Discover
Keluar Sekejap
Keluar Sekejap
Author: Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan
Subscribed: 4,772Played: 21,412Subscribe
Share
© Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan
Description
Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami.
For collaboration and sponsorship, contact commercial@ksmedia.my
For collaboration and sponsorship, contact commercial@ksmedia.my
193 Episodes
Reverse
Episod 171 Keluar Sekejap membincangkan krisis dalaman Perikatan Nasional (PN) yang semakin memuncak, susulan perkembangan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu dan Muktamar PAS yang berlangsung dua minggu lalu.Keluar Sekejap turut meneliti pelaksanaan subsidi RON95 yang berkemungkinan ditangguhkan kerana mekanismenya masih dalam proses pemurnian.Akhir sekali, episod ini mengulas isu pembunuhan aktivis politik konservatif Amerika Syarikat, Charlie Kirk, yang dilaporkan meninggal dunia selepas ditembak ketika menghadiri sebuah acara di Utah.Berikut merupakan ‘Watch of the week’ dan ‘Read of the week’:SH:https://youtu.be/xE6YmZ-1TVI?si=OAvNDeTG1C1JN54hhttps://youtu.be/xE6YmZ-1TVI?si=OAvNDeTG1C1JN54hZB:Sultan Puasa and the Founder of Kuala Lumpurhttps://www.riwayat.my/non-fiction/abdur-razzaq-lubis-sutan-puasa-founder-of-kuala-lumpurIngin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 158 kali ini menyaksikan kembalinya Shahril Hamdan sebagai hos bersama KJ, dalam sebuah episod yang membedah pelbagai isu semasa dari sudut politik, dasar awam dan cabaran kerajaan Madani memasuki separuh penggal pemerintahan.Episod dibuka dengan perbincangan tentang fenomena “half-term blues” apabila kerajaan mula hilang momentum reformasi, komunikasi dasar menjadi lemah, dan kecekapan pentadbiran dipersoalkan. KJ dan Shahril membincangkan kesan kepada modal politik kerajaan Madani, serta risiko besar terhadap pelaksanaan dasar besar seperti penyasaran subsidi.Antara isu utama yang disentuh termasuk langkah penyasaran subsidi LPG dan pengenalan tong ungu untuk penggunaan komersial yang mencetuskan kekeliruan di peringkat awal sebelum kerajaan membuat ‘rollback’ dasar. Isu ini dijadikan contoh bagaimana kelemahan komunikasi boleh menggugat kepercayaan rakyat terhadap kemampuan kerajaan mengurus ekonomi.Perbincangan diteruskan dengan inisiatif SKMM mengumpul data telefon bimbit yang menimbulkan kebimbangan terhadap hak privasi dan kemungkinan penyalahgunaan data. KJ dan Shahril meneliti rasional inisiatif ini, mempertikai ketelusan pelaksanaannya, serta menyeru penambahbaikan kepada Akta PDPA yang tidak melindungi data peribadi daripada agensi kerajaan.Isu sekatan perjalanan terhadap Fahmi Reza turut dibincangkan, termasuk pendedahan wujudnya “senarai pemantauan” (movement monitoring list) yang membolehkan sekatan tanpa justifikasi hitam putih. Ini menimbulkan persoalan terhadap amalan reformasi, ketelusan pihak berkuasa dan keseimbangan antara kuasa negara dan hak individu.Segmen reformasi diteruskan dengan perkembangan terbaharu dalam kes Teo Beng Hock, apabila keputusan NFA dikekalkan oleh Jabatan Peguam Negara, mencetuskan kekecewaan keluarga mendiang dan pertikaian terhadap pendirian terkini DAP parti yang dahulu menjadikan isu ini sebagai simbol perjuangan keadilan dan ketelusan.Dalam segmen ekonomi, KS mengulas keputusan Petronas untuk mengurangkan 10% tenaga kerja sebagai sebahagian daripada strategi pelarasan kos dan kelestarian jangka panjang. KJ menekankan perlunya empati dan koordinasi kerajaan dalam menyokong mereka yang terkesan, serta gesaan agar kerajaan menyediakan program reskilling secara menyeluruh.Episod diakhiri dengan isu kelewatan pelaksanaan peluasan SST yang kini ditunda ke Julai, memburukkan lagi persepsi terhadap kecekapan pentadbiran fiskal kerajaan dan ketidaktentuan dasar, khususnya dalam perancangan pelaksanaan cukai dan penyasaran subsidi pada