Hari ini hari ini terakhir tahun 2019. Sempena ulang tahun ke-45 terjalinnya hubungan diplomatik China-Malaysia, hubungan bilateral kedua-dua negara terus berkembang baik, khususnya lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir ke China pada bulan April lalu yang berjaya meneroka bidang kerjasama baharu antara kedua-dua pihak.
Mutiara Kata Mengenai Tenaga Insan Usaha memupuk tenaga insan yang berprestij sangat penting bagi menjana pembangunan sesebuah negara. Mutiara kata yang berkaitan hal ini juga banyak didapati dalam karya klasik di China pada zaman purba, dan banyak daripadanya masih boleh menjadi rujukan dan panduan untuk zaman sekarang, seperti “kebijaksaaan, sokongan kepada moraliti, sementara moraliti, pedoman kepada kebijaksanaan”. Ia bermaksud moraliti merupakan perkara paling penting dalam memupuk dan menilai seseorang tenaga insan.
“Peraturan Pengurusan Sampah Harian Bandar Beijing” versi baharu akan dikuatkuasakan mulai 1 Mei tahun depan. Apakah perubahan cara hidup harian warga kota Beijing pada masa itu? Dari segi pengurusan sampah harian, perubahan itu adalah besar. Kita pernah meluangkan masa dalam program Nihao untuk memperkenalkan peraturan pengasingan sampah harian yang telah dijalankan di bandar Shanghai. Di Beijing pula nanti pengasingan sampah juga bakal dilaksanakan menurut peraturan tersebut.
Drama “Qing Yu Nian” telah viral di negara China apabila ramai netizen menontonnya melalui aplikasi iQIYI dan Tencent. Pengguna aplikasi berkenaan boleh menonton enam episod seminggu secara percuma. Yang telah berdaftar sebagai VIP boleh menonton enam episod lagi. Namun, baru-baru ini keputusan yang diumumkan iQIYI dan Tencent, iaitu dua buah syarikat penyedia perkhidmatan penstriman video yang terkenal di China, telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, malah bantahan keras.
Pastilah semua orang pernah tengok permainan roly-poly, tetapi bukan semua orang berkemungkinan menonton persembahan roly-poly yang dipertunjukkan oleh manusia. Baru-baru ini, persembahan roly-poly oleh seorang pelakon perempuan di bandar Xi’an menjadi viral di seluruh negara China.
Presiden China Xi Jinping akan menghadiri perhimpunan sempena sambutan ulang tahun ke-20 kepulangan Makau ke pangkuan tanah air, serta upacara angkat sumpah kerajaan penggal ke-5 Wilayah Pentadbiran Khas Makau, 20 Disember depan. Beliau sebelum ini menyatakan bahawa pelaksanaan dasar "satu negara, dua sistem" dan Undang-undang Asas telah berjaya membantu Makau melangkah ke era lebih cemerlang.
Menjelang Hari Kristmas, Tahun Baharu dan Tahun Baharu Cina, penghantaran ucapan selamat kepada kawan-kawan atau saudara mara melalui sosial media merupakan satu kecenderungan baharu di kalangan netizen China. Turut muncul syarikat-syarikat yang khusus membantu pengguna menulis dan meghantar ucapan selamat itu.
China dan AS mengumumkan pencapaian persetujuan tentang teks perjanjian ekonomi dan perdagangan fasa pertama pada hujung minggu lalu. Pihak China berpendapat bahawa China dan AS sebagai dua kuasa ekonomi yang terbesar di dunia perlu menangani hubungan ekonomi dan perdagangan berdasarkan situasi antarabangsa. Pencapaian perjanjian ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara ini akan memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara malah dunia.
Keselamatan dan Zat Makanan di Kantin Sekolah Kementerian Pendidikan, Jawatankuasa Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Kementerian Kewangan, Jawatankuasa Kesihatan dan Jabatan Am Penyeliaan Pasaran China baru-baru ini bersama-sama mengeluarkan taklimat peningkatan taraf zat pelajar-pelajar di desa. Menurut taklimat itu, kantin sekolah di desa tidak boleh dikendalikan oleh syarikat yang lain.
