Discover
Keluar Sekejap

Keluar Sekejap
Author: Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan
Subscribed: 4,446Played: 19,416Subscribe
Share
© Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan
Description
Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami.
For collaboration and sponsorship, contact commercial@ksmedia.my
For collaboration and sponsorship, contact commercial@ksmedia.my
182 Episodes
Reverse
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 158 kali ini menyaksikan kembalinya Shahril Hamdan sebagai hos bersama KJ, dalam sebuah episod yang membedah pelbagai isu semasa dari sudut politik, dasar awam dan cabaran kerajaan Madani memasuki separuh penggal pemerintahan.Episod dibuka dengan perbincangan tentang fenomena “half-term blues” apabila kerajaan mula hilang momentum reformasi, komunikasi dasar menjadi lemah, dan kecekapan pentadbiran dipersoalkan. KJ dan Shahril membincangkan kesan kepada modal politik kerajaan Madani, serta risiko besar terhadap pelaksanaan dasar besar seperti penyasaran subsidi.Antara isu utama yang disentuh termasuk langkah penyasaran subsidi LPG dan pengenalan tong ungu untuk penggunaan komersial yang mencetuskan kekeliruan di peringkat awal sebelum kerajaan membuat ‘rollback’ dasar. Isu ini dijadikan contoh bagaimana kelemahan komunikasi boleh menggugat kepercayaan rakyat terhadap kemampuan kerajaan mengurus ekonomi.Perbincangan diteruskan dengan inisiatif SKMM mengumpul data telefon bimbit yang menimbulkan kebimbangan terhadap hak privasi dan kemungkinan penyalahgunaan data. KJ dan Shahril meneliti rasional inisiatif ini, mempertikai ketelusan pelaksanaannya, serta menyeru penambahbaikan kepada Akta PDPA yang tidak melindungi data peribadi daripada agensi kerajaan.Isu sekatan perjalanan terhadap Fahmi Reza turut dibincangkan, termasuk pendedahan wujudnya “senarai pemantauan” (movement monitoring list) yang membolehkan sekatan tanpa justifikasi hitam putih. Ini menimbulkan persoalan terhadap amalan reformasi, ketelusan pihak berkuasa dan keseimbangan antara kuasa negara dan hak individu.Segmen reformasi diteruskan dengan perkembangan terbaharu dalam kes Teo Beng Hock, apabila keputusan NFA dikekalkan oleh Jabatan Peguam Negara, mencetuskan kekecewaan keluarga mendiang dan pertikaian terhadap pendirian terkini DAP parti yang dahulu menjadikan isu ini sebagai simbol perjuangan keadilan dan ketelusan.Dalam segmen ekonomi, KS mengulas keputusan Petronas untuk mengurangkan 10% tenaga kerja sebagai sebahagian daripada strategi pelarasan kos dan kelestarian jangka panjang. KJ menekankan perlunya empati dan koordinasi kerajaan dalam menyokong mereka yang terkesan, serta gesaan agar kerajaan menyediakan program reskilling secara menyeluruh.Episod diakhiri dengan isu kelewatan pelaksanaan peluasan SST yang kini ditunda ke Julai, memburukkan lagi persepsi terhadap kecekapan pentadbiran fiskal kerajaan dan ketidaktentuan dasar, khususnya dalam perancangan pelaksanaan cukai dan penyasaran subsidi pada masa akan datang.Episod ini dibawakan khas oleh Gintell, jenama tempatan bertaraf antarabangsa dalam teknologi kerusi urut. Saksikan juga promosi istimewa Hari Bapa yang ditawarkan kepada penonton dan pendengar setia Keluar Sekejap. Dapatkan promosi eksklusif 𝐆𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐋 sempena pelancaran kerusi urut baharu 𝐆𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐋 𝐌𝐢𝐜𝐤𝐞𝐲 𝐅𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐢𝐚 dan 𝐆𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐋 𝐒𝟓 𝐏𝐫𝐨. Tawaran untuk 𝐆𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐋 𝐌𝐢𝐜𝐤𝐞𝐲 𝐅𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐢𝐚 sah untuk 𝟐𝟎 peminat dan 𝐆𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐋 𝐒𝟓 𝐏𝐫𝐨 sah untuk 𝟓𝟎 peminat 𝐏𝐨𝐝𝐜𝐚𝐬𝐭 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐒𝐞𝐤𝐞𝐣𝐚𝐩 yang terawal sahaja‼️Sila wasap ke pautan https://gtks.wasap.my untuk info lanjut.Cepat 𝐏𝐌 sekarang 🤩Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Taja episod Keluar Sekejap untuk tahun 2025!Hubungi kami di +6011-1919 1783 atau emel ke commercial@ksmedia.my untuk maklumat lanjut dan pakej penajaan eksklusif.