masa akan datang.Episod ini dibawakan khas oleh Gintell, jenama tempatan bertaraf antarabangsa dalam teknologi kerusi urut. Saksikan juga promosi istimewa Hari Bapa yang ditawarkan kepada penonton dan pendengar setia Keluar Sekejap. Dapatkan promosi eksklusif 𝐆𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐋 sempena pelancaran kerusi urut baharu 𝐆𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐋 𝐌𝐢𝐜𝐤𝐞𝐲 𝐅𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐢𝐚 dan 𝐆𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐋 𝐒𝟓 𝐏𝐫𝐨. Tawaran untuk 𝐆𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐋 𝐌𝐢𝐜𝐤𝐞𝐲 𝐅𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐢𝐚 sah untuk 𝟐𝟎 peminat dan 𝐆𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐋 𝐒𝟓 𝐏𝐫𝐨 sah untuk 𝟓𝟎 peminat 𝐏𝐨𝐝𝐜𝐚𝐬𝐭 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐒𝐞𝐤𝐞𝐣𝐚𝐩 yang terawal sahaja‼️Sila wasap ke pautan https://gtks.wasap.my untuk info lanjut.Cepat 𝐏𝐌 sekarang 🤩Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Taja episod Keluar Sekejap untuk tahun 2025!Hubungi kami di +6011-1919 1783 atau emel ke commercial@ksmedia.my untuk maklumat lanjut dan pakej penajaan eksklusif.
Perlukah parti-parti lain dijemput ke Perhimpunan Agong UMNO? Apakah disebalik kritikan UMNO terhadap Menteri Ekonomi?
KS menyentuh tentang kritikan pemimpin UMNO terhadap Rafizi, Menteri Pertahanan di Shangri-La Dialogue
Episod kali ini menampilkan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal untuk membincangkan hala tuju politik di Malaysia. KS turut menyentuh tentang situasi nilai Ringgit yang jatuh berbanding US Dollar serta krisis hutang Amerika Syarikat.
Tonton Keluar Sekejap di YouTube.
Mengapa pelajar lepasan SPM sekarang kurang berminat untuk sambung belajar? Undi DAP dalam PRN - apa komen ahli UMNO?
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 179 menampilkan Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, meneliti intipati Belanjawan Selangor 2026, termasuk keutamaan pendidikan negeri, strategi pembangunan ekonomi, serta komitmen terhadap kebajikan rakyat.Perbincangan turut menyentuh dinamika politik pasca Pemilihan PKR, termasuk isu perpecahan dalaman, persaingan kepimpinan, serta naratif “Hiruk dan Damai” yang terus membentuk perjalanan parti pada era semasa.Episod ini juga merungkai perkembangan terkini PRN Sabah, termasuk implikasinya terhadap politik nasional dan hubungan antara kerajaan negeri serta persekutuan.Selain itu, Dato’ Seri Amirudin memberi respons terhadap dakwaan mengenai konsesi parkir yang dikaitkan dengan kerabat Selangor, serta isu melibatkan pegawai Menteri Besar yang didakwa hidup mewah.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my.TIMESTAMP00:00 Intro 1:20 Refleksi EP Toh Puan Naimah5:00 Refleksi EP Zafrul7:40 Belanjawan Selangor 202611:15 Pendidikan Selangor20:33 Fokus Ekonomi Semikonduktor30:36 Tenaga Nuklear35:45 Sektor Baru Ekonomi Selangor38:20 Reformasi PBT44:25 Pendapatan Kerajaan Selangor48:35 PRN Sabah1:07:33 Masalah Dalaman PKR1:28:46 Nurul Izzah Bakal MB Selangor?1:35:45 Isu Konsesi Parkir1:45:50 Isu Pegawai MB
Episod 178 KeluarSekejap menampilkan wawancara eksklusif bersama YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang menjelaskan secara mendalam isu Perjanjian Timbal Balas Perdagangan Malaysia–Amerika Syarikat (ART 2025) yang ditandatangani sempena lawatan rasmi Presiden Donald Trump ke Malaysia.Perbincangan kali ini membongkar persoalan besar adakah perjanjian ini benar-benar menguntungkan Malaysia, atau satu langkah politik yang terpaksa demi melindungi kepentingan strategik negara?Episod ini turut menyentuh masa depan politik Tengku Zafrul, peralihan daripada UMNO ke PKR, serta hala tuju politik beliau selepas ini di peringkat negeri mahupun persekutuan.Episod ini dibawakan khas oleh NUR Power. NUR Power bukan sekadar pembekal elektrik untuk industri teknologi tinggi, tetapi turut menjadi penggerak utama dalam ekosistem tenaga hijau dan inovasi lestari negara. Mereka aktif membangunkan inisiatif tenaga mampan dan menyokong sektor OGSE (Oil, Gas & Energy Services) dalam memastikan industri Malaysia terus berdaya saing serta mesra alam.Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Karnival Literasi Tenaga. KeluarSekejap akan turut berada di sana!Jadi, datanglah beramai-ramai ke Karnival Literasi Tenaga untuk bertemu kami secara langsung📍 Tarikh: 29 November 2025📍 Masa: 9.00 pagi – 11.00 malam📍 Lokasi: KHTP Sports Complex, Kulim, KedahIngin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 177 menampilkan Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dalam satu perbualan khas bagi mengenang legasi Allahyarham Tun Daim Zainuddin, seorang negarawan memainkan peranan penting dalam membentuk landskap kewangan serta politik Malaysia.Dalam episod ini, Keluar Sekejap menelusuri perjalanan hidup Tun Daim daripada anak kampung yang membina impian dan menuntut ilmu di luar negara, sehinggalah menjadi individu yang dipercayai untuk memulihkan ekonomi negara pada saat-saat genting. Toh Puan Naimah berkongsi sisi peribadi dan kisah di sebalik tabir kehidupan Tun Daim; ketenangannya dalam membuat keputusan besar, keakrabannya dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, dan peranannya sebagai “penyelesai masalah” di balik tabir kuasa.Perbincangan ini turut menyentuh hubungan kompleks antara Tun Daim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, perdebatan tentang kronisme dan kapitalisme pada era kepimpinannya, serta cabaran yang dihadapi oleh keluarganya di penghujung hayat beliau.00:00 Intro0:21 Refleksi KS tentang Tun Daim11:10 Latar Belakang Tun Daim23:51 Pemaju Melayu Pertama KL34:46 Sektor Perbankan38:07 Menceburi Politik48:00 Kroni Kapitalis1:10:08 Hubungan Anwar-Daim1:16:37 Kembali ke Kabinet kali kedua1:33:20 Hubungan Tun Mahathir-Tun Daim1:37:13 Council of Eminent Persons (CEP)1:44:30 Kes terhadap Tun Daim & Keluarganya1:53:00 Siapakah Tun Puan Naimah?1:56:00 Keretakan Hubungan Anwar-Daim2:14:00 Kehidupan Peribadi
EP 176 | Tuntutan 40% SabahKes FIFA-FAMPerkembangan Badminton Negara
Episod 175 KeluarSekejap membawakan pengumuman istimewa dua projek terbaharu Keluar Sekejap, wangian KSX dan aplikasi Kelas sekejap, sebuah platform pembelajaran bahasa Inggeris yang dikuasakan oleh AI.Sempena 11.11, nantikan pelancaran eksklusif KSx hasil inspirasi Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.Ikuti KSX untuk pelancaran eksklusif 11.11 hari ini!Instagram: @ksx.coTikTok: @ksxco.shopEpisod ini dibuka dengan dua topik utama minggu ini iaitu lawatan rasmi Presiden Donald Trump ke Malaysia sempena Sidang ASEAN ke-47, serta perjanjian perdagangan timbal balas (ART 2025) antara Malaysia dan Amerika Syarikat.KJ dan Shahril mengupas makna politik serta ekonomi di sebalik kedua-dua peristiwa besar ini daripada optik tarian sambutan PMX bersama Trump hinggalah kepada persoalan kedaulatan ekonomi negara di sebalik kandungan perjanjian ART yang kini menjadi perdebatan ramai.Perbincangan diteruskan dengan wawancara eksklusif bersama dua figura Perikatan Nasional, Wan Saiful Wan Jan dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. Episod ini membuka ruang kepada perbincangan terus terang mengenai dinamika dalaman BERSATU, percaturan kuasa antara blok Muhyiddin, Azmin dan Hamzah, serta hala tuju Perikatan Nasional menjelang PRU-16.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my
