Discover
Sinar Harian
Sinar Harian
Author: sinarharian
Subscribed: 2Played: 12Subscribe
Share
© Copyright 2022 All rights reserved.
Description
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
Anda juga boleh dengarkan kami di Spotify, Apple dan Google Podcast atau tonton kami di Youtube dan Daily Motion.
4965 Episodes
Reverse
Pengampunan yang diperoleh oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat.
Namun permohonan yang dibuat oleh beliau selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, malah sudah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796933/suara-sinar/komentar-editor/beruntungnya-najib-tun-razak
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #NajibRazak #PengampunanNajib
Keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah diharap memberi nilai tambah kepada landskap politik negara khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
“Saya harap begitu menjadi faktor kepada geopolitik landskap politik di negara kita insya-Allah,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang akhbar selepas Sidang Kemuncak Halal 20 (H20) Ke-5 di Jakarta pada Jumaat
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796852/berita/nasional/keputusan-lembaga-pengampunan-ahmad-zahid-harap-beri-nilai-tambah-kepada-prn-melaka
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka
Laungan ‘Daulat Tuanku, tangkap penderhaka’ bergema di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Kuala Pilah sebaik keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selepas selesai menunaikan solat Jumaat.
Tuanku Muhriz sebelum itu berkenan menerima memorandum taat setia yang diserahkan oleh Ketua Sekretariat Taat Setia dan Sokong Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, Profesor Dr Mohd Aluwi Sari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796861/edisi/melaka-ns/daulat-tuanku-tangkap-penderhaka
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KrisisNegeriSembilan #Proklamasi
Penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sabar menantikan kepulangan beliau yang menerima pengampunan bersyarat dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah.
Antara yang hadir, penyokong tegar beliau, Raidah Rashid, 65, atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Roy, yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menyambut kepulangan bekas Perdana Menteri itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796851/berita/politik/penyokong-tidak-sabar-sambut-kepulangan-najib
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #pengampunanNajib #NajibRazak
Pencarian pemancing hilang masuk hari kelima melibatkan 105 batu nautika persegi
Operasi mencari seorang lagi pemancing yang masih hilang di perairan One Fathom Bank berhampiran Pulau Ketam memasuki hari kelima pada Jumaat, dengan kawasan pencarian meliputi 105 batu nautika persegi, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Pegawai Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Leftenan Nur Affiq Nor Hisham berkata, pencarian pada Jumaat tertumpu di kawasan sempadan perairan Selangor-Perak, khususnya sekitar Hutan Melintang, Perak, susulan penemuan dua mangsa di kawasan berkenaan sebelum ini.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MaritimMalaysia #Pemancing #Hilang








