DiscoverSBS Bahasa Melayu
SBS Bahasa Melayu
Claim Ownership

SBS Bahasa Melayu

Author: SBS

Subscribed: 9Played: 72
Share

Description

Berita dan rencana yang bebas dan seimbang melalui SBS Audio, yang menghubungkan anda dengan kisah kehidupan di Australia, termasuk masyarakat yang bahasa ibundanya ialah Bahasa Melayu.
168 Episodes
Reverse
Learn how to talk about contemporary and classical music, and discover the true role of a conductor. - Pelajari bagaimana untuk berbual tentang muzik kontemporari dan klasik serta ketahui apakah sebenarnya peranan seorang pengiring orkestra.
Tak semua warga Malaysia yang datang ke Australia terperangkap dalam rutin pekerjaan buruh kasar di ladang atau di kilang yang jauh berbeza dari apa yang diidamkan. Ramai juga yang berjaya mencapai matlamat peribadi setelah mengenalpasti lantas berusaha mencapai impian mereka. Bagi yang masih tertanya, apakah GPS minda mampu membantu anda mencapai matlamat kehidupan?
Learn casual ways to invite your friends to go to the beach. Plus, find out the number one danger on Australian beaches and how to stay safe when swimming in the sea. - Pelajari bagaimana untuk mengajak kekawan ke pantai dalam Bahasa Inggeris. Juga ketahui risiko ketika anda bermandi di laut serta cara mengelak sebarang kecelakaan dari berlaku.
Pesta Colours of Malaysia 2025 berlansung di Queen Victoria Market, Melbourne, baru-baru ini memaparkan segala yang terbaik dan enak dalam dunia kulinari tanahair. SBS Bahasa Melayu menemui pengusaha dari Malaysia, kesemuanya bangga berpeluang meraikan keunikan dan kekayaan makanan dari tanahair di negara baru mereka.
Sambutan pesta Colours of Malaysia di Queen Victoria Market, Melbourne, tahun ini dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Puan Yg. Terutama, Datin Paduka Sharrina Abdullah. Beliau sempat mengunjungi booth SBS Australia, selaku rakan media pesta tahunan ini, di mana Zaini Ahmad berpeluang bertanya, apakah saranan beliau kepada diaspora Malaysia di negara ini.
Kembara Kulinari SBS Bahasa Melayu berterusan dengan kunjungan ke sebuah restoran Melayu di Carlton, Victoria, yang menyajikan sarapan popular dari Malaysia. Ini diikuti dengan jemputan ke Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne, di mana Zaini Ahmad berpeluang menikmati raja segala buah-buahan.
Australia is known around the world for its rich and diverse First Nations cultures. But when it comes to native title and land rights, you might still wonder what they actually mean. Discover what native title means in Australia, how it began with the Mabo Case, what the Native Title Act does, and why it matters for all Australians. - Australia terkenal di seluruh dunia dengan kepelbagaian dan kekayaan budaya kaum orang aslinya, yang juga dimaklumkan sebagai Warga Pertama negara ini. Namun, dalam isu hak milik asli dan hak milik tanah, ramai di kalangan masyarakat umum masih kurang arif dengan istilah terbabit. Dalam episode ini, SBS Bahasa Melayu menerangkan erti, sejarah dan kepentingan hak milik asli serta kesan mendalam kes Mabo dan Akta Hak Milik Asli bagi kaum orang asli serta masyarakat umum Australia.
Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian sajian makanan yang boleh dinikmati oleh semua golongan masyarakat, baik penduduk tempatan mahupun pelawat asing. Sempena Tahun Lawat Malaysia 2026, SBS Bahasa Melayu dijemput oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne untuk mencuba sajian di sebuah restoran yang dikendalikan oleh sepasang suami isteri yang rindukan masakan dari tanahair. Ikuti Kembara Kulinari Zaini Ahmad.
Learn polite ways to refuse a drink in English. Discover useful expressions for taking it slow, sitting one out or explaining you're on a permanent dry spell. - Pelajari cara yang sopan dalam Bahasa Inggeris untuk menolak pelawaan meminum arak. Ketahui Learn polite ways to refuse a drink in English. Discover useful expressions for taking it slow, sitting one out or explaining you're on a permanent dry spell.
Apakah rahsia kejayaan usahawan di kalangan golongan migran di Australia? Dua usahawan berkongsi rahsia kejayaan mereka bersama Zaini Ahmad pada majlis anugerah Top 100 Multicultural Innovation Business Leaders Award yang berlansung di bandar Melbourne baru baru ini.