Episod 174 KeluarSekejap bermula dengan refleksi mengenai perkembangan di Gaza dan dunia Arab sebelum beralih kepada isu dalam negara yang merisaukan, tragedi pembunuhan pelajar SMK Bandar Utama Damansara, Yap Shing Xuen (16), yang mencetuskan gesaan besar terhadap pembaharuan keselamatan sekolah dan intervensi awal di peringkat kaunseling serta disiplin pelajar.Perbincangan turut menyentuh penggunaan media sosial di kalangan remaja, termasuk cadangan mengehadkan akses kepada individu bawah umur 13 tahun dan pengenalan pengesahan identiti pengguna (eKYC) bagi mengekang penyebaran kandungan berbahaya. Satu langkah yang dibangkitkan oleh Menteri Komunikasi susulan kebimbangan terhadap pengaruh dalam talian.Perbincangan berkembang kepada isu hidangan alkohol, susulan majlis makan malam alumni di sebuah sekolah di Ipoh yang membenarkan arak dihidangkan dalam kawasan sekolah serta isu penyediaan alkohol dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS). Episod ini diakhiri dengan tumpuan kepada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, di mana Malaysia sebagai tuan rumah diharap dapat menonjolkan kepimpinan serantau, memacu perbincangan tentang keamanan, tenaga dan ekonomi digital, serta memastikan ASEAN kekal neutral dan berprinsip di tengah ketegangan kuasa besar.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 173 yang menampilkan Zainal Rashid Ahmad (ZRA) telah membincangkan pengalaman beliau ke Palestin pada 2005, 2008 dan baru-baru ini setelah menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) — misi kemanusiaan antarabangsa membawa bantuan ke Gaza melalui laut. Keluar Sekejap turut membincangkan tentang perjanjian gencatan senjata dan pelan damai Trump, serta masa depan Palestin.Keluar Sekejap juga berkesempatan mengulas belanjawan 2026 yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 10 Oktober, Jumaat lalu.Larian Keluarga Malaysia 2025 kembali diadakan pada 15 November 2025 (Sabtu) di Padang Merbok, Kuala Lumpur dengan tema ‘Berlari sambil menyumbang’. Terdapat tiga kategori yang anda boleh sertai iaitu 3KM, 5KM & 10KM dengan diskaun 20 peratus untuk pendengar setia KS (kod – KSLKM20). Tarikh tutup pendaftaran pada 30 Oktober 2025. Banyak juga hadiah cabutan bertuah disediakan seperti Sebuah Perodua Axia tajaan Hajoon Sdn Bhd, Sebuah motosikal Honda RS-X tajaan Perodua serta Sebuah skuter elektrik, Felo M One tajaan Good Buy E Vehicles Sdn Bhd! Berikut merupakan pautan https://budget2026.agmoai.com/ yang SH sebut mengenai podcast AI yang diperibadikan khas untuk anda untuk Belanjawan 2026 . Pilih persona anda — pelajar, pemilik perniagaan, pekerja, penjawat awam, pesara, pekerja gig, petani, suri rumah — atau cipta sendiri ringkasan audio Belanjawan 2026 yang sesuai dengan kehidupan anda.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.myTIMESTAMP EP17300:00 Intro5:30 HSN 10:00 Belanjawan 202642:56 Pengalaman ZRA ke Palestin 2005, 2008 & GSF52:34 Mood Masyarakat Barat 55:16 Permainan Elit Politik Barat atau Gerakan Kebangkitan Rakyat?1:02:59 Kritikan terhadap GSF1:14:13 Sambutan ke Trump di Malaysia1:17:11 Two-state solution 1:23:34 Bentuk Negara Palestin Yang Realistik & Pelan Damai Trump1:46:43 Palestin Merdeka
Episod 7 KenaSoal menampilkan Shahril Hamdan diganding bersama YB Amira Aisya, Pemangku Presiden MUDA dan Adun Puteri Wangsa dalam membincangkan cabaran politik semasa dari kepimpinan wanita hingga masa depan parti MUDA. Perbincangan menyentuh peranan wanita dalam politik, hala tuju dan potensi MUDA sebagai third force, serta keperluan strategi dan kekuatan organisasi untuk kekal relevan.Perbincangan turut menyentuh laporan MalaysiaKini mengenai dakwaan 263 akaun “cybertrooper” pro-kerajaan, kontroversi hidangan arak dalam majlis anjuran MOTAC, gaji wakil rakyat yang dikatakan tidak mencukupi, pelaksanaan subsidi RON95, serta misi kemanusiaan GSF ke Gaza.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 172 antara membincangkan subsidi petrol RON95 melalui inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 30 September.Keluar Sekejap juga mengulas isu panas yang telah mengegarkan peminat bola sepak tanah air apabila FIFA telah mengenakan hukuman terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.Beralih ke isu antarabangsa, episod kali ini menyentuh ucapan Donald Trump di pentas Perhimpunan Agung PBB yang mengkritik kelemahan institusi global, penolakkan dasar iklim dan kelestarian, serta intipati utama pembentangan 21-Point Gaza Peace Plan yang mencetuskan pelbagai reaksi. Turut dibincangkan, ucapan Benjamin Netanyahu serta pendekatan diplomatik Indonesia dalam menangani konflik yang sedang memuncak di Timur Tengah.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my
