DiscoverDesert Stream Anglican Church
Desert Stream Anglican Church
Claim Ownership

Desert Stream Anglican Church

Author: Desert Stream Anglican Church

Subscribed: 2Played: 3
Share

Description

We sensed that the Lord is calling us to be “a stream in the desert”. We believe that the Lord wanted a Church to be planted and called to go to where the people are, where there is lack of life, to bring the life of Christ, where there is pain and brokenness, healing, where there is lostness and loneliness, the love of God expressed in the gospel of Christ, where there are bondages, deliverance.
685 Episodes
Reverse
因为我的百姓作了两件恶事,就是离弃我这活水的泉源,为自己凿出池子,是破裂不能存水的池子。(耶利米书2:13) 当我们一家在领队的带领下到沙巴西海岸一个非常隐秘的瀑布Murug Turug远足;就如其他优秀的远足者一样,我们准备了合适的装备和水瓶前往。当我们继续前进时,水瓶里的水也渐渐被喝完了。我们需要适当的喝水。我们的领队向我们保证,从山中流出来的泉水是绝对干净安全饮用的。难怪我们的领队这么轻松。这完全是因为他知道喷泉里有充足的水源,根本不需要佩戴着这么沉重的水瓶啊! 当我们在生命里面对资源上或选择上有所不足时,很自然的内心里头会想要弥补缺陷这块。上帝的的子民以色列人有时候会面临这一缺陷。而上帝一直以来都在各种情况下向他们彰显祂的信实,恩典和怜悯,让他们知道祂就是他们资源的源头。然而,以色列民在恐慌当中,转向人的智慧,有时候甚至转向其它偶像,根本提供不了他们所需要的。正是这样,上帝利用“活水泉源”和“破裂不能存水的池子”这两者做比喻。 耶稣和井旁的撒玛利亚女人的谈话提到,祂要赐给我们活水喝。耶稣更加形容这活水为:“凡喝这水的,还要再渴。人若喝我所赐的水就永远不渴。我所赐的水,要在他里头成为泉源,直涌到永生。”(约翰福音4:13下-14)。一旦喝了这活水,会带来生命和资源。水本身并不是我们生活所需资源的必要来源。但是水带来生命。活水带来永恒的生命。这永远活着的耶稣,一旦我们使祂成为我们生命的源头,祂将成为我们生命所需一切的永恒源头 – 活水泉源! 为了你前方的人生旅程。定睛于耶稣成为你可以喝的泉源。与祂同行,行在祂带领你去的地方。你就必定发现你也可以轻装上阵,没有负担和沉重的背负。这活水一旦在你里头,你会成为流出活水的泉源,祝福许多人。 祷告焦点 向主承认你的需要和软弱。求主让你得到从祂而来的休息、医治和力量。 为那些需要休息(包括你自己)和救恩的人祷告,让我们得到唯有耶稣能够赐予的活水。
因为我在人的权下,也有兵在我以下。对这个说,去,他就去。对那个说,来,他就来。对我的仆人说,你作这事,他就去作。耶稣听见就希奇,对跟从的人说,我实在告诉你们,这么大的信心,就是在以色列中,我也没有遇见过。(马太福音8:9-10) 来到耶稣跟前的百夫长,恳求耶稣医治他的仆人的信心得到耶稣高度的赞赏。到底是什么让耶稣对他留下如此深刻的印象呢?我相信不仅仅是百夫长对上帝大有能力的信心而感动耶稣行医治的神迹,而是,他承认了耶稣的权柄。 权柄和权力是有区别的。权力是执行任务的能力。权柄是得到使用该能力的权利。耶稣身为上帝的儿子,拥有属天的权柄来行神迹的大能。地上的权柄让我们能够在地上以自然的方式行事。天上的权柄让我们在地上以超自然的方式行事。耶稣同时拥有在天上和地上的权柄。“ 天上,地下所有的权柄,都赐给我了。” (马太福音28:18下)虽然人类能够通过科学、管理和行政技能、认知推理、组织管理技能等,聚集所有上帝赋予的能力,以自然的方式在地上执行任务。但是,当我们面前的任务超出我们的自然能力、恩赐和才干时,我们需要超自然的能力和力量。我相信许多人正因为这原因(至少其中一部分),无论大人还是小孩,都喜欢关于超级英雄的电影和故事情节。因为它们开启了使用超能力和超自然的力量来克服挑战的可能性。 马太福音第八章的百夫长显然面临着一种超越自然界限的情况。他可能已用尽了所有已知的方法来治疗他生病的仆人。情急之下,他转向耶稣。他知道自己相信的那一位,不仅仅是人类一位,而是上帝的儿子 – 祂拥有权利,得到允准调用天上的能力,以超自然的方式带来医治。他的信心在于耶稣这个人和身份,而不仅仅是祂的能力。因为耶稣神儿子的身份拥有超自然医治的权柄。 今天,你可能正面对着超乎自己能力的状况。你也可能已经用尽了所有知道的方法来克服这种情况,但是都没有带来任何果效。别灰心。转移你的焦点,把信心放在耶稣,神儿子和祂能够挪移大山的权柄上。奉耶稣的名,向你面前的大山说吧。期待与这位拥有属天的权柄的耶稣带领你挪移大山的旅程! 祷告焦点 求主坚固你和他人的微弱信心。求主使我们的信心得到滋养,使之成长为移山的信心。 在处理你面前的【山】和【巨人】时,今天在信心中,权威性地宣告来挪移和击败它们。(奉耶稣的名宣告,而不是仅仅要求上帝为你做这些事)
雅比斯比他众弟兄更尊贵,他母亲给他起名叫雅比斯,意思说,我生他甚是痛苦。雅比斯求告以色列的神说,甚愿你赐福与我,扩张我的境界,常与我同在,保佑我不遭患难,不受艰苦。神就应允他所求的。(历代志上4:9-10) 雅比斯的祷告是一个很常听到的故事。因为这个故事让许多在生命里面对挑战的人得到很多鼓励和盼望。雅比斯的妈妈为他所取的名字是根据她怀孕时的亲身经历。可能是难产,或者有个不让人期待的孕期。不管是什么,他的名字记录着他的过去。他的生命,甚至是他的未来是被他的过去左右的。 这看起来不是很公平,不是吗?确实如此,所以雅比斯不满现状。他知道他被造是要活得比现在更强更大。他不希望自己的一生被一个他无法控制的过去所定义,一个他无法改变的过去。我们都知道他是一个受人尊重的人,一个让人信赖的人。就算在生命里寻找更多,他没有因此而赔上他高尚的品格。他没有妥协。因此,他得到上帝的眷顾。他求上帝赐福于他,扩张他的境界,让他能够承受更多,他也求主与他同在,保佑他不遭患难,不受艰苦,不会为他人带来伤痛。他要的是从上帝而来的命定,而不是被自己名字定义的一生! 你可能处在一个你知道你被造是为了活得比现在更好的一个情景里。上帝为你预备了许多,这些已经应许你的还有很多还没有被应验。捉紧这些应许。不要把自己高尚的品格给赔上了。不要妥协上帝国度的价值观。向主求祂所给你的命定。以祷告为你的命定争夺。不要硬生生地把自己塞进这世界的摸具里。因为祂会把恩惠加在你身上,并且 “应允你向祂所求的。” 来临这一年,向上帝求一个关于你命定的梦想。勇敢的追逐祂的梦想吧! 祷告焦点 如果你相信你的生命不仅如此,以祷告争夺阻止黑暗势力和罪带来的果实。承担责任,不要责怪别人。 为力量、智慧和恩典祷告,今天就拒绝来自世界、肉体、生命里和周遭的魔鬼的压力。在祷告争战中抵挡它们!
Pada hari pertama minggu itu, pagi-pagi benar ketika hari masih gelap, pergilah Maria Magdalena ke kubur itu dan ia melihat bahwa batu telah diambil dari kubur. Ia berlari-lari mendapatkan Simon Petrus dan murid yang lain yang dikasihi Yesus, dan berkata kepada mereka: "Tuhan telah diambil orang dari kuburnya dan kami tidak tahu di mana Ia diletakkan." (Yohanes 20:1-2) Kalau tidak ada kebangkitan orang mati, maka Kristus juga tidak dibangkitkan. Tetapi andaikata Kristus tidak dibangkitkan, maka sia-sialah pemberitaan kami dan sia-sialah juga kepercayaan kamu. (1 Korintus 15:13-14) Yesus telah bangkit! Dia hidup! Itulah tajuk berita utama di Yerusalem pada Hari Kebangkitan. Kematian telah ditakluki. Kekalahan terbesar manusia telah ditewaskan dengan tegas. Berita mengenai kubur Yesus yang kosong memang satu berita yang penting waktu zaman-Nya di bumi. Ia tentunya merupakan perkara terbesar bagi umat manusia, satu perkara yang telah mengubah nasib umat manusia untuk selamanya. Kubur yang kosong memberitakan harapan. Kematian bukanlah perkara terakhir dalam hidup. Dosa pasti mengakibatkan kematian - pemisahan abadi dari Tuhan, Pencipta kita, sumber kehidupan dan sumber berkat utama kita. Semua orang berdosa. Oleh itu, setiap orang berada di bawah kuasa kematian, kekalahan terakhir dalam hidup ini. Yesus menjalani kehidupan di bumi, menanggung segala akibat dosa, kesakitan, keperitan akibat dosa, dan akhirnya, kematian. Di kayu Salib, Yesus seorang diri menanggung penderitaan pemisahan dari Tuhan, walaupun untuk seketika, Dia berseru, "Allah-ku, Allah-ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?" Setelah melakukan di bumi segala yang telah diutuskan Bapa, Yesus pergi ke kayu Salib, mati satu kematian penjahat, dengan cara yang paling memalukan dan kejam. Yesus disalibkan sebagai manusia yang tidak bersalah, baik di mata Tuhan maupun di mata undang-undang manusia. Meskipun Dia dikuburkan, keadilan Tuhan Yang Adil tidak menuntut apa-apa selain Kebangkitan dari kematian. Kerana kematian tidak mempunyai alasan untuk menahan Dia di kubur. Dia mesti bangkit! Kubur yang kosong menyatakan tentang keadilan Tuhan, kasih Tuhan, kasih karunia Tuhan, kuasa Tuhan, belas kasihan Tuhan dan kebijaksanaan Tuhan. Kerana kubur Yesus adalah kosong, pemberitaan kita tidak kosong, iman kita tidak kosong. Haleluya! Yesus hidup! Selamat menyambut Hari Kebangkitan yang gembira dan diberkati! Fokus Doa Luangkan hari ini dengan merayakan Kebangkitan Yesus, memuji-Nya dan bersyukur kepada-Nya atas Kebangkitan, yang kita kongsikan di dalam Dia. Pujilah Tuhan!
