DiscoverFinancial Faiz
Financial Faiz
Claim Ownership

Financial Faiz

Author: Faiz Azmi

Subscribed: 258Played: 1,769
Share

Description

Faiz Azmi is the founder of Financial Faiz, a brand that advocates for financial literacy among Malaysians from all walks of life. He has been in the real estate, mortgage, investment and takaful industries in various capacities. As a brand, Financial Faiz is growing rapidly on various social media platforms, including YouTube, TikTok, Instagram, and Twitter
238 Episodes
Reverse
Ramai pelabur fokus kepada syarikat yang ingin dibeli ketika IPO, tetapi pernah tak korang fikir tentang kos dan peluang yang mungkin terlepas sepanjang proses permohonan? Bayangkan duit RM10,000 terkunci selama beberapa minggu hanya untuk menunggu keputusan balloting.Selain itu, pemilihan platform juga memainkan peranan penting. Ada beberapa ciri yang boleh membantu pelabur menguruskan permohonan IPO dengan lebih mudah, seperti IPO financing, Cash Plus untuk money market fund dan akses kepada Market Data Level 2.Dalam video kali ini, kita tunjukkan cara memohon IPO menggunakan aplikasi Moomoo serta kelebihan ciri-ciri yang ditawarkan. Adakah semuanya berbaloi untuk pelabur? Timestamp:(00:00) Intro(00:47) Sebelum Beli IPO, Ini Yang Korang Perlu Tahu(01:09) Promo Moomoo: Dapat Saham Percuma(01:51) 4 Masalah Pelabur IPO(04:54) Kenapa Pilih Moomoo Untuk Beli IPO?(05:00) Apply IPO Dengan 0 Subscription Fee(06:51) Cash Plus: Jana Pulangan Sementara Tunggu IPO(07:11) Market Data Level 2 Secara Percuma(07:40) Tutorial Cara Apply IPO Guna Moomoo(08:34) Cara Daftar Moomoo & Dapatkan Rewards
Pernah tengok bil hospital yang panjang berjela, tetapi masih tertanya-tanya bagaimana setiap caj rawatan ditentukan? Kenapa harga ubat, peralatan dan prosedur boleh berbeza antara hospital? Dan adakah hospital yang lebih mahal akan menawarkan rawatan yang lebih baik?Podcast Financial Faiz kali ini bersama dengan Dr Ridhwan Hassan, Co-Founder and CTO Valiance Health, sebuah ‘startup’ tempatan yang didanakan oleh ‘venture capital’ untuk berkongsi bagaimana teknologi dan analisis data boleh membantu hospital memahami kos rawatan, meningkatkan kecekapan operasi serta menilai kualiti perkhidmatan berdasarkan hasil rawatan pesakit.Timestamp:(00:00) Intro(06:53) Masalah data hospital yang berpecah & tidak tersusun(11:03) Value-Based Care: Menilai hospital berdasarkan hasil rawatan(14:07) Teknologi untuk membandingkan kos & kualiti hospital(16:04) Fee for Service vs Bundle Payment(20:18) Bagaimana Valiance Health membantu hospital?(22:00) Teknologi AI untuk mengurangkan kos hospital(23:21) Kos kesihatan Malaysia: Beban hospital atau pesakit?(27:11) Bagaimana hospital swasta menentukan harga rawatan?(30:03) Kenapa bil hospital sukar dianggarkan?(32:02) Sistem pembiayaan kesihatan: Perlukah dana berasingan?(36:12) Bagaimana memilih doktor & hospital yang lebih baik?(38:00) Kepentingan pencegahan penyakit & screening awal(43:02) Cara membandingkan kualiti rawatan hospital(46:01) 4 faktor untuk mengukur prestasi hospital(50:04) Peranan AI dalam menguruskan data kesihatan(58:18) AI dalam hospital: Isu keselamatan & pematuhan data(1:02:18) Apa yang pelabur VC bawa kepada startup?(1:04:22) Cara membina kepercayaan pelanggan untuk startup(1:07:08) Strategi mendapatkan funding daripada VC(1:10:05) Masa depan sistem pembiayaan kesihatan Malaysia