Perlukah parti-parti lain dijemput ke Perhimpunan Agong UMNO? Apakah disebalik kritikan UMNO terhadap Menteri Ekonomi?
KS menyentuh tentang kritikan pemimpin UMNO terhadap Rafizi, Menteri Pertahanan di Shangri-La Dialogue
Episod kali ini menampilkan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal untuk membincangkan hala tuju politik di Malaysia. KS turut menyentuh tentang situasi nilai Ringgit yang jatuh berbanding US Dollar serta krisis hutang Amerika Syarikat.
Tonton Keluar Sekejap di YouTube.
Mengapa pelajar lepasan SPM sekarang kurang berminat untuk sambung belajar? Undi DAP dalam PRN - apa komen ahli UMNO?
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 170 bersama tetamu khas Ts Syed Saggaf Syed Ahmad, Presiden Malaysian Oil, Gas & Energy Services Council (MOGSC) membincangkan dengan terperinci mengenai peranan sektor O&G terhadap hasil negara, langkah right-sizing Petronas, ekosistem vendor OGSE, serta cabaran transisi tenaga bersih di bawah NETR dan teknologi baharu seperti CCUS menuju sasaran 2050.Episod ini turut membincangkan isu Projek Pembangunan Kampung Sungai Baru yang mencetuskan polemik pampasan, hak pemilik tanah, dan kuasa kerajaan dalam dasar urbanisasi.Di peringkat antarabangsa, episod ini mengulas signifikan China Victory Day Parade ke-80 sebagai simbol kebangkitan kuasa besar, ketegangan di Asia Barat termasuk serangan Israel ke atas Qatar, serta krisis politik di Nepal yang menguji ketahanan demokrasi negara tersebut.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my
Episod 6 KenaSoal menampilkan KJ diganding bersama hos jemputan Zaidel Baharudin dalam membincangkan beberapa isu besar serantau dan perkembangan terkini nasional. Episod ini membincangkan rusuhan politik di Indonesia, isu ketelusan pengisytiharan harta, serta persoalan sama ada F1 patut kembali ke Sepang. Sempena bulan kemerdekaan, episod ini turut mengupas makna sebenar patriotisme dan perpaduan rakyat Malaysia.00:00 Intro05:46 Rusuhan Indonesia@backpacker travelog: Apakah pelajaran yang kita boleh ambil dari rusuhan di Indonesia?@zaidrais: Ulasan mengenai kemelut politik di Indonesia; punca utama dan what they shud do.@iskandar frdaus: Opinion on rumah Indonesian minister kena storm/loot.@faiq azhs: Apa langkah awal Malaysia tidak meniadi rusuhan seperti di Indonesia?@nashriqjumati: Apa yang terjadi di Indonesia? zalboxer 79: Apa pendapat KS terhadapdemonstrasi di IndonesiaQusyairie (Brunei): Regarding Indonesia's escalating protests - if govt labels protests as radical/treason, does it calm or worsen? In democracy, is violence against demonstrators justified?28:39 F1 Malaysia@nabeehanazim: F1 di Malaysia berbaloi atau tidak? Menguntungkan atau tidak?@afiqxafiq: Do you think Sepang will be back for F1?37:44 Identiti Patriotik Malaysia@dzariff.jaafar: Are we less tolerant to one another? Lack of civic mindedness as a society.@aimanzakwanzms: Apa indikator semangat patriotik rakyat Malaysia? KS rasa rakyat Malaysia sudah semakin kurang patriotik? Apa penyelesaian praktikal jangka pendek KS untuk perpaduan negara?50:47 Pemikiran Kritis Era AI@al.shafiq22: How did you develop critical thinking? And for current Al development, may it help?01:01:06 Short Q's@amir. amanullah: New season started... MU? Newcastle? Apa prediction KJ & SH?@faisal.yusoff: Lagu Merdeka sepanjang zaman pilihan KS?