Sekalipun aku berjalan dalam lembah kekelaman, aku tidak takut bahaya, sebab Engkau besertaku; gada-Mu dan tongkat-Mu, itulah yang menghibur aku. (Mazmur 23:4) Perjanjian Lama sering menggambarkan Tuhan Israel sebagai Gembala. Gembala adalah orang yang membimbing, memimpin, melindungi, memberi makan dan menghiburkan kawanan. Domba adalah haiwan yang penuh ketakutan; mudah terkejut. Pemazmur (Daud) menggambarkan pengalaman "berjalan dalam lembah bayangan maut" dengan merujuk kepada Tuhan Gembalanya, menyiratkan bahawa dia seperti domba. Mendengar "lembah bayangan maut" cukup menegangkan bagi saya. Pertama sekali, ia adalah satu lembah. Pilihan kita sangat terhad ketika berada di lembah, pergerakan adalah terhad - satu jalan masuk, satu jalan keluar. Kedua, "bayangan maut", ancaman maut membayangi perjalanan. Ia menyampaikan perasaan digertak, putus asa, ketidakpastian dan bahaya yang mengancam nyawa. Tetapi Daud berkata, dia tidak takut bahaya kerana Gembala Agung hadir bersamanya. Di antara Ahad Palma dan Paskah, Yesus berjalan melalui "lembah bayangan maut". Dia menderita kerana semua ancaman, penindasan, penghinaan, kejahatan yang disebabkan oleh dosa dan kegelapan. Dia lalui semua yang sepatutnya dilalui oleh kita dalam hidup akibat dosa. Dia berjalan melalui lembah bayangan maut untuk kita, menggantikan kita, supaya Dia boleh berjalan bersama kita, supaya kita boleh muncul sebagai pemenang di hujung lembah! Yesus bahkan melakukan lebih daripada itu - Dia mati menggantikan kita, supaya kita miliki hidup yang kekal. Tidak kira betapa sulitnya perjalanan hidup anda, yakinlah bahawa kamu tidak bersendirian kerana Yesus Gembala Agung ada di sini untuk membimbing, memimpin, melindungi, memberi makan dan menghiburkan kamu. Dia berjalan melalui perjalanan ini bersama kamu. Dia tahu apa yang sedang kamu alami kerana Dia telah melalui "lembah bayangan maut". Kamu tidak perlu takut apa-apa kejahatan. Yesus bersamamu. Dia telah mengatasi. Fokus Doa Mohonlah Yesus agar Dia dekat dan nyata kepada mereka yang mengalami perjalanan hidup yang sukar (ini sepatutnya meliputi semua orang yang mungkin kita kenali!). Berdoa untuk penghiburan, kekuatan, bimbingan dan perlindungan atas hidup mereka. Berdoa untuk mereka yang sakit di dalam roh, jiwa dan tubuh, yang berada di bawah ancaman atau bayangan maut. Berdoa untuk kesembuhan. Tetapi dia tertikam oleh karena pemberontakan kita, dia diremukkan oleh karena kejahatan kita; ganjaran yang mendatangkan keselamatan bagi kita ditimpakan kepadanya, dan oleh bilur-bilurnya kita menjadi sembuh. (Yesaya 53:5)
Keesokan harinya ketika orang banyak yang datang merayakan pesta mendengar, bahwa Yesus sedang di tengah jalan menuju Yerusalem mereka mengambil daun-daun palem, dan pergi menyongsong Dia sambil berseru-seru: "Hosana! Diberkatilah Dia yang datang dalam nama Tuhan, Raja Israel!"…Orang banyak yang bersama-sama dengan Dia ketika Ia memanggil Lazarus keluar dari kubur dan membangkitkannya dari antara orang mati, memberi kesaksian tentang Dia. Sebab itu orang banyak itu pergi menyongsong Dia, karena mereka mendengar, bahwa Ia yang membuat mujizat itu. (Yohanes 12:12-13, 17-18) Pada hari Minggu Palma, kita mengingati Yesus apabila Dia disambut di Yerusalem sebagai Raja. Yohanes menjelaskan alasan orang ramai keluar untuk memberi sambutan yang baik kepada Yesus adalah kerana Dia membangkitkan Lazarus dari kematian. Kebangkitan Lazarus memenuhi salah satu tanda Mesias seperti yang dipercayai oleh orang Yahudi –  membangkitkan si mati selepas 3 hari. Maklumlah, orang ramai sangat gembira. Mereka menyambut kedatangan Raja mereka yang lama ditunggu-tunggu ke Yerusalem. Penyelamat mereka telah datang untuk membebaskan mereka dari penguasaan orang-orang Rom dan memulihkan Kerajaan Israel. Akhirnya, mereka mungkin dapat memperolehi kembali kebanggaan bangsa mereka. Itu yang mereka fikirkan. Namun, Yesus membawa Kerajaan yang lebih besar, yang menjangkau jauh, melintasi batas nasional dan geografi. Kerajaan-Nya adalah kerajaan yang kekal, yang terdiri dari orang-orang Yahudi dan mereka yang bukan Yahudi. Walaupun ramai yang datang ke Yerusalem untuk Perayaan Paskah telah menerima Yesus ke kota mereka, mereka tidak menerima Dia ke dalam hati mereka. Walaupun mereka siap menjadikan Dia Raja kepada bangsa mereka, mereka tidak bersedia menjadikan Dia Raja di dalam hati mereka. Memang mereka tidak dapat lakukan. Ini kerana mereka mempunyai gambaran yang berbeza sekali tentang Yesus, siapakah Dia dan apa yang akan Dia capai di bumi. Kita juga mungkin telah menerima Yesus ke dalam hidup kita. Kita mendengar kesaksian tentang perbuatan dan mukjizat-Nya. Kita mengaku dengan mulut kita, Dia adalah Penyelamat kita. Kita mengakui bahawa Dia berkuasa, sehingga dapat menyelamatkan kita dari masalah kita dan melakukan mukjizat. Namun, jika kita mempunyai gambaran Yesus yang agak berbeza daripada siapakah Dia yang sebenarnya, jika kita menganggap Dia hanya sebagai penyelamat kita, jawapan untuk semua masalah kita dan pembekal untuk segala yang kita perlukan (dan yang diinginkan), kita mungkin akan mengabaikan Dia sebagai Raja di atas segala raja, Tuhan Yang Maha Esa, yang layak disembah oleh kita. Sekiranya kita tidak mempunyai gambaran Yesus yang betul dalam fikiran kita, kita tidak dapat menerima Dia ke dalam hati kita sebagai Tuhan ke atas hidup kita. Sekiranya kita ingin berdoa agar Kerajaan dan Pemerintahan Yesus datang ke bangsa-bangsa, kita harus terlebih dahulu menerima Dia sebagai Raja di hati kita. Sekiranya kita mempunyai gambaran Yesus yang salah di hati kita, maka itu adalah penyembahan berhala di dalam hati kita! Mengingati Minggu Palma, marilah kita memeriksa hati kita. Singkirkan gambaran Yesus yang salah dan mintalah Roh Kudus untuk meletak gambaran Yesus yang sebenarnya di dalam hati kita. Fokus Doa Buka semula hati anda kepada Yesus hari ini. Sambut Dia ke dalam setiap bahagian kehidupan anda. Mengaku kepada-Nya jika anda mempunyai keraguan untuk membenarkan Dia masuk ke dalam mana-mana bahagian kehidupan anda sebelum ini. Berdoalah untuk mereka di mana iman mereka telah menjadi dingin. Mintalah Tuhan Yesus untuk menyatakan diri-Nya kepada mereka dengan cara yang peribadi dan penuh kuasa.
