DiscoverKeluar Sekejap
Keluar Sekejap
Claim Ownership

Keluar Sekejap

Author: Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan

Subscribed: 5,241Played: 24,450
Share

Description

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami.

For collaboration and sponsorship, contact commercial@ksmedia.my
210 Episodes
Reverse
Episod 171 Keluar Sekejap membincangkan krisis dalaman Perikatan Nasional (PN) yang semakin memuncak, susulan perkembangan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu dan Muktamar PAS yang berlangsung dua minggu lalu.Keluar Sekejap turut meneliti pelaksanaan subsidi RON95 yang berkemungkinan ditangguhkan kerana mekanismenya masih dalam proses pemurnian.Akhir sekali, episod ini mengulas isu pembunuhan aktivis politik konservatif Amerika Syarikat, Charlie Kirk, yang dilaporkan meninggal dunia selepas ditembak ketika menghadiri sebuah acara di Utah.Berikut merupakan ‘Watch of the week’ dan ‘Read of the week’:SH:https://youtu.be/xE6YmZ-1TVI?si=OAvNDeTG1C1JN54hhttps://youtu.be/xE6YmZ-1TVI?si=OAvNDeTG1C1JN54hZB:Sultan Puasa and the Founder of Kuala Lumpurhttps://www.riwayat.my/non-fiction/abdur-razzaq-lubis-sutan-puasa-founder-of-kuala-lumpurIngin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 158 kali ini menyaksikan kembalinya Shahril Hamdan sebagai hos bersama KJ, dalam sebuah episod yang membedah pelbagai isu semasa dari sudut politik, dasar awam dan cabaran kerajaan Madani memasuki separuh penggal pemerintahan.Episod dibuka dengan perbincangan tentang fenomena “half-term blues” apabila kerajaan mula hilang momentum reformasi, komunikasi dasar menjadi lemah, dan kecekapan pentadbiran dipersoalkan. KJ dan Shahril membincangkan kesan kepada modal politik kerajaan Madani, serta risiko besar terhadap pelaksanaan dasar besar seperti penyasaran subsidi.Antara isu utama yang disentuh termasuk langkah penyasaran subsidi LPG dan pengenalan tong ungu untuk penggunaan komersial yang mencetuskan kekeliruan di peringkat awal sebelum kerajaan membuat ‘rollback’ dasar. Isu ini dijadikan contoh bagaimana kelemahan komunikasi boleh menggugat kepercayaan rakyat terhadap kemampuan kerajaan mengurus ekonomi.Perbincangan diteruskan dengan inisiatif SKMM mengumpul data telefon bimbit yang menimbulkan kebimbangan terhadap hak privasi dan kemungkinan penyalahgunaan data. KJ dan Shahril meneliti rasional inisiatif ini, mempertikai ketelusan pelaksanaannya, serta menyeru penambahbaikan kepada Akta PDPA yang tidak melindungi data peribadi daripada agensi kerajaan.Isu sekatan perjalanan terhadap Fahmi Reza turut dibincangkan, termasuk pendedahan wujudnya “senarai pemantauan” (movement monitoring list) yang membolehkan sekatan tanpa justifikasi hitam putih. Ini menimbulkan persoalan terhadap amalan reformasi, ketelusan pihak berkuasa dan keseimbangan antara kuasa negara dan hak individu.Segmen reformasi diteruskan dengan perkembangan terbaharu dalam kes Teo Beng Hock, apabila keputusan NFA dikekalkan oleh Jabatan Peguam Negara, mencetuskan kekecewaan keluarga mendiang dan pertikaian terhadap pendirian terkini DAP parti yang dahulu menjadikan isu ini sebagai simbol perjuangan keadilan dan ketelusan.Dalam segmen ekonomi, KS mengulas keputusan Petronas untuk mengurangkan 10% tenaga kerja sebagai sebahagian daripada strategi pelarasan kos dan kelestarian jangka panjang. KJ menekankan perlunya empati dan koordinasi kerajaan dalam menyokong mereka yang terkesan, serta gesaan agar kerajaan menyediakan program reskilling secara menyeluruh.Episod diakhiri dengan isu kelewatan pelaksanaan peluasan SST yang kini ditunda ke Julai, memburukkan lagi persepsi terhadap kecekapan pentadbiran fiskal kerajaan dan ketidaktentuan dasar, khususnya dalam perancangan pelaksanaan cukai dan penyasaran subsidi pada masa akan datang.Episod ini dibawakan khas oleh Gintell, jenama tempatan bertaraf antarabangsa dalam teknologi kerusi urut. Saksikan juga promosi istimewa Hari Bapa yang ditawarkan kepada penonton dan pendengar setia Keluar Sekejap. Dapatkan promosi eksklusif 