DiscoverREMANG 12 (Si Tukang Cerita)
REMANG 12 (Si Tukang Cerita)
Claim Ownership

REMANG 12 (Si Tukang Cerita)

Author: Acap_STC

Subscribed: 4Played: 26
Share

Description

Rasai pengalaman seram, misteri, mistik dan ngeri dalam setiap kisah yang disampaikan oleh Si Tukang Cerita.
62 Episodes
Reverse
Remang12 kali ini memaparkan tentang kisah seorang doktor bernama Dr. Farid yang mengalami pelbagai dugaan semasa merawat pesakit kanak-kanak bernama Ivan. Banyak kejadian aneh dan pelik semasa proses rawatan dilakukan. Apa yang berlaku dan apakah Ivan dapat sembuh dari sakitnya.
Cik Man menghadapi pelbagai dugaan setelah beberapa bulan menetap di kawasan perumahan yang baru. Keluarganya yang dulu bahagia dan ceria, kemudiannya murung dan jadi kucar-kacir akibat daripada gangguan makhluk halus. Bagaimana Cik Man menghadapi semua dugaan tersebut? Apakah yang mengganggu mereka sekeluarga?
Cik Man menghadapi pelbagai dugaan setelah beberapa bulan menetap di kawasan perumahan yang baru. Keluarganya yang dulu bahagia dan ceria, kemudiannya murung dan jadi kucar-kacir akibat daripada gangguan makhluk halus. Bagaimana Cik Man menghadapi semua dugaan tersebut? Apakah yang mengganggu mereka sekeluarga?
Sebuah Audiodrama Karya Dr. Chaku dengan lakon suara kolaborasi bersama Arkib Angker Negara, Si Tukang Cerita dan The Segment.
Sebuah Audiodrama seram karya Si Tukang Cerita Kolaborasi bersama Arkib Angker Negara.
Sebuah Audiodrama seram karya Si Tukang Cerita kolaborasi bersama Arkib Angker Negara.
Audiodrama seram setiap Sabtu jam 12.00 tengah malam.
Podcast kisah seram kali ni ada dua kisah. Kisah pertama mengisahkan keluarga Dinie, yang telah berpindah di sebuah banglo murah di pinggir bandar. Suasana rumah yang sangat mewah membuatkan Dinie sekeluarga sangat teruja untuk menetap di situ. Namun, belum pun seminggu mereka tinggal di situ mereka menghadapi pelbagai gangguan makhluk halus. Kisah yang kedua adalah kisah pemuda bernama Hamid yang hampir 10 tahun tidak pulang ke kampung. Kerinduannya pada ibu dan adik-beradiknya terubat setelah pulang ke tanah tumpah darahnya. Sebaik sahaja Hamid tiba di kampung, dia melalui pengalaman aneh yang membuatkan dia tidak akan lupa sampai bila-bila.
REMANG12 (S1 Ep17) | Puaka Sebuah Lukisan| Karya: Xander Xavier Lukisan. Kebiasaannya menjadi perhiasan dinding sebagai penyedap mata serta menghiasi sekitar kediaman atau ruang sesebuah bangunan. Setiap lukisan selalunya mempunyai nilai estetika dan kisahnya yang tersendiri. Remy dan Ishak dua orang sahabat yang cintakan seni lukis sehingga dapat membina kerjaya dalam bidang tersebut. Walauagaimanapun, disebalik kejayaan mereka tersimpan sebuah misteri yang tidak terungkai. Ikuti kisah Puaka Sebuah Lukisan dalam segmen REMANG12 pada malam ini jam 12 malam hanya di saluran @situkangcerita.
REMANG12 (S1 Ep16) | Kisah Seram: Namamu Ku Seru Laila| Karya: Cik Edot Kematian isterinya Laila mengundang derita dalam hidup Hasyimi. Seakan tidak dapat menerima pemergian orang tersayang, dia terus meratap mengharapkan agar jiwa yang telah terpisah dari jasad itu pulang ke pangkuannya. Sehinggalah dalam dimensi lain ada sosok yang memerhati. Menyusun langkah untuk mengambil kesempatan atas kerapuhan iman dan kelalaian seorang lelaki. Hasyimi akhirnya terperangkap dalam dunia yang diciptanya sendiri. Adakah dia terus hanyut atau dapat keluar dari fantasinya sendiri? Bersama kita ikuti Namamu Ku Seru Laila dalam segmen REMANG12 malam ini  jam 12 malam hanya di saluran @situkangcerita.
REMANG12 (S1 Ep15) | Derhaka Seorang Ayah| Karya: Si Tukang Cerita Hamdan seorang pemuda 30an. Sangat berjaya dalam kariernya sebagai Pereka Bentuk Dalaman. Pelanggannya bukan calang-calang orang. Semuanya dari kalangan jutawan, VIP dan orang ternama. Walau kehidupannya serba mewah dan lengkap, namun jiwanya kosong setelah kematian mak. Sunyi. Tiada tempat menumpang kasih. Lebih memilukan, dia dibuang oleh ayah kandungnya sendiri. Dengarkan kisah DERHAKA SEORANG AYAH dalam segmen REMANG12 malam ini jam 12 malam