Keluar Sekejap turun ke Desaru Coast untuk episod khas sempena Ombak Festival 2025 pada 13 September 2025 lalu! Dalam episod ini, Keluar Sekejap menemubual bintang antarabangsa George Clinton (Parliament-Funkadelic), “Queen of Hip Hop Asia” Masia One, Fuad Kyoto Protocol, serta komuniti di sebalik festival – termasuk Kiddocare dan Pasar Seloka.Keluar Sekejap juga sempat mengupas Desaru Coast sebagai destinasi pelancongan & zon ekonomi strategik Malaysia-Singapura serta tahun Melawat Malaysia 2026.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Ingin menjemput Keluar Sekejap untuk Live Show?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 170 bersama tetamu khas Ts Syed Saggaf Syed Ahmad, Presiden Malaysian Oil, Gas & Energy Services Council (MOGSC) membincangkan dengan terperinci mengenai peranan sektor O&G terhadap hasil negara, langkah right-sizing Petronas, ekosistem vendor OGSE, serta cabaran transisi tenaga bersih di bawah NETR dan teknologi baharu seperti CCUS menuju sasaran 2050.Episod ini turut membincangkan isu Projek Pembangunan Kampung Sungai Baru yang mencetuskan polemik pampasan, hak pemilik tanah, dan kuasa kerajaan dalam dasar urbanisasi.Di peringkat antarabangsa, episod ini mengulas signifikan China Victory Day Parade ke-80 sebagai simbol kebangkitan kuasa besar, ketegangan di Asia Barat termasuk serangan Israel ke atas Qatar, serta krisis politik di Nepal yang menguji ketahanan demokrasi negara tersebut.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my
Episod 6 KenaSoal menampilkan KJ diganding bersama hos jemputan Zaidel Baharudin dalam membincangkan beberapa isu besar serantau dan perkembangan terkini nasional. Episod ini membincangkan rusuhan politik di Indonesia, isu ketelusan pengisytiharan harta, serta persoalan sama ada F1 patut kembali ke Sepang. Sempena bulan kemerdekaan, episod ini turut mengupas makna sebenar patriotisme dan perpaduan rakyat Malaysia.00:00 Intro05:46 Rusuhan Indonesia@backpacker travelog: Apakah pelajaran yang kita boleh ambil dari rusuhan di Indonesia?@zaidrais: Ulasan mengenai kemelut politik di Indonesia; punca utama dan what they shud do.@iskandar frdaus: Opinion on rumah Indonesian minister kena storm/loot.@faiq azhs: Apa langkah awal Malaysia tidak meniadi rusuhan seperti di Indonesia?@nashriqjumati: Apa yang terjadi di Indonesia? zalboxer 79: Apa pendapat KS terhadapdemonstrasi di IndonesiaQusyairie (Brunei): Regarding Indonesia's escalating protests - if govt labels protests as radical/treason, does it calm or worsen? In democracy, is violence against demonstrators justified?28:39 F1 Malaysia@nabeehanazim: F1 di Malaysia berbaloi atau tidak? Menguntungkan atau tidak?@afiqxafiq: Do you think Sepang will be back for F1?37:44 Identiti Patriotik Malaysia@dzariff.jaafar: Are we less tolerant to one another? Lack of civic mindedness as a society.@aimanzakwanzms: Apa indikator semangat patriotik rakyat Malaysia? KS rasa rakyat Malaysia sudah semakin kurang patriotik? Apa penyelesaian praktikal jangka pendek KS untuk perpaduan negara?50:47 Pemikiran Kritis Era AI@al.shafiq22: How did you develop critical thinking? And for current Al development, may it help?01:01:06 Short Q's@amir. amanullah: New season started... MU? Newcastle? Apa prediction KJ & SH?@faisal.yusoff: Lagu Merdeka sepanjang zaman pilihan KS?
