DiscoverMJ12 Gerun Malam
MJ12 Gerun Malam

MJ12 Gerun Malam

Author: Mediacorp

Subscribed: 43Played: 1,504
Share

Description

Ria’s most popular radio program is now on podcast! Listen to the most terrifying and spooky catch-up and original stories right here with MJ12 Gerun Malam!


The views and opinions shared during this podcast series are those of the hosts and guests and do not necessarily reflect the views of Mediacorp Pte. Ltd. or its group of companies.

1527 Episodes
Reverse
Arkadia tinggal sendirian di sebuah kondo bersama kucing kesayangannya, Breta. Pada mulanya, dia hanya perasan perkara pelik seperti bau rumput selepas hujan dan barang-barang rumah yang tiba-tiba tersusun sendiri. Namun, keadaan berubah apabila makanan muncul tanpa dimasak dan satu malam, dia terlihat bayangan makhluk berambut panjang merangkak di atas siling. Apabila seorang yang arif tentang perkara mistik memberitahu bahawa makhluk itu mungkin sudah lama mengikutinya, dia mula menyiasat satu-satunya perkara pelik yang pernah masuk ke rumahnya—sebuah parcel barang bundle yang sudah lama tidak dibuka. Apa sebenarnya yang tersembunyi di dalam parcel itu? See omnystudio.com/listener for privacy information.
Puteri Saadong seorang tokoh legenda dari Kelantan yang kisahnya penuh dengan pengorbanan, pengkhianatan dan misteri. Dikatakan sanggup menyerahkan diri kepada Raja Siam demi menyelamatkan rakyatnya, Siti Maryam kemudiannya kembali ke tanah air sebelum menemui nasib yang tragis di tangan suaminya sendiri. Namun, kisahnya tidak berakhir di situ. Selepas dikatakan hidup kembali, membalas kematian dirinya dan meninggalkan istana, Puteri Saadong akhirnya menghilang tanpa diketahui ke mana perginya.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Lebih 25 tahun lalu, Melur sering melalui jalan tanah sunyi di belakang rumahnya untuk ke sekolah. Suatu pagi, dia terlihat seorang pelajar perempuan berjalan seorang diri lalu menawarkan tumpang menaiki motor. Dari hari itu, gadis tersebut menjadi penumpang tetapnya setiap pagi. Mereka berbual, bergelak dan berkongsi cerita seperti kawan biasa. Namun, ada satu perkara yang Melur tidak pernah sedar selama berbulan-bulan.. dia langsung tidak tahu nama, kelas atau rumah gadis itu. Lebih pelik, tiada seorang pun di sekolah yang mengenalinya. Apabila gadis itu tiba-tiba hilang, barulah Melur mula tertanya-tanya… siapakah sebenarnya “kawan atas motor” yang hanya muncul di jalan sunyi itu setiap pagi?See omnystudio.com/listener for privacy information.
Lana sejak kecil sering melihat perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Daripada kelibat yang berdiri di bawah pokok kelapa, sosok yang dilihat bersama orang kampung ketika jenazahnya masih terbujur, hinggalah gangguan yang mengikutinya pulang ke rumah, pengalaman Lana semakin sukar untuk dianggap sebagai kebetulan.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Sebuah perjalanan ke air terjun terpencil di pedalaman Sarawak bertukar menjadi pengalaman yang hampir meragut kewarasan. Selepas melalui sebatang pokok tumbang, Pak Engku mula terhidu bau cempedak goreng dan perlahan-lahan merasakan tempat itu sebagai “rumah”. Lebih mengerikan, rakannya Yunus sebenarnya sudah nampak sesuatu yang mengikut mereka sejak awal. Apa yang berlaku di air terjun itu sehingga Pak Engku begitu kuat menolak untuk pulang?See omnystudio.com/listener for privacy information.
loading
Comments 
loading