DiscoverBola lagi?
Bola lagi?
Claim Ownership

Bola lagi?

Author: Dari sidang redaksi podcast 'Bola Lagi?'

Subscribed: 1Played: 0
Share

Description

Bincang santai berkenaan topik yang bukan santai.
Akan menjadi manusia lebih beguna kepada masyarakat setelah menyertai perbincangan kami.
"Kalah itu biasa, menang itu luar biasa!"

Boleh dengar pendapat kami di;

YouTube: https://bit.ly/3QndSTV
Spotify: https://spoti.fi/3Xaldbs
Apple Podcast: https://apple.co/3IouDw2
TikTok: https://www.tiktok.com/@bolalagi22
36 Episodes
Reverse
Walaupun kami semua meramal kan kekalahan di Stadium Sultan Qaboos awal pagi Jumaat lepas, tetapi untuk menyaksikan kekalahan tersebut terungkai di depan mata, masih satu pengalaman yang memedihkan. Zul ditemani Fir, Azim, Saru dan Sivan bagi membedah apa yang berlaku di Muscat tempoh hari. Cuba memberi makna kepada kekalahn itu. What went wrong pada perlawanan tersebut. Pada bahagian kedua pula kami cuba menyuntik idea kami apa yang KPG boleh buat untuk memastikan kemenangan di gelangan keramat kita. Kami juga memberi komen berkenaan "padang qr code" yang bakal menjadi gelangang pertemua kedua pasukan. Pada penutup episod ini kita ditemani Monoloque yang menceritakan the experience of moreh melalui lagu beliau berujudul Moreh. SELAMANYA HARIMAU MALAYA! #HarimauMalaya #Oman #Malaysia #StadiumBukitJalil #BukitJalil #WCQ #WorldCupQualifier #WorldCup2026 #Monoloque #Moreh
Semenjak kita merajai kumpulan D bagi pertandingan peringkat ke 2 Kelayakan Piala Dunia 2026, siri 2 perlawanan melawan Oman ini lah yang kita letakkan selaku penanda aras bagi mengukur keupayaan sebenar kita di peringat tertinggi bola sepak Asia. Bagaimana persediaan anak buah KPG? Apa peluang kita di Muscat nanti? Segmen seterusnya kami mengupas perihal terkini "Malaysia Funny League". Walaupun liga hanya akan bermula Mei nanti, tetapi ini tidak menghentikan beberapa kelab untuk bergiat aktif membuat persediaan di atas dan luar padang. Dengar komen kami tentang beberapa berita sensasi dari liga kita. #harimaumalaya #malaysia #Oman #FifaWorldCup #WorldCup2026 #MFL #JDT #SelangorFC
Perlawanan epik bakal menjadi kenangan sepanjang zaman. Perlawanan epik yang menjadi titik tolak kepada soalan "Di mana anda berada semasa Morales menjaringkan gol itu?" Dengarkan perbincangan kami berkenaan oerlawanan itu dan apa seterusnya buat Harimau Malaya. Siapa pemain paling form sepanjang Piala Asia ini dan apa sumbangan kita sebagai peminat di kejohanan ini? Dengarkanlah rakaman ulasan perlawanan epik ini.
Tumpas kali ke dua. Setelah berlaku nya groundswell semangat dan hype di kalangan ekor harimau Malaya, baik di tanah air mahupun di bumi Qatar, aksi separuh masa pertama seolah memberi sedikti sinar yang kita bakal berdansa tamat 90 minit perlawanan. Tetapi seperti biasa, tiada gerenti pun yang meyokong pasukan bola sepak kesayangan anda akan memberi kegembiraan. Maka kali ini, Zul, Afan, Sivan, Azim, dan Fir sekali lagi duduk bersuma cuba try to make sense kenapa kita tumpas lagi. Adakah kita terbuai oleh hype yang kita sendiri cipta? Ataupun memang pemain kita bukan tahap Asia lagi. Tetapi bagaimana Siam; yang tidak bersedia dengan sebaiknya, dan Indonesia yang sering menjadi bahan lelucon kita mempamerkan aksi yang lebih bertenaga pula? Semua itu kami akan bincang di episod kali ini. SELAMANYA HARIMAU MALAYA!
