Yan berkongsi kisah seram yang dialaminya semasa berumur 15 tahun, ketika tinggal di asrama sekolah pedalaman bersama makciknya dan dua rakan. Selepas mencabar “hantu” untuk muncul, mereka mula diganggu oleh bau wangi misteri, jeritan tengah malam, dan kelibat perempuan berambut panjang. Namun kemuncak ketakutan itu tiba apabila rakan sebilik mereka, Tiara… muncul semula ke asrama — dengan membawa cerita bahawa dia baru pulang dari kampung. Jadi, siapakah sebenarnya yang tidur bersama mereka sepanjang minggu itu?See omnystudio.com/listener for privacy information.
Tahun 2001, seorang penjawat awam dihantar ke sebuah institut kemahiran di pedalaman Kulim untuk kursus induksi. Namun, apa yang disangkanya sekadar latihan kerja bertukar menjadi pengalaman menyeramkan apabila kelibat makhluk aneh — kecil, bongkok, berkulit kelabu kehijauan — mula “menziarahi” bilik-bilik asrama pada waktu malam. Sendirian di tingkat atas, Aidil akhirnya berdepan sendiri dengan makhluk itu… dan pengalaman tersebut kekal menghantui dirinya hingga kini.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Seorang wanita muda berpindah ke Alor Setar kerana kerja, lalu menyewa sebuah rumah teres di Mergong. Namun sejak malam pertama, dia mula diganggu dengan bisikan, pintu terhempas sendiri, hingga suara perempuan menyanyi di tengah malam. Gangguan makin menjadi—bayangan hitam, katil digoncang, kaki direntap dari bawah katil, malah terlihat sosok menyeramkan bertenggek di siling. Trauma yang dialami membuatkan dia akhirnya nekad berpindah keluar.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Seorang remaja berusia 16 tahun bekerja part-time di sebuah kompleks membeli-belah lama. Satu petang, dia memilih untuk turun menggunakan tangga—dan sejak itu hidupnya berubah. Tangga yang sepatutnya membawa ke tingkat bawah, membawanya berulang kali ke tingkat “4”. Di sanalah dia bertembung dengan sosok wanita berkebaya kuning sehingga dia pengsan dan ditemui di basement dengan keadaan mencurigakan. Kisah penuh misteri dan trauma ini membuka rahsia tragis di sebalik tangga berhantu kompleks tersebut.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Seorang pemuda dari Selangor pernah menuntut di sebuah sekolah pondok di Kelantan pada tahun 90-an. Di sana, dia bersama sahabatnya mula mengalami gangguan aneh selepas seorang rakan memakan siput gondang dari sungai berhampiran — tempat yang dikatakan menjadi “istana jin”.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Aidil membawa kita kembali ke zaman persekolahannya, ketika satu perkhemahan bertukar jadi pengalaman yang tidak akan dilupakannya. Di blok lama sekolah itu… dia dan adiknya berdepan dengan sosok misteri wanita yang masih menghantui ingatan mereka.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Sebuah keluarga bercuti ke Cameron Highlands dan menginap di sebuah villa mewah atas bukit. Namun, percutian indah itu bertukar ngeri apabila anak sulung mereka berdepan penampakan “ibunya” yang bukan manusia. Gangguan semakin menjadi-jadi hingga si ayah sendiri melihat satu susuk menyeramkan berkelubung di atas katil. Kisah ini akan buat anda berfikir dua kali sebelum meninggalkan ahli keluarga bersendirian di tempat asing.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Sebuah mimpi aneh membawa seorang insan ke sebuah kampung asing yang tidak pernah mengenal malam. Di sana, penduduknya berhubung hanya dengan fikiran, tanpa suara. Seorang lelaki misteri mahu dia tinggal selamanya, namun hasrat untuk pulang makin menebal. Kemunculan seorang wanita berusia 30-an dengan syarat pelik – mencari 9 kuntum bunga – menjadi penentu sama ada dia mampu kembali ke dunia nyata… atau terus terperangkap di alam itu.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Satu perjalanan malam yang bermula dengan seketul donut bertukar menjadi tragedi ngeri di jalan sunyi sebuah kampung. Insiden kemalangan itu bukan sekadar meninggalkan parut fizikal… tetapi juga membuka ruang gangguan makhluk halus yang menuntut “korban”.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Nur berkongsi pengalaman luar biasa yang membuatnya mempersoalkan antara mimpi dan realiti. Dari gangguan simbol mata satu, gangguan sihir wafaq, hingga pertemuan dengan makhluk menyerupai tentera dajjal, kisah ini membawa kita menelusuri perjalanan seorang wanita yang mencari ilmu akhir zaman, menghadapi ketakutan, dan akhirnya menemui ketenangan melalui petunjuk agama. Sebuah cerita yang membuka mata tentang bahaya terdedah pada sihir dan pentingnya iman dalam kehidupan seharian.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Malam ini, Kiki berkongsi pengalaman luar biasa tentang jiran dan anaknya, Aman, yang lahir dengan kelebihan luar biasa—mampu melihat makhluk ghaib yang tidak kelihatan oleh orang biasa. Dari gangguan makhluk halus hingga perlindungan oleh jin Islam, kisah ini membawa pendengar menyelami dunia yang jarang disedari manusia. Satu pengajaran bahawa di bumi Allah ini, bukan kita sahaja yang hidup, dan anak-anak tertentu menanggung beban yang luar biasa. Kisah penuh misteri dan pengajaran ini mengingatkan kita untuk sentiasa berhati-hati dan berserah kepada Yang Maha Kuasa.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Di sebuah kampung terpencil di Sarawak, seorang gadis cantik bernama Tipah mengalami tragedi yang mengubah hidupnya—dikhianati, dizalimi, dan kehilangan keadilan. Dari gadis manis menjadi wanita dendam, Tipah menuntut pembalasan dengan cara yang menyeramkan. Kisahnya penuh misteri, darah, mantera, dan entiti ghaib, meninggalkan penduduk kampung dalam ketakutan. Apakah Tipah hanya mangsa, atau kekejamannya adalah balasan yang menakutkan? Dengarkan kisah penuh seram dan dendam ini malam ini di Misteri Jam 12.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Tahun 2011, seorang pensyarah muda berpindah ke Pulau Pinang dan tinggal bersama rakan serumah dari Thailand. Pada awalnya, semuanya nampak biasa… sehinggalah rumah itu mula dihantui bunyi guli, kelibat budak, dan barang-barang yang sering beralih tempat. Rahsia gelap akhirnya terbongkar..See omnystudio.com/listener for privacy information.
