DiscoverBORAK KAYPOH S4!
BORAK KAYPOH S4!
Claim Ownership

BORAK KAYPOH S4!

Author: Kaypoh

Subscribed: 4Played: 29
Share

Description

Podcast yang berkonsep lepak dan santai membincangkan topik serta isu semasa dan yang viral bersama tetamu jemputan yang berbeza setiap episod.
106 Episodes
Reverse
Dalam episod kali ini, Borak Kaypoh menyelam lebih dalam tentang perjalanan seni penyanyi berbakat Ary Husssin. Dari permulaan kariernya, cabaran yang dihadapi dalam industri muzik, sehinggalah perkembangan identiti muziknya yang semakin dikenali.Kalau anda peminat muzik tempatan atau nak kenal lebih dekat siapa sebenarnya Ary Husssin, episod ini memang untuk anda. Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Keempat Setiap Hari Rabu, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #podcast #aryhussin #nyanyian #müzik 
Episode keempat Borak Kaypoh bersama Razaisyam Rasyid melihat perspektif seorang director. Dari seorang anak muda yang pernah memenangi reality show dan membuat filem pertama nya di usia 21 tahun.Sebagai director, Razaisyam banyak kongsi pengalaman belakang tabir dunia produksi, cerita jatuh bangun dalam industri, cabaran kerja kreatif, sampai benda-benda yang orang luar jarang nampak. Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Keempat Setiap Hari Rabu, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #podcast #razaisyam #lakonan 
Podcast Borak Kaypoh bersama Fauzi Nawawi membawa pendengar menyelami sisi berbeza dunia hiburan dan kehidupan sebenar melalui perbualan yang, jujur dan penuh rasa.Yang bestnya episod ni Fauzi Nawawi banyak memberi  nasihat dan ada part yang buat kita tersentuh and boleh menjadi pengajaran pada masa akan datang.Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Keempat Setiap Hari Rabu, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #podcast #fauzinawawi  #lakonan
Dalam episod kedua Borak Kaypoh, kita sembang santai dengan Zahid AF yang throwback perjalanan dia dari pentas Akademi Fantasia sampai dikenali sebagai seorang pelawak. Lebih menarik bila Zahid kongsi macam mana orang mula nampak sisi kelakar dia dan bagaimana dia terpaksa ubah identiti daripada penyanyi kepada pelawak. Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Keempat Setiap Hari Rabu, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #podcast #zahid #akademifantasia
Podcast Borak Kaypoh kembali dengan Season 4 yang lebih segar dan penuh kejutan, menampilkan Ceddy Ang sebagai tetamu istimewa. Musim baharu ini membawakan perbualan santai, jujur dan menghiburkan yang menyentuh pelbagai topik menarik termasuk perjalanan kerjaya, pengalaman peribadi serta pandangan tentang isu semasa. Kehadiran Ceddy Ang menambahkan warna dalam setiap perbualan dengan gaya yang spontan, berani dan penuh karakter, menjadikan sesi borak lebih hidup dan mencuit hati. Season 4 menjanjikan perkongsian yang bukan sahaja menghiburkan, malah memberi inspirasi serta membuka perspektif baharu kepada para pendengar.Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Keempat Setiap Hari Rabu, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #podcast #ceddyang 
Episod istimewa sempena mencapai 100 episod sepanjang 3 musim penuh gelak, gosip dan sembang kaypoh! Dalam episod mega kali ini, kami throwback perjalanan Borak Kaypoh dari musim pertama hingga musim ketiga. Kami juga recap apa yang berlaku sepanjang tahun 2025—trend pelik, isu viral, cerita panas, dan apa yang mengubah hidup kami tahun ni.Dan of course, kami sembang pasal apa yang kami nak capai pada 2026: cita-cita baru, projek gila-gila, upgrade untuk podcast, dan harapan untuk community Borak Kaypoh yang makin membesar.Kalau korang dah follow dari awal atau baru join keluarga kaypoh, episod ni wajib dengar. Terima kasih sebab jadi sebahagian daripada perjalanan 100 episod kami! Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #podcast #recap #2025 
