Sembang Atas Katil - SYOK Podcast [BM]

<p>Dihoskan oleh Suzana Sukaimi, podcast ini merupakan kompilasi cerita wanita-wanita yang tersakiti yang penuh tragis dan air mata. Berusahalah menangis untuk mencapai tangisan nikmat itu... Kerana tangisan akan terbit sinar senyuman. Nak sponsor atau kolaborasi? Emel hello@syok.my atau WhatsApp 012-2494632.</p>

Tak Perlu Jadi "Perfectionist", Wanita Hebat Bergelar SUPERWOMAN Mesti Kuat Harungi Tekanan! | Sembang Atas Katil EP8

Episode terakhir untuk edisi pertama ini. Suzana membawa akak sulungnya, Salina menceritakan tentang wanita yang sifat "perfectionist". Ramai antara mereka kebiasaannya sukar mendapat kebahagiaan, malah perkongsian ini menceritakan perihal tentang SUPERWOMAN yang bahagi masa stabilkan saham dunia akhirat.

08-26
32:55

Detik Ngeri Wanita Tercampak Ketika Sarat Mengandung | Sembang Atas Katil EP7

Setiap hari kita pasti ada perasaan fobia yang sering kita lalui pada masa lampau. Kisah wanita ini mencerita detik paling dahsyat ketika pernah hadapi kemalangan ketika sarat mengandung. Apa yang terjadi dengan kandungannya? Kita dengarkan kupasan jujur dari wanita bernama Nurul ini.

08-12
27:17

Perempuan Jangan Takut Jadi Janda, Cari Duit Sendiri! | Sembang Atas Katil EP6

Kupasan minggu ini menceritakan tentang pengalaman Diyana yang pernah mengalami jatuh bangun dalam kehidupan. Dalam mengendali bisnes kecantikan, Diyana menceritakan pengalaman bergelar janda ketika gagal dalam perkahwinannya yang pertama.

08-05
24:59

Dulu Skirt Pendek, Sekarang Bertutup Litup | Sembang Atas Katil EP5

Setiap wanita pasti akan lalui perubahan kehidupan. Sama ada menjadi yang lebih baik mahupun sebaliknya. Kisah benar wanita yang dulunya berimej seksi, kini meriah hikmah dengan berimej muslimah. Apakah petanda awal penghijrahannya?

07-29
19:57

Delima Wanita Penghidap SLE, Kulit Merah Bernanah | Sembang Atas Katil EP4

Kisah benar tentang wanita yang bernama Fatin Nabila, penghidap SLE kronik. Dalam mengejar kehidupan yang sempurna harus hadapi kata nista serta tomahan masyarakat. Bagaimana ia bermula? Segalanya di Sebang Atas Katil.

07-22
26:37

Wanita Bertubuh Gempal, Kami Juga Berhak Untuk Bahagia... | Sembang Atas Katil EP3

Wanita bertubuh gempal juga punya hati dan perasaan. Menjadi seorang wanita itu tidak seharusnya lihat dari saiz semata-mata. Ikuti bual santai Suzana bersama Qama menceritakan pengalaman yang pernah menjadi mangsa 'body shamming'. Kini dia buktikan saiz bukan penghalang untuk wanita menjadi bahagia.

07-15
22:09

9 Tahun Usaha, IVF... Akhirnya Tuhan Makbulkan Juga | Sembang Atas Katil EP2

Sembilan tahun berkahwin, tidak dikurniakan cahaya mata. Segala ubat dan petua telah diamalkan, malah tetap tidak berjaya hamil. Apa yang paling dahsyat bila bergelar wanita ini kala dilemparkan kata seperti. "Alaaa, mandul la tu..." Kisah kali tentang perjalanan wanita yang berjaya harungi proses kesuburan yang penuh sedih dan tawa.

07-08
28:02

Pengakuan Ikhlas! Wanita Bergelar JANDA | Sembang Atas Katil EP1

Jadi ibu tunggal bukan perkara yang mudah. Soal emosi, nafsu dan berantakan jiwa kadang-kala mengawal perbuatan seseorang wanita. Kisah ini dikongsikan oleh seorang wanita yang pernah bergelar janda. Perjalanan dalam menepis kata nista dijalani dengan penuh cekal dan tabah. Dengarkan suara wanita yang pernah bergelar ‘JANDA’.

07-01
27:08

Recommend Channels