DiscoverSelebriti Podcast: Mierul Aiman - SYOK Podcast [BM]
Selebriti Podcast: Mierul Aiman - SYOK Podcast [BM]
Claim Ownership

Selebriti Podcast: Mierul Aiman - SYOK Podcast [BM]

Author: SYOK Podcast

Subscribed: 13Played: 19
Share

Description

Lakonannya dalam drama series Projek High Council menawan hati seluruh rakyat Malaysia. Memainkan watak Fakri, Mierul Aiman mula membina namanya dalam industri lakonan. Tapi ini hanya permulaan bagi Mierul Aiman, semuanya dalam Selebriti Podcast: Mierul Aiman. Nak sponsor atau kolaborasi? Emel hello@syok.my atau WhatsApp 012-2494632.

5 Episodes
Reverse
Mierul Aiman berkongsi cita-citanya untuk masa depan sebagai anak seni dalam industri hiburan. Dan dia berkongsi cita-citanya yang paling tinggi iaitu ingin melakonkan watak lagenda tanah air, Dato' Sudirman.
Menjadi seorang figura terutama sekali sebagai seorang pelakon, Mierul Aiman harus membuka hati untuk menerima kritikan orang ramai bukan sahaja daripada pengarah, penerbit, malah kritikan netizen. Bagi Mierul itu tidak menjadi satu masalah kerana bagi dia ini semua boleh menjadi pengajaran.
Drama bersiri yang menarik perhatian satu Malaysia, Projek High Council. Mierul Aiman berkongsi bahawa pada awalnya dia sepatutnya membawa watak Kahar, namun rezeki tak pernah salah alamat, watak Fakhri menjadi miliknya. Perasaan Mierul bila pertama kali membaca skrip Projek High Council membuat dia lebih teruja dengan drama ini.
Mierul Aiman berkongsi kehidupannya sebelum bergelar sebagai seorang artis ataupun pelakon, pelajar sekolah berasrama penuh, pelajar kejuruteraan mekanikal dan seorang pemain rugbi.
Menyertai uji bakat Hero Remaja ketika pelajar semester akhir di Institut Pengajian Tinggi, tidak menghalang dirinya untuk mengejar impian untuk bergelar sebagai seorang anak seni. Rezeki Tuhan tidak pernah salah alamat pernah bekerja sebagai rider makanan semata-mata ingin mengumpul duit untuk kelas teater, tetapi ia tidak menghalang Mierul Aiman untuk membawa pulang gelaran juara Hero Remaja 2021.
Comments