Usrah
Claim Ownership

Usrah

Author: Enlightenment

Subscribed: 9Played: 58
Share

Description

Ustaz Muhammad Nuzhan Abdul Halim adalah Pengurus Dakwah Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, seorang Naib Kadi ROMM, anggota majlis PERGAS, kaunselor jabatan Religious Rehabilitation Group (RRG) serta penerima Anugerah Asatizah Cemerlang. Beliau berkelulusan sarjana dalam tafsir Al-Quran, Universiti Al-Azhar.

Dzar Ismail adalah pemilik bersama editorial sosio-politik Plan B Media Pte Ltd, seorang penyiar, jurubual dan penghibur yang mempunyai pengalaman sepanjang 18 tahun dalam dunia radio, TV, pentas dan siniar. Beliau juga pemegang ijazah bidang pendidikan dari Institut Pendidikan Nasional (NTU/NIE)
99 Episodes
Reverse
Dalam keadaan laporan yang bercanggah, propaganda dari pelbagai pihak dan fitnah yang berleluasa, bagaimana kita sebagai orang Islam harus melihat keadaan ini? Nak doakan siapa? Arab Saudi? Yaman? Saudara Islam yang mana?Melatonin Gummies - www.usrah.shop/moondrop
Dalam Usrah kali ini, kita kupas bagaimana nak mencintai Nabi ﷺ walaupun tak pernah bertemu Baginda, cara untuk kekal istiqamah, dan persoalan tentang “rezeki anak”. Cukupkah sekadar berserah atau tetap perlu merancang kewangan? Dan adakah pemberian wang benar-benar solusi kepada kadar kelahiran yang semakin merosot? Melatonin Gummies - www.usrah.shop/moondrop
Kesihatan adalah nikmat yang sering kita hargai hanya apabila ia hilang. Dalam episod ini, kami membincangkan hakikat syukur, nikmat apabila Allah mengembalikan apa yang pernah kita kehilangan, serta manfaat menghafaz Al-Quran terhadap otak, daya ingatan dan kesejahteraan diri. Satu perbincangan yang penuh dengan ilmu dan muhasabah buat kita semua.Melatonin Gummies - www.usrah.shop/moondrop
Siapa sebenarnya yang layak menjadi kadi? Adakah sesiapa sahaja boleh menikahkan pasangan, atau ada syarat tertentu dalam Islam? Ustaz Nuzhan mengupas peranan dan tanggungjawab seorang kadi, bagaimana pelantikan kadi dilakukan sejak zaman Rasulullah SAW, serta menjawab persoalan hangat seperti Cristiano Ronaldo menyebut "Bismillah" dan dakwaan bahawa Piala Dunia merupakan agenda untuk menjatuhkan Islam.Melatonin Gummies - www.usrah.shop/moondrop
Apabila rumah tidak lagi menjadi tempat yang memberi ketenangan, bagaimana kita mengenali tanda-tanda awal hubungan yang tidak sihat?Bersama Dzar Ismail, Ustaz Nuzhan, Ustaz Ahmad Dahri dan Ustazah Maria, forum yang diadakan di Masjid Kassim ini mengupas isu konflik rumah tangga, dera emosi, komunikasi toksik serta jalan penyelesaian menurut perspektif Islam.Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
loading
Comments