Discover
Khabarnya Podcast
153 Episodes
Reverse
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Tengku Ngah Putra, usahawan dan Ketua Kluster Minyak dan Gas MTEM. Kembali ke Khabarnya, beliau mengimbau kisah membawa surat Tun Dr Mahathir Mohamad ketika barangan Malaysia tersangkut di Kazakhstan, pengalamannya bersama MEC dan cara Tun M memperkenalkan produk tempatan kepada pemimpin Afrika. Beliau turut berkongsi pengalaman dilabel kroni selepas menyertai rombongan dagang Perdana Menteri.#Khabarnya #KhabarnyaPodcast #TengkuNgahPutra #TunMahathir #MTEM #MEC #Kazakhstan #Malawi #Mozambique #UsahawanMalaysia #EksportMalaysia #ProdukTempatan
Dalam episod lalu, Muhammad Rafique Rashid Ali mengulas kes Shuhaily, Yusoff Rawther serta kebebasan bersuara. Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta peguam ini, mengenai pertikaian PN dengan ROS dan implikasinya terhadap hak pengundi, hubungan dengan Bersatu serta strategi kerjasama menjelang PRN Melaka dan PRU16. Beliau turut berkongsi pemerhatian daripada Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4, termasuk pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang kerjasama empat negeri dalam mengembangkan potensi ekonomi mereka.#Khabarnya #KhabarnyaPodcast #RafiqueRashid #PerikatanNasional #ROS #Bersatu #BarisanNasional #PRNMelaka #PRU16 #SG4 #TunMahathir #PolitikMalaysia #EkonomiMalaysia
Dalam Khabarnya kali ini, Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman bersama peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mengupas kes Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, perkembangan kes Yusoff Rawther serta permohonan suakanya di United Kingdom.Perbincangan turut menyentuh pembebasan Papagomo dan kes melibatkan Chegubard, sebelum meneliti persoalan kebebasan bersuara, dakwaan penguatkuasaan terpilih dan sumbangan kecil rakyat yang membantu perjuangan di mahkamah.#Khabarnya #KhabarnyaPodcast #RafiqueRashid #Shuhaily #AKPS #YusoffRawther #Papagomo #Chegubard #KebebasanBersuara #Keadilan #PolitikMalaysiaSumber foto thumbnail: MalaysiaGazette, Sinar Harian, Malay Mail dan New Straits Times.
Dalam episod lalu, perniagaan Tengku Ngah Putra di Kazakhstan membawa kepada pertemuannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Ketua Kluster Minyak dan Gas MTEM ini, mengenai sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengembangkan perniagaannya, usaha membangunkan TV interaktif, serta cabaran industri tempatan dan masa depan pengusaha stesen minyak Bumiputera.#Khabarnya #KhabarnyaPodcast #TengkuNgahPutra #TunMahathir #MTEM #UsahawanBumiputera #IndustriMalaysia #PembuatanMalaysia #Teknologi #StesenMinyak #EkonomiMalaysia
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Tengku Ngah Putra, usahawan dan Ketua Kluster Minyak dan Gas Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM). Beliau berkongsi pengalaman mengusahakan perkhidmatan perkapalan antara Pasir Gudang dengan Singapura, membawa coklat dan televisyen Malaysia ke pasaran Rusia, serta membuka operasi pemasangan TV di Kazakhstan yang membawa kepada pertemuannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.#Khabarnya #KhabarnyaPodcast #TengkuNgahPutra #TunMahathir #MTEM #UsahawanMalaysia #EksportMalaysia #Nikom #Rusia #Kazakhstan #Perkapalan #IndustriMalaysia


![Khabarnya S2EP29: [Part 1] Tukar Kerajaan, Vendor Semalam Jadi Kroni Hari Ini? Khabarnya S2EP29: [Part 1] Tukar Kerajaan, Vendor Semalam Jadi Kroni Hari Ini?](https://d3t3ozftmdmh3i.cloudfront.net/staging/podcast_uploaded_nologo/37074852/37074852-1734093794250-2d8c44c3f3b9c.jpg)