Kalah itu biasa, menang itu luar biasa. Ia kata - kata yang kami sudah lama pegang. Cumanya selepas keterujaan yang dibina sejak kita menumpaskan Bangladesh dan mengesahkan tempat ke peringkat akhir Piala Asia 2023 ini, hanya untuk dibantai Jordan sebegitu rupa meninggalkan kesan yang dalam kepada ramai antara kami. Ya kami dengan bangga mengakui yang kami adalah "battle hardened man", pendukung Harimau Malaya yang membawa parut - patut lama kesan dilukai dengan keputusan - keputusan lampau Harimau Malaya. Pedih yang kami rasai bukan lah luka baru, cuma luka lama berdarah kembali. Oleh itu, Zul, Affan, Sivan, Azim dan Saru memerlukan masa sedikit lama untuk pertama, melalui fasa acceptance kepada kekalahan di tangan Jordan sebelum mampu untuk mengulas lebih lanjut mengenai perlawanan itu. Apa yang terjadi sebenarnya pada malam itu? Kenapa KPG memilih untuk "bereksperimentasi" pada perlawanan yang, 43 tahun dalam pembikinan? Kenapa pemain bintang kita semua nya gugup? Kenapa , kenapa, dan kenapa? Kami tiada jawapan untuk soalan ini semua dalam episod ini, tetapi kami cuba mengupas dan melontarkan ide kami diharap boleh manjadi titik asas untuk ktia menerima kekalahan itu dan meneruskan perjalanan bersama sama. MATI HIDUP KEMBALI!
Maka hari yang kita tunggu semenjak wisel penamat melawan Bangladesh, pada tahun 2022, telah tiba. Hari yang ditunggu kita semua, satu generasi lamanya. Maka kami persembahkan episode podcast yang satu generasi dalam pembikinan. Zul bersama Fil, Affan, Saru, dan Azim cuba menyemarakkan lagi api semangat kita menuju Matchday 1 melawan Jordan. Apa kelebihan kita, apa yang KPG ada up his sleeves dan apa yang Jordan boleh susahkan kita. Semua kita bincangkan di sini. Kita juga menyentuh berita – berita jiran tetangga kita Siam dan Indonesia. Bersedialah rakyat Malaysia, masa yang kita tunggu – tunggu itu, akhirnya tiba.
Sambungan bahagian kedua Previu Piala Asia 2023 kami bersambung dengan perbincangan sekitar lawan Matchday 2 kita iaitu Bahrain dan Matchday 3, Korea Selatan. Bagaimanakah congak ahli panel kami untuk Harimau Malaya layak ke pusingan ke 2. Saru dan Sivan juga akan berkongsi rancangan mereka berdua untuk ke Qatar bagi menyaksikan aksi Harimau Malaya nanti. Terakhir sekali kami akhiri previu kali ini dengan harapan kami semua untuk aksi Harimau Malaya di Piala Asia edisi kali ini.
Kejohanan Bola Speak Paling Penting Generasi Kita. Titik! Seperti biasa, Zul ditemani Affan, Saru, Fil, dan Azim. Tetapi kali ini ada panelist celebrity iaitu Sivan John. Previu kali ini akan membincangkan secara khusus dan teliti pasukan yang bertanding bersama Harimau Malaya di Kumpulan E. Kita bahagikan kepada dua bahagian, dan bahagian pertama ini focus kepada Harimau Malaya dan lawan kita pada Matchday 1, iaitu Jordan. Apa peluang Malaysia kali ini di Piala Asia? Mampukah pasukan lain di Kumpulan E menghalang amukan Harimau Malaya? Kita dengar apa kata panelist BolaLagi? SELAMANYA, HARIMAU MALAYA! 🇲🇾🐅
M02E14 - What Can You Do?

M02E14 - What Can You Do?

