudio.com/listener for privacy information.
Ikuti bacaan ayat suci Surah Yusuf, ayat 70 hingga 78,  oleh Qari tempatan, Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan dan Pakar Hal Agama di Masjid Al Khair. Sekmen ceramah berikut ini, akan menyingkap hikmah bahawa kepintaran dan ilmu adalah anugerah Allah untuk membina kebaikan kepada insan, bukan untuk memperdaya orang lain, terutama dalam dunia pekerjaan dan perniagaan. Bersama yang berbahagia Ustaz Mustazah Bahari, Konsultant dan Ketua Penyelidik Darul Tafsir, kita ikuti pencerahan selanjutnya dengan topik  — “Gunakan Kebijaksanaan Dengan Jujur, Bukan Untuk Menipu.”  See omnystudio.com/listener for privacy information.
Para pendengar yang dirahmati, tema ceramah kita hari ini ialah: “Tawakal Dengan Penuh Keyakinan, Bukan Sekadar Ucapan”. Bersama Ustaz Mustazah Bahari, Konsultant dan Ketua Penyelidik Darul Tafsir, kita akan menyelami bagaimana tawakal bukan alasan untuk tidak berusaha, melainkan ketenangan hati selepas melakukan segala usaha dengan sepenuh keikhlasan.  Bacaan dari Surah Yusuf, ayat 64-69, disampaikan oleh qari tempatan, Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan dan Pakar Hal Agama, Masjid Al Khair, See omnystudio.com/listener for privacy information.
Para pendengar yang dikasihi, tema ceramah kita hari ini ialah “Urus Amanah Dengan Bijaksana dan Hati Yang Bersih”.  Bersama Ustaz Mustazah Bahari, Konsultant dan Ketua Penyelidik Darul Tafsir, kita akan menyelami hakikat amanah sebagai ujian kejujuran, bukan sekadar tanggungjawab duniawi.  Bacaan surah  Yusuf, ayat 53-63 disampaikan oleh Ustaz Abdul Hadi Jamil , Imam Kanan dan Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid Alkhair.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Topik ceramah: Bekerjalah Dengan Amanah dan Integriti Walau Tiada Siapa Melihat Seorang mukmin sejati bekerja dengan keikhlasan kerana sedar bahawa Allah sentiasa memerhati. Walaupun tiada manusia yang menilai, setiap usaha dan tanggungjawab adalah amanah yang akandipersoalkan di akhirat. Integriti bukan untuk orang lain melihat, tetapi tanda iman yang hidup dalam diri. Ceramah disampaikan Ustaz Mustazah Bahari. Bacaan surah Surah Yusuf, ayat 44-52 disampaikan oleh Ustaz Abdul Hadi Jamil , Imam Kanan dan Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid Alkhair.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Topik ceramah: Syukuri Nikmat Iman dan Gunakan Ilmu Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah Ilmu tanpa iman boleh membawa kepada kesesatan, manakala iman tanpa ilmu boleh membawa kepada kejumudan. Syukuri nikmat ilmu dan gunakanlah ia untuk mengenal Allah dengan lebih mendalam. Setiap pengetahuan sepatutnya menambah rasa kagum terhadap kebijaksanaan dan kekuasaan-Nya. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mustazah Bahari. Bacaan surah Yusuf, ayat 38-43 disampaikan oleh Ustaz Abdul Hadi Jamil , Imam Kanan dan Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid AlkhairSee omnystudio.com/listener for privacy information.
Topik ceramah: Utamakan Iman Walau Terpaksa Menanggung Kesusahan Dalam dunia yang semakin mementingkan keuntungan dan kemewahan, berpegang pada iman sering kali menuntut pengorbanan. Namun, orang beriman tahu bahawa reda Allah lebih bernilai daripada pujian manusia. Kesusahan sementara di dunia tidak seberapa dibandingkan ketenangan yang Allah berikan kepada hati yang teguh mempertahankan iman. Ceramah oleh Ustaz Mustazah Bahari , Konsultant Dan Ketua Penyelidik, Darul Tafsir. Bacaan surah Yusuf, ayat 31-37 disampaikan oleh qari Ustaz Abdul Hadi Jamil Imam Kanandan Pakar Hal Ehwal Agama Masjid Al Khair.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Ayuh sama2 kita hayati bacaan sambungan Surah Yusuf, ayat 23 hingga 30, yang akan diperdengarkan oleh Qari Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan serta Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid Alkhair.  “Peliharalah diri daripada maksiat dengan iman dan tawakal.” marilah kita ikuti kupasan dan pencerahan lanjut daripada Yang Berbahagia Ustaz Khairul Zaman, Penolong Ketua Darul Tafsir.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Ikuti kini bacaan sambungan Surah Yusuf, ayat 15 hingga 22, yang akan diperdengarkan oleh Qari Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan merangkap Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid Alkhair.  “Bersabarlah dengan takdir, kerana rancangan Allah pasti lebih baik.” Sejauh manakah kita meletakkan keyakinan terhadap aturan dan ketentuan Allah dalam kehidupan seharian? Untuk menjawab persoalan ini, marilah kita dengarkan pencerahan daripada Yang Berbahagia Ustaz Khairul Zaman.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Bersama kita mendengar kalam2 Allah, dengan  bacaan ayat2 suci AlQuran sambungan Surah Yusuf, ayat 5-14 yg akan 7dialunkan oleh Qari Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan dan Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid Alkhair. “Memupuk Kasih Sayang di Antara Anak2 Kita” merupakan satu topik yang amat dekat di hati kita semua. Untuk itu, marilah kita ikuti kupasan dan pencerahan daripada Yang Berbahagia Ustaz Khairul Zaman, Penolong Ketua Darul Tafsir.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Bersama kita mendengar kalam2 Allah, dengan  bacaan ayat2 suci AlQuran sambungan Surah Yusuf, ayat 5-14 yg akan 7dialunkan oleh Qari Ustaz Abdul Hadi Jamil, Imam Kanan dan Pakar Hal Ehwal Agama, Masjid Alkhair. “Memupuk Kasih Sayang di Antara Anak2 Kita” merupakan satu topik yang amat dekat di hati kita semua. Untuk itu, marilah kita ikuti kupasan dan pencerahan daripada Yang Berbahagia Ustaz Khairul Zaman, Penolong Ketua Darul Tafsir.   See omnystudio.com/listener for privacy information.
loading
Comments 
loading