Kekasihku telah turun ke kebunnya, ke bedeng rempah-rempah untuk menggembalakan domba dalam kebun dan memetik bunga bakung. Aku kepunyaan kekasihku, dan kepunyaanku kekasihku, yang menggembalakan domba di tengah-tengah bunga bakung. (Kidung Agung 6:2-3) Kita sering meminta Tuhan untuk memberikan kita persekitaran atau keadaan yang baik agar kita berkembang maju dan berjaya. Kita ingin sesuatu "utopia" bagi diri kita yang membuahkan hasil dan berasa selamat. Bapa Syurgawi kita bersedia untuk memberikan itu kepada kita. Sebenarnya, dalam petikan Alkitab di atas dari Kidung Agung, dalam analogi yang menggambarkan hubungan kita dengan Tuhan, Tuhan telah menyediakan satu "taman" untuk kita. Dari mulanya, Dia mencipta dunia dengan semua sumber yang kita perlukan, dan banyak lagi, untuk memberi kita persekitaran yang menggalakkan agar kita berjaya, berbuah dan berasa selamat. Namun, dosa telah mengubah semua itu. Dunia atau "taman" yang Tuhan ciptakan untuk kita bukan lagi satu tempat yang selamat untuk kita berkembang maju, berjaya dan berbuah. Dosa telah menajiskan taman itu. Permusuhan terhadap manusia dan semua yang saleh telah muncul di taman. Kejahatan itu nyata. Manusia sesat. Tetapi kita tidak ditinggalkan. Tuhan datang mencari kita. Dia menghantar Anak-Nya Yesus untuk membawakan kita kepada-Nya. Dia mahu selamatkan kita dan melindungi kita daripada kejahatan dan kematian kekal. Dia mahu membawa kita ke dalam “Taman-Nya” sekali lagi, bukan sahaja dalam kehidupan selepas kita meninggal dunia ini, tetapi juga semasa kita di bumi ini. Tuhan boleh ubah persekitaran kita. Dia boleh ubah bandar dan negara kita. Tetapi Dia memiliki lebih banyak lagi untuk kita. Dia ingin datang kepada kita secara peribadi untuk menjaga kita, memberi makan kepada kita dan melibatkan diri-Nya dalam kehidupan kita. Dia memanggil kita kekasih-Nya. Kita adalah milik-Nya dan oleh itu kita berada di bawah perlindungan-Nya. Dia mahu menyediakan untuk kita secara peribadi, memastikan kita mempunyai lebih daripada cukup. Dia berikan kita hak untuk memanggil Dia BAPA KITA, kerana Dia adalah milik kita. Kita memiliki jalan masuk kepada sumber-sumber-Nya dalam Nama Yesus, Putera-Nya, Penyelamat dan Tuhan kita. Berkat ini dikhaskan untuk mereka yang tahu siapakah diri mereka - kita sangat dikasihi oleh Tuhan, milik-Nya. Hari ini, mintalah Roh Kudus untuk mencurahkan jaminan ini ke dalam hati anda kerana anda adalah kekasih-Nya. Hiduplah setiap hari dengan hakikat ini. Nikmatilah hadirat Kekasih anda! “Dan pengharapan tidak mengecewakan, karena kasih Allah telah dicurahkan di dalam hati kita oleh Roh Kudus yang telah dikaruniakan kepada kita.” (Roma 5:5) Fokus Doa Berdoa untuk mereka yang berada dalam persekitaran yang tidak baik atau dari latar belakang yang tidak baik; minta Tuhan untuk menyentuh mereka dengan tangan-Nya yang penuh kasih dan membawa keberhasilan dalam hidup mereka. Berdoa untuk mereka yang tawar hati, berputus asa, rasa ditinggalkan, dikalahkan, dicemari oleh dosa, dll, agar Tuhan akan menyentuh mereka dengan penyembuhan dan pemulihan-Nya.
Sebab aku sendiri seorang bawahan, dan di bawahku ada pula prajurit. Jika aku berkata kepada salah seorang prajurit itu: Pergi!, maka ia pergi, dan kepada seorang lagi: Datang!, maka ia datang, ataupun kepada hambaku: Kerjakanlah ini!, maka ia mengerjakannya." Setelah Yesus mendengar hal itu, heranlah Ia dan berkata kepada mereka yang mengikuti-Nya:"Aku berkata kepadamu, sesungguhnya iman sebesar ini tidak pernah Aku jumpai pada seorangpun di antara orang Israel. (Matius 8:9-10) Iman perwira yang datang kepada Yesus untuk memohon agar hambanya disembuhkan, sangat dipuji oleh Yesus. Apakah yang sangat mengagumkan Yesus? Saya percaya bukan hanya kepercayaan perwira itu kepada Tuhan yang berkuasa yang menggerakkan Yesus melakukan mukjizat penyembuhan ini, tetapi kerana dia mengenali autoriti/kekuasaan Yesus. Terdapat perbezaan antara autoriti dan kuasa. Kuasa ialah keupayaan untuk melaksanakan sesuatu tugas. Autoriti ialah keizinan atau hak untuk menggunakan kuasa tersebut. Yesus sebagai Anak Tuhan, mempunyai autoriti syurga untuk menggunakan kuasa melakukan mukjizat. Autoriti duniawi membolehkan kita melaksanakan tugas di bumi dengan cara yang semula jadi. Autoriti syurga membolehkan kita melaksanakan tugas di bumi dengan cara yang luar biasa. Yesus memegang autoriti di syurga dan di bumi. “Kepada-Ku telah diberikan segala kuasa di sorga dan di bumi.” (Matius 28:18b) Manusia dapat kumpulkan semua kebolehan yang diberikan Tuhan untuk melaksanakan tugas di bumi dengan cara yang semula jadi – melalui sains, kemahiran pengurusan dan pentadbiran, penjelasan kognitif, kemahiran organisasi, dan lain-lain. Namun, apabila tugas-tugas kita berada di luar kemampuan semula jadi, anugerah dan bakat kita, kita memerlukan kebolehan dan kuasa yang luar biasa. Atas sebab ini (sebahagiannya, sekurang-kurangnya), saya percaya, ramai orang dewasa dan kanak-kanak, menikmati filem dan cerita tentang adiwira. Ini kerana adiwira menyingkapkan satu kemungkinan untuk mengatasi dengan menggunakan kuasa yang hebat, kuasa luar biasa. Perwira dalam Matius fasa 8 jelas berhadapan dengan situasi di luar batasan semula jadi. Dia mungkin telah kehabisan semua cara yang diketahui untuk menyembuhkan hambanya yang sakit. Dalam keadaan terdesak, dia berpaling kepada Yesus. Dia tahu siapa yang dia percayai, bukan sesama manusia, tetapi Anak Tuhan - yang mempunyai hak atau keizinan untuk memohon kuasa syurga untuk sembuhkan di luar cara semula jadi. Imannya adalah pada peribadi atau identiti Yesus, bukan hanya pada kuasa-Nya. Kerana identiti Yesus sebagai Anak Tuhan, memegang autoriti untuk melakukan penyembuhan secara ajaib. Hari ini, anda mungkin berhadapan dengan situasi di luar kemampuan semula jadi anda. Anda mungkin telah kehabisan semua cara yang diketahui untuk mengatasi keadaan tersebut, tetapi tidak berjaya. Jangan putus asa. Pandang dan letakkan iman anda kepada Yesus, Anak Tuhan dan autoriti-Nya untuk menggerakkan gunung. Berkatalah, dalam Nama Yesus, kepada gunung di hadapanmu. Berharap kepada Yesus yang memegang autoriti syurga untuk membawa anda dalam perjalanan iman yang menggerakkan gunung! Fokus Doa Mintalah Tuhan untuk menguatkan iman yang lemah, dalam anda dan orang lain. Berdoalah agar iman kita dipupuk sehingga bertumbuh menjadi iman yang menggerakkan gunung. Ketika menanangi "gunung" dan "raksasa" di hadapan anda, katakan dengan autoriti pada hari ini untuk menggerakkan dan mengalahkan mereka dalam iman. (Isytiharkan dalam Nama Yesus, bukan hanya berdoa meminta Tuhan untuk melakukannya bagi anda)
Didapati-Nya dia di suatu negeri, di padang gurun, di tengah-tengah ketandusan dan auman padang belantara. Dikelilingi-Nya dia dan diawasi-Nya, dijaga-Nya sebagai biji mata-Nya. Laksana rajawali menggoyangbangkitkan isi sarangnya, melayang-layang di atas anak-anaknya, mengembangkan sayapnya, menampung seekor, dan mendukungnya di atas kepaknya, demikianlah TUHAN sendiri menuntun dia, dan tidak ada allah asing menyertai dia. (Ulangan 32:10-12) Alkitab menggambarkan Tuhan sebagai rajawali, yang mengawasi umat-Nya, melindungi mereka dan membimbing mereka di padang gurun dan padang belantara. Dia menjaga mereka dengan hati-hati sebagai "biji mata-Nya", seperti seorang Bapa yang melindungi. Tuhan juga digambarkan sebagai rajawali yang akan melatih anak-anaknya untuk terbang dengan mengusir mereka keluar dari sarang mereka yang selesa. Dia juga akan mengawasi kemajuan mereka dan selalu bersedia mengunakan sayap-sayap-Nya untuk mendukung mereka dengan penuh kasih sayang jika mereka menjadi letih dan lesu, seperti ibu rajawali yang penyayang. Tuhan sendiri melakukan semua ini, tanpa pertolongan dari dewa-dewa asing. Umat Tuhan mengalami perlindungan, penjagaan, bimbingan, keselamatan dan nikmat Tuhan ketika mereka menyembah Dia sahaja dan tidak tunduk kepada dewa-dewa lain! Walaupun Tuhan tidak memerlukan orang lain untuk menolong-Nya melaksanakan semua ini bagi mereka yang Dia kasihi, Dia telah memutuskan untuk menyerahkan peranan-Nya sebagai ayah pelindung dan ibu yang penyayang kepada kaum bapa dan kaum ibu di dunia ini. Hakikat bahawa kita mempunyai ibu bapa untuk mengawasi kita, melindungi, menjaga, membimbing, menolong, menyokong, mendorong dan memberkati kita, adalah bukti kasih Tuhan kepada kita. Ibu bapa adalah wakil Tuhan dalam kehidupan kita. Mereka adalah wakil yang dihantar oleh Tuhan, diletakkan dalam hidup kita bagi menyampaikan berkat-berkat Tuhan kepada kita. Mereka ditugaskan untuk mengasihi dan menjaga kita, seolah-olah Tuhan sendiri hadir dalam hidup kita. Sebilangan daripada mereka mungkin gagal, tetapi niat asal Tuhan adalah agar kita diberkati melalui mereka, dan menyampaikan berkat Tuhan dari generasi ke generasi. Kita mungkin tidak mempunyai ibu bapa yang sempurna, namum pastinya, kita mempunyai Tuhan yang sempurna dan mengasihi kita dengan kasih yang sempurna! Tuhan sedang mengawai kamu dengan cemburu. Dia tidak mengalihkan pandangan-Nya daripada kamu. Dia tidak akan membiarkan dan meninggalkan kamu. Sekalipun ayahku dan ibuku meninggalkan aku, namun TUHAN menyambut aku. (Mazmur 27:10) Fokus Doa Berdoa untuk semua yang berada dalam kepimpinan rohani – ibu bapa, Bishop, paderi, pastor, penginjil, ketua kelompok sel, ahli PCC, dll. Agar Tuhan membina mereka supaya melalui mereka, Dia boleh memelihara mereka yang berada di bawah kuasa mereka. Berdoalah untuk mereka yang memerlukan bimbingan, asuhan dan kasih sayang, agar keperluan mereka dipenuhi bila mereka menemui Tuhan.