Thinking of going fishing in Australia? Make sure you are familiar with local regulations, including licensing systems, closed seasons, size limits, permitted gear, and protected species. - Apakah anda gemar memancing? Pastikan anda memahami segala perundangan dan tatatertib yang wujud di Australia berkaitan aktiviti popular ini, termasuk sistem perlesenan, musim memancing dan waktu larangan, pemakaian ketika memancing serta saiz dan spesies ikan yang boleh dipancing.
Sejak kecil lagi, warga Malaysia dari Johor ini mempunyai semangat perantau demi mencapai hasrat yang terpendam. Setelah menceburi pelbagai bidang di tanahair, beliau berhijrah ke Australia dan berjaya sebagai seorang pendidik dan usahawan. Ikuti apakah yang mendorong Kavita Chabra dalam perbualan beliau bersama Zaini Ahmad.
Australia is home to the world’s oldest living cultures, yet remains one of the few countries without a national treaty recognising its First Peoples. This means there has never been a broad agreement about sharing the land, resources, or decision-making power - a gap many see as unfinished business. Find out what treaty really means — how it differs from land rights and native title, and why it matters. - Australia ialah tanahair kepada kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres, memiliki budaya tersendiri yang berterusan dan tertua di dunia. Namun, tidak seperti negara lain, Australia masih belum mencapai sebarang perjanjian kebangsaan yang mengiktiraf masyarakat orang asli sebagai Warga Pertama negara ini, mahupun mengiktiraf hak-hak mereka. Jadi, apakah yang dimaksudkan sebagai perjanjian atau 'treaty', kenapa ianya penting kepada kaum Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres serta apakah situasi sebenarnya yang wujud di Australia ketika ini.
Learn how to talk about swimming in English. - Pelajari bagaimana untuk berbual mengenai perihal berenang dalam Bahasa Inggeris.
Bayangkan kerjaya yang memerlukan anda memandu seorang diri sebuah trailer sepanjang 120 kaki dan seberat 90 tan, bergelar 'road train', menghantar barangan ke destinasi beribu batu di seluruh Australia? Itulah kerjaya seorang warga Melayu di benua Downunder ini demi memenuhi hasrat yang sekian lama terpendam. Ikuti perbualan beliau bersama Zaini Ahmad.
Pesta Colours of Malaysia 2025 kembali lagi November ini di Queen Victoria Market, Melbourne, Victoria. Zaini Ahmad berbual dengan Pengarah Projek pesta tahun ini, Dhanieya Mahadhevan, untuk mengetahui matlamat pesta dan apakah keistimewaan yang bakal dinikmati pengunjung kali ini.
Each time you donate blood, you can save up to three lives. In Australia, we rely on strangers to donate blood voluntarily, so it’s a truly generous and selfless act. This ensures that it’s free when you need it—but it also means we need people from all backgrounds to donate whenever they can. Here’s how you can help boost Australia’s precious blood supply. - Setiap pendermaan darah mampu menyelamatkan tiga insan yang memerlukan darah. Langkah kecil yang memberi kesan mendalam kepada mereka yang memerlukan bantuan. SBS Bahasa Melayu kali ini meninjau betapa seriusnya kekurangan yang dialami oleh tabung darah di semua hospital di Australia dan bagaimana anda, sebagai insan prihatin, mampu membantu.
Learn how to talk about cars and understand common Aussie car slang. - Pelajari bagaimana anda boleh berbual tentang kereta anda serta memahami slanga Aussie berkaitan kereta.
Di Australia, krisis kemampuan perumahan kian meningkat. Semakin hari harga dan sewa rumah semakin tinggi, manakala bilangan stok perumahan tidak mencukupi bagi menampung keperluan penduduk negara ini yang semakin bertambah. Akibatnya, peningkatan masalah ketunawismaan. Ikuti perbualan Zaini Ahmad dengan seorang warga Melayu membantu mereka yang tiada tempat berteduh.
Walaupun jauh merantau dari tanahair, warga Malaysia di Melbourne, Victoria, bukti semangat perpaduan kaum memeriahkan Pasar Malam Glen Waverley yang berlansung baru-baru ini. Zaini Ahmad berpeluang mengunjung pesta penuh kemeriahan ini sambil berbual dengan pengunjung berbilang kaum.
loading
Comments