Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]

<p>Gandingan Bola Itu Life , Keesh Mat Stats & Faiz Gurun berbicara isu-isu yang merangkumi bola sepak dari pandangan sosio-politik , budaya dan pandangan berbeza.</p><p>Tiada kompromi dalam pandangan mereka , hanya yang benar dan berfakta.</p><p>Setiap hari Khamis , 9 malam di Saluran Arena 802</p>

Siapa Quentin Cheng sebenarnya? | Bola Itu Life

Quentin Cheng, nama yang bukan lagi asing dari buah mulut pengamat bola sepak Malaysia. Bola Itu Life Istimewa sempena sambutan Tahun Baru Cina membawakan anda prospek muda Selangor FC yang digilap dari tanah Australia, ke bumi Malaysia menjadi seorang bek kanan gigih merobek sisi sayap lawan. Nikmatilah perjalanan beliau dari ubi muda di Central Coast Mariner, panggilan 'sosial media' U23 ke Sukan Sea, seruan Harimau Malaya, kembara bersama Gergasi Merah dan lensa kehidupan bakat ini dalam mengaamati bola sepak tanah air. Segala bentuk pengorbanan demi perjalanan bermain bola sepak, dari meninggalkan bumi lama yang menjadi sandaran seumur hidupnya, sehingga panggilan 'scam' merubah hidup ke arah yang lebih bermakna. Bola Itu Life, mendalami kisah hidup Quentin Cheng pada segenap lensa. Selamat tahun baru Cina kepada semua yang menyambutnya. Semoga tahun-tahun mendatang membawa seribu satu kelestarian dan kebahagiaan kekal lamanya. Inilah kisah perjalanan Quentin Cheng, nikmatilah sisi kehidupan beliau bersama Keesh dan Faiz Gurun. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

01-31
51:33

Krisis Man City bakal menukar trend bola sepak Eropah? Dortmund & Man United dijangkiti penyakit sama... | Bola itu Life

Minggu yang penuh dengan aksi menarik di pentas bola sepak antarabangsa. Diego Simeone menunjukkan pengalaman beliau satu faktor menundukkan Xabi Alonso & Bayer Leverkusen di Stadium Metropolitano. Keesh dan Faiz mendalami mesej tersirat pasukan Ferrari di sebalik gambar ikonik pengumuman rasmi Lewis Hamilton. Perpindahan Januari Manchester City yang aneh? Projek Nuri Sahin terkandas di Dortmund. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

01-24
55:49

Arne Slot terkejut dengan taktikal Ruben Amorim di Anfield, pemecatan Shin Tae-Yong satu keputusan yang besar! | Bola Itu Life

Corak permainan Manchester United semakin maju dengan kehadiran Ruben Amorim manakala Shin Tae-Yong memandu TIMNAS ke garisan yang betul dan sekarang beliau dipecat. Apa sebab sebenarnya? Tahun baru buat Newcastle United membuka jalan dengan kejayaan, 6 perlawanan tanpa kekalahan. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

01-10
58:36

Bola Itu Life Special Deepavali

Bola Itu Life selalunya bercakap pasal bola tetapi kalini kami bawakan special khas buat anda semua. Faiz & Keesh akan lebih borak pasal budaya, perayaan, negara dan yang penting Faiz & Keesh perlu membina satu negara mereka sendiri. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

11-01
57:53

UCL Reviu: Madrid & Barca garang, kisah JDT di Yongin dan Selangor tumbangkan bekas juara ACL! | Bola itu Life

Bola itu Life minggu ini mendalami kisah LeBron & Bronny James yang membuat sejarah baru anak-ayah di NBA, kisah José Mourinho yang berdepan United, reviu dua gergasi Sepanyol di pentas UCL dan banyak lagi! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

10-25
53:51

Kad Laporan Harimau Malaya: Kenapa kita kena komen yang murni-murni? | Bola itu Life

Selepas episod duka di New Zealand tempoh hari, apakah hala tuju pasukan kesayangan kita semua, Harimau Malaya? Kini, hanya kad laporan bergred C mampu diberikan oleh Keesh & Faiz. Disamping itu, kita mendalami juga rakan-rakan ASEAN kita dalam perjalanan mereka di pentas dunia. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

10-18
58:45

Identity, Variation & Sustainability: Permasalahan Utama buat Erik Ten Hag? Tribute untuk Andres Iniesta! | Bola itu Life

Identiti Manchester United bercelaru, adakah Omar Marmoush pengganti Mo Salah, dan 22 tahun Andres Iniesta mewarnai pentas bola sepak. Mari ikuti Keesh dan Faiz dalam perbincangan ini, hanya di Bola itu Life! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

10-11
57:17

UCL Reviu: Villa kejutkan Bayern, Kota Madrid lumpuh & aura Cole Palmer tiada tandingan! | Bola itu life

Kebangkitan Brennan Johnson dan masalah kewangan KL City sehingga prestasi pemain-pemain merosot, 'overwhlemed' dengan kejutan UCL yang menarik, budaya sokongan ultras memberi 'highs' kepada pemain-pemain, aura Cole Palmer di Chelsea menunjukkan Cole Palmer pemain terbaik di Premier League ketika ini? Mari ikuti Keesh dan Faiz dalam perbincangan, hanya di Bola itu Life! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

10-04
58:50

Man City vs Arsenal sajikan vibe 'Barclays', Mees Hilgers ikat United di Old Trafford & nafas baru buat Barca!