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 169 antaranya membincangkan mengenai gempa bumi di Segamat bersama tetamu khas, Assoc. Prof. Ir. Ts. Dr. Noor Sheena Herayani binti Harith dari Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Perbincangan menyentuh faktor, tahap kesiapsiagaan negara, risiko bencana pada masa hadapan, serta langkah mitigasi yang wajar diambil.Episod ini juga mengulas kontroversi RUU URA yang hangat ditolak, yang akhirnya ditangguhkan ke Oktober dan bakal meminda beberapa fasal serta meneliti RUU Pekerja Gig yang baru diluluskan di Parlimen semalam sekaligus Malaysia mencipta sejarah menjadi antara negara terawal mempunyai perundangan yang melindungi dan membela hak pekerja gig.Episod ini turut berkesempatan mengulas isu yang dibangkitkan YB Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary (PN–Pengkalan Chepa) tentang dakwaan berkaitan isu perbelanjaan RM20 juta untuk penjenamaan semula TH.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel ke commercial@ksmedia.myEP16900:00 Intro2:55 Gempa Bumi Segamat32:03 Isu Tabung Haji42:42 RUU Pekerja Gig01:08:01 RUU URA
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 168 bermula dengan pelancaran Nur AI, model bahasa besar pertama buatan Malaysia yang berteraskan prinsip syariah. Nur AI menjadi alternatif syariah-compliant kepada LLM antarabangsa, sekali gus memperkukuh aspirasi Malaysia dalam ekosistem AI global.Tumpuan beralih kepada politik tanah air apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan gabungan longgar 12 parti pembangkang. Perbincangan menilai sama ada kerjasama ini cukup kuat untuk menjadi blok politik yang mencabar kerajaan Madani.Perbincangan kemudian mengupas krisis dalaman PKR melibatkan Rafizi Ramli dan kem PMX yang menimbulkan persoalan tentang masa depan kepimpinan parti.Seterusnya, isu bendera terbalik dan pendakwaan Ketua Pemuda UMNO Dr. Akmal Saleh turut disentuh dengan persoalan lebih luas tentang gaya kepimpinan Melayu dan risiko politik perpecahan menjelang bulan kemerdekaan.Akhir sekali, episod ini menutup dengan topik antarabangsa apabila Donald Trump mengumumkan langkah baharu terhadap Nvidia dan Intel, yang dijangka memberi kesan besar kepada persaingan teknologi AI antara Amerika Syarikat dan China. Episod ini turut menyentuh perkembangan Nuklear Small Modular Reactors (SMR) selepas kenyataan kerajaan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan menyeluruh terhadap teknologi tenaga ini.00:00 Intro01:49 NurAI16:53 Gabungan Longgar Parti Pembangkang31:57 Penjelasan Rafizi Ramli dan Krisis dalaman PKR41:37 Isu Bendera dan Pendakwaan Dr. Akmal Salleh54:43 Trump, NVIDIA dan Intel01:04:56 Teknologi Nuklear Tanah Air