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 169 antaranya membincangkan mengenai gempa bumi di Segamat bersama tetamu khas, Assoc. Prof. Ir. Ts. Dr. Noor Sheena Herayani binti Harith dari Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Perbincangan menyentuh faktor, tahap kesiapsiagaan negara, risiko bencana pada masa hadapan, serta langkah mitigasi yang wajar diambil.Episod ini juga mengulas kontroversi RUU URA yang hangat ditolak, yang akhirnya ditangguhkan ke Oktober dan bakal meminda beberapa fasal serta meneliti RUU Pekerja Gig yang baru diluluskan di Parlimen semalam sekaligus Malaysia mencipta sejarah menjadi antara negara terawal mempunyai perundangan yang melindungi dan membela hak pekerja gig.Episod ini turut berkesempatan mengulas isu yang dibangkitkan YB Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary (PN–Pengkalan Chepa) tentang dakwaan berkaitan isu perbelanjaan RM20 juta untuk penjenamaan semula TH.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel ke commercial@ksmedia.myEP16900:00 Intro2:55 Gempa Bumi Segamat32:03 Isu Tabung Haji42:42 RUU Pekerja Gig01:08:01 RUU URA
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 168 bermula dengan pelancaran Nur AI, model bahasa besar pertama buatan Malaysia yang berteraskan prinsip syariah. Nur AI menjadi alternatif syariah-compliant kepada LLM antarabangsa, sekali gus memperkukuh aspirasi Malaysia dalam ekosistem AI global.Tumpuan beralih kepada politik tanah air apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan gabungan longgar 12 parti pembangkang. Perbincangan menilai sama ada kerjasama ini cukup kuat untuk menjadi blok politik yang mencabar kerajaan Madani.Perbincangan kemudian mengupas krisis dalaman PKR melibatkan Rafizi Ramli dan kem PMX yang menimbulkan persoalan tentang masa depan kepimpinan parti.Seterusnya, isu bendera terbalik dan pendakwaan Ketua Pemuda UMNO Dr. Akmal Saleh turut disentuh dengan persoalan lebih luas tentang gaya kepimpinan Melayu dan risiko politik perpecahan menjelang bulan kemerdekaan.Akhir sekali, episod ini menutup dengan topik antarabangsa apabila Donald Trump mengumumkan langkah baharu terhadap Nvidia dan Intel, yang dijangka memberi kesan besar kepada persaingan teknologi AI antara Amerika Syarikat dan China. Episod ini turut menyentuh perkembangan Nuklear Small Modular Reactors (SMR) selepas kenyataan kerajaan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan menyeluruh terhadap teknologi tenaga ini.00:00 Intro01:49 NurAI16:53 Gabungan Longgar Parti Pembangkang31:57 Penjelasan Rafizi Ramli dan Krisis dalaman PKR41:37 Isu Bendera dan Pendakwaan Dr. Akmal Salleh54:43 Trump, NVIDIA dan Intel01:04:56 Teknologi Nuklear Tanah Air




