DiscoverAP Voice
AP Voice
Claim Ownership

AP Voice

Author: Aiman Amri

Subscribed: 19Played: 58
Share

Description

Kupasan topik psikologi yang menarik secara santai bersama Aiman Psikologi.

Twitter & Instagram @AimanPsikologi
60 Episodes
Reverse
"Raya Aidilfitri." Kebanyakan dari kita pasti tidak sabar untuk berkumpul bersama ahli keluarga dan sanak saudara bagi merayakan hari kemenangan yang dinantikan. Namun begitu, bagaimana pula dengan rakan-rakan kita yang mempunyai personaliti “introvert” dan mudah “anxious” menghadapi hari tersebut? #MedTweetMY dengan kolaborasi bersama Sapot & Mindakami melalui platform Twitter Spaces akan cuba mengupas lanjut berkenaan isu ini dengan topik: “Introvert, Anxiety dan Raya”.
Nampak macam sama kan? Sebenarnya ia dua perkara yang amat berbeza. Tetapi, tetap di bawah topik yang sama, iaitu, isu kesihatan mental manusia. Dengarkan lebih lanjut kupasannya dalam episod kali ini.
Sebenarnya, bila seseorang itu ada masalah kesihatan mental, salah siapa? Memang sebab dia lemah ke? Atau dia sendiri yang tak pandai urus tekanan sendiri? Episod kali ini, kita borak sama-sama penjelasan di sebalik persoalan itu. Topik ini ialah topik rawak yang saya terfikir tiba-tiba, untuk manfaat kita bersama.
"Apakah yang perlu kita lakukan untuk bantu kawan-kawan yang ada depression?" Episod kali ini, ialah soalan daripada peserta ketika dalam program online berkaitan topik kesihatan mental #AskAimanPsikologi
"Macam mana kita nak terus bersemangat sebab kadang-kadang emosi kita tiba-tiba down dan itu menganggu proses pembelajaran kita. Emosi manusia berubah-ubah dan tak menentu." Episod kali ini, ialah soalan daripada peserta ketika dalam program online berkaitan topik kesihatan mental #AskAimanPsikologi
loading
Comments