Discover
Cerita 71

Cerita 71
Author: MKN
Subscribed: 17Played: 29Subscribe
Share
© 2025 Cerita 71
Description
Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah sebuah agensi peneraju yang menyelaras dasar berkaitan keselamatan sejak penubuhannya pada 1971. Punca kuasa kepada MKN adalah Arahan MKN No. 1 yang bersandarkan kepada Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 yang menjelaskan pembentukan dan tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara. Pada asasnya, MKN bertanggungjawab menyelaraskan dasar yang berkaitan untuk keselamatan negara dan arah tuju hal-hal keselamatan.
28 Episodes
Reverse
Bersama kami dalam episod khas sempena Bulan Keselamatan Negara 2024 dan ulang tahun ke-53 penubuhan MKN! Kita akan berbicara mengenai NACSA Cyber Security Summit 2024 dan peranannya dalam memperkukuhkan keselamatan siber negara. Dalam podcast ini, kita membincangkan: 1️⃣ Latar belakang NACSA dan peranannya dalam keselamatan siber negara. 2️⃣ Apa yang diharapkan dari NACSA Cyber Security Summit 2024. 3️⃣ Penjelasan tema "Unified Efforts for a Secure and Resilient Malaysia". 4️⃣ Makluma...
Dalam episod kali ini, kita akan membincangkan Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK). Kita akan mengupas pengenalan IKK, metodologi pembangunannya, keunikannya berbanding indeks lain, serta bagaimana IKK dapat membantu merancang strategi keselamatan negara dan impaknya kepada pembangunan negara. Sertai podcast Cerita 71 untuk mendapatkan pemahaman mendalam tentang peranan penting IKK dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara. Jangan ketinggalan!#cerita71 #mkn
Dalam episod ini, kita akan meneroka sejarah hijrah Nabi Muhammad SAW dan bagaimana peristiwa ini memberikan pelajaran berharga tentang keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Kita akan membincangkan strategi keselamatan hijrah, pembentukan negara Islam di Madinah, pertahanan dan keselamatan, serta pembangunan ekonomi dan sosial. Dengar bagaimana prinsip-prinsip hijrah boleh diaplikasikan dalam konteks keselamatan negara moden untuk membentuk negara yang lebih aman dan sejahtera. #cerita71 ...
Dengarkan perkongsian Wan & Mohd Helmy (Bahagian Keselamatan Kedaulatan Maritim, MKN) mengenai:AMBALAT? Betul ke terma yang digunakan?Kepentingan Laut Sulawesi : Apa dan dimana?Cabaran Perbatasan : Apa status semasa?Triti Laut Sulawesi : Negosiasi dan usaha penyelesaian#cerita71 #mkn
Dengarkan perkongsian Sein & Rino mengenai:Apa itu CYDES? Macam pernah dengar....Bila & dimana CYDES 2023? Best ke event ni?Kalau best, apa yang best dalam CYDES 2023?Ni events hackers ke?#cerita71 #mkn
[PANAS] Dengarkan perkongsian dan pendedahan Wan & Ust Shah terhadap isu Sindiket Penipuan Haji & Umrah mengenai:Bagaimana nak tahu scammer/sindiket ini?Apa ciri-ciri si penipu ini?Macam mana penipuan haji & umrah itu berlaku?Di kota suci pun nk menipu?"Jom saya tolong bawa cium Hajarulaswad....."Perbezaan pentadbiran haji & umrah?Bukan sama jaa ke?Kalau dah kena tipu, nak kena buat apa ni?"Nak minta refund pon lidah bercabang ya..." - Udang di sebalik Mee#cerita71 #mkn
Dalam episod ini, Faz dan Dr. Mazlan Madon akan menjelajahi peranan penting yang dimainkan oleh Suruhanjaya Had Pelantar Benua dalam menentukan masa depan wilayah maritim di seluruh dunia. Suruhanjaya Had Pelantar Benua adalah sebuah badan antarabangsa yang bertanggungjawab untuk menentukan had landasan benua negara-negara dan hak mereka terhadap sumber daya alam di bawah laut.#cerita71 #mkn