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 167 antara membincangkan isu-isu panas seperti kes kematian Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga asrama. Kejadian yang mencetuskan pelbagai persoalan ini membawa kepada gesaan siasatan telus.Kedua, fokus beralih ke ASEAN AI Malaysia Summit 2025 yang berlangsung pada MITEC 12 dan 13 August 2025 yang menyaksikan pelancaran ILMU oleh YTL, sebuah Large Language Model (LLM) buatan Malaysia yang dibangunkan untuk kegunaan pelbagai sektor, menandakan langkah penting dalam aspirasi negara membina keupayaan AI sendiri.Akhir sekali, episod ini mengupas isu bendera terbalik yang diperjuangkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Akmal Salleh susulan beberapa insiden yang telah berlaku sepanjang bulan ini.Timestamp EP16700:00 Intro00:20 ASEAN AI Malaysia Summit 202533:20 Serangan Terhadap Anak YB Rafizi36:21 Justice For Zara Qairina58:42 Isu Bendera Terbalik
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 166 dibuka dengan promosi Ombak Festival 2025 di Desaru Coast pada 12–14 September. KJ dan Shahril bersama tetamu Karina Ridzuan (CEO Interim DRH) membincangkan pelancongan berasaskan pengalaman, potensi Desaru sebagai destinasi serantau, barisan artis antarabangsa dan ASEAN, aktiviti keluarga, tawaran gastronomi, serta usaha memastikan manfaat ekonomi turut dinikmati komuniti setempat.Segmen antarabangsa mengulas perkembangan di Gaza susulan pengumuman Perancis, UK dan Kanada untuk mengiktiraf Palestin. KS membincangkan perubahan pendirian blok Barat akibat tekanan awam dan liputan krisis kemanusiaan, namun mempersoalkan sama ada langkah ini mampu mengubah pendirian Israel. Analisis turut menyentuh risiko Israel mempercepat pengusiran rakyat Palestin dan kepentingan memanfaatkan momentum sokongan global.Segmen ekonomi memberi tumpuan kepada rundingan tarif Malaysia–AS di era Trump, termasuk penurunan tarif daripada 25% ke 19%, pembelian tambahan pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group, komitmen besar Petronas membeli LNG dari AS, pelaburan RM70 bilion di AS, serta risiko tarif 100% terhadap semikonduktor. Episod ini menilai sama ada konsesi yang diberi setimpal dengan manfaat diterima dan potensi kesan terhadap eksport negara. Episod ditutup dengan perbincangan kontroversi Rakan KKM bersama Azrul Mohd Khalib, Ketua Pegawai Eksekutif Galen Centre for Health and Social Policy. Skim ini membolehkan pesakit membayar untuk mempercepat prosedur elektif di hospital awam, namun dikritik kerana berpotensi mewujudkan sistem dua lapis, menambah beban petugas, dan menjejaskan prinsip kesaksamaan kesihatan awam.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel ke commercial@ksmedia.my.
