DiscoverKeluar Sekejap
Keluar Sekejap
Claim Ownership

Keluar Sekejap

Author: Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan

Subscribed: 1,821Played: 6,516
Share

Description

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami.

For collaboration and sponsorship, contact keluarsekejap@gmail.com
102 Episodes
Reverse
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 98 bersama tetamu khas YB Datuk Wira Mas Ermieyati, Ahli Parlimen Masjid Tanah dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membincangkan tentang peranan PAC di Dewan Rakyat serta perkembangan terkini Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) TLDM. YB Datuk Wira Mas Ermieyati yang juga Naib Ketua Srikandi BERSATU turut berkongsikan bersama Keluar Sekejap perihal parti BERSATU termasuk berkenaan pemilihan parti, peranan PN sebagai pembangkang dan juga masa hadapan BERSATU dalam arena politik tanah air.   Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 97 antaranya membincangkan tentang kewujudan Titah Adendum bagi Dato’ Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara kepada tahanan di rumah dan habuan dari Kerajaan Madani menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu. Keluar Sekejap turut mengulas tentang anggaran ekonomi Malaysia suku pertama 2024, program kepakaran perubatan parallel pathway serta keputusan Kerajaan Madani membatalkan projek PJD Link. Keluar Sekejap juga menyentuh tentang konflik berterusan Iran dengan Rejim Zionis dan kegagalan Palestin menjadi anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi+601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 96 menampilkan tetamu khas iaitu Dr. Yuko Nakajima dan Paul McPhun dari Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) yang merupakan kumpulan petugas bantuan perubatan yang melaksanakan misi kemanusiaan di negara-negara yang mengalami konflik, wabak penyakit serta bencana alam dan manusia. Episod ini membincangkan tentang misi bantuan perubatan MSF di Palestin yang telah bermula semenjak tahun 1989 selain kedua-dua tetamu berkongsi pengalaman dan gambaran sebenar keadaan terkini di Semenanjung Gaza susulan genosid terbaharu Israel ke atas penduduk Palestin yang telah berlangsung sejak lebih 6 bulan yang lalu. Episod ini dijalankan dalam Bahasa Inggeris dengan pilihan sarikata Bahasa Melayu. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 95 antaranya membincangkan tentang kebarangkalian 7 pilihan raya kecil susulan pindaan perlembagaan parti Bersatu yang telah diluluskan oleh ROS dan perpaduan negara yang semakin rapuh akibat isu kalimah Allah yang belum reda. Keluar Sekejap turut mengulas tentang perjalanan reformasi PKR sempena ulang tahun ke-25 penubuhannya dan keadaan dalaman UMNO Selangor termasuklah berkaitan peletakan jawatan Tengku Zafrul sebagai Bendahari UMNO Selangor. Keluar Sekejap juga menyentuh tentang konflik Iran dan Rejim Zionis. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 94 Edisi Khas Raya antaranya telah membincangkan refleksi episod bersama YB Anthony Loke dan isu yang berbangkit tentang sistem PADU yang baru sahaja tamat tempoh pendaftarannya. Keluar Sekejap juga mengulas tentang suasana sambutan Aidilfitri di negara luar disertakan video disediakan khas oleh rakan-rakan yang berada di Luar Negara. Keluar Sekejap turut mengumumkan Jugador TV sebagai Ahli Baharu KS. Dikesempatan ini Keluar Sekejap ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com. Kredit Video : Kaherah, Mesir Muhammad Najmi Rosni dari Badan Perhubungan Cairo Osaka, Jepun Muhammad Ammar Azman dari Malaysian Students Association Japan (MSAJ) Irbid, Jordan Muhammad Kamar Hazim dari Mahasiswa Malaysia Irbid Sydney, Australia Muhammad Syahir Supian dari Badan Perhubungan Sydney London Afzaal Mauthor
