DiscoverSekilas Fakta
Sekilas Fakta
Claim Ownership

Sekilas Fakta

Author: Malaysiakini

Subscribed: 2Played: 89
Share

Description

Kompilasi berita-berita harian dari Kinitv BM
293 Episodes
Reverse
Berita gembira buat penjawat awam apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500, manakala pesara RM750 dalam Belanjawan 2027.Manakala, rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima bantuan Sara RM100 sebanyak dua kali, tahun depan.Sementara itu, kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan berkuat kuasa Jun 2027.-Jika anda menyukai laporan yang kami hasilkan, kami amat berbesar hati jika anda boleh membuat sumbangan kepada kami. Anda boleh menyumbang dengan klik pada pautan yang disertakan: https://membership.malaysiakini.com/donation/kinitvAnda juga boleh mendengar Sekilas Fakta yang kini berada di:Spotify: https://mk.my/A1IGfbXApple Podcasts: https://mk.my/sYM0FOY
Perdana Menteri Anwar Ibrahim diingatkan bahawa peluang terakhir Kerajaan Madani untuk memanfaatkan dengan baik Belanjawan 2027 esok.Sementara itu, Bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat Nazir Hussin Akhtar Hussin yang baru dibebaskan tahanan reman oleh SPRM nafi menyeleweng pelaburan RM10 juta yayasan itu. Dalam perkembangan lain, soalan tambahan Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim kepada Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan hari ini hampir membuatkan Dewan Rakyat kecoh.-Jika anda menyukai laporan yang kami hasilkan, kami amat berbesar hati jika anda boleh membuat sumbangan kepada kami. Anda boleh menyumbang dengan klik pada pautan yang disertakan: https://membership.malaysiakini.com/donation/kinitvAnda juga boleh mendengar Sekilas Fakta yang kini berada di:Spotify: https://mk.my/A1IGfbXApple Podcasts: https://mk.my/sYM0FOY
Empat Undang Luak menarik balik semakan kehakiman bagi memaksa Menteri Besar menandatangani proklamasi berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Sementara itu, ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim mendesak bekas menteri pertahanan dan bekas ketua setiausaha (KSU) diheret ke mahkamah berhubung isu kapal LCS.Dalam perkembangan lain, Peguam menafikan dua anggota polis yang didakwa dikasari Ketua Pengarah AKPS, Mohd Shuhaily Mohd Zain, merupakan ‘ulat’ atau terlibat ‘counter setting’ di KLIA.-Jika anda menyukai laporan yang kami hasilkan, kami amat berbesar hati jika anda boleh membuat sumbangan kepada kami. Anda boleh menyumbang dengan klik pada pautan yang disertakan: https://membership.malaysiakini.com/donation/kinitvAnda juga boleh mendengar Sekilas Fakta yang kini berada di:Spotify: https://mk.my/A1IGfbXApple Podcasts: https://mk.my/sYM0FOY
DAP lapor SPRM terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berhubung persoalan RM2.1 bilion dalam peruntukan dan perbelanjaan Program Jalan Luar Bandar di bawah KKDW. Ini menambah ketegangan antara dua parti dalam kerajaan perpaduan, ketika Zahid turut memberi isyarat Umno mahu memainkan peranan lebih besar dalam politik negara.Dalam perkembangan lain, siasatan rakaman video tular melibatkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Shuhaily Mohd Zain kini sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya.–Jika anda menyukai laporan yang kami hasilkan, kami amat berbesar hati jika anda boleh membuat sumbangan kepada kami. Anda boleh menyumbang dengan klik pada pautan yang disertakan: https://membership.malaysiakini.com/donation/kinitvAnda juga boleh mendengar Sekilas Fakta yang kini berada di:Spotify: https://mk.my/A1IGfbXApple Podcasts: https://mk.my/sYM0FOY
Krisis takhta Negeri semakin tegang! - Dewan Keadilan dan Undang (DKU) mahu Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’far yang sedang menuntut takhta serta beberapa Undang yang kedudukannya dipertikaikan disiasat dan didakwa atas dakwaan penderhakaan serta kesalahan jenayah.Dalam perkembangan berasingan, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menafikan dakwaan tular bahawa pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, diheret dari surau ke lokasi kejadian sebelum ditemukan maut di sebuah dewan sekolah di Yong Peng. Fadhlina turut menggesa orang ramai menghentikan penyebaran maklumat tidak disahkan demi menghormati keluarga mangsa.-Jika anda menyukai laporan yang kami hasilkan, kami amat berbesar hati jika anda boleh membuat sumbangan kepada kami. Anda boleh menyumbang dengan klik pada pautan yang disertakan: https://membership.malaysiakini.com/donation/kinitvAnda juga boleh mendengar Sekilas Fakta yang kini berada di:Spotify: https://mk.my/A1IGfbXApple Podcasts: https://mk.my/sYM0FOY
loading
Comments