REMANG12 (S1 Ep14) | Tak Lawaklah Jamilah| Karya: Mayang Sari Cuti sekolah tiba lagi. Semua pelajar asrama dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing. Mayang mengambil kesempatan untuk bercuti di rumah rakannya Jamilah. Setibanya di sana mayangteruja melihat keindahan dan kehalusan seni ukir dalam rumah Jamilah. Namun, bila malam menjelma Mayang melalui kejadian aneh dan menyeramkan apabila melalui tiang seri rumah tersebut. Bagaimana Mayang berhadapan degan situasi itu? Sama-sama kita dengarkan di segmen REMANG12
REMANG12 (S1 Ep13) | Hikayat Si Penjual Tempe - Legasi Mak Andam Saleha | S. Faizal Hidup Saleha kian berubah selepas mewarisi ‘pendamping’ daripada ibu mertuanya Habibah dan Pawang Sidik. Ilmu sihir yang diperturunkan kepadanya juga semakin ampuh. Saleha mula berkenalan dengan Hamdan. Walau Hamdan ada kekurangan, namun harta kekayaan yang diwarisinya mengatasi kelemahannya itu.
REMANG12 (S1 Ep11) | Mak Andam Saleha | Karya: The Flash – Kisah Benar Mak Andam Mengandam adalah profesi untuk menyara kehidupan sehari-hari. Disebalik kecantikan dan kelembutannya ada tersirat 1001 misteri. Jangan ada yang mengganggu atau iri. Pasti akan menemui ajal selang beberapa hari. Kisah Mak Andam Saleha kini keudara. Dengarkan di REMANG12 jam 12 malam. Jangan sendiri. Ajak teman. Sebelum yang ‘lain’ meneman.
REMANG12 (S1 Ep10) | Dugaan Tukang Urut | Karya: The Flash 555 Ilmu sebagai tukang urut yang diperturunkan oleh bapanya digunakan sebaik mungkin. Ali gunakan sebagai wadah untuk membantu orang kampung yang mengalami masalah kesihatan. Namun, ilmunya sebagai tukang urut diuji dengan satu kejadian yang menimpa keluarga terdekatnya yang melibatkan saka keturunan. Dek kerana rasa tanggungjawab, Ali turun membantu dalam menyelesaikan konflik tersebut. Ikuti kisah Ali dalam REMANG12 jam 12 malam. Jangan dengar sendiri, takut ada yang ‘meneman’.
REMANG12 (S1 Ep09) | Sahabat Sampai Mat1 | Karya: Bel Nawhen AAN  Amira, Fayruz dan Tanti bersahabat baik sejak dari bangku sekolah. Mereka tidak berpisah hingga mereka melanjutkan pelajaran ke menara gading. Persahabatan mereka utuh. Tiada siapa dapat memisahkan mereka. Namun, janji yang dimeterai mereka untuk bersahabat hingga ke hujung nyawa goyah setelah mereka tamat pengajian. Masing-masing memilih haluan hidup masing-masing. Adakah mereka dapat mengekalkan hubungan persahabatan mereka? Dengarkan REMANG12.
Azman, seorang pemuda yang baru sahaja memulakan kerjayanya di bandar. Dia menyewa sebuah rumah bersama seorang lagi rakannya bernama Rizal. Namun, pada minggu-minggu awal dia terpaksa tinggal bersendirian kerana Rizal terpaksa menguruskan beberapa hal sebelum berpindah masuk. Di rumah berkenaan ada sebuah almari usang yang berkunci. Mak Cik Hasnah, tuan rumah memberi amaran keras kepada Azman untuk tidak sekali-kali membuka almari tersebut. Walaubagaimanapun rasa ingin tahu Azman menguasai diri. Apa yang ada dalam almari tersebut? Semuanya akan terbongkar malam ini dalam REMANG12.
Nadia seorang mahasiswi yang bijak dan baik budi pekerti. Namun kehidupannya tidak seindah yang disangka. Nadia menjadi mangsa diskriminasi dek kerana rupa paras dan fizikalnya tidak secantik orang lain. Dia tabah menghadapi cacian, makian dan ejekan masyarakat terhadap dirinya sehinggalah dia bertemu Liza, Anis dan Kamal.  
Mengisahkan seorang wanita bernama Nadhirah yang baru putus cinta terkandas di satu selekoh sebuah jalan lama yang tidak diketahui keberadaannya semasa dalam perjalanan ke Port Dickson. Sedang dalam kekalutan dek kerana motosikalnya rosak, Danial seorang pemuda kacak hadir untuk membantu Nadhirah. Bagaimana kesudahannya? Dapatkah Nadhirah keluar dari jalan lama itu? Siapa Danial? Benarkah selekoh itu angker? Dengarkan Remang12, Selekoh Angker. 
Kisah benar tentang keluarga Arman yang pada awalnya bahagia dengan kejayaan ayahnya sebagai usahawan. Namun, langit tidak selalu cerah. Pelbagai dugaan dan ujian yang mereka perlu hadapi selepas itu. lebih teruk lagi mereka terpaksa menghadapi gangguan sihir dari seseorang yang memunyai sifat SERAKAH dan HASAD.
loading
Comments