Manchester City vs Arsenal dari drama dalam & luar padang, isu ‘Sportmanship’, keputusan Michael Oliver, kad merah Leandro Trossard & perangai Erling ‘Big Baby’ Haaland, semuanya kita bicarakan! Coretan Mees Hilgers yang pastinya bakal mencuri tumpuan peminat bola sepak di Asia Tenggara, ke cerita Muhammad Nazmi Nasaruddin yang mengadili pertemuan El Clasico Indonesia diantara Persib & Persijia dan banyak lagi! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

09-27
57:14

Arif Aiman permata Malaysia, Syarat MFL akan mengoyangkan pemain tempatan.

Perjuangan Arif Aiman sebagai pemain tempatan di ACL mengegarkan bumi Shanghai, MFL meletakkan syarat baru bagi pengambilan pemain asing sehingga 12 orang & terbongkar kisah Faiz & Keesh ketika kecil. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

09-21
56:42

Barca duitnya tiada - otaknya pula hilang, Chelsea pula masih mahu kekal dibawah! | Bola itu Life S4

Memulakan musim ke-4 Bola itu Life, gandingan Keesh dan Faiz berbicara tentang Pau Marti sebagai Ketua Jurulatih baharu negara, situasi yang menyedihkan buat Barca dan Chelsea, dan ada kejutan istimewa di penghujung episod! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

08-23
58:18

Kad Laporan Harimau Malaya di Pestabola Merdeka & Indonesia memotong Malaysia dalam kedudukan FIFA!!

Isu dalaman KDA FC tiada penyudah, Timnas Indonesia mengejutkan bumi Asia dan impak Harimau Malaya dibawah kendalian Pau Marti ke arah positif!! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

09-13
01:04:03

Harimau Malaya seperti kehilangan taring di bawah Pau Marti & Casemiro mangsa sistem Erik ten Hag

Minggu ini gandingan Bola itu Life , Keesh Mat Stats & Faiz Gurun menganalisa kekalahan Man United di Old Trafford disamping membincangkan impak awal Arne Slot di Liverpool. Tumpuan terarah ke perlawanan pertama Pau Marti yang tampak kurang memberangsangkan menentang Filipina di Pesta Bola Merdeka. Segmen khas sempena bulan kemerdekaan penuh dengan kisah suka duka Bola Itu Life. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

09-05
58:46

Selangor tak belajar dari kesilapan lalu..Syafiq Ahmad kembali namun kelibat Hong Wan masih samar | Bola Itu Life

Percaturan salah Selangor membawa padah di final namun persembahan Sam Somerville menjadi tanda tanya penyokong Red Giants. Pemilihan skuad Harimau Malaya oleh Pau Marti masih tiada kelibat Hong Wan, berita baik Syafiq Ahmad kembali menyarung jersi. Reviu Big 6 Premier League selepas dua perlawanan. Chelsea menang besar tetapi masalah luar padang masih belum selesai. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

08-29
59:37

Era baru Real Madrid mengerikan & Euro 2024 bakal jadi perhatian! | Bola itu Life

Untuk episod terakhir Bola itu Life musim ketiga ini, Keesh & Faiz hilang kata-kata melihat empayar cukup besar yang sedang dibina Real Madrid! Kepulangan Jose a.k.a 'The Special One' juga disambut baik peminat di seluruh dunia serta 'preview' Euro 2024! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

06-07
01:21:16

Adakah harapan Kim Pan Gon terlalu sukar buat persekutuan bola sepak, pengendali liga, kelab bola sepak & pemain-pemain? | Bola itu Life

Bola itu Life minggu ini, Keesh & Faiz berbicara tentang kemenangan piala FA tempoh hari, drama-drama yang membawa kepada final UCL, keluar-masuk pengurus-pengurus di kelab Liga Eropah dan banyak lagi! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

05-31
55:52

Tribute terakhir buat Jurgen Klopp dari Bola itu Life!

Bola itu Life minggu ini menjengah hari-hari terakhir sosok istimewa Jurgen Klopp di Anfield. Mendalami episod suka duka penuh emosi sepanjang perjalanan beliau menerajui Liverpool. Keesh dan Faiz juga menyentuh episod pemecatan Mauricio Pochettino dari kem Chelsea dan banyak lagi! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

05-24
56:31

'Last Lap' Liga Perdana Inggeris dan kemeriahan minggu pertama Liga Super

Amad Diallo watak tidak didendang oleh Ten Hag, Arda Guler penyelamat Real Madrid sekali lagi, Spurs buat peminat Arsenal putih mata, City teruskan kemaraan. Terbitnya drama minggu pertama Liga Super yang akan sentiasa memberi keseronokan buat peminat bola sepak tempatan. Paulo Josue beri penghormatan buat Faisal Halim, persahabatan tanpa sempadan. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

05-17
57:31

Bola itu Life Istimewa: Diambang Sepak Mula Liga Malaysia 2024/25!

Istimewa episode Bola itu Life kali ini, kita bawakan khas nama-nama yang sering menghiasi landskap bola sepak tempatan, dari pengacara, wartawan dan juga pengulas! Perbincangan santai mengenai struktur baru liga, jersi & bola rasmi, jendela perpindahan dan persaingan di puncak liga bakal menghiasi penceritaan kali ini, diadukan dengan gabungan yang cukup menarik. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

05-10
01:22:00

Sang Pejuang Faisal Halim, secebis diri kita didalam dirinya! | Bola itu Life

Dari insiden yang membabitkan Faisal Halim ke Old Trafford, Bola itu Life mengupas segenap dimensi bola sepak, dalam dan luar negara! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

05-10
58:32

Recommend Channels