DiscoverKhabarnya Podcast
Khabarnya Podcast
Claim Ownership

Khabarnya Podcast

Author: Khabarnya Podcast

Subscribed: 89Played: 559
Share

Description

Intro kepada podcast Khabarnya bersama pengarang veteran, Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman.

Perjalanan bermula disini.
121 Episodes
Reverse
Dengarkan perbincangan episod ke-45 bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Che GuBard, meneruskan perbincangan pendedahan skandal ATM, susulan beberapa tangkapan dan rampasan yang dilaporkan berlaku dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.Dalam episod ini, tumpuan beralih kepada bagaimana satu skandal mula terbongkar bukan melalui siasatan rasmi, tetapi akibat kecuaian dalaman, termasuk dakwaan gambar yang diambil oleh teman wanita berusia 26 tahun di sebuah safehouse, yang akhirnya membuka rentetan persoalan tentang kebocoran, perlindungan kartel dan bagaimana kuasa sebenar beroperasi di sebalik tabir.Perbincangan ini turut mengaitkan pendedahan tersebut dengan Ops Jebat, satu isyarat bahawa apabila kuasa disalah guna dan kartel dilindungi, rakyat akan bangkit berpegang pada prinsip lama: raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.
Dengarkan perbincangan episod ke-44 bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Che GuBard, yang meneruskan pendedahan skandal ATM di fasa Ops Hiroshima yang bakal didedahkan selasa ini. Dalam episod ini, tumpuan diberikan kepada Ops Hiroshima — satu pendedahan yang mengangkat kebimbangan serius berkaitan perolehan pertahanan, keputusan kritikal, dan implikasinya terhadap keselamatan negara. Perbincangan ini memberi konteks bagaimana rangkaian pendedahan ini bermula, mengapa ia digerakkan, dan kenapa isu ini kini menjadi perhatian ramai. Ini bukan soal menjatuhkan institusi.Ini soal akauntabiliti.
Dengarkan perbincangan episod ke-43 bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Peguam, Rafique Rashid sebagai hos interim serta tetamu Albert Tei, usahawan berusia 37 tahun, meneruskan kisah pendedahan episod sebelumnya.Dalam episod ini, Albert mengulas harga yang perlu dibayar selepas pendedahan dibuat. Daripada tekanan berterusan, dakwaan layanan dua darjat dalam siasatan sehinggalah kesan langsung terhadap keselamatan dan kesejahteraan keluarganya. Perbincangan ini membawa perbualan ke tahap seterusnya: apabila seseorang memilih untuk melawan sistem, sejauh mana masyarakat bersedia berdiri bersama dan apakah harga yang sanggup dibayar demi kebenaran? #Khabarnya #KhabarnyaEP43#AlbertTei #PolitikMalaysia #EksposRasuah #RasuahSabah #SPRM #Whistleblower #Penguatkuasaan #Reformasi
Dengarkan perbincangan episode ke-41 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Arnaz M. Khairul, wartawan sukan veteran dengan lebih 20 tahun pengalaman, membincangkan isu hangat dunia sukan negara. Beliau mengupas isu polisi “Tiada Sasaran Pingat”, data & trend prestasi atlet Malaysia, FAM, FIFA, kontroversi pemain naturalisasi dan banyak lagi.
Dengarkan perbincangan episod ke-40 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu P. Waytha Moorthy, bekas Menteri Perpaduan yang membincangkan aspek perundangan dan kenegaraan di sebalik perjanjian timbal balas Malaysia–Amerika. Beliau menjelaskan bagaimana proses perjanjian ini sepatutnya melalui empat peringkat perlembagaan, mengapa tandatangan eksekutif tanpa melibatkan kerajaan negeri boleh dianggap sebagai tindakan yang membolot kuasa persekutuan, serta implikasinya terhadap kedaulatan ekonomi, keselamatan negara dan hak negeri.#KhabarnyaEP40#WaythaMoorthy#PolitikMalaysia#PerjanjianAmerika#KedaulatanNegara#KuasaNegeri#PerlembagaanMalaysia#EkonomiMalaysia#HalalMalaysia#RegulatoryDeal#MalaysiaUSDeal#PenjajahanAlaBaharu