𝐆𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐋 sempena pelancaran kerusi urut baharu 𝐆𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐋 𝐌𝐢𝐜𝐤𝐞𝐲 𝐅𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐢𝐚 dan 𝐆𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐋 𝐒𝟓 𝐏𝐫𝐨. Tawaran untuk 𝐆𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐋 𝐌𝐢𝐜𝐤𝐞𝐲 𝐅𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐢𝐚 sah untuk 𝟐𝟎 peminat dan 𝐆𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐋 𝐒𝟓 𝐏𝐫𝐨 sah untuk 𝟓𝟎 peminat 𝐏𝐨𝐝𝐜𝐚𝐬𝐭 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐒𝐞𝐤𝐞𝐣𝐚𝐩 yang terawal sahaja‼️Sila wasap ke pautan https://gtks.wasap.my untuk info lanjut.Cepat 𝐏𝐌 sekarang 🤩Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Taja episod Keluar Sekejap untuk tahun 2025!Hubungi kami di +6011-1919 1783 atau emel ke commercial@ksmedia.my untuk maklumat lanjut dan pakej penajaan eksklusif.
Perlukah parti-parti lain dijemput ke Perhimpunan Agong UMNO? Apakah disebalik kritikan UMNO terhadap Menteri Ekonomi?
KS menyentuh tentang kritikan pemimpin UMNO terhadap Rafizi, Menteri Pertahanan di Shangri-La Dialogue
Episod kali ini menampilkan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal untuk membincangkan hala tuju politik di Malaysia. KS turut menyentuh tentang situasi nilai Ringgit yang jatuh berbanding US Dollar serta krisis hutang Amerika Syarikat. Tonton Keluar Sekejap di YouTube.
Mengapa pelajar lepasan SPM sekarang kurang berminat untuk sambung belajar? Undi DAP dalam PRN - apa komen ahli UMNO?
Episod 192 Keluar Sekejap membincangkan keputusan Khairy Jamaluddin untuk membuat permohonan semula menyertai UMNO selepas seruan “rumah bangsa” oleh Presiden UMNO yang menjemput ahli-ahli yang dipecat dan digantung untuk kembali ke parti tanpa syarat.Keluar Sekejap juga mengulas isu tawaran Sunway Corporation untuk mengambil alih IJM Corporation — adakah nilai sebenar syarikat itu diabaikan dan apakah implikasinya kepada pemegang saham serta landskap korporat negara.Turut dibincangkan ialah isu kes Zamri Vinoth dan Arun Dorasamy yang kini berdepan pertuduhan di mahkamah, yang mencetuskan persoalan tentang kemungkinan layanan berbeza dalam proses penguatkuasaan apabila Zamri digari ketika dibawa ke mahkamah manakala Arun tidak. Malah, Arun turut diiringi oleh Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, M. Kulasegaran.Episod ini juga menyentuh persoalan lebih besar dalam politik Malaysia — adakah wujud ruang untuk “third force” dalam sistem politik yang selama ini didominasi oleh dua blok besar, dan sejauh mana ia boleh menjadi alternatif kepada pengundi.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my
Episod 191 Keluar Sekejap membincangkan dakwaan terhadap keluarga Almarhum Tun Daim yang dikaitkan dengan komplot bersama kelompok Zionis dalam usaha menggulingkan kerajaan. Turut dibincangkan ialah tindakan SPRM yang sedang mengesan bekas pegawai kepada Rafizi Ramli, James Chai, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana RM1.1 bilion melibatkan syarikat semikonduktor British, Arm Holdings.Episod ini juga mengulas kenyataan Presiden UMNO yang membuka pintu kepada bekas ahli parti yang pernah dipecat atau digantung keahlian, serta individu yang ingin kembali bersama dalam perjuangan UMNO.Selain itu, KS turut menyentuh beberapa isu sensitif berkaitan 3R yang hangat diperdebatkan kebelakangan ini, termasuk polemik rumah ibadat tanpa kebenaran serta kontroversi insiden pijak al-Quran.Di peringkat antarabangsa, Keluar Sekejap turut meneliti perkembangan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran, serta kemungkinan implikasinya terhadap ekonomi dan kepentingan Malaysia.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my