Audio siar Keluar Sekejap Episod 164 membincangkan dua kejayaan penting Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), minggu lalu — termasuk kejayaannya membawa Perdana Menteri Thailand dan Kemboja ke meja rundingan di Kuala Lumpur bagi mencapai gencatan senjata, serta panggilan telefon bersama Donald Trump yang menghasilkan penurunan tarif sebanyak 19%. Trump juga dijangka akan berkunjung ke Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak ASEAN akan datang.Keluar Sekejap turut mengulas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 yang telah dibentangkan di Parlimen pada 1 Ogos lalu.Dalam episod ini juga, Keluar Sekejap menjemput Izzat Roslan sebagai tetamu undangan untuk membincangkan polemik geng basikal susulan beberapa insiden tular yang mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat.Timestamp00:00 Intro6:00 Gencatan Senjata Thailand-Kemboja23:45 Tarif Baru 19%35:27 RMK-131:07:15 Polemik Geng Basikal bersama Izzat
Dalam Episod 5 KenaSoal, perbincangan tertumpu kepada konflik di sempadan Thailand–Kemboja, wacana mengenai politik kiri di Malaysia, analisa kemerosotan ekonomi negara pasca-era “Asian Tigers”, serta persoalan hangat : Sekiranya Anwar Ibrahim turun, siapakah yang paling layak menggantikannya? Episod ini turut menyentuh isu Gaza dan kegagalan dunia Islam serta masyarakat antarabangsa dalam menangani krisis kemanusiaan yang berlarutan.00:00 INTRO02:38 KONFLIK THAILAND - KEMBOJA@safwankhai_ – What should Malaysia do to address the conflict between Thailand and Cambodia? @tarmizibakhri – Peranan kita besar tak dalam mencapai ceasefire antara Thai & Cambodia?@nashriqjumati – Sebab apa Thai dan Kemboja berperang?@ahmadfaizmohamad – Kalau Kemboja senang-senang serang Thailand, tak mustahil Malaysia pun bakal kena kan?@dizfaris – Impact of regional fighting (Cambodia) to Malaysia?@georgiabrownsugar – As ASEAN chair, what role should we play on the Thai/Cambodia conflict?17:54 PARTI HALUAN KIRI - MALAYSIA@j1mmy._11 – Adakah parti bercorak sosialis/kiri akan berjaya di Malaysia?38:58 TITIK PERALIHAN EKONOMI MALAYSIA@afiqxafiq – Where was the turning point for Malaysia from “Asian tiger” to now?@mrfirdausamin – Whats our economic direction for our country to have more job opportunities? Brain drain@naufalmhisham – How can Malaysia attract high-value investments without relying too much on cheap labour50:47 SIAPA PENGGANTI ANWAR? @maeok_ – Kalau bukan PMX, siapakah yang paling layak jadi perdana menteri Malaysia?@riefhan.adam – Pendapat KS tentang rakyat tidak tahu siapa pengganti PMX yang paling sesuai?@saudagarjepun – Siapakah calon yang layak untuk ganti tempat PMX?@memorykad – PN Leader who can be next PM?@arieflutfi – Apa pendapat KS tentang next PM?58:54 KS SINGAPORE TOUR@j1mmy._11 – KS Singapore tour here we go soon?01:05:24 GAZA DAN KEGAGALAN KOMUNITI ANTARABANGSA
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 164 membawakan analisis mendalam terhadap pengumuman besar Perdana Menteri Anwar Ibrahim “Pakej Penghargaan Luar Biasa” yang merangkumi bantuan tunai universal iaitu RM100 kepada semua rakyat yang berusia 18 tahun ke atas, cuti umum tambahan dan penangguhan kenaikan tol. Perbincangan beralih kepada Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan berlangsung di ibu negara, dengan sokongan tokoh pembangkang.Seterusnya, episod ini meneliti kesan pelaksanaan levi 6% ke atas penyedia cloud tempatan dan asing melalui Dana USP, serta ketidaksepadanan dasar ini dengan strategi digital negara. Turut disentuh ialah pertikaian mengenai cukai digital dan persaingan serantau, terutamanya apabila Malaysia dilihat