Selebriti Podcast: Winnie K - SYOK Podcast BM

<p>Pernah mewakili Malaysia untuk Pertandingan Asia Bagus dan pernah bekerjasama dengan label muzik di Indonesia. Winnie K berkongsi pengalaman membina kerjaya nyanyian di Malaysia dan Indonesia. Semuanya dalam Selebriti Podcast Winnie K!</p>

EPISOD 8 | TERINGIN NAK COLLAB LAGU DENGAN ELLA | Selebriti Podcast Winnie K

Walaupun dah lama dalam industri muzik, Winnie K amat teringin nak buat lagu bersama Ella manakala kalau penyanyi lelaki, Winnie teringin nak bekerjasama dengan Faizal Tahir dan Alif Satar. Winnie terharu dengan sokongan peminat yang sentiasa ada dengan Winnie. Dan bila ditanya tentang jodoh, Winnie kata kalau ada then adalah!

09-08
05:45

EPISOD 7 | SAYA MEMANG PERFECTIONIST! | Selebriti Podcast Winnie K

Winnie K berkongsi bahawa dirinya memang seorang yang pefectionist kalau boleh nak semua persembahan yang dia lakukan nak berikan lebih daripada 100 peratus. Namun, kalau dia rasa dia tidak melakukan yang terbaik dia akan sentiasa belajar dari kesilapan dan pastikan dia dapat melakukan yang lebih baik!

09-01
05:14

EPISOD 6 | LAGU SINGLE MELAYU WINNIE DAPAT SAMBUTAN | Selebriti Podcast Winnie K

Selepas beberapa album berbahasa cina, Winnie K menerima banyak permintaan oleh peminat untuk mengeluarkan lagu atau album berbahasa Melayu. Tidak sangka lagu single Winnie mendapat sambutan yang sangat hebat sehingga membuatkan Winnie ingin menghasilkan sebuah album berbahasa Melayu.

08-25
06:15

EPISOD 5 | ALBUM TAHUN BARU CINA | Selebriti Podcast Winnie K

Mungkin ramai tidak tahu tapi Malaysia sebenarnya amat terkenal dengan album dan muzik video Tahun Baru Cina yang selalu menjadi tumpuan utama Winnie. Walaupun penggambaran di China itu memenatkan ia tidak mematah semangat Winnie.

08-18
05:23

EPISOD 4 | PROMOSI DI INDONESIA SANGAT BERBEZA DENGAN MALAYSIA | Selebriti Podcast Winnie K

Winnie ceritakan pengalaman mempromosikan albumnya di Indonesia dan pendedahan media yang Winnie terima berbanding dengan promosi di Malaysia. Ada banyak perkara lucu yang Winnie ceritakan dalam episod kali ini.

08-11
07:54

EPISOD 3 | PENGALAMAN SERAM RAKAM LAGU DI STUDIO INDONESIA | Selebriti Podcast Winnie K

Pengalaman Winnie merakam album di Indonesia kebanyakkannya manis dan seronok tetapi ada satu kejadian yang tidak boleh Winnie lupakan. Apabila satu suara mistik masuk dalam rakaman lagu Winnie.

08-04
02:35

EPISOD 2 | ALBUM PERTAMA WINNIE | Selebriti Podcast Winnie K

Selepas pengalaman di Asia Bagus, Winnie akhirnya dapat merakam album pertamanya. Ia membuka mata Winnie bahawa dia mempunyai peminat yang ramai terutamanya di Sarawak dan dari situ Winnie berhasrat ingin merakam album Bahasa Melayu.

07-28
07:16

EPISOD 1 | WAKIL MALAYSIA KE ASIA BAGUS! | Selebriti Podcast Winnie K

Winnie K berkongsi pengalaman mewakili Malaysia dalam Asia Bagus, dan perjalanan awal memasuki industri seni tanah air sampai Winnie banyak kali tolak tawaran dari label rakaman dari Singapura dan Japan disebabkan ingin dekat dengan keluarga. Dan momen paling istimewa bagi Winnie adalah bila dia menjadi salah satu artis untuk menyanyi di Majlis Penutup Sukan Komanwel Malaysia 1998.

07-21
12:48

Recommend Channels