Episod 190 Keluar Sekejap membincangkan siasatan PDRM terhadap dakwaan wujudnya komplot melibatkan Toh Puan Naimah yang didakwa bekerjasama dengan sebuah agensi media antarabangsa bagi menjatuhkan kerajaan dan mensabotaj kestabilan negara.Episod ini turut mengulas pelantikan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Naib Presiden PAS dan Menteri Besar Terengganu, sebagai Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN) pada 22 Februari 2026, menggantikan Muhyiddin Yassin yang sebelum ini menerajui gabungan tersebut.Perbincangan juga menyentuh Kongres Khas DAP pada 12 Julai yang bakal menentukan sama ada pemimpin DAP dalam kerajaan perlu kekal atau meletakkan jawatan daripada semua jawatan eksekutif.Selain itu, episod ini mengupas Rang Undang-Undang (RUU) pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang sedang dibentangkan di Parlimen.Turut dibincangkan ialah keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat bahawa Akta International Emergency Economic Powers Act (IEEPA) tidak memberikan kuasa kepada Presiden untuk mengenakan tarif pada 20 Februari 2026, serta implikasinya terhadap ART yang ditandatangani Malaysia.
Episod 189 Keluar Sekejap membincangkan kontroversi terbaharu melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, susulan dakwaan pegangan saham bernilai besar dalam beberapa syarikat tersenarai serta tuduhan kewujudan ‘Corporate Mafia’ dalam landskap korporat negara.Episod ini turut menyentuh ketegangan yang semakin terbuka dan memucak antara Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli.Dalam masa yang sama, keputusan Bersatu memecat Timbalan Presidennya merangkap Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, dianalisis dari sudut perebutan kuasa dan kesannya terhadap landskap politik menjelang PRU16.Keluar Sekejap juga membahaskan tindakan PETRONAS memfailkan rujukan ke Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan kepastian perundangan berhubung pertindihan bidang kuasa.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 188 menampilkan tetamu pertama bagi tahun 2026, iaitu YB Datuk Dr Akmal Saleh, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Beliau berkongsi perjalanan dalam dunia politik, cabaran sebagai pemimpin muda, serta imej lantangnya yang sering mencetuskan perdebatan.Akmal turut menjawab persoalan mengenai kelantangannya terhadap DAP, termasuk dakwaan sama ada pendiriannya bersifat perkauman atau berlandaskan prinsip perjuangan.Perbincangan ini juga merangkumi fokus beliau terhadap isu-isu Melayu, pandangannya terhadap dasar-dasar Kerajaan Madani, serta perbezaan antara sentimen dan fakta dalam landskap politik semasa.Selain itu, beliau berkongsi pandangan mengenai masa depan UMNO sebagai “rumah bangsa” bagi penyatuan Melayu, cadangan kerjasama dengan PAS, penolakan terhadap kerjasama dengan PH, serta strategi menjelang PRN Melaka.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my
Episod 9 Kena Soal menampilkan gandingan host Zaidel, Luqman Hariz, dan Ibrahim Sani yang membincangkan pelbagai isu semasa, termasuk pilihan raya DBKL, isu pemansuhan AUKU, prestasi ringgit yang semakin mengukuh, serta pendedahan berkaitan fail Epstein.PILIHAN RAYA DBKL•syahazzly — Kenapa Datuk Bandar KL tidak dipilih secara undi seperti New York, London dan lain-lain? •qiuril — Mengapa Dr Akmal menolak cadangan pilihan raya Datuk Bandar KL?AUKU•sylthegreat._ — Bahas isu AUKU. •arif_radzwan — Pandangan KS mengenai AUKU: mansuh atau hanya perlu dipinda? •scopethelegend — AUKU: mansuh sepenuhnya atau reform sahaja?RINGGIT NAIK •jx_kek — Kesan ringgit semakin kuat. Bagaimana rakyat biasa boleh dapat manfaat? •docaptr — Nilai MYR vs USD makin baik — boleh jadi petunjuk kejayaan PMX? •backpacker_travelog — Adakah ringgit kuat mengurangkan eksport negara? •rjnobody — Patutkah kita bimbang data center investment melihat kadar USD yang makin buruk? •nazhan87 — Keluaran RM naik cepat terutama dengan USD — baik atau buruk untuk negara?FAIL EPSTEIN •rahmanjunaidi — Epstein file, please ulas. •aiymi.njzm — Kes fail Epstein yang didedahkan kepada umum — pandangan KS? •maarufi23 — Epstein file: beberapa nama PMX disebut — apa pandangan KS? •redzuanm — Epstein Files: impak pada US, DOJ & kredibiliti. Patutkah ada pendakwaan? •hafizhuffaz_ — Epstein filesssss. •mhhbht — Cuba bincangkan tentang Epstein Files.
