BICARA NURANI

<p>Sebuah program yang menyediakan kandungan tazkirah sebagai santapan nurani buat semua pendengar. Semoga ia memberikan manfaat buat semua pendengar.</p>

Fadhilat Bertakbir Di Malam Raya

Umat Islam diseru agar bertakbir membesarkan Allah & memanjatkan sebanyak-banyak doa memohon keampunan & membisikkan segala hajat mereka kepadaNya. Ini kerana, malam menjelangnya Aidilfitri ini adalah waktu-waktu emas dimana Allah membuka seluas-luas pintu langit. Ikuti penjelasan daripada Ustazah Asni Mansor bagi memahami dengan lebih lanjut lagi tentang fadhilat bertakbir di malam raya.

04-20
05:31

Libat Diri Dengan Mukjizat Terbesar Rasulullah (Al Quran)

Melibatkan diri dengan Al Quran sudah tentu besar ganjarannya. Lebih-lebih lagi jika dilaksanakan di bulan Ramadan, bulan yang paling istimewa kerana Al Quran diturunkan di dalam bulan yang mulia ini. Rasulullah SAW dipilih untuk menerima mukjizat terbesar dari Allah ini, maka Nabi Muhammad SAW dikatakan sebagai nabi yang paling mulia. Ada banyak cara untuk kita melibatkan diri dengan Al Quran. Ikuti bingkisan halwa telinga daripada Ustazah Asni Mansor buat pedoman kita semua.

04-18
04:43

Bersedekahlah, Allah Pasti Ganti

Merancang kewangan adalah tindakan bijak untuk mengelakkan pembaziran & mengekang sikap boros. Tetapi, dalam merancang it, jangan kedekut untuk bersedekah. Sedekah adalah satu amalan mulia yang dituntut dalam Islam. Allah Maha Menggantikan, dan dia pasti mengembalikan apa yang dikeluarkan kejalanNya dengan yang lebih baik melalui apa saja cara yang diinginiNya. Dalam kita berlumba mengejar pahala ibadah, jangan pula lupa zakat & sedekah.

04-18
04:46

Ruginya Tidak Membesarkan Ramadan

Betapa rugi sekiranya kita tidak mentakzimkan bulan yang paling besar ganjarannya di sisi Allah, iaitu bulan Ramadan. Dalam bingkisan kali ini, Ustazah Asni Mansor berkongsi alasan kenapa Ramadan adalah bulan paling istimewa di antara bulan-bulan lain. Semoga perkongsian ini memberi pedoman buat kita semua. Semoga Ramadan kali ini lebih baik untuk kita semua.

03-27
03:58

Recommend Channels