Mutiara Kata Mengenai Pendidikan Keluarga Prinsip moral keluarga mempengaruhi hala tuju kehidpan seseorang individu, malah membawa pengaruh kepada moral masyarakat. Mutiara kata mengenai pendidikan keluarga juga banyak didapati dalam karya klasik di China. Antaranya “Sampaikanlah arajan moral yang betul jika mencintai anak” dan “Jika keluarga mengamalkan kebajikan, rahmat pasti melimpah” pernah dipetik oleh Presiden China, Xi Jinping bagi menjelaskan signifikan pembangunan dan pendidikan keluarga.
Selebriti Internet dari Kawasan Desa Ramai selebriti internet sekarang menjadi popular dalam media sosial dengan memaparkan gaya tersendiri terutamanya dalam arena fesyen, kesenian dan hiburan. Tokoh yang akan kami perkenalkan dalam “Fokus China” hari ini agak berbeza dengan selebriti media sosial yang lain kerana apa yang dipaparkannya berfokus kepada kehidupan desa, tetapi pencapaiannya sangat mengagumkan dalam mempromosikan hasil pertanian di kampung halamannya, sekali gus menjana pendapatan penduduk tempatan.
Ahli arkeologi menemui sisa sutera mulberi yang mempunyai sejarah lebih 5,000 tahun di provinsi Henan, China baru-baru ini. Ini sekali lagi membuktikan sejarah orang China menghasilkan dan menggunakan kain sutera sudah mencecah 5,000 tahun. Difahamkan, mayat pada zaman ketika itu akan digulungkan dengan kain sutera terlebih dahalu dan kemudiannya dikebumikan.
Baru-baru ini, perbuatan membandingkan keadaan diri pada tahun 2017 lepas dengan masa sekarang tiba-tiba menjadi tular dalam media sosial China. Ramai orang melihat ini peluang lagi untuk berkongsi foto selfie saja. Tapi juga ada yang menunjukkan perubahan yang besar kehidupan sendiri bahkan pembangunan masyarakat dalam tempoh selama dua tahun ini.
Kerajaan China mengumumkan penambahan lima hari cuti umum baharu yang jatuh kepada Hari Buruh Antarabangsa (Labor’s Day), iaitu pada 1 hingga 5 Mei tahun 2020.
Mutiara Kata dalam Karya Klasik Karya klasik ciptaan ahli fikir pada zaman dahulu merupakan khazanah kebudayaan yang sangat bernilai bukan sahaja kerana ia dapat menggambarkan keadaan masyarakat pada zaman dahulu, tetapi juga dengan falsafahnya yang boleh dijadikan panduan untuk masyarakat manusia masa sekarang, baik bagi pentadbiran negara, mahupun perkembangan masyarakat.
Lintas jalan sambil guna telefon boleh kena saman di China. Provinsi Henan telah mengeluarkan “draf undang-undang mendorong kesedaran sivik” pada 25 November lalu. Sekiranya draf tersebut diluluskan dan berkuatkuasa, pejalan kaki melintas jalan sambil melihat atau menaip pesanan di telefon bimbit boleh kena saman RMB50 yuan (RM29) hingga RMB200 yuan (RM118).
15 buah negara, iaitu semua anggota ASEAN dan rakan dialognya selain India menamatkan rundingan berhubung Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) di Bangkok sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-35, bulan lalu. Perjanjian RCEP memasuki prosedur pembahasan pelbagai kerajaan. Bagaimanapun, baru-baru ini Jepun menyatakan tidak akan memeterai perjanjian RCEP selain India juga menyertai RCEP. Ini membawa ketidaktentuan kepada masa depan kawasan perdagangan bebas yang terbesar ini.
Menurut laporan Nikkei Jepun, industri peramalan jangka hayat akan menjadi realiti dan dipopularkan tidak lama lagi. Dengan menyediakan pelbagai indeks seperti nadi, tekanan darah dan lain-lain, kemungkinan jangka hayat seseorang dapat diramalkan.