Keluar Sekejap bersiaran secara langsung dari Coastal Combat, Desaru Coast, membincangkan bagaimana sukan kini menjadi antara pemacu utama pelancongan serta penjenamaan Johor di peringkat antarabangsa, khususnya di Desaru Coast.Segmen pertama menampilkan Dato' Muhammad Shahnaz Azmi, Presiden Muay Thai Malaysia, yang berkongsi perkembangan sukan Muay Thai di Malaysia, penyertaan atlet antarabangsa dalam Coastal Combat, serta peranan acara seumpama ini dalam menyokong agenda Visit Johor 2026 dan memposisikan Desaru Coast sebagai destinasi sukan bertaraf dunia.Segmen kedua bersama Murray Aitken, Pengurus Besar Hard Rock Hotel Desaru Coast, mengupas peranan jenama antarabangsa dalam menyokong penganjuran acara sukan bertaraf dunia seperti IRONMAN dan World Amateur Golfers Championship (WAGC). Perbincangan turut menyentuh kekuatan infrastruktur, fasiliti, serta kebolehcapaian Desaru Coast sebagai lokasi strategik bagi acara sukan dan MICE.Antara acara utama yang bakal berlangsung ialah IRONMAN 70.3 Desaru Coast, 5150 Desaru Coast, Sprint Triathlon, dan IRONKIDS Desaru Coast pada 10–12 Julai 2026, serta World Amateur Golfers Championship (WAGC) pada 23–31 Oktober 2026.Ikuti perkembangan terkini di:📍 https://www.instagram.com/desarucoastmalaysia📍 https://www.instagram.com/hrhdesarucoast
Episod 187 Keluar Sekejap mencatat sejarah apabila buat pertama kali Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan tidak berada di sofa, dengan episod ini menampilkan Zaidel dan Dr Ong Kian Ming sebagai pengemudi perbincangan.Episod ini dimulakan dengan isu cadangan ujian diagnostik untuk kanak-kanak berusia 5 tahun sebelum memasuki Tahun 1 yang akhirnya dibatalkan oleh Perdana Menteri.Turut dibincangkan ialah perkembangan melibatkan IJM Corporation Berhad susulan siasatan SPRM dan tawaran pengambilalihan bernilai lebih RM11 bilion oleh Sunway Berhad, yang mencetuskan persoalan berkaitan tadbir urus korporat, ketelusan dan keyakinan pelabur.Isu ladang ternakan babi di Selangor yang berlarutan lebih sedekad turut disentuh, termasuk pencemaran, sensitiviti komuniti setempat serta kemurkaan Sultan Selangor terhadap cadangan pemindahan ke Bukit Tagar.Di peringkat antarabangsa, penyingkiran dua jeneral kanan tentera China dibedah dari sudut implikasi geopolitik, selain perbincangan mengenai kontroversi Festival Muzik Air KL sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan potensi impaknya terhadap industri pelancongan.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my
Episod 186 Audio Siar Keluar Sekejap membincangkan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pada minggu lalu. Antara keputusan utama yang disentuh ialah cadangan kemasukan Darjah 1 pada usia enam tahun serta pelaksanaan Matriks Pembelajaran bagi murid Darjah 4 dan pelajar Tingkatan 3.Episod ini turut mengupas kes rasuah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mencatat sejarah apabila, buat pertama kalinya, bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan bekas Panglima Tentera Darat ditahan serta didakwa atas pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa.Selain itu, perbincangan turut menyentuh Tahun Melawat Malaysia, yang menyaksikan Malaysia mengatasi Thailand dari segi jumlah pelawat. Namun, episod ini menekankan cabaran berterusan berkaitan perbelanjaan pelancong yang masih rendah di dalam negara.Bagi isu antarabangsa, Keluar Sekejap mengulas rancangan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk mengadakan perbincangan segera berhubung usaha mengambil alih Greenland, serta cadangan penubuhan Board of Peace.Kami juga telah melancarkan Kelas Sekejap! Kelas Sekejap ialah Aplikasi Bahasa Inggeris Pertama di Malaysia Untuk Belajar Dengan Bertutur. Dikuasakan oleh AI - Pelajaran disesuaikan ikut minat, matlamat dan tahap anda. Muat turun di Apple Store dan Play Store sekarang!Ikuti Kelas Sekejap untuk pelancaran eksklusif hari ini!Instagram: https://www.instagram.com/kelas_sekejap TikTok: https://www.tiktok.com/@kelas_sekejap