2023-12-2801:03:39

Untuk episod kali ini, ahli panel Bola Lagi?; Affan, Fir, dan Saru menyertai Zul bagi membincangkan pertama sekali berkenaan Perlawanan Akhir Piala Malaysia yang menyaksikan JDT melengkakan quadruple untuk kali ke – 2. Selepas perlawanan akhir di SNBJ ada beberapa lagi perlawanan liga yang bakal melabuh tirai bola speak musim ini. Setiap ahli panel memberi sedikit rangkuman bagi aksi liga super untuk tahun ini. Pada bahagian terakhir pula ahli – ahli panel memberi focus kepada senarai KPG bagi mengumumkan pelatih yang bakal menyertai latihan pusat bagi persediaan ke Piala Asia 2023 di Qatar. #DemiLigaKita #JDT #SelangorFC #ArifAiman #Morales #KPG #Qatar #AFC #AsianCup2023
M02E14 - Kami datang lagi!

M02E14 - Kami datang lagi!

2023-12-0301:05:59

Untuk episod kali ini, Zul disertai Fir, Azim dan Saru sama – sama mengucapkan tahniah kepada skuad Selangor FC yang mengesahkan penyertaan ke ACL 2 selaku naib juara Liga Super 2023 selepas menumpaskan KDA FC di Alor Setar malam tadi. Juga dibincangkan peluang Sommerville untuk beraksi Bersama skuad Harimau Malaya di Qatar Januari nanti dan cerita nakal yang menyebut Mano Polking ditawarkan ke Selangor FC. Untuk bahagian kedua pula kami menyentuh perihal bunyi – bunyi menarik menyebut pemain seperti Arif Aiman patut beraksi Bersama skuad Piala Asia Bawah 23 tahun. Kami memberi komen berkenaan pandangan ini dan menarik kami juga menyebut beberapa nama Bawah 23 tahun yang KPG patut bawa ke Qatar Januari ini. Terakhir sekali usai kunjungan Coldplay ke SNBJ tempoh hari memberi suasana epic stadium yang penuh. Kami bercerita berkenaan perlawana – perlawanan lain sebelum ini yang memberi memori gempak gempita Bukit Jalil sebelum ini. Jangan lupa juga buat para pendengar untuk memberi sumbangan kepada suadara – saudara kita di bumi Palestin melalui dua NGO ini; a. Mycare - https://www.mycare.org.my/gaza-diserang/ b. Cinta Gaza Malaysia - https://cgm.com.my/ #DemiLigaKita #SelangorFC #KDAFC #QatarAsiaCup2023 #FreePalestine
Untuk episod kali ini Zul disertai oleh panelis baru; Hazrul fondly known as Saru, the usual suspects adalah Azim dan Affan. Di sebalik euphoria kemenangan back to back Harimau Malaya, pasukan Bola Lagi membincangkan berkenaan perlawanan melawan Taiwan, peluang ke Piala Dunia Amerika Utara 2026, dan kejohanan Piala Asia Bawah 23 tahun. Berikut merupakan serba sedikit topik yang digarap oleh Bola Lagi? a) Inclusion Junior, Afiq, dan Paulo dalam kesebelasan melawan Taiwan. b) Kebolehupayaan KPG untuk interchange pasukan HM. c) Gandingan Dion Cools – Shahrul Saad atau Junior? d) Peluang Syafiq Ahmad untuk menyertai pasukan ke Qatar. e) Perbezaan peranan Darren dan Paulo selaku No 9 untuk HM. f) Congak untuk HM ke Monterey 2026. g) Komen bapa presiden FAM berkenaan peluang kita ke Paris 2024. Selain itu, kami menyeru para pendengar untuk terus menyumbang bagi membantu penduduk Palestin yang masih dikepung dan diserang rejim Israel. Sumbangan boleh lah dibuat melalui 2 NGO yang kami cadangkan ini; a) Mycare: mycare.org.my b) Cinta Gaza Malaysia: cgm.com.my Kedua NGO ini mempunya trek rekod yang cemerlang dalam menyalurkan bantuan dari rakyat Malaysia ke Palestin. “Dari Sungai ke Segara, Palestin akan Merdeka!” #HarimauMalaya #FIFAWorldCup2026 #AsiaCupQatar2024