Di atas tembok-tembokmu, hai Yerusalem, telah Kutempatkan pengintai-pengintai. Sepanjang hari dan sepanjang malam, mereka tidak akan pernah berdiam diri. Hai kamu yang harus mengingatkan TUHAN kepada Sion, janganlah kamu tinggal tenang dan janganlah biarkan Dia tinggal tenang, sampai Ia menegakkan Yerusalem dan sampai Ia membuatnya menjadi kemasyhuran di bumi. (Yesaya 62:6-7) Ada kalanya ketika kita menghadapi tantangan di luar kekuatan dan pemahaman kita, kita berseru kepada Tuhan. Apa pun hubungan kita dengan Tuhan, kita perlukan pertolongan tambahan yang luar biasa dalam keadaan seperti itu. Anda mungkin berada dalam keadaan sedemikian. Sama ada disebabkan oleh pandemik semasa, kesan riaknya yang banyak, atau disebabkan oleh dosa dan kesalahan nenek moyang - perbuatan anda sendiri atau nenek moyang anda, atau hasil dari perbuatan dan tipu daya iblis yang tersembunyi dalam kehidupan atau garis keturunan anda, sekarang telah muncul. Berserulah kepada Yesus untuk pertolongan-Nya! Anda mungkin telah berdoa meminta Tuhan untuk menolong dan menyelamatkan anda dari keadaan anda. Atau anda mungkin telah mendoakan orang lain, keluarga anda, bandar anda, bangsa atau Gereja. Tetapi Tuhan kelihatan berdiam. Dia kelihatan begitu jauh dan perkara tidak berubah dengan ketaranya. Dalam petikan dari Yesaya yang kita baca hari ini, ketika umat Tuhan Israel sedang mengalami akibat dosa-dosa mereka dan dari kesalahan nenek moyang mereka, Tuhan katakan bahawa Dia sendiri telah meletakkan penjaga di tembok Yerusalem. Tuhan sendiri telah meningkatkan harapan dan iman di antara umat-Nya, untuk mencari-Nya dalam doa dan doa syafaat untuk Yerusalem - menjadi pengintai-pengintai kota itu. Tetapi nampaknya keadaan tidak bertambah baik. Tuhan sendiri menyatakan kepada umat-Nya "jangan berehat dan jangan berikan Dia rehat!". Tuhan tidak akan meminta kita untuk melakukan sesuatu yang Dia tidak bersedia untuk memberi tindak balas. Tuhan berfirman, "Oleh karena Sion aku tidak dapat berdiam diri, dan oleh karena Yerusalem aku tidak akan tinggal tenang, sampai kebenarannya bersinar seperti cahaya dan keselamatannya menyala seperti suluh." (Yesaya 62:1). Tuhan itu setia. Dia akan selalu menunaikan Perjanjian-Nya kepada kita. Dia tidak akan berdiam diri tentang keadaan anda. Dia sedang mengerjakan apa yang diperlukan untuk membawa kejayaan dalam hidup dan keadaan anda. Jangan putus asa. Terus berdoa dan bekerjasama dengan Dia ketika Dia berbicara kepada anda dan memimpin anda, langkah demi langkah ke dalam destini anda. Terus berdoa walaupun Tuhan kelihatan berdiam. Jangan berehat dari berdoa dan jangan berikan Tuhan rehat! Fokus Doa Yang Bersungguh Terus berdoa dengan doa syafaat mengenai sebarang cabaran yang berlarutan yang dihadapi oleh keluarga anda, bandar/kawasan anda, negara kita dan Gereja. Teruskan dengan doa syafaat bagi mereka yang anda ingin lihat untuk diselamatkan, disembuhkan dan dibebaskan. Jangan beri Tuhan rehat dari doa syafaat anda.
"Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Filadelfia: Inilah firman dari Yang Kudus, Yang Benar, yang memegang kunci Daud; apabila Ia membuka, tidak ada yang dapat menutup; apabila Ia menutup, tidak ada yang dapat membuka. Aku tahu segala pekerjaanmu: lihatlah, Aku telah membuka pintu bagimu, yang tidak dapat ditutup oleh seorangpun. Aku tahu bahwa kekuatanmu tidak seberapa, namun engkau menuruti firman-Ku dan engkau tidak menyangkal nama-Ku. (Wahyu 3:7-8) Apabila pintu automatik mula-mula diperkenalkan di tempat awam, saya mendapati ia sangat berguna. Saya hanya perlu berdiri di laluan pengesan, pintu akan terbuka untuk saya. Jadi saya mula menjangka bahawa apabila saya ingin masuk pintu di tempat awam – saya menjangka bahawa pintu akan terbuka apabila saya berdiri di hadapannya. Kerana sudah biasa dengan pintu automatik, saya teragak-agak pada mulanya pengalaman pertama kali saya berdepan dengan pintu putar yang tidak bermotor. "Apakah yang perlu saya lakukan?" Sejenak kemudian, saya faham bahawa saya perlu menolak pintu putar dan melangkah masuk ke dalam ruang yang ada semasa pintu berputar. Kemudian saya akan muncul di tempat sebelah pintu itu. Apabila Tuhan berkata Dia "telah menyediakan pintu yang terbuka di hadapan kita", itu mungkin bukan satu pintu automatik. Ia mungkin pintu yang tidak boleh ditutup oleh sesiapa, tetapi hanya kita yang akan memasukinya - jika kita menolak pintu itu. Seperti pintu putar, semasa kita memasukinya, mungkin adanya masa menunggu. Masa yang tidak menentu, seperti ruang yang ada di dalam pintu putar. Apa yang ada di sebelah sana? Berapa lamakah kita harus tinggal di ruang terkurung kecil ini? Satu perkara yang pasti, apabila pintu berputar, kita perlu terus bergerak. Kita perlu memberi perhatian apabila ia terbuka ke sebelah sana. Kita perlu keluar dari ruang terkurung itu. Jika kita terlepas peluang itu, kita mendapati diri kita kembali ke pintu putar. Pintu ditutup dalam masa yang singkat, tetapi kita berpusing lagi sehingga pembukaan yang seterusnya tiba. Apakah “pintu-pintu” yang telah Tuhan buka di hadapan anda hari ini? Atau apakah padang-padang rumput, atau Tanah Perjanjian yang telah dijanjikan-Nya kepadamu? Apabila Dia berkata Dia akan memberikannya kepada anda, Dia akan membuka “pintu-pintu yang tidak boleh ditutup oleh sesiapa pun”. Tetapi anda mesti bergerak bersama dengan bimbingan Roh-Nya. Anda mesti berjaga-jaga untuk perhatikan pembukaan ke sebelah sana. Apabila anda lihat pembukaan itu, jangan teragak-agak untuk melangkah keluar. Terus bergerak bersama Tuhan. Apa yang Dia katakan kepada kamu, lakukanlah! Pintu-pintu yang dibuka-Nya untuk kamu, tiada siapa yang dapat menutupnya. Jangan sampai ketinggalan! Fokus Doa Mintalah pengampunan Tuhan kerana bersifat pasif ketika kita berhadapan dengan pintu yang terbuka dan peluang yang telah Dia berikan kepada kita. Berdoa untuk bimbingan dan pimpinan Roh Kudus untuk membezakan setiap pintu yang terbuka dan bagaimana anda akan memasukinya. Berdoa kepada Tuhan agar menunjukkan kepada anda bagaimana anda mesti bertindak balas terhadap "pintu yang tertutup".
