DiscoverBelang Harimau Besi - SYOK Podcast [BM]
Belang Harimau Besi - SYOK Podcast [BM]
Claim Ownership

Belang Harimau Besi - SYOK Podcast [BM]

Author: SYOK Podcast

Subscribed: 0Played: 1
Share

Description

Belang Harimau Besi membawakan kisah benar perjuangan Malaysia Batallion I (MALBATT I) di Bakara Market, Mogadishu, Somalia. Kisah ini juga membuka sejarah yang telah berlaku pada 27 tahun yang lalu. Nak sponsor atau kolaborasi? Emel [email protected] atau WhatsApp 012-2494632.

7 Episodes
Reverse
Pihak SYOKcast “Belang Harimau Besi” berbesar hati menerima kedatangan YANG BERBAHAGIA DATUK ABANG SALLEHUDDIN BIN ABANG SHOKERAN, KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, untuk berbicara tentang jalinan kerjasama antara pihak SYOKcast dengan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam menyokong naskhah “SOMALIA: BELANG HARIMAU BESI” tulisan Yang Berbahagia BRIGEDIER JENERAL DATO’ HAJI MOHD HALIM KHALID.
SYOKcast bertemu dengan penulis buku ‘Belang Harimau Besi’, Brig Jeneral Dato’ Mohd Halim Khalid yang telah bertempur bersama pasukan seperjuangannya dalam peristiwa ‘Black Hawk Down’ di Mogadishu, Somalia. Bersama Lily Haslina Nasir, penyunting asal manuskrip merangkap penulis skrip SYOKcast; Brig Jeneral Dato’ Mohd Halim Khalid berkongsi kisah eksklusif. Memori berdarah 27 tahun lalu diungkap kembali. Semoga kisah luar biasa ini mencetus inspirasi, mengibarkan panji dalam nurani setiap anak pertiwi.
Biarpun satu nyawa terkorban, 10 anggota tercedera namun MALBATT 1 terus mengaum melawan keganasan. Belang Harimau Besi, tak akan undur selagi tanah masih dipijak kaki.
MALBATT 1 diuji lagi apabila ada pasukannya terkorban. Begitulah besarnya harga sebuah keamanan. Bagaimanapun, mereka tetap terus berjuang dan melawan segala dugaan!
Kali ini, MALBATT 1 terus diuji dengan tembakan dari pelbagai sudut serta peluru dari pelbagai arah. Biarpun hari esok belum tentu hidup atau mati, para pejuang ini terus melangkah untuk keamanan.
loading
Comments