Chats5:02 pmSaturday25/10/202501/10/202521/08/2025ContactsAiman MaskargoAiman MxsAiman Wangsa Majuciman PPKIHey there! I am using WhatsApp.See more chat history on the appGet WhatsApp for MacTodayDah11:14 amOK tq11:14 amNanti aku minta jinggo dari duit kita fam11:14 amOk11:17 amBaik11:17 amAda 1 job ni mcm buat media social11:17 amTp bajet dia ciput la11:17 amKat ne11:17 amForwardedCREATIVE_260112_104501.pdf9 pages•PDF•2 MB11:18 amKalau mcm ni11:18 amBerapa nk charge11:18 amHmmmm11:18 amMacam banyak je11:18 amItu la11:28 amKalau mcm ni berapa11:28 amTp bkn semua11:28 amYang mana11:28 amKena jumpa tanya lu11:28 amDah belum1:05 pmok dah1:23 pmkul keluar1:23 pmkasi tajuk1:23 pmKS-EP185-Audio-Podcast.mp3MP3•195 MB1:23 pmJap1:23 pmBagi diorang dulu1:23 pmkul 61:23 pmTarget 51:23 pmok1:24 pm-KJ Kembali ke PAU-Refleksi PAU 2025-JMYR Stablecoin-Rex Tan1:27 pmThis message was deleted1:39 pmHOOK KJ:11:04-11:20“AAAA Yaa saya masuk dewan merdeka….overwhelming for me”1:47 pmPantas pantas1:47 pmOK jp1:48 pmEpisod 185 Audio Siar Keluar Sekejap membincangkan refleksi Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang berlangsung minggu lalu, yang sarat dengan pengumuman penting serta isyarat politik yang signifikan.Episod ini turut mengupas pelancaran stablecoin pertama yang disandarkan kepada ringgit, iaitu JMYR, yang dibina di atas rantaian blok Zetrix. JMYR kini menjemput syarikat untuk mengemukakan cadangan (RFP) bagi bidang berikut: Payments, Settlement, Trade finance, Remittance dan Enterprise dan integrasi ekosistem. Hantar cadangan anda ke: rfp@jmyr.com.mySelain itu, episod ini turut menyentuh isu penahanan bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan, di bawah Akta Hasutan, susulan soalan yang dikemukakan beliau dalam wacana awam bertajuk “Gaza Exposes the Complicity of International Actors” di Kuala Lumpur, yang mencetuskan reaksi negatif serta menjadi tular di media sosial.Timestamp EP18500:00 Intro01:45 KJ 50 Tahun06:10 Kemuncalan KJ di PAU Pemuda14:20 Refleksi PAU 202546:00 PN masih berpecah51:40 JMYR Stablecoin1:07:40 Rex Tan DitahanIngin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod #keluarsekejap 2026 +6011-1919 1783 commercial@ksmedia.my
Episod 184 Audio Siar Keluar Sekejap mengupas Amanat Tahun Baharu Perdana Menteri yang menggariskan beberapa reformasi institusi utama menjelang 2026, termasuk Had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, Pemisahan peranan Jabatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, Penggubalan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat dan Penubuhan sebuah institusi Ombudsman yang bebas.Episod ini juga meneliti pendirian Konvensyen Khas Pergerakan Pemuda UMNO yang mendesak agar UMNO menarik diri daripada kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan serta seruan supaya UMNO dan PAS kembali bersatu atas nama penyatuan politik orang Melayu.Dalam segmen keselamatan negara, KS membincangkan krisis Angkatan Tentera Malaysia (ATM) susulan pendedahan kes rasuah melibatkan pegawai kanan serta penyebaran video tular di TikTok yang mendakwa wujud perlakuan tidak bermoral dalam sebuah kem tentera dan implikasinya terhadap integriti institusi pertahanan negara.Bagi isu antarabangsa, episod ini turut mengulas ketegangan antara Amerika Syarikat dan Venezuela, susulan penangkapan Maduro.