Malam magis 16 November 2023 memang kita akan ingat untuk satu jangkamasa yang lama. Melawan Kyrgyzstan, pasukan 97 dunia kita pada satu masa ketinggalan 1-3. Tapi berkat usaha dan semangat Malaysia Boleh yang menebal kita berjaya membenamkan lawan dari Asia Tengah tersebut dan mencatata 3 mata pertama untuk Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026. Seperti biasa Zul ditemani Afan, Fir dan juga Azim untuk memberi pandangan dan komen berkenaan aski penuh bertenaga anak – anak buah KPG. SELAMANYA HARIMAU MALAYA!
Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, kita teruskan perbincangan berkenaan pasukan Malaysia.
Setelah menghilang lama, Zul kali ini sekali lagi bersama Azaim, Affan dan istimewa bersama Tn Haji Firdaus. Borak santai berkenaan Liga Super; Sabah membelasah Pahang dan Matchday pelik Selangor melawan Sabah. Cerita juga berkenaan langkah ke 2 untuk double quadruple JDT dan paling utama topik kegemaran kami, Harimau Malaya! Kali ini cerita kita ke Piala Dunia Amerika Utara 2026! #JDT #PialaFA2023 #FH7 #SelangorFC #SabahFC #PialaFA2023 #NorthAmerica2026FIFAWorldCup
Zul, Affan dan Azim kali ini membincangkan perlawanan persahabatan melibatkan pasukan Harimau Malaya; 4 - 1 melawan Kepulauan Solomon, 10 - 0 melawan Papua New Guinea. Bukan selalu kita dapat lihat agreget 14-1 di jendela persahabatan FIFA ini. selepas berbincang kencang berkenaan jendela ini, kami teruskan pula dengan perancangan KPG untuk jendela persahabatan FIFA yang seterusnya; September dan Oktober. Apa yang patut kita harap pada waktu itu dari pasukan Harimau Malaya. Selesai bercerita berkenaan Harimau Malaya, kita teruskan pula dengan aksi Liga Super dan Separuh Akhir Piala FA.
Zul minggu ini ditemani Affan dan ahli anel baru, Saudara Edysuzaili. Tiada aksi Liga Super bermaksud fokus kita kepada Harimau Malaya. Kegagalan membawa pulang “Ibu Segala Pingat” dari Kemboja memerlukan sesi hati ke hati, maka ini lah sesi tersebut. Kita semakin hamper ke “Kejohanan Bola Sepak Paling Penting Generasi Ini” setelah undian kumpulan berlansung beberapa hari lepas. Kita semua sedia maklum pasukan yang akan cuba menghalang kita untuk mara ke pusingan ke dua kejohanan ini; Bahrain, Jordan, dan Korea Selatan. Bukan calang – calang pasukan, tetapi bukan sesuatu yang mustahil. Ahli panel membincangkan congak – congak yang membolehkan kita untuk ke pusingan 16 terakhir. Liga Super bersambung dengan 2 perlawanan yang tertunda beberapa minggu lepas; JDT melawan Kelantan United dan Negeri Sembilan melawan KL. Debutant podcast kita kali ini; Edy, akan berkongsi pengelibatan beliau dalam bola sepak akar umbi di sekitar Lembah Klang. Bola sepak akar umbi di mana – mana tempat seluruh dunia merupakan nadi pembangunan, nadi kelestarian bola sepak tempatan. Kita dengar cerita Edy berkenaan usaha – usaha bola sepak sosial / bola sepak komuniti lakukan dalam membantu meningkatkan talent pool bola sepak tempatan.   Bahagian 1 – Apa cerita Sukan SEA Kemboja; kempunan lagi sejak 2011 (2:10) Bahagian 2 – ASIA KAMI DATANG! (16:10) Bahagian 3 – Previu Liga Super JDT vs Kelantan United – Cerita bukan berkenaan samada JDT menang atau tidak, cerita dia kalau menang berapa gol? (30:00) Negeri Sembilan vs KLC FC – Mampukan KL mencatata kemenangn ke 5 berturut turut? Affan jawab, ya KL mampu! (33:50) Bahagian 3 – Edy akan berkongsi cerita berkenaan bola sepa akar umbi melalui pengelibatan beliau Bersama kelab KVC FC (37:00) #Cambodia2023 #HarimauMalaya #AsianCup2023 #Jordan #Bahrain #SouthKorea #SonHuengMin #JDT #KelantanUnited #N9FC #KLCFC #KVCFC #DemiLigaKita #MSL2023