Dengarkan celoteh Finaz dan Ustaz Shahrizan mengenai:1. Istilah Aqidah - nak percaya apa dan betul ke?2. Generasi sekarang kenapa Aqidah nya rapuh?3. Cara kita mendepani isu ini - tak akan nak buat tangkapan selalu?#cerita71 #mkn
Dengarkan perkongsian Finaz dan Ustaz Shahrizan mengenai :1. Fungsi dan peranan setiap agensi2. Perbezaan setiap agensi3. Bidang kuasa setiap agensi4. Saluran aduan yang betul untuk setiap isu#cerita71 #mkn
Dengarkan perkongsian Naim dan Firdaus mengenai:- Apa itu ChatGPT?- ChatGPT ni buat apa sebenarnya?- Kalau ChatGPT ini buat kan kandungan (contents), hak siapa dan siapa empunya?- Jailbreak ChatGPT untuk....?- Boleh ke AI buat dan jana ilmu baharu?- Google dan Stack Overflow masih boleh bertahan?#cerita71 #mkn
Dengarkan perkongsian Naim & Firdaus mengenai:- Apa itu Artificial Intelligence (AI)?- AI ni percuma ke?- AI ni digunakan macam mana? Dekat mana?- Boleh ke kita bergantung kepada AI?- Musuh manusia? Macam mana manusia nak kekal relevan?#cerita71 #mkn
Dengarkan perkongsian Latif & Nik bersama tetamu istimewa, Dr. Hannah Rose Kartini mengenai:- Apa itu Pelarian & Pemohon Suaka?- Apakah pendirian Malaysia terhadap pelarian?- Apakah dasar sedia ada Malaysia berkaitan dengan pelarian dan pemohon suaka?- Adakah pelarian dan pemohon suaka kebal daripada undang-undang negara?- Mengapakah Malaysia tidak boleh menghantar pulang atau mengusir pelarian dan pemohon suaka?#cerita71 #mkn
Dengarkan perkongsian duo sensasi Latif & Nik mengenai:- Musim Pilihan Raya Umum? Hari Raya?- Tanggungjawab kita sebagai rakyat- Kenyataan-kenyataan Media Rasmi oleh SPR- Nilai Teras ke-2 : Kestabilan Sosio-Politik#cerita71 #mkn
Dengarkan perkongsian Latif & Nik mengenai:- Apakah definisi campur tangan asing?- Bila campur tangan asing ini berlaku?- Siapa yang terlibat? Kerajaan? Organisasi? Media? Rakyat?- Contoh campur tangan asing yang berlaku di Malaysia?- Apakah tindakan pencegahan yang boleh diambil? Peranan kerajaan/organisasi/rakyat?#cerita71 #mkn
Dengarkan perkongsian Umi & Raffiq mengenai:- Sejarah Penubuhan Malaysia & mengapakah tarikh 16 September dipilih?- Kemajuan yang Malaysia telah capai setelah 59 tahun Malaysia ditubuhkan- Harapan dan aspirasi untuk negara Malaysia tercinta#cerita71 #mkn
Dengarkan perkongsian Latif & Nik mengenai:- Apa itu bencana?- Bencana banjir di Malaysia?- Koordinasi setiap pihak menghadapi bencana banjir?- Apakah tindakan pencegahan yang boleh diambil? (CBSM)#cerita71 #mkn
Dengarkan perkongsian Dina & Mahadir mengenai:- Kaedah Watershed- Kaedah Thalweg#cerita71 #mkn
Dengarkan perkongsian Hafifah & Fahim mengenai:- "Keluarga Malaysia Teguh Bersama"- Tema Hari Kebangsaan 2022- Penerangan mengenai Logo Hari Kebangsaan 2022#cerita71 #mkn
Dengarkan perkongsian Latif & Nik mengenai:- Apa itu krisis makanan?- Sejarah insiden berkaitan dengan sekuriti makanan di Malaysia- Kenaikan harga barang, kenaikan harga input pertanian- Apa langkah pencegahan untuk menangani isu ini?#cerita71 #mkn
Dengarkan perkongsian Dina & Mahadir mengenai:-Sempadan sebagai ajen keselamatan dan kedaulatan- Negeri-negeri yang bersempadan darat di Malaysia#cerita71 #mkn