DiscoverNi Hao
Claim Ownership
100 Episodes
Reverse
Hari
ini hari ini terakhir tahun 2019. Sempena ulang tahun ke-45 terjalinnya hubungan
diplomatik China-Malaysia, hubungan bilateral kedua-dua negara terus berkembang
baik, khususnya lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir ke China
pada bulan April lalu yang berjaya meneroka bidang kerjasama baharu antara
kedua-dua pihak.
Mutiara
Kata Mengenai Tenaga Insan
Usaha
memupuk tenaga insan yang berprestij sangat penting bagi menjana pembangunan
sesebuah negara. Mutiara kata yang berkaitan hal ini juga banyak didapati dalam
karya klasik di China pada zaman purba, dan banyak daripadanya masih boleh
menjadi rujukan dan panduan untuk zaman sekarang, seperti “kebijaksaaan,
sokongan kepada moraliti, sementara moraliti, pedoman kepada kebijaksanaan”. Ia
bermaksud moraliti merupakan perkara paling penting dalam memupuk dan menilai
seseorang tenaga insan.
“Peraturan
Pengurusan Sampah Harian Bandar Beijing” versi baharu akan dikuatkuasakan mulai
1 Mei tahun depan. Apakah perubahan cara hidup harian warga kota Beijing pada
masa itu? Dari segi pengurusan sampah harian, perubahan itu adalah besar.
Kita
pernah meluangkan masa dalam program Nihao untuk memperkenalkan peraturan
pengasingan sampah harian yang telah dijalankan di bandar Shanghai. Di Beijing
pula nanti pengasingan sampah juga bakal dilaksanakan menurut peraturan
tersebut.
Drama
“Qing Yu Nian” telah viral di negara China apabila ramai netizen menontonnya melalui aplikasi iQIYI dan
Tencent. Pengguna aplikasi berkenaan boleh menonton enam episod seminggu secara
percuma. Yang telah berdaftar sebagai VIP boleh menonton enam episod lagi.
Namun,
baru-baru ini keputusan yang diumumkan iQIYI dan Tencent, iaitu dua buah
syarikat penyedia perkhidmatan penstriman video yang terkenal di China, telah
mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, malah bantahan
keras.
Pastilah
semua orang pernah tengok permainan roly-poly, tetapi bukan semua orang
berkemungkinan menonton persembahan roly-poly yang dipertunjukkan oleh manusia.
Baru-baru ini, persembahan roly-poly
oleh seorang pelakon perempuan di bandar Xi’an menjadi viral di seluruh negara
China.
Presiden
China Xi Jinping akan menghadiri perhimpunan sempena sambutan ulang tahun ke-20
kepulangan Makau ke pangkuan tanah air, serta upacara angkat sumpah kerajaan
penggal ke-5 Wilayah Pentadbiran Khas Makau, 20 Disember
depan.
Beliau
sebelum ini menyatakan bahawa pelaksanaan dasar "satu negara, dua sistem" dan
Undang-undang Asas telah berjaya membantu Makau melangkah ke era lebih
cemerlang.
Menjelang
Hari Kristmas, Tahun Baharu dan Tahun Baharu Cina, penghantaran ucapan selamat
kepada kawan-kawan atau saudara mara melalui sosial media merupakan satu
kecenderungan baharu di kalangan netizen China.
Turut muncul syarikat-syarikat yang khusus membantu pengguna menulis dan
meghantar ucapan selamat itu.
China
dan AS mengumumkan pencapaian persetujuan tentang teks perjanjian ekonomi dan
perdagangan fasa pertama pada hujung minggu lalu.
Pihak
China berpendapat bahawa China dan AS sebagai dua kuasa ekonomi yang terbesar di
dunia perlu menangani hubungan ekonomi dan perdagangan berdasarkan situasi
antarabangsa. Pencapaian perjanjian ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua
negara ini akan memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara malah dunia.
Keselamatan
dan Zat Makanan di Kantin Sekolah
Kementerian
Pendidikan, Jawatankuasa Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Kementerian
Kewangan, Jawatankuasa Kesihatan dan Jabatan Am Penyeliaan Pasaran China
baru-baru ini bersama-sama mengeluarkan taklimat peningkatan taraf zat
pelajar-pelajar di desa. Menurut taklimat itu, kantin sekolah di desa tidak
boleh dikendalikan oleh syarikat yang lain.