Selamat Hari Raya Aidilftir, Eid Mubarak! Fokus kita kembali ke Liga Super; MD9 dan MD10. Pertarungan untuk menjadi “best of the rest” terus hangat berlansung. Selangor, Sabah dan surprise package Sri Pahang terus kekal memberi aksi yang menarik pada aksi liga super. Perlawanan Selangor melawan Sri Pahang juga melengkapkansenarai pasukan ke suku akhir Piala FA. Harimau Muda kita juga baraksi untuk merebut “ibu segalapingat” di aksi Sukan SEA 2023, bagaimankah peluang anak buah Coach Ela? Mampukah kita menamatkan penantian sejak 2011? Liga Super berhenti seketika setelah melalui 10 perlawanan.Siapakah dan apakah aksi yang menarik perhatian kami setakat ini?   Bahagian 1 – Reviu MD9, MD10 Liga Super dan Piala FA   MD9; Kedah 2 - KL 3 Kedah masih belum mampu bangkit setelah aksi longlai di SSI tempoh hari. Kali ini KLC FC yang merebut peluang untuk membawa 3 mata berharga dari SDA. (3:05) MD9;  Selangor 5 - Ganu 1 Berlainan pula dengan Selangor yang terus mencatat kemenangan ke 4 berturut – turut setelah dibelasah JDT tempoh hari. (6:00)   MD10; Sabah 2 - Selangor 1 Aksi menarik 2 contender “best of the rest” menyaksikan aksi bertenaga Sabah yang beru kembali ke Likas setelah aksi 3 perlawanan di tempat lawan. (9:40)   MD10;  Ganu 1 - Pahang 2 “Surprise package” untuk musim ini terus menarit minat pemerhati bola sepak tempatan. (14:50)   FA Cup Round of 16; Selangor 4 - Pahang 0 Selangor terus memberi fokus kepada aksi Piala FA sebagai peluang untuk menamatkan penantian memenangi sebarang kejohanan. (18:00)   Bahagian 2 – Harimau Muda di Sukan SEA (22:20) Anak buah Coach bermula garang menumpaskan Laos pada aksi perlawanan pertama. Bagaimana pula peluang mereka berhadapan dengan cabaran sebenar; Thailand. Bagaimana pula peluang Harimau muda untuk membawa pulang, ibu segala pingat ini?    Bahagian 3 – Rangkuman Liga Super setakat ini setelah selesai 10 perlawanan   Pasukan paling bersedia (32:20) Perlawanan terbaik (39:00) Pemain – pemain terbaik (43:00)   Lagu end credit   Tajuk: Indahnya beraya di desa Penyanyi: Azlina Aziz Pencipta: S.Atan   #MSL #DemiLigaKita #JDT #KedahDarulAman #SriPahang #TerengganuFC #Selangor #KLCityFC #FaisalHalim #FH7 #SIU #HarimauMuda #SEAGames2023 #PialaFA #AzlinaAziz
Kita ke 10 malam terakhir Ramadhan, kali ini membincangkan perihal Liga Super; penguasaan berterusan JDT, yang mana dilihat kini seolah hanya JDT sendiri yang mampu memberi cabaran kepada JDT, kebangkitan berterusan Sri Pahang FC dan Terengganu FC, masalah yang melanda Kuching City FC. Perlawanan pusingan ke-2 Piala FA juga bakal menjenguk sebelum bersambungnya aksi Liga Super. Harimau Watch pula akan member fokus kepada Khuzaimie “Jimmy” Piee. Apa peluang beliau untuk dislodge gandingan Cools-Shahrul Saad? Apa pula eksperimen baru TCH terhadap Jimmy di Selangor? Jika tidak mampu mengugat gandingan Cools – Shahrul Saad adakah peranan Jimmy lebih kepada pengelibatan di kejohanan age group selaku pemain over age?   