DiscoverKuliah Buku - KUBU
Kuliah Buku - KUBU

Kuliah Buku - KUBU

Author: Kuliah Buku - KUBU

Subscribed: 17Played: 708
Share

Description

Sebuah perkumpulan ilmiah jalanan yang sering mengadakan perbincangan dan diskusi di restoran mamak atau di fast food kepunyaan kapitalis di Kuala Lumpur.
27 Episodes
Reverse
Ini adalah antara diskusi-diskusi awal di KUBU yang dijalankan sekitar restoran Masjid Jamek-Masjid India. Yang dimulakan pada tahun 2014. Bung Rosli Ibrahim selain antara pengasas KUBU juga pendiri Bacaan Liar, berbicara tentang tajuk yang menjadi makanan sehariannya. Dipengerusikan secara santai oleh Azizi Rahmat -juga antara pengasas KUBU- bahagian pertama ini berbicara tentang buku dan kepentingannya kepada kita. Selamat mendengar.
Ini adalah sesi KUBU yang pertama untuk tahun 2023. Perbincangan tentang Muammar Gaddafi masih diteruskan sehingga ke hari ini. Buku Hijau karangan Gaddafi diterbitkan REPUBLIKBUKU pada tahun 2019, dan buku serta pemikiran Gaddafi masih lagi dibincangkan hingga ke tahun 2023. Mansour Fakih, seorang sarjana Indonesia yang pro kepada kaum mustadh'afin antara yang teruja dengan Gaddafi, juga dengan Anarkisme. Anarkisme juga antara tajuk yang sering dibincangkan di Kuliah Buku. Jemput dengarkan bahagian 1.
Kita hari ini berdepan dengan isu kemiskinan ruang, yang di dalamnya mengandungi persoalan etika jua. Kita mengganasi dan mengambil ruang sebanyak-banyaknya tanpa mempedulikan orang lain. Contohnya ketika kita mengambil ruang di jalan raya untuk kepentingan kita atau agama kita, bagaimana pula orang lain yang tidak berkaitan? Kita membuat bising di tengah malam, pekikan, lalakan, membaling mercun sempena perayaan, bagaimana dengan bayi kecil, orang tua, bahkan binatang?
Sembang Buku TBR sekitar 20 minit yang dibuat di Toko Buku Rakyat. Ini adalah buku terbitan Cukong Press, terjemahan oleh Afiq Rostam, pada buku Clément Duval, seorang anarkis Perancis yang terkenal. Ini bukanlah satu diskusi buku yang sangat solid seperti kebiasaan yang dibuat di page FB Kuliah Buku. Lebih kepada santai, dan ringan dan perkongsian hasil pembacaan seorang pembaca kepada pembaca lainnya secara sembang atau bersahaja.
Ini adalah percubaan pertama KUBU memulakan podcast dengan penambahan intro dan outro. Diharapkan sokongan, teguran dan komentar semua manteman akan menambah baikkan kualiti podcast KUBU dari masa ke masa. InsyaAllah, kita akan cuba masukkan sebanyak mungkin kuliah-kuliah yang telah diadakan oleh KUBU selama ini ke dalam bentuk podcast.Terima kasih tidak terhingga juga kepada Sdr. Farahani selama ini, yang banyak membantu KUBU untuk edisi podcast ini.
Jika mahu menulis, baru nak berjinak² dengan dunia penulisan, atau nak mendapat tips² penulisan, jemput dengarkan :)
KUBU Kuliah Buku - Mengopi Dengan Nietzsche (Fuad Rahmat)
KUBU - ADA APA DENGAN BACAAN LIAR (Rosli Ibrahim)
KUBU Kuliah Buku - KUPAS RINGKAS ALIF LAM LAM HA
KUBU BANGI – KULIAH BUKU 002 – Sejarah Eropah Moden (Sdr. Sadiq Jebat)
KUBU BANGI – KULIAH BUKU 001 – Cendiakawan Melayu Penyuluh Emansipasi (Sdr. Benz Ali)