Episod terakhir KenaSoal bagi tahun 2025 menutup tirai dengan perbincangan menyeluruh mengenai dinamika politik dan dasar negara sepanjang tahun ini.Antara tumpuan utama episod ini ialah kupasan rombakan kabinet, perbincangan Figura Politik Tahun 2025 berdasarkan pandangan dan undian penonton, analisis momen politik terbesar 2025 termasuk Pemilihan PKR dan PRN Sabah, isu dasar utama seperti BUDI 95, serta perkembangan dalam Petronas dan implikasinya terhadap industri serta rantaian sokongan. Episod ini turut menampilkan refleksi terhadap keadaan politik dan ekonomi semasa, serta harapan menjelang 2026.Terima kasih kepada semua penonton dan pendengar yang setia bersama KenaSoal sepanjang 2025. Sokongan anda memastikan perbincangan yang kritikal, berfakta dan bermakna dapat diteruskan.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod KenaSoal 2026📞 +6011-1919 1783✉️ commercial@ksmedia.my
Kami di Keluar Sekejap ucapkan terima kasih kepada semua pendengar dan penonton yang setia bersama kami sepanjang 2025! Keluar Sekejap Episod 183 merupakan episod penutup bagi tahun 2025 yang merumuskan perkembangan utama sepanjang tahun serta jangkaan untuk 2026. KJ dan Shahril mengupas landskap politik 2025, perkembangan ekonomi, serta isu-isu antarabangsa yang memberi kesan kepada Malaysia. Episod ini turut menampilkan refleksi terhadap prestasi Keluar Sekejap sepanjang 2025, di samping perkongsian perancangan awal bagi tahun hadapan.Episod ringkas untuk menutup 2025 dan menetapkan konteks perbincangan bagi 2026!Episod ini dibawakan khas oleh Merrytime, sebuah platform industri maritim yang menyediakan perkhidmatan profesional berfokus kepada sektor maritim dan perkapalan. Merrytime akan menganjurkan Career Talk terbuka, dan syarikat serta individu yang berminat dijemput untuk turut serta. Penyertaan adalah PERCUMA untuk syarikat dengan menggunakan kod promosi "KS x Merrytime". Promosi ini terbuka sehingga 31 Disember 2025, Daftar Sekarang! Layari www.merrytime.proSebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui emel : hola@merrytime.pro00:00 Intro00:31 Rakan Episod 183 : Merrytime14:42 Mengimbas Tahun 2025, Apa Isu Politik Paling Hangat 2025?51:58 Dari Hal Kita ke Luka Mereka, Realiti Antarabangsa01:04:06 Pendengar, Demografi & Episod Paling Popular 2025
Episod 182 Audio Siar Keluar Sekejap mengupas kesan domino yang tercetus selepas kekalahan mendalam Kerajaan Madani di PRN Sabah. Perbincangan merangkumi tekanan politik yang semakin memuncak apabila DAP menetapkan tempoh enam bulan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan reformasi, desakan dalaman daripada saudara Rafizi berhubung isu integriti, serta kegagalan komunikasi kerajaan dalam menyampaikan inisiatif dan menguasai naratif kepada rakyat.Episod ini juga meneliti spekulasi mengenai rombakan Kabinet yang dijangka dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dalam masa terdekat dan bagaimana langkah tersebut boleh mengubah hala tuju politik nasional.Turut dianalisis ialah krisis dalaman Barisan Nasional, susulan keputusan MIC meluluskan usul keluar BN serta pendirian MCA yang bersedia berbuat demikian sekiranya UMNO memilih bekerjasama dengan DAP. Ketidaktentuan dalam BN ini menimbulkan persoalan besar tentang masa depan gabungan itu dan peranan UMNO dalam landskap politik negara.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my
loading
Comments 
loading