Bahagian 1 – Reviu Match day 8 Liga Super JDT vs KDA FC – 6-0, adakah kita terkejut dengan keputusan ini? JDT berada dalam kelas tersendiri, hanya JDT yang boleh menghentikan juggernaut JDT ini. (4:20) SRI Pahang FC v Kelantan United – Pahang kekal selak pasukan tunggal selain JDT yang belum tumpas musim ini. Gol minit tearkhir perlawanan memastikan Darulmakmur kekal menjadi kubu kuat. (13:00) Terengganu FC v Kuching – Terengganu terus mencatat peningkatan prestasi dengan satu lagi kemenangan. Apa masalah KCFC pula sekarang? (16:50)   Bahagian 2 – Previu Match day 9 Liga Super   Selangor FC v Terengganu FC – Perlawanan merebut jolokkan “best of the rest”. Kedua – dua pasukan dalam prestasi hangat sekarang. Match of the week pilihan panelis. (26:50) Kuching City FC v Sri Pahang – KCFC perlu lakukan sesuatu untuk menyelamatkan musim mereka. Malangnya cabarang yang bakal dihadapi adalah Pahang pula. (31:10) KDA FC v KLC FC – Perlawanan nostalgia 90an. Mampukah anak buah Nafuzi bangkit selepas pembantian JDT tempoh hari? (35:10)   Bahagian 3 – Previu Pusingan 16 terbaik Piala FA   Selangor FC v Sri Pahang FC – Bakal menjadi headache buatkedua – dua jurulatih. Kerana sejurus selepas perlawanan ini cabaran liga super pula menanti, terutamanya buat Selangor. (43:20)   Bahagian 4 – Harimau Watch Khuzaimi “Jimmy” Piee (48:20)   #MSL #DemiLigaKita #JDT #KedahDarulAman #SriPahang #KelantanUnited #TerengganuFC #KuchingCityFC #Selangor #KLCityFC #Jimmy
Seperti biasa ahli – ahli panel tetap podcast Bola Lagi? disertai Zul membincangkan topik hangat bola sepak tempatan. Episod kali ini kita membincangkan reviu Match Day 7 Liga Super, previu Match day 8 Liga Super, berita terkini perkembangan Harimau Malaya dan Harimu Watch kali ini memberi fokus kepada the man between the sticks; senario penjaga gol Harimau Malaya   Bahagian 1 – Reviu Match day 7 Liga Super   Terengganu FC v Kelantan FC – Akhirnya peminat Terengganu FC mungkin sudah boleh bernafas lega setelah bermula perlahan pada awal musim. Kemenangan “east coast” darby ini menyaksikan sekali lagi barisan penyerang high profile Terengganu mencetak gol. (4:20) KLC FC v Sabah FC – Kemenangan pertama buat anak – anak buah Bojan Hodak. Sabah FC mungkin ini berada dalam “mini” krisis akibat 2 kekalahan berturu, 3 kalah dari 4 perlawanan. (8:06)  KDA FC v Penang FC – Kedah pasukan terbaru menghuni posisi “best of the rest”. Bermain 10 orang melawan Penang. Adakah pemain Kedah secara perlahan sudah serasi dengan “Nafuzi ball”? (11:45)  Selangor FC v Negeri Sembilan FC – “Never say die attitude” dari Selangor; kali ke 3 musim ini, menyaksikan 3 mata dirampas pada detik akhir perlawanan. (14:20)   Bahagian 2 – Previu Match Day 8 Liga Super   JDT v KDA FC – Top of the table clash. Mampukah Kedah menjadi pasukan seterusnya cuba memperlahankan JDT’s juggernaut march towards the title? (20:40)   Bahagian 3 – Berita terkini Harimau Malaya   Ranking mencanak! – Hasil siri keputusan yang positif Harimau Malaya, pengumuman terkini FIFA berkenaan ranking melihat kita kini menduduki tangga ke 138! (30:50) Pestabola Merdeka – Kejohanan Pestabola Merdeka kini kembali. Salah satu usaha FAM untuk membuat persediaan bagi menghadapi PIala Asia 2024, 3 pasukan telah bersetuju untuk menyertai Malaysia bagi beraksi merebut piala