ketinggalan berbanding jiran seperti Vietnam dan Indonesia.Di samping itu, laporan mengejutkan tentang lokasi sebenar Jho Low di Shanghai dibincangkan secara kritikal, termasuk identiti palsu, dakwaan hidup mewah dan cabaran diplomatik yang dihadapi Malaysia dalam membawanya pulang ke muka pengadilan.Akhir sekali, episod ini menutup perbincangan dengan isu pertikaian antara Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir susulan laporan RCI Pulau Batu Puteh. Anwar memilih untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas dasar umur Tun yang hampir mencecah 100 tahun, tetapi Mahathir membalas dengan tegas bahawa beliau tidak perlukan “imuniti” dan sedia dibicarakan, mencetuskan persoalan tentang kuasa, akauntabiliti dan prinsip keadilan.Ingin jenama anda tampil bersama suara perubahan?Taja Keluar Sekejap dan capai ribuan penonton berpengaruh seluruh negara!📞 +6011-1919 1783 | 📩 commercial@ksmedia.my
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 163 menyajikan perbincangan padat dan kritikal mengenai pelbagai isu semasa. Episod kali ini dimulakan dengan sorotan terhadap landskap politik di UK dan Malaysia sebelum menyelami isu krisis institusi kehakiman termasuk kuasa Perdana Menteri dan dakwaan wujudnya tekanan politik dalam proses tersebut. Isu ‘addendum’ melibatkan sabitan Datuk Seri Najib Razak yang mencetuskan perdebatan awam turut dianalisis dengan teliti.Perbincangan kemudian beralih kepada isu tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap Malaysia, serta kesannya terhadap hubungan perdagangan dua hala. Antara topik yang turut dibincangkan adalah pencalonan kontroversi Nick Adams sebagai Duta Besar AS ke Malaysia dan reaksi keras terhadap pandangannya tentang Israel-Palestin yang jelas bertentangan dengan prinsip dan dasar negara Malaysia. Ingin jenama anda tampil bersama suara perubahan?Taja Keluar Sekejap dan capai ribuan penonton berpengaruh seluruh negara!📞 +6011-1919 1783 | 📩 commercial@ksmedia.my00:00 Intro12:41 Kebebasan Institusi Kehakiman56:23 Addendum Bossku Wujud01:07:09 Tarif 25% A.S. terhadap Malaysia01:13:55 Nick Adams sebagai Duta AS ke Malaysia
Episod 162 Keluar Sekejap menampilkan hos jemputan Nailah Huda membuka tirai dengan refleksi episod bersama Menteri Kewangan II, menyentuh isu GST vs SST, peluasan cukai korporat, dan cabaran komunikasi kerajaan.Perbincangan kemudian beralih kepada isu kemelut institusi kehakiman bersama peguam, Haniff Khatri; mengupas kekosongan Ketua Hakim Negara serta persoalan ketelusan dan kebebasan institusi kehakiman dari pengaruh eksekutif.Episod diakhiri dengan sorotan terhadap tragedi letupan paip gas di Putra Heights; membedah penemuan siasatan rasmi, kegagalan struktur, kesan kepada penduduk, dan desakan terhadap ketelusan serta akauntabiliti pihak berkuasa.Jenama anda patut berdiri seiring suara yang membawa makna! Taja episod Keluar Sekejap dan capai ribuan penonton berpengaruh di seluruh negara!Hubungi kami sekarang di +6011-1919 1783 atau emel ke commercial@ksmedia.my untuk mendapatkan pakej penajaan eksklusif tahun 2025.
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 161 menampilkan tetamu jemputan khas,YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, dalam satu perbincangan mendalam mengenai hala tuju dasar fiskal negara, penyasaran subsidi RON95, peluasan SST, serta pelaksanaan Kerangka Ekonomi MADANI.Episod dimulakan dengan penjelasan langsung daripada Yang Berhormat Menteri tentang pendekatan kerajaan dalam memperkukuh fiskal negara termasuk rasional di sebalik penyasaran subsidi petrol dan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 