Discover
Borak Borak Botak - SYOK Podcast [BM]
![Borak Borak Botak - SYOK Podcast [BM] Borak Borak Botak - SYOK Podcast [BM]](https://is1-ssl.mzstatic.com/image/thumb/Podcasts221/v4/cd/ce/7a/cdce7a84-ae93-e19f-47b7-b1cd0614804b/mza_10059883641490181942.jpg/400x400bb.jpg)
Borak Borak Botak - SYOK Podcast [BM]
Author: SYOK Podcast
Subscribed: 34Played: 1,313Subscribe
Share
© 2017 Astro Radio Sdn Bhd (403472-D)
Description
Borak Borak bersama Abang Botak tentang isu semasa bola sepak tempatan dan antarabangsa.
77 Episodes
Reverse
Selamat datang ke episod 30 musim ke-2 podcast Borak-Borak Botak! Minggu ini Nafis 'Abang Botak' bersama tetamu, Keesh 'Mat Stats' & Amirul Aswad buka panggung dengan 'Team of The Week' analisis Liverpool FC yang mempunyai rekod tanpa kalah dalam UCL musim ini, namun tak layak ke 8 terbaik? Selain itu, episod minggu ini juga memberi fokus kepada perancangan Man United membina 'The Greatest Stadium in The World' bak kata Sir Jim Ratcliffe tetapi adakah ini langkah terbaik buat 'The Red Devils' ketika ini? Akhir sekali, 'Game of The Week' minggu ini memberi tumpuan kepada 'North West London Derby' di antara Arsenal v Chelsea. Faktor kecederaan akan jadi punca Arteta & The Gunners kempunan trofi EPL sekali lagi? Di La Liga pula, Atletico Madrid bakal berdepan FC Barcelona dalam perlawanan yang mungkin akan jadi penentuan siapa juara Liga Sepanyol musim ini.
Semua ini akan terjawab dalam episod kali ini dan jangan lupa saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-5 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802
Selamat datang ke episod 16 musim ke-2 podcast Borak-Borak Botak ! Minggu ini Abang Botak kembali bersama tetamu, Fareed Rozaini & Chun Hang, membuka perbincangan dengan topik pilihan 'Player of the Week', Declan Rice & Ollie Watkins. Selain itu, minggu ini juga memberi fokus pada pemain berasal dari Senegal, Kalidou Koulibaly yang bakal dilepaskan untuk memberi ruang kepada Neymar terus menyinar di Al-Hilal?. 'Game of the Week' minggu ini pula kita berborak tentang Tottenham Hotspur berdepan Chelsea dan pemain tumpuan Dominic Solanke & Robert Sanchez. Dan akhir sekali, untuk perlawanan Serie A, Napoli berdepan Lazio. pada pagi Isnin nanti.
Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-5 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802
Selamat datang ke episod 15 musim ke-2 podcast Borak-Borak Botak ! Minggu ini Abang Botak kembali bersama tetamu, Jimmy & Myra, membuka perbincangan dengan topik pilihan 'Team of the Week'. Andre Onana, goalkeeper terbaik? Radu Dragusin lagi perform dari Van Dijk? Liverpool selesa di atas sekarang hanya sebab Mo Salah? Selain itu, minggu ini juga memberi fokus pada permata baru dari negara Itali, Mateo Retegui yang dalam musim kedua nya bersama Atalanta, sudah pun meledakkan gol terbanyak di Serie A ketika ini. 'Game of the Week' minggu ini pula kita borak tentang Dortmund v Bayern yang akan berentap hujung minggu ini, tetapi lebih memberi fokus pada pertempuran di antara dua penjaring terbanyak Bundesliga musim lepas, Guirassy & Kane. Dan akhir sekali, untuk perlawanan terbesar EPL, Liverpool v Man City yang turut akan beraksi pada hujung minggu ini, Abang Botak ada pujian untuk Arne Slot? Pep Guardiola pula sedang alami minggu paling 'Ngeri' dalam kariernya?
Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-5 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802
Selamat datang ke episod 13 musim ke-2 podcast Borak-Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Faiz Gurun dan tetamu, Leknis Varma & Amirul Aswad membincangkan tentang adakah Pep Guardiola & Manchester City dilanda krisis atau belum 'PANAS' lagi? 'The New Barcelona' dibawah kendalian Hansi Flick & pemain Lazio, Nuno Tavares yang lebih bersinar di liga Itali berbanding Inggeris. Saksikan juga previu kumpulan gergasi Itali berdepan Perancis di UEFA Nations League. Itali atau Perancis yang menjadi pilihan hati hos dan tetamu Borak Borak Botak minggu ini?
Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-5 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802
Selamat datang ke episod 12 musim ke-2 podcast Borak-Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Keesh 'Mat Stats' dan tetamu, Arif Aminuddin & Myra membincangkan tentang reviu perlawanan tumpuan dimana gol 'hat-trick' Luis Diaz menghancurkan Leverkusen & AC Milan menundukkan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid! Viktor Gyokeres masih belum satu 'level' dengan Haaland? Ruben Amorim 'The Genius' yang baru? Dan macam-macam lagi berkenaan previu perlawanan Chelsea v Arsenal!
Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-5 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802
Selamat datang ke episod 11 musim ke-2 podcast Borak-Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Faiz Gurun dan tetamu, Shahril Shafii & Fareed Rozaini membincangkan tentang punca pemecatan Erik Ten Hag sebagai pengurus Manchester United. Kelab mana yang lebih sesuai untuk beliau? Selain itu, apa yang bakal terjadi pada perlawanan tumpuan minggu ini, Manchester United lwn Chelsea. Seterusnya, adakah usia menjadi penghalang Nuri Sahin untuk menggendali kelab Dortmund?
Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-5 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802
Selamat datang ke episod 10 musim ke-2 podcast Borak-Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Abang Botak dan tetamu, Arif Aminuddin & Kamil Aminuddin bincangkan tentang Player Of The Week iaitu Rasmus Hojlund yang kini dikritik teruk oleh peminat atas prestasi bersama Manchester United. Adakah Hojlund tidak mendapat sokongan yang sepatutnya dari rakan sepasukan? Bradley Barcola juga menjadi topik bualan hangat minggu ini selepas mencatat 7 gol musim ini bersama PSG sehingga dinobatkan 'Superstar' PSG terbaru, anda setuju? Selain itu, 2 perlawanan tumpuan minggu ini turut dibincangkan dengan El Clasico yang akan berlangsung tanpa Rodrygo & Courtois dan Liga Perdana Inggeris yang bakal sajikan kita dengan perlawanan antara Arsenal v Liverpool. Adakah Liverpool akan kekal di atas? atau adakah Mikel Arteta akan bawa Arsenal 'Terbang' ?
Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-5 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802
Selamat datang ke episod 9 musim ke-2 podcast Borak-Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Abang Botak dan tetamu, Wan Khairil Azwa & Myra bincangkan tentang Lamine Yamal & Bukayo Saka, dua bintang muda dunia bola sepak yang dinobatkan 'Wonderkid', namun adakah mereka bakal menemui nasib sama seperti Gavi & Pedri? Selain itu, minggu ini juga memberi tumpuan khas pada Thomas Tuchel yang baru diumumkan selaku pengurus baru skuad kebangsaan England. Adakah Tuchel mampu hadiahkan Piala Dunia buat England? atau adakah ini lebih indah khabar dari rupa? Selain itu, minggu ini juga memberi fokus pada saingan liga yang kembali pada hujung minggu ini dengan perlawanan Liverpool v Chelsea & AS Roma v Inter Milan jadi tumpuan untuk segment 'Game of the Week!'
Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-5 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802
Selamat datang ke episod 8 musim ke-2 podcast Borak Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Abang Botak dan tetamu, Karami Kamel & Akem Aiman membuka tirai dengan pilihan 'Team of the Week' masing-masing, dengan beberapa topik menarik seperti peranan Kovacic tanpa kelibat Rodri di Man City, 'Prime' Virgil Van Dijk yang dikatakan kembali berkhidmat musim ini bersama Liverpool, perbandingan Andres Iniesta dan Zinedine Zidane, hala tuju seterusnya untuk watak yang bernama Paul Pogba dan macam-macam lagi.
Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-5 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802
Selamat datang ke episod 7 musim ke-2 podcast Borak Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Abang Botak dan tetamu, Leknis Varma & Arif Aminuddin bincang mengenai prestasi Erik Ten Hag sebagai pengurus Manchester United. Pengurus FC Barcelona, Hansi Flick masih tidak dapat menggantikan peranan Robert Lewandowski dan beberapa perlawanan tumpuan Liga Juara-Juara Eropah minggu ini. Seterusnya, 'superstar' skuad kebangsaan Perancis, Antoine Griezmann yang sah meninggalkan skuad tersebut!
Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-5 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802
Selamat datang ke episod 6 musim ke-2 podcast Borak Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Abang Botak dan tetamu, Kamil Aminuddin & Fareed Rozaini bincang mengenai masa depan Lamine Yamal yang mungkin jadi seperti Pedri & Gavi? Selain Nico Jackson yang musim ini mula tunjuk taring buat 'The Blues', 3 Era Atletico Madrid bawah kendalian pengurus Diego Simeone, Bayer Leverkusen yang dah mulai rasai tekanan untuk ulangi kejayaan musim lepas dan juga perlawanan tumpuan minggu ini, Man United v Tottenham!
Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-5 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802
Selamat datang ke episod 5 musim ke-2 podcast Borak Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Abang Botak dan tetamu, Lee Chun Hang & Karami Kamel, berborak mengenai UEFA Champions League yang baru membuka tirai minggu ini, tentang Trent Alexander Arnold yang berbeza musim ini, Pemain dari Crystal Palace yang memberi impak besar pada Bayern Munich, Kuartet Real Madrid yang belum risau digeruni pasukan lain, selain Milan Derbi & Man City v Arsenal yang akan berlangsung hujung minggu ini.
Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-5 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802
Selamat datang ke episod 4 musim ke-2 podcast Borak Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Abang Botak dan tetamu, Myra & Aswad berborak mengenai Luis Suarez & Angel Di Maria, dimana kedua Legenda bola sepak ini umumkan bersara dari pasukan kebangsaan masing-masing. Minggu ini juga memberi fokus pada pengumuman calon Ballon D'or 2024 dan beberapa nama besar yang tidak disenaraikan, selain previu perlawanan tumpuan minggu ini, North London Derby!
Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-5 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802
Selamat datang ke episod 3 musim ke-5 Borak Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Abang Botak dan tetamu, Fareed Rozaini & Adam Carruthers berborak mengenai adakah Ten Hag mampu bertahan musim ini serta pencapaian hat-trick Haaland. Selain itu, adakah Victor Osimhen telah tersilap langkah dalam kariernya dan juga previu matchday 1 UEFA Nations League untuk musim 2024/2025.
Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-5 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802
Selamat datang ke episod 2 musim ke-5 Borak Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Abang Botak dan tetamu, Jimmy & Arif Aminuddin membincangkan tentang tiga perkara utama, bagaimana perpindahan Dani Olmo dan Ilkay Gundogan memberi kesan kepada pasukan masing-masing. Bagaimana Thiago Motta meneruskan revolusi beliau ke pasukan yang lebih besar iaitu Juventus dan juga previu perlawanan terbesar minggu ini antara Manchester United dan Liverpool.
Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-5 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802
Selamat datang ke episod pertama musim baru Borak Borak Botak! Sempena episod pembuka tirai, Abang Botak lepak dengan Myra & Shahril untuk dapatkan pendapat mereka tentang Liga Perdana Inggeris yang sudah pun bermula minggu lepas, selain ramalan untuk musim ini. Adakah Man City akan cipta sejarah lagi dengan 5 kejuaraan berturut? Atau 'Ini kalilah!' untuk Mikel Arteta dan Arsenal??
Jangan lupa tonton Borak Borak Botak, di Astro Arena 802, Setiap Jumaat, jam 9:00 malam dan juga di Youtube Astro Arena!
Selamat datang ke episod terakhir Borak Borak Botak musim ini! Minggu ini Abang Botak & tetamu, Faiz Gurun bersama Wan Khairil Azwa membincangkan tentang Real Madrid dan peranan Florentino Perez dalam meneruskan legasinya di Real Madrid dengan menghasilkan era 'Galacticos' yang baru? Minggu ini juga memberi fokus pada Pep Guardiola & Man City yang dikhabarkan bakal berpisah pada hujung musim depan, impak kepada Man City jika perkara ini berlaku & 'legasi' Pep Guardiola dalam bola sepak dunia! Minggu ini juga memberi tumpuan kepada EURO 2024 yang bakal membuka tirai tak lama lagi, membincangkan tentang 'badi' tuan rumah EURO, Jerman, selain persiapan juara bertahan, Itali dan juga England yang kali ini sasarkan kejuaraan EURO selepas dikecewakan pada edisi lalu.
Borak-Borak Botak akan kembali pada musim hadapan tapi sementara itu, jangan lupa tonton sedutan Borak Borak Botak di youtube Astro Arena!
Selamat datang ke episod 27 Borak Borak Botak musim ini ! Minggu ini Abang Botak & tetamu, Akem Aiman bersama Arif Aminuddin membincangkan 'Team of the season' EPL 23/24 pilihan hos & tetamu. Ada yang korang rasa diketepikan dari 'team of the season' EPL? Minggu ini juga memberi fokus pada masalah Napoli di Serie A musim ini dan kelibat & rekod pengurus bertaraf dunia, Antonio Conte yang dikhabarkan bakal memimpin bekas juara Itali tersebut pada musim hadapan. Dan tentunya fokus pada perlawanan akhir, Liga Juara-juara Eropah diantara Borussia Dortmund, dimana Marco Reus tentunya ingin berikan hadiah perpisahan buat 'The Yellow Wall' dan juga Real Madrid yang berada di kelas tersendiri bila kita membincangkan tentang perlawanan akhir UCL.
Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-4 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802
Selamat datang ke episod 39 Borak Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Faiz Gurun & tetamu, Karami Kamel & Myra membincangkan kekecewaan skuad Mikel Arteta & siapa akan menggantikan tempat Mauricio Pochettino. Bayer Leverkusen yang gagal buru Treble namun perlu fokus kepada Final DFB-Pokal untuk kejuaraan berganda. ‘Irreplaceable’ Toni Kross yang mengejutkan dunia bola sepak dengan persaraan awalnya selepas Euro 2024 & previu final FA Cup. Siapa yang akan jadi juara? Biru atau Merah?
Selamat datang ke episod 25 Borak Borak Botak ! Minggu ini bersama hos, Keesh 'Matstats' dan tetamu, Irfan & Kamil Aminuddin, membincangkan tentang saingan minggu terakhir EPL dengan tanda tanya, siapakah bakal menjulang piala tersebut? Mentor atau Protege? Minggu ini juga memberi fokus pada senarai calon 'Player of the Season' EPL dan beberapa nama penting yang tidak disenarai selain mengenang jasa Raphael Varane yang sah bakal tinggalkan Man United pada hujung musim ini.
Saksikan Borak-Borak Botak Musim Ke-4 pada setiap hari Jumaat, bermula 9 malam secara langsung hanya di Astro Arena 2 saluran 802