Kejohanan ini. Palestine, Lubnan, dan India bakal bertandang ke Malaysia dalam kejohanan 4 hari ini. (34:55) Pot Undian Piala Asia 2024 – AFC telah mengumumkan secara rasmi kedudukan pasukan dalam pot undian Piala Asia 2024 (39:40) Undian kumpulan Sukan SEA – Pengumuman juga telah dibuat bagi perebutan ibu segala pingat di kejohanan Sukan SEA tahun ini (41:10)   Bahagian 4 – Harimau Watch   Fokus Harimau Watch kali ini kepada department penjaga gol Harimau Malaya. Membincangkan perihal penjawa gawang kita. (45:00)    #TerengganuFC #KelantanFC #SelangorFC #NegeriSembilanFC #JDT #KDAFC #PenangFC #HarimauMalaya #RankingFIFA #PestabolaMerdeka #SukanSeaKemboja #SukanSea2023 #PialaAsia2024 #Qatar #AFC #AsiaCup2024 #SevenCollarTShirt #Faith
Episod pertama Ramadhan 2023 ini Zul ditemani Fil, Affan, dan Azim untuk episod kali ini. Episod ini membincangkan berkenaan perlawanan – perlawanan persahabatan Tier 1 buat pasukan Harimau Malaya, kejayaan pasukan bawah 22 tahun kita merangkul kejuaraan Piala Merlion, previu perlawanan Liga Super Match Day 6. Sementara segmen Harimau Watch pula member fokus kepada man of the moment; Faisal Halim.   Bahagian 1 - Reviu Perlawanan Persahabatan Harimau Malaya   Malaysia v Turkmenistan – Perlawanan pertama siri persahabatan kali ini menemukan kita dengan Turkmenistan. Lawan kita pada peringkat kelayakan Piala Asia tempoh hari. Kemenangan 1-0 anak buah KPG melihat aksi kembalinya pemain utama Harimau Malaya yang tidak terlibat pada aksi Piala AFF tempoh hari. (2:30)   Malaysia v Hong Kong – Perlawanan kedua Harimau Malaya pula meneruskan rentak cemerlang pasukan kebangsaan dengan kita mencatat kemenangan 2-0. Gol cetakkan Akhyar Rasid dan Faisal Halim memastikan kita ‘on course’ untuk mencatat kedudukan FIFA terbaik kita untuk 12 tahun yang lepas. (12:30) Bahagian 2 - Reviu Merlion Cup Perlawanan melawan Kemboja di separuh akhir dan Hong Kong di peringkat akhir memastikan kita menamatkan kemarau kejohanan ini sejak 41 tahun yang sudah. Anak buah Elaverasan menampilkan adunan pemain berpengalaman dari kejohanan AFF tempoh hari dan pemain bawah 22 tahun yang lain. (24:00)   Bahagian 3 - Previu MLS MD 5   JDT v Sabah FC – Selepas menumpaskan Selangor dengan mudah, mampukan JDT akhirnya menamatkan terus apa – apa cabaran yang boleh di bawa oleh “pencabar” mereka musim ini? (35:45)   Pahang v Kedah – Pahang antara 3 pasukan yang masih belum tumpas lagi musim ini. Mampukah Nafuzi membuat perancangan bagi memastikan 3 mata Kembali ke Darul Aman? (38:55)   KCFC v PDRM – Battle of the newly promoteds. PDRM merupakan surprise package untuk musim ini, setakat ini. Adakah PDRM akan meneruskan berita duka buat KCFC yang hanya mencatat 1 kemenangan, 1 seri dan 3 kekalahan setakat ini? (41:00)   KL v Selangor – Klang Valley Darby. Perlawanan yang penuh dengan sejarah ini. Adakah anak buah TCH mampu Kembali dari mimpi ngeri di Kelana Jaya tempoh hari? (43:00)   Bahagian 4 - Harimau Watch   Faisal Halim mencetak gol pertama beliau untuk tahun ini semasa melawan Hong Kong tempoh hari. Adakah gol ini akan menjadi tonik untuk memastikan prestasi beliau mencanak terus? (47:10) #HarimauMalaya #FH7 #FaisalHalim #MerlionCup #JDT #SFC #SPFC #KDAFC #PDRMFC #KCFC
loading
Comments 
Download from Google Play
Download from App Store