Indonesia kini berdepan pelbagai cabaran yang memberi tekanan kepada ekonomi dan kehidupan rakyatnya. Kejatuhan pasaran saham sehingga 11% dalam sehari serta nilai rupiah yang semakin lemah menimbulkan persoalan tentang kestabilan ekonomi dan keyakinan pelabur terhadap negara jiran kita.Bukan itu sahaja, masalah yang berlaku turut memberi kesan kepada negara sekitar. Pembakaran hutan menyebabkan jerebu merentasi sempadan, manakala ketidaktentuan ekonomi Indonesia berpotensi mempengaruhi keyakinan pelabur terhadap pasaran Malaysia dan negara ASEAN yang lain.Dalam video kali ini, kita akan kupas dengan lebih mendalam punca di sebalik krisis Indonesia, termasuk isu rasuah dan kronisme, pengangguran anak muda serta pemotongan subsidi yang semakin membebankan rakyat.Timestamp:(00:00) Intro(01:35) Iklan(02:30) MSCI Beri Amaran, Pasaran Saham Indonesia Terancam(02:47) 4 Kategori Pasaran Saham Dunia(04:38) Kenapa MSCI Nak Downgrade Indonesia?(05:11) Isu Kronisme dan Konflik Kepentingan(06:57) Kenapa Prabowo Tak Kisah Amaran MSCI?(07:53) Krisis Jerebu Indonesia(09:26) Kesan Jerebu Terhadap Ekonomi Malaysia(11:13) Pengangguran Anak Muda Indonesia(12:56) Kos Sara Hidup dan Pemotongan Subsidi(14:24) Apa Kesannya Kepada Malaysia?(16:03) Hubungan Malaysia dan Indonesia(16:30) Penutup
Bil elektrik berubah, AFA pula jadi bualan. Tapi berapa ramai sebenarnya yang faham apa maksud semua ni?Kenapa bil sesetengah orang berubah? Ada yang banyak, ada yang sikit je. Apa kaitan harga bahan api dunia dengan bil elektrik kita? Dan macam mana nak tahu sama ada penggunaan elektrik kita dah optimum?Podcast Financial Faiz kali ni bersama dengan Datuk Ir. Kamal Arifin A. Rahman, Chief Retail Officer TNB untuk jawab persoalan yang ramai pengguna nak tahu, termasuk cara memahami bil elektrik dan pilihan seperti Time-of-Use (ToU).Jom dengar penjelasan daripada pihak TNB sendiri.Timestamp:(00:00) Intro(03:40) Faktor kenaikan penggunaan elektrik(06:30) Cuaca panas & kesan terhadap bil elektrik(10:00) AFA: Punca kenaikan dan cara ia berfungsi(13:30) Rebat & surcaj AFA: Siapa yang menanggung kos?(16:30) Kesan penggunaan melebihi 600 kWh(18:00) Kenapa bil elektrik naik mendadak?(20:00) Perlindungan bil elektrik sehingga 800 kWh(22:00) Subsidi AFA: Siapa yang tanggung kos?(26:00) Penggunaan elektrik & caj tambahan melebihi 800 kWh(28:00) Cara pantau penggunaan elektrik melalui MyTNB(30:00) Skim TOU: Cara jimat bil elektrik(34:00) Adakah TOU menguntungkan pengguna dan TNB?(36:30) Cara kurangkan penggunaan elektrik di rumah(38:30) Solar, ATAP & bateri untuk penjimatan elektrik(42:00) Penjimatan tenaga untuk pengguna dan negara(44:00) Kestabilan bekalan elektrik
Belanjawan 2027 memperuntukkan sebanyak RM459.8 bilion, dengan pelbagai inisiatif yang bakal memberi kesan kepada kehidupan rakyat dan perkembangan ekonomi negara. Namun, sejauh mana peruntukan ini mampu menangani isu gaji minimum RM2,000, kos sara hidup dan tekanan kewangan yang dihadapi golongan M40?Selain itu, perbincangan turut menyentuh isu kecukupan simpanan KWSP untuk persaraan, peningkatan kes penipuan kewangan yang menyasarkan pesara serta usaha kerajaan mengurangkan defisit fiskal negara. Tidak ketinggalan, peranan bantuan STR dan SARA serta sokongan pembiayaan kepada PMKS dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.Tidak dilupakan juga usaha kerajaan untuk memperkasa PMKS dan memastikan bantuan serta kemudahan pembiayaan sampai kepada golongan sasaran.Podcast Financial Faiz kali ini bersama YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan 2, untuk membincangkan persoalan berkaitan cukai pendapatan, perbandingan SST dan GST serta perbelanjaan subsidi kerajaan yang mencecah RM80 bilion.Timestamp:(00:00) Isu gaji minimum & Belanjawan 2027(04:31) Kenaikan gaji minimum & pengecualian PMKS(12:12) Peluang pekerjaan & perkembangan industri tempatan(21:04) Automasi vs pekerja asing(27:04) Kenaikan gaji & kesan inflasi(33:12) Pengurangan cukai untuk golongan M40(42:10) Keadilan cukai & manfaat kepada rakyat(44:00) GST vs SST: Perlukah GST diperkenalkan semula?(49:00) Subsidi kerajaan: RM80 bilion untuk rakyat(55:07) Subsidi vs pembangunan negara(59:54) Defisit fiskal & hutang kerajaan(1:10:08) Pelaburan GLIC untuk pembangunan negara(1:14:56) Persediaan persaraan & simpanan KWSP(1:20:17) Malaysia menuju negara menua(1:25:01) Siapa akan menjaga warga emas?(1:29:53) Pengurangan cukai untuk PMKS
loading
Comments