DiscoverBola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]
Claim Ownership

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]

Author: SYOK Podcast

Subscribed: 127Played: 254
Share

Description

Gandingan Bola Itu Life , Keesh Mat Stats & Faiz Gurun berbicara isu-isu yang merangkumi bola sepak dari pandangan sosio-politik , budaya dan pandangan berbeza.

Tiada kompromi dalam pandangan mereka , hanya yang benar dan berfakta.

Setiap hari Khamis , 9 malam di Saluran Arena 802

87 Episodes
Reverse
Quentin Cheng, nama yang bukan lagi asing dari buah mulut pengamat bola sepak Malaysia. Bola Itu Life Istimewa sempena sambutan Tahun Baru Cina membawakan anda prospek muda Selangor FC yang digilap dari tanah Australia, ke bumi Malaysia menjadi seorang bek kanan gigih merobek sisi sayap lawan. Nikmatilah perjalanan beliau dari ubi muda di Central Coast Mariner, panggilan 'sosial media' U23 ke Sukan Sea, seruan Harimau Malaya, kembara bersama Gergasi Merah dan lensa kehidupan bakat ini dalam mengaamati bola sepak tanah air. Segala bentuk pengorbanan demi perjalanan bermain bola sepak, dari meninggalkan bumi lama yang menjadi sandaran seumur hidupnya, sehingga panggilan 'scam' merubah hidup ke arah yang lebih bermakna. Bola Itu Life, mendalami kisah hidup Quentin Cheng pada segenap lensa. Selamat tahun baru Cina kepada semua yang menyambutnya. Semoga tahun-tahun mendatang membawa seribu satu kelestarian dan kebahagiaan kekal lamanya. Inilah kisah perjalanan Quentin Cheng, nikmatilah sisi kehidupan beliau bersama Keesh dan Faiz Gurun. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Minggu yang penuh dengan aksi menarik di pentas bola sepak antarabangsa. Diego Simeone menunjukkan pengalaman beliau satu faktor menundukkan Xabi Alonso & Bayer Leverkusen di Stadium Metropolitano. Keesh dan Faiz mendalami mesej tersirat pasukan Ferrari di sebalik gambar ikonik pengumuman rasmi Lewis Hamilton. Perpindahan Januari Manchester City yang aneh? Projek Nuri Sahin terkandas di Dortmund. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Corak permainan Manchester United semakin maju dengan kehadiran Ruben Amorim manakala Shin Tae-Yong memandu TIMNAS ke garisan yang betul dan sekarang beliau dipecat. Apa sebab sebenarnya? Tahun baru buat Newcastle United membuka jalan dengan kejayaan, 6 perlawanan tanpa kekalahan. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Bola Itu Life selalunya bercakap pasal bola tetapi kalini kami bawakan special khas buat anda semua. Faiz & Keesh akan lebih borak pasal budaya, perayaan, negara dan yang penting Faiz & Keesh perlu membina satu negara mereka sendiri. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Bola itu Life minggu ini mendalami kisah LeBron & Bronny James yang membuat sejarah baru anak-ayah di NBA, kisah José Mourinho yang berdepan United, reviu dua gergasi Sepanyol di pentas UCL dan banyak lagi! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Selepas episod duka di New Zealand tempoh hari, apakah hala tuju pasukan kesayangan kita semua, Harimau Malaya? Kini, hanya kad laporan bergred C mampu diberikan oleh Keesh & Faiz. Disamping itu, kita mendalami juga rakan-rakan ASEAN kita dalam perjalanan mereka di pentas dunia. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Identiti Manchester United bercelaru, adakah Omar Marmoush pengganti Mo Salah, dan 22 tahun Andres Iniesta mewarnai pentas bola sepak. Mari ikuti Keesh dan Faiz dalam perbincangan ini, hanya di Bola itu Life! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Kebangkitan Brennan Johnson dan masalah kewangan KL City sehingga prestasi pemain-pemain merosot, 'overwhlemed' dengan kejutan UCL yang menarik, budaya sokongan ultras memberi 'highs' kepada pemain-pemain, aura Cole Palmer di Chelsea menunjukkan Cole Palmer pemain terbaik di Premier League ketika ini? Mari ikuti Keesh dan Faiz dalam perbincangan, hanya di Bola itu Life! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Manchester City vs Arsenal dari drama dalam & luar padang, isu ‘Sportmanship’, keputusan Michael Oliver, kad merah Leandro Trossard & perangai Erling ‘Big Baby’ Haaland, semuanya kita bicarakan! Coretan Mees Hilgers yang pastinya bakal mencuri tumpuan peminat bola sepak di Asia Tenggara, ke cerita Muhammad Nazmi Nasaruddin yang mengadili pertemuan El Clasico Indonesia diantara Persib & Persijia dan banyak lagi! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Perjuangan Arif Aiman sebagai pemain tempatan di ACL mengegarkan bumi Shanghai, MFL meletakkan syarat baru bagi pengambilan pemain asing sehingga 12 orang & terbongkar kisah Faiz & Keesh ketika kecil. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Memulakan musim ke-4 Bola itu Life, gandingan Keesh dan Faiz berbicara tentang Pau Marti sebagai Ketua Jurulatih baharu negara, situasi yang menyedihkan buat Barca dan Chelsea, dan ada kejutan istimewa di penghujung episod! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Isu dalaman KDA FC tiada penyudah, Timnas Indonesia mengejutkan bumi Asia dan impak Harimau Malaya dibawah kendalian Pau Marti ke arah positif!! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Minggu ini gandingan Bola itu Life , Keesh Mat Stats & Faiz Gurun menganalisa kekalahan Man United di Old Trafford disamping membincangkan impak awal Arne Slot di Liverpool. Tumpuan terarah ke perlawanan pertama Pau Marti yang tampak kurang memberangsangkan menentang Filipina di Pesta Bola Merdeka. Segmen khas sempena bulan kemerdekaan penuh dengan kisah suka duka Bola Itu Life. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Percaturan salah Selangor membawa padah di final namun persembahan Sam Somerville menjadi tanda tanya penyokong Red Giants. Pemilihan skuad Harimau Malaya oleh Pau Marti masih tiada kelibat Hong Wan, berita baik Syafiq Ahmad kembali menyarung jersi. Reviu Big 6 Premier League selepas dua perlawanan. Chelsea menang besar tetapi masalah luar padang masih belum selesai. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Untuk episod terakhir Bola itu Life musim ketiga ini, Keesh & Faiz hilang kata-kata melihat empayar cukup besar yang sedang dibina Real Madrid! Kepulangan Jose a.k.a 'The Special One' juga disambut baik peminat di seluruh dunia serta 'preview' Euro 2024! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Bola itu Life minggu ini, Keesh & Faiz berbicara tentang kemenangan piala FA tempoh hari, drama-drama yang membawa kepada final UCL, keluar-masuk pengurus-pengurus di kelab Liga Eropah dan banyak lagi! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Bola itu Life minggu ini menjengah hari-hari terakhir sosok istimewa Jurgen Klopp di Anfield. Mendalami episod suka duka penuh emosi sepanjang perjalanan beliau menerajui Liverpool. Keesh dan Faiz juga menyentuh episod pemecatan Mauricio Pochettino dari kem Chelsea dan banyak lagi! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Amad Diallo watak tidak didendang oleh Ten Hag, Arda Guler penyelamat Real Madrid sekali lagi, Spurs buat peminat Arsenal putih mata, City teruskan kemaraan. Terbitnya drama minggu pertama Liga Super yang akan sentiasa memberi keseronokan buat peminat bola sepak tempatan. Paulo Josue beri penghormatan buat Faisal Halim, persahabatan tanpa sempadan. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Istimewa episode Bola itu Life kali ini, kita bawakan khas nama-nama yang sering menghiasi landskap bola sepak tempatan, dari pengacara, wartawan dan juga pengulas! Perbincangan santai mengenai struktur baru liga, jersi & bola rasmi, jendela perpindahan dan persaingan di puncak liga bakal menghiasi penceritaan kali ini, diadukan dengan gabungan yang cukup menarik. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
Dari insiden yang membabitkan Faisal Halim ke Old Trafford, Bola itu Life mengupas segenap dimensi bola sepak, dalam dan luar negara! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices
loading
Comments