Julai 2025. Beliau turut berkongsi cabaran dalam menyeimbangkan keperluan mengurangkan defisit dengan sensitiviti rakyat terhadap kos sara hidup.Perbincangan menyentuh secara kritikal tentang bagaimana Kerangka Ekonomi MADANI meskipun mempunyai asas yang kukuh masih berdepan cabaran pelaksanaan dasar secara menyeluruh dan konsisten. Turut dibincangkan adalah fungsi sistem PADU dalam memastikan penyasaran subsidi dapat dilakukan secara adil dan efektif tanpa membebankan golongan yang tidak layak.Dalam segmen yang strategik, episod ini juga menyentuh tentang Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bakal dibentangkan pada 31 Julai. Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa perangkaan RMK13 adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyelaraskan perancangan pembangunan negara dengan prinsip-prinsip dan aspirasi Kerangka Ekonomi MADANI.Sebagai pendengar setia Keluar Sekejap, nikmati dua promosi eksklusif daripada Tealive!Melalui Tealive App, dapatkan 2 minuman pada harga RM15 dengan kod promo TEALIVEJAP . Sah selama 1 bulan mulai 3 Julai untuk semua jenis minuman dan satu penebusan sahaja buat setiap pengguna.Di TikTok Tealive Shop, belanja minimum RM30 dan gunakan kod yang sama TEALIVEJAP untuk nikmati diskaun RM5 atas pembelian produk FMCG.Jenama anda patut berdiri seiring suara yang membawa makna!Taja episod Keluar Sekejap dan capai ribuan penonton berpengaruh di seluruh negara!Hubungi kami sekarang di +6011-1919 1783 atau emel ke commercial@ksmedia.my untuk mendapatkan pakej penajaan eksklusif tahun 2025
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 160 menampilkan satu wawancara eksklusif bersama Pritam Singh, Ketua Pembangkang Singapura dan tokoh utama Parti Pekerja (Workers’ Party). Dalam episod ini KS menyelami perjalanan peribadi dan politik Pritam Singh daripada latar belakang pendidikan, karier awal, sehinggalah keputusan menyertai dunia politik yang dikawal rapi di bawah pemerintahan People’s Action Party (PAP).Perbincangan dibuka dengan sorotan terhadap struktur dan dinamika politik Singapura termasuk cabaran-cabaran unik yang dihadapi oleh pembangkang di negara tersebut. Pritam berkongsi falsafah perjuangannya, visi untuk sebuah Singapura yang lebih adil dan saksama, serta bagaimana WP memainkan peranan semak dan imbang yang konstruktif dalam sistem politik dominan.Isu hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura turut disentuh. Pritam Singh menegaskan kepentingan "people-to-people ties", kerjasama ekonomi rentas sempadan serta potensi pertukaran budaya dan pendidikan sebagai jambatan pemahaman yang lebih erat antara dua jiran serumpun.Episod ini menyerlahkan bagaimana politik serantau boleh diteroka melalui pendekatan yang lebih segar dan terbuka. KS turut menyentuh refleksi peribadi Pritam Singh terhadap cabaran sebagai pembangkang, tekanan sistemik, dan harapan beliau terhadap masa depan Singapura yang lebih inklusif dan progresif. Ia membuka ruang untuk kita menilai semula peranan pembangkang dalam sistem demokrasi, serta keperluan kepada perbincangan rentas sempadan dalam memperkukuh kestabilan dan kemajuan rantau.Ingin jenama anda menonjol bersama suara perubahan?Taja episod Keluar Sekejap dan capai ribuan penonton berpengaruh di seluruh negara!Hubungi kami sekarang di +6011-1919 1783 atau emel ke commercial@ksmedia.my untuk mendapatkan pakej penajaan eksklusif tahun 2025.00:00 Intro03:50 Latar Belakang Peribadi Pritam Singh09:01 Pengorbanan Peribadi & Dilema Politik15:30 Ideologi dan Perjuangan WP20:08 Titik Gemilang Pembangkang Singapura Tawan Aljunied GRC29:22 Pengukuhan Kubu WP di Aljunied, Hougang & Sengkang31:25 WP dan Impian Singapura Lebih Adil35:52 Antara Realisme WP dan Radikalisme SDP38:16 Keputusan PRU dan Kritik Terhadap ‘Kurangnya Ambisi’47:26 Mengapa PAP Kekal Dominan?52:16 Gaya Politik Pritam Singh Berani Lawan atau Berhati-hati?57:19 Peranan Rasmi Ketua Pembangkang dan Harapan Masa Depan01:05:13 Risiko Politik : Antara Kerjaya, Keluarga dan Perjuangan01:10:46 Isu Raeesah Khan, Persepsi dan Keyakinan Diri01:14:05 Rahsia Rukun Kaum di Singapura01:26:39 Hubungan dua hala Malaysia–Singapura01:34:19 Konflik Gaza01:41:12 Arah Tuju Pritam01:45:06 Singapura Tanpa PAP
Dalam Episod 4 Kena Soal, perbincangan hangat menyentuh beberapa isu-isu serantau dan tempatan yang menjadi tumpuan. Antara soalan-soalan yang dijawab termasuklah persoalan sama ada Parlimen perlu mengadakan pendengaran awam, ancaman perangkap pendapatan sederhana, kuasa penjawat awam, pengaruh Kelab Remaja PAS terhadap naratif politik belia, keperluan undang-undang AI, dan juga ketegangan Iran-Israel kebelakangan ini.00:00 INTRO00:50 REFORMASI PARLIMEN @wan.ali.imran: Should parliament hold hearings like US congress for cabinet confirmation or investigations?08:48 PERANGKAP PENDAPATAN SEDERHANA @ing_zheng: Why msia is still in the middle income trap? What will you do differently from other PM?23:18 KUASA PERKHIDMATAN AWAM@praveenmarkandu: Do the civil service have too much power? Why does it seem reforms are being blocked by the CS?33:33 PENUBUHAN KELAB REMAJA PAS MALAYSIA (KRPM)@nabil.ahnafff: Apa pandangan Saudara KJ & Shahril tentang Penubuhan Kelab Remaja PAS Malaysia (KRPM)43:54 KONFLIK IRAN-ISRAEL@epol_alberto: Pndgn KS berkenaan perang antara Iran dan Isra*l. Dan apakah kesannya terhadap Malaysia@nadnadkacangpendek: what are your thoughts on Iran giving Israel back what they deserve@aimannijem: Apa pandangan KS berkenaan Iran yang hilang penguasaan udaranya kepada Israel sekarang?@msyahmimohdkarim: Perang Israel - Iran dan genocide Gaza, apakah analisis KS masa depan geopolitik serantau58:41 MASA DEPAN AI@hadzrul_luqman: Perlukah Malaysia merangka akta tentang AI. Akta AI- Syed Hadzrul (Telegram): Dalam dunia yg semakin berkembang dengan AI, perlukah negara mewujudkan akta berkaitan AI bagi mengelakkan sebarang salah guna AI dan lain-lain isu? (Akta Kecerdasan Buatan 2025)1:08:52 GO-TO FRAGRANCE@al.shafiq22: Perhaps off topic sir, but what’s your go-to fragrance?1:11:02 KL PODFEST 2025ia_am10016: Will KLPodfest be making a comeback?
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 159 menyentuh sebuah tragedi menyayat hati yang mengorbankan 15 mahasiswa UPSI dalam kemalangan bas di lebuhraya Jeli-Gerik. KeluarSekejap membuka ruang kepada Abdul Wafi Kamarudin, salah seorang mangsa yang terselamat untuk berkongsi pengalaman ngeri yang dilaluinya, kesan trauma serta luahan hati terhadap kegagalan sistem keselamatan jalan raya negara.Episod ini turut membedah kegagalan struktur dan penguatkuasaan yang telah lama membelenggu isu keselamatan pengangkutan awam. Perbincangan bersama Datuk Suret Singh membawa perspektif dasar yang mendalam. Daripada sistem demerit KEJARA yang lemah, lesen PSV pemandu bermasalah yang tidak digantung sehinggalah cadangan penubuhan Kertas Putih Parlimen untuk merombak sistem keselamatan jalan raya secara menyeluruh.Episod diakhiri dengan menyentuh isu kelewatan peluasan SST yang menimbulkan persoalan kecekapan fiskal kerajaan.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Taja episod Keluar Sekejap untuk tahun 2025!Hubungi kami di +6011-1919 1783 atau emel ke commercial@ksmedia.my untuk maklumat lanjut dan pakej penajaan eksklusif.
Comments