Lalu TUHAN menjawab aku, demikian: "Tuliskanlah penglihatan itu dan ukirkanlah itu pada loh-loh, supaya orang sambil lalu dapat membacanya. Sebab penglihatan itu masih menanti saatnya, tetapi ia bersegera menuju kesudahannya dengan tidak menipu; apabila berlambat-lambat, nantikanlah itu, sebab itu sungguh-sungguh akan datang dan tidak akan bertangguh. Sesungguhnya, orang yang membusungkan dada, tidak lurus hatinya, tetapi orang yang benar itu akan hidup oleh percayanya. (Habakuk 2:2-4) Pernahkah anda menanti-nantikan sesuatu yang dijangka akan berlaku? Jika ada, anda mungkin akan ingat apa yang terlintas di fikiran anda semasa menunggu. Pada masa menunggulah kepercayaan teras kami diuji dan dicabar - kepercayaan kepada Tuhan, pada kemampuan kita, pada kebaikan orang lain. Tuhan berbicara kepada Habakuk tentang menunggu penggenapan nubuat-nubuat-Nya. Tuhan telah tetapkan masa-masa tertentu untuk penggenapan semua nubuatan di Alkitab. Tuhan itu setia dan Dia adalah Tuhan yang Menepati Janji. Apa sahaja yang dijanjikan-Nya kepada kita pada masa dan zaman ini, ia akan berlaku. Tetapi kita perlu berjuang untuk penggenapannya. Kita mesti "menunggu". Tidak bermaksud menunggu secara pasif, tetapi secara aktif kita berdoa dengan tekun, iman yang aktif mempercayai kepada Tuhan dan kesetiaan-Nya. Orang benar akan hidup oleh iman. Rasul Paulus menulis dalam Roma (Roma 1:16-17) dan Galatia (Galatia 3:11) bahawa kita dinyatakan benar kerana iman kita kepada Kristus, dalam pekerjaan Salib Yesus yang telah selesai. Kita yang percaya kepada Yesus telah diberikan kebenaran Tuhan, kita adalah orang benar oleh iman dalam Kristus. Bagaimanakah orang benar hidup oleh iman? Maksudnya, secara terperinci dalam hidup kita, kita percayai Tuhan untuk membimbing, memimpin, menyediakan, melindungi dan mengarahkan. Ini bermakna kita harus bersandar kepada kesetiaan-Nya dan firman-Nya. Perhatikan bahawa iman orang benar ditujukan kepada Tuhan yang setia. Bukan hanya firman Tuhan, tetapi pembicara kata-kata itu. Bukan hanya janji dan nubuatan Tuhan, tetapi iman kepada Tuhan yang melafazkan janji dan nubuatan itu. Iman orang benar berlabuh pada Peribadi Tuhan, pertama sekali, kemudian firman-Nya dan janji-janji-Nya. Apabila kita yakin bahawa Tuhan yang melafazkan firman-Nya itu adalah Tuhan yang setia, baik, penyayang, belas kasihan, benar (tidak pernah berdusta), boleh dipercayai dan berkuasa, maka kita yakin bahawa Dia juga akan melakukan apa yang Dia katakan. Maka, kita mempunyai segala sebab untuk bertekun dalam doa dan bersungguh-sungguh demi penggenapan firman dan janji nubuat Tuhan. Jangan berputus asa dengan firman dan janji Tuhan, kerana Dia tidak berputus asa dengan kita. Orang benar akan hidup oleh iman! Fokus Doa Senaraikan beberapa janji Tuhan, terutamanya yang ditujukan kepada anda. Pujilah Tuhan kerana kesetiaan-Nya dan tidak ada perubahan pada-Nya (tiada perubahan fikiran!). Berdoa untuk penggenapan setiap janji Tuhan yang telah anda senaraikan untuk hidup anda, keluarga anda, negara dan Gereja (saudara dan saudari kita dalam Kristus)
Seluruh bangsa itu menjawab bersama-sama: "Segala yang difirmankan TUHAN akan kami lakukan." Lalu Musapun menyampaikan jawab bangsa itu kepada TUHAN. Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: "Sesungguhnya Aku akan datang kepadamu dalam awan yang tebal, dengan maksud supaya dapat didengar oleh bangsa itu apabila Aku berbicara dengan engkau, dan juga supaya mereka senantiasa percaya kepadamu." Lalu Musa memberitahukan perkataan bangsa itu kepada TUHAN. (Keluaran 19:8-9) Pengharapan itu adalah sauh yang kuat dan aman bagi jiwa kita, yang telah dilabuhkan sampai ke belakang tabir, di mana Yesus telah masuk sebagai Perintis bagi kita, ketika Ia, menurut peraturan Melkisedek, menjadi Imam Besar sampai selama-lamanya. (Ibrani 6:19-20) Pada zaman Musa, Tuhan berbicara kepadanya dalam awan yang tebal. Walaupun suara Tuhan dapat didengar oleh Musa, dan juga umat Israel, mereka tidak dapat melihat hadirat Tuhan. Namun, apabila Yesus datang, Dia masuk ke dalam Hadirat Tuhan untuk kita, supaya mereka yang berada di dalam Kristus memiliki jalan masuk ke dalam Hadirat Tuhan. Kita mendengar Tuhan berbicara kepada kita melalui firman-Nya, tetapi apabila Dia berbicara kepada kita melalui Roh Kudus-Nya, kita menerima kebenaran wahyu dalam Hadirat-Nya. Elia berdiri di atas gunung pada hari itu. Kehadiran Tuhan datang seperti angin kencang yang merobek gunung tempat Elia berdiri. Bagi Elia, Tuhan tidak berada dalam angin atau gempa bumi yang menyusul, mahupun api yang datang berikutnya. Kehadiran Tuhan pada hari itu adalah suara yang tenang dan lembut. Firman daripada Tuhan lebih unggul daripada angin yang kuat dan bertentangan; kata-kata daripada Tuhan adalah bantuan mengemudi yang paling kuat, lebih hebat daripada mana-mana kuasa semula jadi. Apabila tekanan memburukkan keadaan anda, ingatlah Firman yang anda miliki daripada-Nya dan gunakannya sebagai pedang yang memotong kedua-dua arah—untuk membuka jalan sebagai alat pembersihan dan perlindungan sebaik sahaja jalannya jelas. Ingat kata-kata terbaru yang anda terima daripada Tuhan. Ingat dan renungkannya kerana anda mungkin akan terlupa semasa dalam kehangatan pertempuran. Tuhan bukanlah "seperti manusia" yang berkata-kata tetapi tidak melakukannya atau tidak menunaikannya. Firman Tuhan kepada anda adalah untuk memberkati anda. Hargai firman-Nya lebih daripada apa-apa kerana bagi anda, ia adalah “suara yang tenang dan lembut.” Berdirilah di hadapan Tuhan: Abaikan angin kencang, goncangan, dan api. Dengarkan suara Tuhan yang mantap. Suaranya adalah Hikmat. Pelihara apa yang anda dengar dengan menjaga apa yang anda lafazkan… mengenai angin ini, gegaran ini, api ini. Jagalah apa yang kamu katakan supaya kamu—dan kata-katamu—boleh berdiri di hadapan Tuhan! Apa yang Tuhan katakan? Pada mulanya mengapa anda mempercayai kata-kata-Nya itu? Tentukan apa yang anda percaya dan apa yang tidak. Pastikannya dengan jelas. Pastikan ia benar. Tuliskan. Hargai firman-Nya lebih tinggi dari apa pun. (Diambil daripada Renungan oleh Shirley Weaver “Kata-katamu berdiri di hadapan Tuhan”) Satu kata-kata dari Tuhan yang kita terima di hadirat-Nya, adalah wahyu yang akan membuat seluruh dunia berubah bagi kita! Kejar untuk memiliki kata-kata-Nya dan pastikan anda mendapatnya, kerana wahyu itu penting. Fokus Doa Mintalah hikmat Tuhan dalam situasi di hidup kamu, di mana kamu sukar membuat keputusan atau bergerak ke hadapan. Tunggulah Tuhan untuk membawa wahyu baru kepada kamu. Berdoa untuk mereka yang terancam imannya kerana cabaran dan kepayahan hidup. Berdoalah untuk wahyu daripada Tuhan dalam hidup mereka agar mereka dapat temukan arah hidup, harapan dan tujuan hidup mereka.