Adakah Syiah Ahmadiah dan Quranis itu boleh dikatakan sebahagian daripada Islam? Debat ini dijalankan pada 2018 dan dimuat naik semula pada 2021, antara Benz Ali dan Adam Iman.
Ikuti pembentangan saudara Iqbal Harraz mengupas sejarah pemikiran dan pertembungan di antara kelompok Islam dengan golongan feudal Melayu dalam lanskap politik kerajaan Melayu pada abad ke-19 dan 20.
Ikuti kupasan dari saudara Rahman Imuda membentangkan tajuk 'Pandemik: Fiksyen atau Realiti' dalam mencari titik sempadan dunia perfileman dengan pandemik COVID-19. Episod ini berkisarkan zombi, penyakit besar yang pernah berlaku dalam sejarah dan filem kegemaran baharu beliau, The Flu.
Ikuti pembentangan saudari Ummu Umairah yang berkongsi mengenai dapatan tesisnya di UKM bertajuk 'Pengaruh Politik dalam Industri Buku Indie Malaysia'. Beliau menceritakan perkembangan sejarah buku, teori yang digunakan sebagai kerangka kajiannya seperti Habermas dan sejarah perkembangan perbukuan indie itu sendiri.
Ikuti perbincangan bersama Benz Ali dalam isu 'copyleft' buku. Isu perdebatan 'copyright' melawan 'copyleft'; haruskah copyleft hidup dalam persada dunia yang mempertahankan copyright? Adakah copyleft merupakan suatu tindakan merampas hak penulis buku, atau sebenarnya, memurnikan buku? Apa adab meng'copyleft', jika sudah terpaksa?
Ikuti kupasan buku "Panggil Aku Kartini Saja" nukilan Pramoedya Ananta Toer dari saudari Fatimah Absuner. Episod kali ini membincangkan keadaan seorang feminis bernama Kartini dan perjuangannya dalam membangkitkan masalah wanita di Indonesia. Relevankah seorang feminis yang lahir dalam kalangan elit mempertahankan kesejahteraan wanita kelas bawah dan pertengahan?
Ikuti kupasan buku seterusnya iaitu daripada saudari Kia Syakira, membincangkan masalah dalam isu pembebasan wanita dalam karya Evelyn Reed. Persoalan feminisme secara keseluruhan dan gerakan feminisme di Malaysia banyak terpisah dengan golongan kebanyakan, iaitu kaum ibu dan buruh. Namun, sejauh mana feminisme dan matriaki ini berbeza? Adakah anak-anak lebih baik dinasabkan pada lelaki atau wanita? P/S: Rakaman episod ini tidak lengkap disebabkan masalah teknikal di hujung sesi.
Ikuti kupasan saudara Kiridaren terhadap buku 'Budaya Ilmu' karya Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud. Perbincangan ilmiah mengenai asas ilmu, cara membudayakan ilmu dan peranan wanita dalam perkembangan ilmu. Persoalan yang lebih penting muncul: Apa kedudukan ilmu itu sendiri dalam ketamadunan manusia? Apa sebenarnya budaya ilmu yang terbaik untuk manusia? Betulkah Melayu tiada budaya ilmu tersendiri?
Ikuti perbincangan KUBU@PRA-PBAKL 2019 bersama dengan Raja Ahmad Aminullah mengenai buku tulisan beliau "Percakapan Dengan Raja Ahmad Aminullah: Kesetiaan Pada Idea". Bagaimana untuk setia beriman dengan idea dan prinsip diri, di sebalik cabaran hidup yang mendatang?
loading
Comments (4)

Syamin Afiq Sofi

awesome. bila nk tambah lg? ❤️👍

Mar 21st
Reply (2)

syakirah suhaimi

I love everything about this channel! Tq for your effort and support♥️

Mar 11th
Reply
Download from Google Play
Download from App Store