Dalam episod kali ini, Borak Kaypoh kembali dengan gaya santai dan penuh gelak tawa! Kami menjawab pelbagai soalan rawak – daripada yang kelakar, pelik, mind-blowing hinggalah yang buat kami sendiri terpinga-pinga. Dengan bantuan ChatGPT, perbualan jadi lebih spontan, lebih kaypoh, dan penuh kejutan.Sertai kami menyembang tanpa skrip sambil meneroka idea pelik, fakta menarik, dan perspektif yang tak dijangka. Kalau anda suka content yang ringan tapi menghiburkan, episod ini memang untuk anda!Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #podcast #random #chatgpt 
Dalam episod ini, Adan menjadi “wakil lelaki” dan terpaksa berhadapan dengan tiga perempuan yang lantang menyuarakan perangai-perangai lelaki yang paling mereka tak suka. Suasana jadi kecoh bila setiap seorang mula membongkar tabiat seperti ghosting, tak konsisten, ego tinggi, dan tak reti berkomunikasi.Akhirnya, episod ini lebih kepada sharing fun tentang salah faham antara lelaki dan perempuan.Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #podcast #relationship
Dalam episod terbaru Borak Kaypoh ini, kita menyelami perbualan santai tetapi penuh isi bersama otai industri, Razib Salimin, dan pengarah berbakat, Azlan Norani. Mereka berkongsi kisah di sebalik pembikinan filem terbaharu mereka, Penghukum, daripada detik awal ilham tercetus, ke cabaran yang mereka hadapi di set, hinggalah momen spontan yang mencuit hati serta yang menguji kesabaran.Sembang kali ini membawa pendengar menelusuri proses kreatif dua figura yang begitu komited menghasilkan sebuah naskhah aksi yang segar, mendalam dan sarat emosi. Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #filemmalaysia #podcast #penghukum 
Dalam episod kali ini, Borak Kaypoh mengupas topik panas tentang kenapa generasi Z nampak semakin tak romantik dalam bercinta. Zaman dulu, cinta disampaikan melalui surat wangi dan panggilan telefon tengah malam sekarang cukup sekadar emoji hati atau story “soft launch” di Instagram.Media sosial bukan sekadar tempat berkongsi momen, tapi dah jadi gelanggang utama untuk flirt, hint, dan kadang-kadang, untuk “ghost”.Tapi adakah cinta digital ni tandanya kita dah makin moden, atau sebenarnya makin jauh dari erti romantik yang sebenar? Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #genz #podcast #live #romantik  #cinta
Dalam episod kali ni, geng Borak Kaypoh datang dengan macam-macam cerita panas dan lawak tak kering gusi! Bersama kita kalini adalah Farhanmzlan dan Eym.jpeg dari Sterk Production dimana kita berborak tentang  dari kisah belakang tabir sampai ke vibe content yang buat ramai tak kering gusi. Lepas tu, kami share keistimewaan podcast live di 9 Pickle pada 2 November nanti tentang macam mana suasana, crowd, dan moment paling chaos yang korang tak boleh miss!Dan of course, topik paling viral minggu ni tentang influencer yang mintak makan free kat mamak. Kami ulas habis-habisan… adakah itu content, marketing, atau memang over?Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #sterkproduction  #podcast #live #pickleball #viral 
Dalam episod kali ini, kami borak sakan pasal beza sekolah zaman dulu dengan sekolah sekarang. Dari zaman seluar sekolah warna luntur, cikgu garang bawa rotan, sampai ke zaman budak sekolah bawa iPad dan buat kerja rumah guna AI.Kalau kau pernah kena berdiri atas kerusi sebab tak siap kerja sekolah, atau pernah ponteng kelas semata-mata nak beli makanan kat luar pagar, episod ni memang untuk kau. Dan kalau kau budak sekolah zaman sekarang, mungkin dah tiba masa kau tahu kenapa generasi dulu selalu cakap “kami dulu lagi susah!”Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #sekolah #malaysia #mrsm  #genz #geny 
Dalam episod istimewa ini, kami bersama band legenda dari Indonesia, SAMSONS! Bersama mereka, kita throwback ke zaman kegemilangan awal Samsons, dengar kisah-kisah menarik dan happy bersama peminat, serta apa yang membuat mereka terus relevan dalam industri muzik hingga hari ini. Tak lupa juga, kami kupas persiapan dan keterujaan mereka menjelang konsert eksklusif di Malaysia pada 9 November ini! Jangan lepaskan peluang untuk dengar cerita di sebalik lagu-lagu yang pernah mengisi jiwa ramai, hanya di Borak Kaypoh.Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #indonesia #malaysia #music #samsons #galau