Sebab beginilah firman Tuhan ALLAH, Yang Mahakudus, Allah Israel: "Dengan bertobat dan tinggal diam kamu akan diselamatkan, dalam tinggal tenang dan percaya terletak kekuatanmu." Tetapi kamu enggan, kamu berkata: "Bukan, kami mau naik kuda dan lari cepat," maka kamu akan lari dan lenyap. Katamu pula: "Kami mau mengendarai kuda tangkas," maka para pengejarmu akan lebih tangkas lagi. (Yesaya 30:15-16) Bila Allah mencipta umat manusia, Dia merancang enam hari untuk kita bekerja, dan sehari untuk kita berehat. Badan kita memerlukan rehat. Fikiran dan jiwa kita memerlukannya. Ia adalah hari di mana kita akan beri tumpuan kepada Allah pencipta kita, dan disegarkan dalam roh kita. Rentak ini membolehkan kita disegarkan semula dan diperbaharui agar dapat bekerja untuk enam hari yang akan datang. Walau bagaimanapun, terdapat rehat yang lebih mendalam yang diperlukan dan dicari oleh manusia. Berehat daripada masalah yang berulang, corak yang tidak berbuah, atau ketandusan. Melepaskan diri dari kitaran kekalahan, kadang-kala untuk berhenti berkawat dalam satu bulatan. Tuhan memberitahu umat-Nya, Israel, bila mereka kembali ke jalan-Nya, bila jiwa mereka tenang semula, bila mereka mempercayai-Nya, maka mereka akan diselamatkan daripada satu kitaran duniawi di mana mereka dikejar, dijadikan mangsa musuh. Tetapi mereka enggan. Maka mereka kekal dalam kekalahan. Berehat dalam Tuhan bukan hanya sekadar menghabiskan sehari dalam setiap tujuh hari, meninggalkan kerja dan beriadah. Jika kita telah bekerja keras dengan kekuatan dan kebijaksanaan kita sendiri selama enam hari, dan melihat sedikit ataupun tidak ada hasil mahupun kemajuan, mengambil sehari untuk berehat dari kerja sia-sia kita dan kemudian kembali untuk enam hari berikutnya dengan melakukan pekerjaan yang sama, ini tidak membantu. Tuhan memberitahu umat-Nya dan Dia berkata kepada kita, “Janganlah kamu berehat sehari di dalam Aku, dan sesudah itu kembali kepada kerja-kerja daging dan pemikiranmu sendiri, dan berjalan kembali ke jalan-jalan lamamu dalam enam hari berikutnya. Tetapi kembali kepada Jalan-Ku! Ubah haluan anda! Berehatlah dalam kebijaksanaan-Ku dan berhentilah dengan kebijaksanaan kamu! Kemudian kamu akan melihat keselamatanmu” Apabila umat Allah berkeras kepala menolak untuk kembali kepada jalan Allah dalam kehidupan mereka, walaupun mereka secara sah memelihara Sabat, mereka tidak mengalami kejayaan. Sebaliknya, mereka terus menjadi mangsa dalam hidup, dikejar dan larikan diri. Adakah anda bosan dikejar, menjadi mangsa kepada Pemangsa? Adakah anda mahu berada dalam kedudukan yang dapat mengatasi dan mengejar musuh, agar anda yang merompak si perompak? Maka pilihlah untuk berehat di jalan Allah dan abaikan jalan anda sendiri. Bukan hanya berehat dari pekerjaan daging anda untuk sehari, atau menjadi legalistik tentang Sabat, tetapi benar-benar masuk ke dalam rehat kepercayaan kepada Tuhan dan hidup di dalam kehidupan dalam Roh. Kembalilah kepada Tuhan dan berehatlah di jalan-Nya. Berjalanlah menurut Roh. Walaupun anda berada di tengah-tengah ribut, anda akan memerintahkan angin untuk berhenti! Fokus Doa: Hari ini, carilah kerehatan dalam Tuhan. Serahkan semua perjuanganmu kepada-Nya. Benarkan Roh Kudus membawa kedamaian yang melebihi semua pemahaman ke dalam hidup anda. Katakan kepada angin dan badai: “Diamlah!” Berdoalah untuk mereka yang bergelut dengan kegawatan dan badai, agar mereka dapat berjumpa dengan Yesus sebagai Juruselamat mereka dan dapat berehat dari kerja yang penuh susah payah dan kerja yang sia-sia.
Hari 29 - Tidak lagi Tersembunyi Kamu adalah terang dunia. Kota yang terletak di atas gunung tidak mungkin tersembunyi. (Matius 5:14) Bandar adalah tempat di mana orang ramai berurusan. Orang ramai berkumpul di bandar untuk mencari perlindungan, rehat, bekalan, membina rumah, menjalankan perniagaan, dll. Bandar mengalu-alukan pelawat. Ia bertujuan untuk dilihat, jelas kelihatan. Yesus dalam petikan yang sama di Matius 5, terus mengatakan bahawa tidak masuk akal untuk menyalakan lampu dan meletakkannya di bawah bakul. Begitu juga, sama sekali tidak masuk akal untuk sebuah bandar disembunyikan daripada orang ramai, tersembunyi daripada penglihatan. Kita yang dicipta mengikut gambar Tuhan yang Hidup, mempunyai tujuan yang unik di dunia ini. Kita dilahirkan ke dunia ini dengan identiti yang unik dan destini yang diberikan Tuhan. Dosa, bagaimanapun, telah merosakkan tujuan hidup kita. Ia memesongkan identiti kita dan menyembunyikan destini kita. Iblis mengambil kesempatan daripada dosa untuk menyembunyikan identiti kita daripada dunia, dan menghalang kita daripada berjalan di dalam karunia, panggilan dan destini kita. Yesus adalah Cahaya dunia. Dia datang untuk bersinar ke dalam Kegelapan, mendedahkan semua yang telah disembunyikan. Dia dedahkan perbuatan iblis dan menghancurkannya. Dia dedahkan pembohongan dan penipuan musuh dan bebaskan kita dengan Kebenaran-Nya. Dia dedahkan apa yang sengaja disembunyikan. Bila kita terima Yesus ke dalam hidup kita, kita boleh harapkan Dia melakukan perkara yang sama dalam hidup kita. Harapkan Dia untuk menginsafkan kita, supaya dosa dapat ditangani oleh Salib-Nya, agar kita dapat menerima kebebasan pengampunan. Harapkan Tuhan untuk dedahkan pembohongan dan penipuan musuh supaya kita tidak lagi hidup dalam ikatan dan ketakutan. Paling penting, kita tidak akan lagi disembunyikan - identiti, destini, potensi, karunia, panggilan dan bakat kita, akan dapat dilihat. Kita akan menjadi seperti "kota di atas bukit", satu rahmat kepada dunia di sekeliling kita. Bila kita hayati identiti kita dan berjalan mengikut destini kita, kita akan menjadi berkat kepada orang lain, termasuk keluarga dan keturunan kita. Musuh mahu sembunyikan anda, agar "tidak terlihat". Yesus ingin sinarkan Terang-Nya ke dalam hidup anda, menampilkan karya Tuhan yang menakjubkan dalam diri anda, mempamerkan identiti dan karunia anda di hadapan dunia, supaya anda tidak lagi tersembunyi! Itulah kehendak Tuhan untuk hidup anda! Fokus Doa: Berdoalah untuk peluang di mana anda dapat hidup dalam karunia dan panggilan anda untuk kemuliaan Allah. Mintalah Tuhan untuk membawa anda masuk melalui pintu-pintu di mana Cahaya Yesus akan bersinar melalui anda. Berdoa untuk generasi akan datang agar karunia dan panggilan mereka tidak tersembunyi dari dunia. Berdoalah khususnya untuk muda-mudi (dan mereka yang tidak begitu muda!) agar mereka bersinar untuk Yesus.