Dengarkan perbincangan mendalam dalam episod ke-39 bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu jemputan Prof. Madya Dr. Asyaari Muhamad, Pengarah ATMA, UKM. Episod ini membongkar dunia arkeologi maritim di tanah air dan apa yang membezakan kajian laut daripada arkeologi darat.Penemuan kapal bersejarah di Melaka baru-baru ini membuka ruang perdebatan baru, adakah ini bukti kukuh bahawa Kesultanan Melayu Melaka benar-benar sebuah empayar maritim terunggul? Atau adakah ia akan merombak semula naratif sejarah yang kita kenali selama ini?Sertai kami dalam perbincangan eksklusif ini, penuh fakta, analisis mendalam, dan kemungkinan baharu yang bakal mengubah pemahaman kita tentang tamadun Melayu.#Khabarnya #KhabarnyaEP39 #Melaka #SejarahMelaka #KesultananMelayuMelaka #ArkeologiMaritim #ATMA #UKM #SejarahMelayu #TamadunMelayu #PenemuanKapalMelaka #KapalMelaka #ArkeologiMalaysia #MaritimeArchaeology #HistoryDiscussion #DocumentaryMalaysia #MelakaHistory #EmpayarMelayu #SejarahNusantara #MalaysiaHeritage #MalayCivilization #Nusantara #Sejarah #PodcastMalaysia #DiskusiSejarah #KapalPurba #WarisanMelayu #SejarahKapal #Arkeologi
Dengarkan perbincangan episod ke-34 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Prof. Dr. Datuk Teo Kok Seong — intelektual pendidikan yang lantang memperjuangkan isu bahasa, jati diri dan dasar nasional.Mereka membincangkan integrasi dan asimilasi dalam sistem pendidikan, kekeliruan bahasa dan identiti kebangsaan serta politik kaum dalam konteks Malaysia moden.#KhabarnyaEP34 #TeoKokSeong #PolitikMalaysia #SekolahVernakular #IntegrasiVsAsimilasi #IdentitiKaum #BahasaMelayu
Dengarkan perbincangan episod ke-32 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Wong Siew Mun, Ketua Pemuda MCA Pahang.Beliau berkongsi kisah sebagai perintis wanita dalam Pemuda MCA, kontroversi isu data rakyat, dan peranan MCA dalam landskap politik semasa.#KhabarnyaEP32 #WongSiewMun #PemudaMCA #PolitikMalaysia #IsuDataRakyat #IsuSemasa
Dengarkan episod ke-30 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Jocelyn Lizawati Urus, aktivis sosial dan Timbalan Presiden Parti Suara Anak Sabah.Episod ini menampilkan pengumuman eksklusif peralihan Jocelyn ke arena politik.Kami membahas bagaimana dia bermula sebagai aktivis solo sejak 2021, kronologi dan impak kes adik Zara yang tular, serta motivasi menubuhkan dan berkhidmat melalui Parti Suara Anak Sabah.
Dengarkan episod ke-27 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu YB Dr. Afif Bahardin, ADUN Taman Medan. Mereka membincangkan pencalonan pertama beliau di Seberang Jaya, jurang kadar kemiskinan bandar dan penyebaran strategik warga bandar.
Dengarkan perbincangan episode ke-26 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman menemubual tetamu jemputan seorang aktivis politik, Encik Badrul Hisham Shaharin (Chegubard). Mereka menyelami mengapa beliau ditahan selepas mengikuti himpunan Turun Anwar, semangat generasi baru reformasi dan konsep Mahkamah Rakyat di seluruh dunia.
Dengarkan perbincangan episode ke-25 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman menemubual tetamu kontroversial, Hizatul Isham bin Abdul Jalil atau lebih dikenali dengan nama Isham Jalil. Mereka menyelami mengenai latar belakang beliau dalam politik, akar umbi UMNO, keadaan ekonomi dan hutang negara. Adakah suara beliau didengari? Tonton sampai habis untuk ketahui lebih lanjut!