Dalam episod kali ini, Borak Kaypoh menampilkan seorang tetamu istimewa yang tak asing lagi dalam dunia kulinari iaitu Danish Harraz. Dari seorang chef muda yang viral sejak kecil, kini Danish terus melangkah jauh dengan pelbagai pencapaian dan pengalaman menarik.Kita borak pasal perjalanan hidup dia, cabaran jadi figura awam pada usia muda, dunia masakan yang penuh tekanan, dan macam mana dia kekal relevan dan terus berkembang. Tapi untuk episod kali ini bukan berborak sahaja kita ada segmen khas bersama Danish Harraz, Nantikan!Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #pastry #malaysia #cookies #baking
Dalam episod kali ni, kita bersama dengan salah seorang otai industri hiburan tanah air, Dato' Norman Abdul Halim, anggota KRU yang juga mastermind di sebalik transformasi muzik Malaysia dari era rap Melayu sampai ke genre futuristik yang gempak habis.Macam mana tiga beradik ni boleh meletup dengan gaya pelik tapi power? Apa cabaran sebenar waktu nak bawak muzik ala barat ke telinga orang Malaysia masa tu?Kita korek cerita dari zaman mereka rakam lagu dalam bilik stor, sampai jadi penerbit filem blockbuster. Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #KRU #filem #filemmalaysia #rap 
Borak kaypoh kali ini bersama Liyana Jasmay dimana beliau borak tanpa tapis! Dari gosip panas sampai ke kisah inspirasi Liyana dari filem dan lagu pertamanya, kawan lama, orang hebat, dan tentang dirinya sendiri.Siapa je tak crush dengan Liyana Jasmay zaman Kami The Movie kan? dengar cerita dia baru release lagu baru! jom layanJangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #liyanajasmay #filem  #filemmalaysia 
Dalam episod kali ini bersama Adan, Uwaiz, Haziq, dan Nizam sembang santai pasal topik yang semua orang boleh relate macam mana nak jadi manusia yang baik. Dari kisah hidup harian, pengalaman sendiri, sampai ke pandangan masing-masing tentang apa maksud kebaikan sebenar. Kadang-kadang serius, kadang-kadang kelakar, tapi yang penting penuh dengan vibe sahabat lepak kedai mamak sambil korek-korek cerita.Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #life #manusia
Episod kali ni memang lain macam. Kita lepak dan borak dengan barisan pelakon filem Para X Normal iaitu Azhan Rani, Joey Daud, Epy Kodiang dan Amir Nafis yang datang bawak cerita seram dan kelakar dari set penggambaran. Filem ni bukan sekadar seram biasa, tapi dicampurkan dengan komedi dan plot gila.Kalau nak tahu betul ke ada kejadian mistik berlaku masa penggambaran, atau siapa yang paling banyak gelak bila kamera rolling, inilah episod yang wajib kau layan. Sembang santai tapi penuh isi.Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.#BorakKaypoh #PodcastMalaysia #ParaXNormal #PodcastMalaysia #AzhanRani #JoeyDaud #EpyKodiang #AmirNafis
Dalam episod kali ni, kita borak dengan Akmal Azali,seorang anggota polis yang pernah bertugas di kawasan sempadan, tempat yang sunyi, mencabar dan kadang-kadang penuh kejutan. Sekarang dia dah berpindah ke bandar, dan kehidupan dia berubah 180 darjah. Daripada jaga laluan tikus dalam hutan, ke jaga jalan raya yang penuh dengan hon dan trafik.Akmal kongsi macam mana kehidupan di pos sempadan sebenarnya, apa cabaran paling gila dia pernah hadap, beza kerja kat hutan dengan kat bandar, dan macam mana dia sesuaikan diri dengan dunia baru yang serba sibuk. Banyak juga cerita menarik yang kita tak sangka polis lalui, terutama yang pernah duduk jauh dari orang ramai.
Dalam episod kali ini, kami berborak sikit dengan satu jenama yang cukup nostalgik iaitu FungKeong, brand kasut yang dah lama bertapak di Malaysia dan pernah jadi pilihan utama budak sekolah, pekerja kilang, dan bahkan mat-mat motor! Dari zaman 60-an hingga sekarang, FungKeong bukan sekadar kasut ia simbol generasi, budaya kerja keras, dan gaya hidup rakyat marhaen. Kita kupas sejarah jenama ini, kenapa ia sangat popular satu masa dulu, dan kenapa orang masih bercakap pasal dia walaupun zaman dah berubah.Jangan Lupa Saksikan Borak Kaypoh Musim Ketiga Setiap Hari Isnin, Pukul 8:15 Malam Hanya Di KAYPOH.#borakkaypoh #kaypoh #kaypohmedia #fungkeong #sneakers #taguwaruwa #fashion 
loading
Comments 
loading