Si pembenci berpura-pura dengan bibirnya, tetapi dalam hati dikandungnya tipu daya. Kalau ia ramah, janganlah percaya padanya, karena tujuh kekejian ada dalam hatinya. Walaupun kebenciannya diselubungi tipu daya, kejahatannya akan nyata dalam jemaah. (Amsal 26:24-26) Kadang-kala kita membaca atau menonton berita mengenai jenayah kebencian yang dilakukan terhadap sekumpulan orang yang tertentu. Kita terkejut dengan paparan kebencian ini, seringkali di luar pemahaman kita. Jenayah kebencian atau paparan kebencian tidak berlaku dalam sekelip mata. Kebencian masuk ke dalam hati manusia melalui kesalahan, kesakitan, ketidakadilan, penindasan, pengkhianatan, penolakan dan kehilangan. Tindak balas terhadap semua ini, dan banyak lagi, yang telah mencela nilai diri, identiti kita, menyebabkan kita kehilangan apa yang menjadi hak kita, merampas maruah kita dan menghancurkan impian dan harapan kita, dengan mudahnya boleh datang dari keinginan daging. Kemarahan, dendam dan sifat agresif yang terpendam dalam hati, menjadi tanah subur untuk kebencian berakar dan bertumbuh. Penulis Amsal dengan tepat memberi amaran bahawa kebencian membuka pintu kepada kesilapan, melayan pembohongan daripada musuh, bertujuan untuk membinasakan, bukan hanya orang yang membenci, tetapi semua yang di sekelilingnya. Hati tidak jujur apabila kebencian dibiarkan bersemayam. Kebencian menyusup masuk ke dalam jiwa pembenci, dan mengubah rasional, tindak balas emosi, cara dia membuat keputusan. Bila ia disuap oleh sifat daging, ia menghasilkan kejahatan dan merancang kejahatan. Kebencian membawa kepada kejahatan. Bila kejahatan mengelirukan hati, hati akan dipenuhi dengan kekejian. Cara untuk mengatasi kejahatan adalah dengan kebaikan. (Roma 12:21) “Janganlah kamu kalah terhadap kejahatan, tetapi kalahkanlah kejahatan dengan kebaikan!” Keputusan untuk memilih apa yang baik harus datang tepat pada permulaan tindakbalas kita bila berdepan dengan perlanggaran, kesalahan, sakit hati, ketidakadilan, penindasan, pengkhianatan, penolakan dan kehilangan. Hentikannya dari awal. Maka, kebencian tidak ada tapak semaian yang sesuai untuk bertumbuh. Bagaimana kalau kita gagal mengatasi niat jahat dan ditawan oleh kebencian? Penawarnya adalah kasih, kasih Tuhan. Hendaklah kasih itu jangan pura-pura! Jauhilah yang jahat dan lakukanlah yang baik. (Roma 12:9) Barangsiapa tidak mengasihi, ia tidak mengenal Allah, sebab Allah adalah kasih. (1 Yohanes 4:8) Kasih Tuhan boleh dialami dan diterima hanya apabila Roh Kudus mencurahkannya ke dalam hati kita. “karena kasih Allah telah dicurahkan di dalam hati kita oleh Roh Kudus yang telah dikaruniakan kepada kita.” (Roma 5:5) Kasih menyembuhkan. Kasih mengatasi kebencian. Kasih membebaskan kita dari kezaliman kebencian. Kasih menuntun kita untuk percaya kepada Tuhan yang Maha Pengasih yang akan membalaskan kesalahan yang menyebabkan kita derita. Fokus Doa: Jemputlah Roh Kudus untuk memeriksa hati anda. Mengakui setiap kebencian yang tersembunyi, dendam, tidak mengampuni, kepahitan, kemarahan dan lain-lain, mohon pengampunan Allah. Pilih untuk memaafkan mereka yang telah menyebabkan kelukaan kepada anda. Luangkan masa untuk mengatakannya kepada Tuhan: “Tuhan, saya memilih untuk memaafkan (nama orang tersebut) …” Tolak setiap fikiran yang jahat. Mintalah Tuhan untuk menyembuhkan anda daripada kelukaan masa lalu (mungkin ada yang baru-baru berlaku kelmarin). Melarang kejahatan bertapak di dalam hati anda.
Di dalam kasih tidak ada ketakutan: kasih yang sempurna melenyapkan ketakutan; sebab ketakutan mengandung hukuman dan barangsiapa takut, ia tidak sempurna di dalam kasih. (1 Yohanes 4:18) Ketakutan adalah perompak destini. Ia menghalang kita memasuki apa yang terbaik dari Tuhan untuk kita. Antonim ketakutan adalah kasih, kasih Tuhan yang sempurna. Dan oleh rasul-rasul diadakan banyak tanda dan mujizat di antara orang banyak. Semua orang percaya selalu berkumpul di Serambi Salomo dalam persekutuan yang erat. Orang-orang lain tidak ada yang berani menggabungkan diri kepada mereka. Namun mereka sangat dihormati orang banyak. Dan makin lama makin bertambahlah jumlah orang yang percaya kepada Tuhan, baik laki-laki maupun perempuan. (Kisah Para Rasul 5:12-14). Beberapa orang yang hadir untuk menyaksikan kerja-kerja mukjizat Tuhan melalui tangan para rasul berasa terlalu takut untuk bergabung dengan mereka, sehingga kehilangan keselamatan dan destini Tuhan untuk hidup mereka, Tetapi ada beberapa yang telah mengatasi ketakutan tentang apa yang tidak diketahui dan tidak dapat dijelaskan, ramai daripada mereka, pegang kepada Yesus dan masuk ke dalam destini mereka. Mereka yang menolak ketakutan memberi ruang di hati untuk kebebasan, untuk satu hari esok yang lebih cerah yang dipenuhi dengan impian dan harapan. Umat ​​Tuhan yang hidup dengan cara ini adalah berbeza dari yang lain — buangkan sebarang bentuk ketakutan dan jalani hidup dengan sepenuhnya, sekarang juga! “Sekalipun aku berjalan dalam lembah kekelaman, aku tidak takut bahaya.” Pengganas itu berbeza. Keganasan adalah berasaskan ketakutan. Semua keganasan berkembang dalam hati yang keji. Keganasan menuntut hubungan minda-jiwa yang telah diubah, mengakibatkan kekejaman yang direka oleh manusia, kekuatan rohani yang berasaskan kimia badan yang sesat, ketidakseimbangan mental, dan kapasiti yang diperbesarkan untuk membenci. Pengganas itu rabun dengan sistem nilai yang melanggar undang-undang. Semua keganasan beroperasi secara bersembunyi, berkedudukan untuk menyerang secara tiba-tiba. Keganasan yang berdasarkan ketakutan adalah pentas untuk menyebarkan ketakutan untuk melumpuhkan kebebasan. Keganasan adalah roh yang diilhamkan oleh iblis. Tuhan bertentangan dengan ketakutan - Tuhan adalah kasih. Dia memanggil kita untuk menunjukkan apa yang bertentangan dengan keganasan, iaitu hadirat Tuhan Yang Maha Kuasa, Anak-Nya, dan Roh-Nya! Kasih-Nya membebaskan kita dan orang yang kita layani daripada kitaran seksaan ketakutan. Kita dipanggil untuk menguatkan seramai yang mungkin dengan kedamaian (shalom) dan melakukan sebanyak yang kita boleh, sekerap yang kita boleh, untuk menyinarkan terang-Nya ke atas kegelapan ketakutan. (Dipetik daripada Renungan oleh Shirley Weaver yang bertajuk "Pengganas, Penindas and Penganiaya") Hari ini, jangan takut akan apa yang tidak diketahui dan lawanlah pengganas rohani. Katakan ‘tidak’ kepada ketakutan. Bukalah hati anda untuk terima kasih Tuhan yang sempurna yang dicurahkan oleh Roh Kudus. Jangkakan kesudahannya: iaitu anda masuk ke dalam destini anda! Fokus Doa: Berdoa dan mintalah Tuhan untuk mencurahkan kasih-Nya secara luar biasa ke dalam hati anda oleh Roh Kudus. Atasi setiap ketakutan – ketakutan mati, ketakutan sakit, ketakutan gagal, ketakutan manusia, ketakutan iblis, dan lain-lain, serta menolak mereka keluar dari sistem anda. Berdoa syafaat bagi mereka yang berada di bawah ugutan dan ikatan ketakutan dalam bentuk apa pun. Ucapkan kasih Allah ke dalam hati mereka.
Orang-orang bajingan yang ada di antara mereka kemasukan nafsu rakus; dan orang Israel pun menangislah pula serta berkata: "Siapakah yang akan memberi kita makan daging? Kita teringat kepada ikan yang kita makan di Mesir dengan tidak bayar apa-apa, kepada mentimun dan semangka, bawang prei, bawang merah dan bawang putih. Tetapi sekarang kita kurus kering, tidak ada sesuatu apapun, kecuali manna ini saja yang kita lihat." (Bilangan 11:4-6) Bangsa Israel baru sahaja diselamatkan secara ajaib oleh Tuhan dari Mesir. Kita boleh katakan betapa singkatnya ingatan mereka, Semasa masih menikmati manna ajaib itu di dalam mulut mereka, mereka mengeluh tentang apa yang mereka rindukan di Mesir: ikan, timun, tembikai, daun bawang, bawang merah dan bawang putih, yang mereka gambarkan sebagai "apa yang mereka makan dengan bebas". Mereka berkata mereka boleh menikmati semua ini tanpa membayar sebarang harga! Betapa mereka lupa bahawa seruan mereka itulah yang dijawab oleh Tuhan mereka: Dan TUHAN berfirman: "Aku telah memperhatikan dengan sungguh kesengsaraan umat-Ku di tanah Mesir, dan Aku telah mendengar seruan mereka yang disebabkan oleh pengerah-pengerah mereka, ya, Aku mengetahui penderitaan mereka. (Keluaran 3:7) Biar saya katakan dengan cara lain: hamba yang baru dibebaskan ingin kembali kepada bekas tuan hamba kerana mereka menganggap itu sebagai kebebasan. Ada kalanya, kita dapati manusia berkelakuan sedemikian juga sehingga hari ini. Apabila mereka telah diberikan kebebasan atau kemerdekaan, dan apabila mereka menghadapi cabaran atau rintangan dalam "dunia bebas", mereka ikut naluri untuk kembali kepada keadaan perhambaan kerana ia sesuatu yang sudah mereka biasa. Mereka boleh keluar dari perhambaan, tetapi mereka juga perlu keluarkan perhambaan daripada diri mereka. Kita boleh dibebaskan daripada perhambaan, tetapi kita mesti sedar bahawa kita juga perlu usirkan mentaliti perhambaan keluar daripada diri kita. Tuhan bebaskan kita daripada perhambaan dosa dan kuasa kawalan Kegelapan. Dia singkirkan identiti seorang hamba daripada kita, dan memberikan kita identiti seorang anak. Dia bebaskan kita dari destini seorang hamba, dan membawa kita ke dalam destini dan warisan seorang anak, sebagai anaknya. Mengatakan diri kita adalah anak Tuhan tidak menjadikan kita anak-Nya, tetapi bila kita membenarkan Roh Kudus untuk memenuhi kita dan tinggal di dalam kita, maka kita menerima pengesahan sebagai anak Tuhan. Semua orang, yang dipimpin Roh Allah, adalah anak Allah. Sebab kamu tidak menerima roh perbudakan yang membuat kamu menjadi takut lagi, tetapi kamu telah menerima Roh yang menjadikan kamu anak Allah. Oleh Roh itu kita berseru: "ya Abba, ya Bapa!" Roh itu bersaksi bersama-sama dengan roh kita, bahwa kita adalah anak-anak Allah. (Roma 8:14-16). Adakah anda kadangkala masih rasa tidak layak untuk menerima kasih Tuhan dan berkat-Nya? Adakah anda kadangkalanya rasa lebih seperti seorang hamba di Rumah Bapa dan bukannya seorang anak, sama seperti abang dalam Perumpamaan tentang Anak yang Hilang? Bukalah hati anda kepada Roh Kudus pada hari ini. Jemputlah Dia untuk berikan kepastian ke dalam hati anda bahawa anda adalah anak Tuhan. Mohon kepada Tuhan untuk singkirkan mentaliti perhambaan keluar daripada hidup anda! Fokus Doa: Berdoa untuk putuskan setiap ikatan perhambaan dosa dan kegelapan. Berdoa syafaat bagi mereka yang hidupnya berada di bawah ikatan dosa dan iblis. Doakan untuk mereka yang meskipun mereka percaya dan menerima Yesus, tetapi masih merasa tidak berhak ke atas kasih Allah Bapa. Berdoalah agar kasih Yesus menyentuh mereka secara nyata dan peribadi.