Dengarkan perbincangan episode ke-24 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, menemubual YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin.Mereka menyelami peralihan parti dari UMNO ke Bersatu, kontroversi BlackRock dalam projek MHB, dan keberkesanan PAC sebagai tubuh pendesak politik rakyat.#Khabarnya #MasErmieyati #Bersatu #isusemasa #PolitikMalaysia #PeralihanParti #BlackRockMHB #KuasaKonsensus
Dengarkan perbincangan khas sempena hari jadi ke 100 Tun Dr Mahathir Mohamad dalam episode ke-23 ini.Dibawa oleh pengarang veteran Shamsul Akmar dan host interim, Ahmed Thaqif menemubual Sufi Yusoff, pegawai khas kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.Kami membincangkan disiplin kerja seorang lagenda, kepimpinan semasa krisis kewangan 1998, wawasan antarabangsa (dari Langkawi ke Antartika) dan banyak lagi.*Episod ini dirakam pada 9 Julai 2025#KhabarnyaEP23 #SufiYusoff#TunMahathir100 #PolitikMalaysia#DisiplinKerja #Krisis1998 #PolitikMultiras
Dengarkan perbincangan episod ke-22 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu aktivis politik, Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan. Mereka menyelami penahanan SOSMA akibat penentangan awal 1MDB, pengalaman akar umbi Parlimen Jasin, dan kritikan tajam terhadap kerajaan ‘syok sendiri’.Seruan himpunan demonstrasi pada 26 Julai turut dibuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.#Khabarnya#SOSMA #TurunPadangJasin#KerajaanSyokSendiri #SST#Demo26Julai #PolitikMalaysia
Dengarkan perbincangan episode ke-21 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Waytha Moorthy. Mereka menyelami penubuhan Parti Kemajuan Malaysia untuk membela nasib masyarakat India miskin, krisis perlantikan dalam badan kehakiman, dan kebocoran laporan polis yang menggugat integriti sistem keadilan.#KhabarnyaEP21 #WaythaMoorthy#HINDRAF#PartiKemajuanMalaysia #KrisisKehakiman #LaporanPolisSuruhanjaya#PolitikMalaysia
Dengarkan episod ke-20 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta dengan kehadiran semula, Affendy bin Zainan a.k.a Jebat Derhaka sebagai tetamu undangan.Mereka menyelami wabak ketidaksatuan Melayu, kekecewaan terhadap kepimpinan PMX, dan desakan wajah baharu dalam dunia kepimpinan politik.*Episod ini dirakam pada 18 Jun 2025#Khabarnya#JebatDerhaka #JebatTJDM#KetidaksatuanMelayu #ManifestoPMX #WajahBaharu #PolitikMalaysia
Dalam episod 19 ini, kami bawakan perbincangan panas dan penuh emosi berkenaan kebebasan Yusoff Rawther bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Peguam, Rafique Rashid.Mereka menyelami kegagalan pendakwaan jenayah akibat tiada bukti forensik, detik emosional sujud syukur di mahkamah, dan strategi undang-undang seterusnya termasuk rayuan jenayah serta saman sivil.#KhabarnyaEP19 #politikmalaysia#RafiqueRashid #YusoffRawther #sujudsyukur#IwantJustice#Justice4YusoffRawther#SamanSivil
Dengarkan perbincangan episode ke-18 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Affendy bin Zainan atau lebih dikenali sebagai Jebat Derhaka—apa cerita disebalik namanya? YouTuber sensasi yang dikenali kerana content penuh berani dan 'straight to the point' ini berkongsi pandangannya.#Khabarnya #JebatDerhaka #JebatTJDM #PolitikMalaysia
Dengarkan perbincangan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, bersama Datuk Marzuki Yahya, bekas Timbalan Menteri Luar dan Ketua Setiausaha Gerakan Proklamasi Orang Melayu tentang cabaran dan pengalaman dalam perjuangan politik, terutama dalam konteks penyatuan Melayu dan masa depan politik Melayu di Malaysia. #Khabarnya #MarzukiYahya #politikmalaysia #PenyatuanMelayu #UMNO #BERSATU #integritipolitik
loading
Comments