Mutiara
Kata Mengenai Pendidikan Keluarga
Prinsip
moral keluarga mempengaruhi hala tuju kehidpan seseorang individu, malah membawa
pengaruh kepada moral masyarakat.
Mutiara
kata mengenai pendidikan keluarga juga banyak didapati dalam karya klasik di
China. Antaranya “Sampaikanlah arajan moral yang betul jika mencintai anak” dan
“Jika keluarga mengamalkan kebajikan, rahmat pasti melimpah” pernah dipetik oleh
Presiden China, Xi Jinping bagi menjelaskan signifikan pembangunan dan
pendidikan keluarga.
Selebriti
Internet dari Kawasan Desa
Ramai
selebriti internet sekarang menjadi popular dalam media sosial dengan memaparkan
gaya tersendiri terutamanya dalam arena fesyen, kesenian dan
hiburan.
Tokoh
yang akan kami perkenalkan dalam “Fokus China” hari ini agak berbeza dengan
selebriti media sosial yang lain kerana apa yang dipaparkannya berfokus kepada
kehidupan desa, tetapi pencapaiannya sangat mengagumkan dalam mempromosikan
hasil pertanian di kampung halamannya, sekali gus menjana pendapatan penduduk
tempatan.
Ahli
arkeologi menemui sisa sutera mulberi yang mempunyai sejarah lebih 5,000 tahun
di provinsi Henan, China baru-baru ini. Ini sekali lagi membuktikan sejarah
orang China menghasilkan dan menggunakan kain sutera sudah mencecah 5,000 tahun.
Difahamkan,
mayat pada zaman ketika itu akan digulungkan dengan kain sutera terlebih dahalu
dan kemudiannya dikebumikan.
Baru-baru
ini, perbuatan membandingkan keadaan diri pada tahun 2017 lepas dengan masa
sekarang tiba-tiba menjadi tular dalam media sosial China. Ramai orang melihat
ini peluang lagi untuk berkongsi foto selfie saja. Tapi juga ada yang
menunjukkan perubahan yang besar kehidupan sendiri bahkan pembangunan masyarakat
dalam tempoh selama dua tahun ini.
Kerajaan
China mengumumkan penambahan lima hari cuti umum baharu yang jatuh kepada Hari
Buruh Antarabangsa (Labor’s Day), iaitu pada 1 hingga 5 Mei tahun 2020.
Mutiara
Kata dalam Karya Klasik
Karya
klasik ciptaan ahli fikir pada zaman dahulu merupakan khazanah kebudayaan yang
sangat bernilai bukan sahaja kerana ia dapat menggambarkan keadaan masyarakat
pada zaman dahulu, tetapi juga dengan falsafahnya yang boleh dijadikan panduan
untuk masyarakat manusia masa sekarang, baik bagi pentadbiran negara, mahupun
perkembangan masyarakat.
Lintas
jalan sambil guna telefon boleh kena saman di China. Provinsi Henan telah
mengeluarkan “draf undang-undang mendorong kesedaran sivik” pada 25 November
lalu. Sekiranya draf tersebut diluluskan dan berkuatkuasa, pejalan kaki melintas
jalan sambil melihat atau menaip pesanan di telefon bimbit boleh kena saman
RMB50 yuan (RM29) hingga RMB200 yuan (RM118).
15
buah negara, iaitu semua anggota ASEAN dan rakan dialognya selain India
menamatkan rundingan berhubung Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP)
di Bangkok sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-35, bulan lalu. Perjanjian RCEP
memasuki prosedur pembahasan pelbagai kerajaan. Bagaimanapun, baru-baru ini
Jepun menyatakan tidak akan memeterai perjanjian RCEP selain India juga
menyertai RCEP. Ini membawa ketidaktentuan kepada masa depan kawasan perdagangan
bebas yang terbesar ini.
Menurut
laporan Nikkei Jepun, industri peramalan jangka hayat akan menjadi realiti dan
dipopularkan tidak lama lagi. Dengan menyediakan pelbagai indeks seperti nadi,
tekanan darah dan lain-lain, kemungkinan jangka hayat seseorang dapat
diramalkan.
Comments
Top Podcasts
The Best New Comedy Podcast Right Now – June 2024The Best News Podcast Right Now – June 2024The Best New Business Podcast Right Now – June 2024The Best New Sports Podcast Right Now – June 2024The Best New True Crime Podcast Right Now – June 2024The Best New Joe Rogan Experience Podcast Right Now – June 20The Best New Dan Bongino Show Podcast Right Now – June 20The Best New Mark Levin Podcast – June 2024
United States