Nor, seorang pekerja kafe di Lembah Klang, sering berborak dengan pelanggan tetapnya, Ms Yong, seorang penduduk kondominium berhampiran. Ketika tiba Bulan Hantu, Ms Yong mula berkongsi pengalaman seram—dari kolam renang yang ‘dihuni’, lif yang misteri, hingga kisah tragis di kondominium tersebut. Cerita ringan bertukar meremang apabila “mereka” yang tidak kelihatan, seakan turut bersama menikmati kehidupan di situ.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Seorang pendengar berkongsi pengalaman menemani kakaknya berubat dengan seorang ustaz terkenal pada tahun 2015. Namun, sesi perubatan itu bertukar tegang apabila ‘penghuni’ kawasan keras mula mengamuk. Gangguan histeria, serangan pontianak, hingga ke saat cemas dalam perjalanan pulang menjadikan malam itu antara pengalaman paling menyeramkan yang pernah dialami keluarga mereka.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Seorang remaja mula diganggu oleh Puteri Mayang Sari bersama inang dan dayangnya. Hampir setiap malam, dia dipaksa menari dalam alam ghaib sehingga kehidupannya berubah. Punca sebenar akhirnya terbongkar — sebuah dulang tembaga lama yang rupanya berpenunggu. Namun, walaupun sudah diusir, sang puteri masih enggan pergi.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Seorang wanita berkongsi pengalaman peribadi yang pelik dan menguji iman selepas menerima hadiah pokok orked pada hari jadinya. Apa yang bermula sebagai kegembiraan, berubah menjadi pengalaman mistik yang menghubungkan dirinya dengan kehadiran seorang kanak-kanak ghaib. Kisah ini penuh emosi, kehilangan, dan pengajaran tentang menerima ketentuan hidup serta kasih sayang yang melampaui dunia nyata.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Dalam episod kali ini, saya kongsikan pengalaman menarik seorang malim gunung bernama Ali yang banyak berhadapan dengan dunia bunian di hutan dan gua-gua di gunung. Dari gua-gua misteri hingga kampung bunian yang penuh keajaiban, Ali ceritakan pengalaman aneh seperti suara memanggil, pertemuan dengan makhluk ghaib, hingga kisah ratu bunian dan pulut kuning ajaib. Sebuah kisah yang membuka mata kita tentang alam ghaib dan pentingnya menghormati alam semula jadi. Jangan lepaskan cerita penuh misteri ini di Misteri Jam 12.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Seorang anak menemani ayahnya, seorang profesor kesihatan, ke sebuah kursus di Johor Bahru yang diadakan di kawasan terpencil ladang kelapa sawit. Mereka menginap di sebuah banglo kolonial lama yang pernah menjadi markas tentera Jepun. Malam pertama, suasana masih terkawal, tapi malam kedua segalanya berubah apabila muncul kelibat perempuan misteri yang jatuh tangga berulang kali… dan terus ‘hidup’ semula. Siapakah dia? Dan apakah sebenarnya sejarah hitam rumah itu? Ikuti kisah seram ini yang penuh ketegangan, realiti mistik dan kasih sayang seorang ayah yang cuba melindungi anaknya dari sesuatu yang tak dapat dijelaskan dengan logik.See omnystudio.com/listener for privacy information.
Zul pulang ke kampung untuk berehat, tak menyangka akan terlibat dalam satu gangguan misteri yang menghantui rumah seorang wanita bernama Kak Eja. Duit hilang tanpa jejak, kelibat makhluk kecil kehijauan, dan gangguan berpanjangan walau telah dirawat berkali-kali. Bila semua petunjuk membawa kepada satu kesimpulan—ini bukan sekadar kerja toyol, tapi mungkin berpunca dari warisan saka keluarga. See omnystudio.com/listener for privacy information.