DiscoverTanyalah Ustaz
Tanyalah Ustaz
Claim Ownership

Tanyalah Ustaz

Author: Audio+

Subscribed: 159Played: 415
Share

Description

Merungkai segala persoalan kehidupan seorang muslim dalam Tanyalah Ustaz. Biar tahu, Jangan Keliru
33 Episodes
Reverse
Topik yang sangat dekat dengan kehidupan kita hari ini — Adab Online, Akhlak Offline. Bersama hos Ahmad Fuad Mokhtar serta tetamu jemputan Ustaz Mohd Elyas Ismail dan content creator Slurpee Crank, episod ini mengupas pelbagai isu dunia digital seperti komen beremosi, penggunaan akaun palsu, siber buli, rage bait content, jual beli online, serta penggunaan headline sensasi yang boleh mempengaruhi persepsi dan mengelirukan pembaca. Dalam dunia yang semuanya di hujung jari, adakah akhlak kita di alam maya sama seperti di dunia sebenar? 🤔 Tonton sekarang dan sama-sama kita fahami batas serta adab sebagai pengguna media sosial.
Hos Izzhar Nazri bersama Ustaz Dato’ Mohammad Kazim Elias (DUKE) dan Helmi Zamdurrani membincangkan isu sihir, pengalaman menjadi mangsa sihir, tanda gangguan jin, pantang larang, medium sihir moden, serta kaitan teknologi dan obses gaming. Kupasan ringkas dan padat tentang realiti sebenar sihir. Tonton sekarang!
Apa sebenarnya yang perlu kita lakukan saat berlaku kematian di rumah? Siapa perlu dihubungi dahulu? Apa prosedurnya? Dan bagaimana memastikan semuanya diuruskan dengan tertib dan mengikut syariat? Dalam episod ini, hos Ahmad Fuad Mokhtar berbual santai namun penuh makna bersama Ustaz Lutfi Razali dan Pn. Hajah Nor Aidora tentang pengalaman sebenar menguruskan jenazah. Perbincangan ini bukan sekadar teori, tetapi perkongsian praktikal yang membuka mata. Daripada langkah pertama yang perlu diambil, pengurusan dokumentasi, sehinggalah adab dan tanggungjawab ahli keluarga. Semuanya dikupas dengan jelas dan mudah difahami. Episod ini mengajak kita untuk belajar daripada kematian, supaya apabila tiba waktunya, kita tidak panik, tidak keliru dan lebih bersedia dari segi ilmu serta emosi. #BTJK
Hos Izzhar Nazri bersama panelis Ustaz Haji Ahmad Husni Abd Rahman & Haji Hushim bin Haji Salleh membongkar pelbagai isu dosa dalam rumah tangga, isu kahwin-cerai, dan campur tangan keluarga. Rujuk panduan, hikmah, dan cara Islam untuk memastikan rumah tangga anda harmoni!
loading
Comments 
loading