Maka kata Yesus kepada mereka: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jikalau kamu tidak makan daging Anak Manusia dan minum darah-Nya, kamu tidak mempunyai hidup di dalam dirimu. Barangsiapa makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia mempunyai hidup yang kekal dan Aku akan membangkitkan dia pada akhir zaman. Sebab daging-Ku adalah benar-benar makanan dan darah-Ku adalah benar-benar minuman. Barangsiapa makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia. (Yohanes 6:53-56) Ketika seseorang mempamerkan kelemahan dalam wataknya, kadang-kadang kita berkata, "Ada darah jahat dalam dirinya!". Maknanya, orang itu telah mewarisi sifat-sifat watak yang tidak diingini dari leluhurnya. Dalam Imamat 17:11 dan 14 kita belajar, “Karena nyawa makhluk ada di dalam darahnya…karena darah itulah nyawa segala makhluk." Sekiranya nyawa ada di dalam darah, ia juga membawa ciri-ciri nyawa makluk itu. Ia mempunyai ingatan tentang kehidupan nenek moyang kita di dalam roh, jiwa dan tubuh. Ia membawa DNA tubuh fizikal (rupa, binaan fizikal, keadaan fizikal yang baik dan yang buruk), jiwa (tindak balas emosi, kecenderungan kehendak, corak pemikiran) dan roh (mahupun yang saleh atau yang tidak saleh). Dosa nenek-moyang meninggalkan kesan dalam keturunan, sehingga mempengaruhi kita dan anak-cucu kita. Ketika Yesus berkata, “Barangsiapa makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia mempunyai hidup yang kekal”, Dia pasti merujuk kepada sesuatu yang lebih dari sekadar Perjamuan Suci fizikal. Dia tahu keadaan umat manusia. Kita sangat dipengaruhi oleh apa yang telah berlaku dalam keturunan kita. Oleh itu, Dia membawa penyelesaian yang mendalam ke akar masalah manusia, kesan dosa dan kejahatan yang ada di dalam diri kita. Keselamatan yang Yesus berikan kepada kita adalah penyelesaian yang menyeluruh terhadap masalah dosa. Dia menawarkan nyawa-Nya kepada kita, kerana nyawa-Nya ada di dalam darah-Nya. Darah Yesus sangat kuat. Ia mampu mengatasi perbuatan dosa dan kegelapan dalam keturunan kita, sehingga memberi kita kebebasan sejati. Semasa anda mengambil bahagian dalam Perjamuan Kudus, ingatlah betapa kuatnya Tubuh dan Darah Yesus. Ketika anda menerima roti dan anggur, bersyukurlah kepada Yesus bahawa Dia melakukan kerja yang mendalam dalam hidup anda, dalam keturunan anda. Izinkan Dia untuk memperlihatkan sifat dan kerja musuh yang tersembunyi dalam keturunan anda, dan mintalah Yesus untuk membebaskan anda! Fokus Doa: Mengenalpasti ciri-ciri kesalahan generasi dalam hidup anda dan keluarga anda (anak dan cucu). Berdoa dalam Nama Yesus untuk memulihkan kesalehan. Semasa anda mengambil bahagian dalam Perjamuan Kudus, secara khusus persembahkan hidup anda dan anak-anak kamu (cucu-cucu juga) dalam doa, agar Darah Yesus yang menyucikan, membersihkan garis keturunan anda dari sebarang kesan akibat kesalahan generasi.
Tetapi Petrus berkata: "Ananias, mengapa hatimu dikuasai Iblis, sehingga engkau mendustai Roh Kudus dan menahan sebagian dari hasil penjualan tanah itu? Selama tanah itu tidak dijual, bukankah itu tetap kepunyaanmu, dan setelah dijual, bukankah hasilnya itu tetap dalam kuasamu? Mengapa engkau merencanakan perbuatan itu dalam hatimu? Engkau bukan mendustai manusia, tetapi mendustai Allah." (Kisah Rasul-Rasul 5:3-4) Pernah saya berdepan dengan seseorang yang kuat berbohong. Saya tidak mencela mauhupun menghakimi dia, tetapi saya cuba meyakinkannya dengan penuh kasih sayang bahawa dia sama sekali tidak perlu berbohong mengenai hal yang dia cuba sembunyikan. Tetapi saya tidak berjaya, tidak lama kemudian saya mendapati dia berbohong mengenai beberapa perkara yang remeh berkaitan peristiwa yang lain. Iblis telah digambarkan sebagai "penipu yang menyesatkan seluruh dunia" (Wahyu 12:9). Modus operandi iblis adalah untuk mendirikan struktur di dalam sistem kepercayaan seseorang, keluarga dan masyarakat, dan dari situ dia menjalankan rancangan perhambaan dan memisahkan manusia dari Tuhan dan dari segala yang saleh. Untuk Ananias dan Safira (Kisah Rasul-rasul 5:1-11): Punca dan sumber penipuan mereka diketahui — iblis telah memenuhi hati mereka untuk berbohong kepada Roh Kudus. Pelajaran dari kisah ini boleh diterapkan untuk sebarang tindakan menipu. Penipuan dalam apa perkara sahaja, termasuk perkara kecil, adalah perkongsian dengan roh penipuan. Itulah cara iblis, yang merupakan pengarang segala penipuan, memasuki hati manusia, kemudian terus menetap untuk membentuk satu pola. Akhirnya, ketika kubu penahanan telah ditembusi dengan sepenuhnya, ketika hati telah terbuka kepada penipuan, iblis secara halus membangunkan satu tempat persembunyian yang gelap di mana keupayaan untuk menipu orang lain berkembang dan pintu rohani untuk penipuan yang selanjutnya telah diwujudkan. Pembukaan ini adalah pintu rohani, tetapi bukan rohani dalam erti kata yang baik. Kerjasama dengan penipuan adalah satu idea perniagaan yang tidak baik – sesuatu yang tidak masuk akal! Semua bentuk dan tahap penipuan adalah bertentangan dengan kehendak Tuhan dan tidak pernah membawa berkat-Nya. Selanjutnya, setelah pintu penipuan terbuka, semakin banyak penipuan akan berlaku - lebih banyak lagi menipu orang lain, dan lebih banyak lagi ditipu oleh iblis untuk meneruskan proses yang merosakkan ini. Bagi mereka yang rela — mereka yang memilih secara peribadi — untuk hidup dengan jujur ​​dan juga memperjuangkan pembebasan bagi mereka yang terperangkap dengan penipuan, Firman Tuhan mengajar kita— “Segala tulisan yang diilhamkan Allah memang bermanfaat untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk mendidik orang dalam kebenaran.” (2 Timotius 3:16). (Petikan dari Renungan Shirley Weaver "Memperdayakan apa sahaja") Roh Kudus bukan hanya akan membebaskan kita dari tipu daya iblis, Dia juga dapat membongkarkan struktur penipuan dalam diri kita! Fokus Doa: Mintalah Tuhan untuk dedahkan setiap penipuan dan pembohongan Iblis yang masih mempengaruhi sistem kepercayaan anda hari ini – yang berasal dari masa lalu yang tidak menyenangkan dan menyakitkan, dari akar budaya kita dan dari masyarakat di dunia. Tinggalkan dan tolak semua penipuan dan pembohongan iblis. Lafazkan dan terima kebenaran Allah seperti yang dinyatakan dalam Alkitab, menggantikan kata bohong yang telah anda tolak dan tinggalkan.
loading
Comments