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 93 yang telah menampilkan tetamu khas, YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan antaranya telah menelusuri perjalanan hidup beliau Keluar Sekejap juga mengulas tentang cabaran di Kementerian Pengangkutan serta transformasi pengangkutan di Malaysia. Keluar Sekejap turut menyentuh tentang ideologi DAP, hubungan PH-BN, PM daripada DAP, serta pengaruh Dinasti Lim dalam DAP. Dikesempatan ini Keluar Sekejap ingin mengucapkan terima kasih kepada AirAsia MOVE kerana telah menaja episod ini. What is AirAsia MOVE? ● Newest online travel agent, one-stop travel platform business of Capital A ● A complete end-to-end travel booking experience ● Provides products and services ranging from flights from 700 global carriers, 900,000+ hotels, ride-hailing, insurance, duty-free shopping ● Ecosystem backed by robust loyalty program, airasia rewards for members to earn, redeem airasia points ● Leverages its digital ecosystem with MAU of 15 million and 12 million downloads Layari https://www.airasia.com/en/gb untuk maklumat lanjut atau muat turun aplikasi AirAsia MOVE di Apple Store, Google Play atau App Gallery. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 92 antaranya membincangkan isu panas iaitu stoking yang tercetak kalimah Allah yang dijumpai di KK Mart pada minggu lepas.Keluar Sekejap juga menyentuh tentang keputusan Malaysia tolak penganjuran Sukan Komanwel 2026, perkembangan terkini di Gaza dan serangan pengganas di Moscow.Keluar Sekejap turut berkongsi tentang statistik, bacaan dan tontonan pilihan mereka bagi minggu ini.Statistik Pilihan Minggu Ini :KJ : https://www.economist.com/science-and-technology/2024/03/19/ai-models-can-improve-corner-kick-tactics SH : https://www.sinardaily.my/article/197149/focus/national/malaysians-spend-almost-20-hours-a-week-on-social-mediaBacaan Pilihan Minggu Ini :KJ : https://amzn.eu/d/aNd6z5zSH : https://www.middleeasteye.net/opinion/war-gaza-israel-all-signs-point-strategic-defeatTontonan Pilihan Minggu Ini :KJ : https://g.co/kgs/cWx1pgiSH : https://youtu.be/Abo5heb9clI?si=oH2ZlMkFp9fsNjHnhttps://youtu.be/9LlohFkpoy8?si=V-tJBXp4xElPCfFuhttps://youtu.be/3HHyxzEdu4g?si=Rp59CqlgXqUsTQVgBagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi+601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 91 yang telah menampilkan tetamu khas, YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri antaranya telah membincangkan Pindaan Perlembagaan Persekutuan Berhubung Perkara Kewarganegaraan yang bakal dibentangkan pada hari esok, 25 Mac 2024. Keluar Sekejap juga mengulas tentang Reformasi, Prestasi serta Keserasian Kerajaan Madani. Keluar Sekejap turut menyentuh tentang Pengecualian Usul Perhimpunan Agung UMNO, Akta Kesalahan Keselamatan (SOSMA) 2012 & Akta Hasutan 1948. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 90 antaranya membincangkan refleksi episod lalu yang menampilkan tetamu khas, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri, Menteri Besar Terengganu. Keluar Sekejap juga menyentuh tentang kelantangan dan ketegasan PMX mempertahankan Palestin di Jerman serta pendedahan Timbalan Menteri Kesihatan tentang pengaruh para pemain industri rokok serta produk merokok atau “Big Tobacco” ke atas pengguguran GEG. Keluar Sekejap turut berkongsi tentang statistik, bacaan dan tontonan pilihan mereka bagi minggu ini. Statistik pilihan Shahril : https://milkeninstitute.org/sites/default/files/2024-03/GlobalOpportunityIndex2024240301.pdf Statistik pilihan KJ : https://www.channelnewsasia.com/commentary/inflation-economic-outlook-instant-noodles-ramen-demand-4194896 Bacaan pilihan Shahril : https://twitter.com/GreyPhiri82/status/1742227287892803855?s=19 Bacaan pilihan KJ : https://yaqeeninstitute.org/read/paper/approaching-the-quran-through-the-names-of-allah Tontonan pilihan Shahril : https://youtu.be/lKO1dp4PM-Q?si=Vr6j69a8DwyXpKIX Tontonan pilihan KJ : https://youtu.be/fkIvmfqX-t0?si=CMzo9SQ8PU2qcEs3 #KeluarSekejap akan memberi ‘give away’ 100 pas percuma buat pendengar dan penonton setia KS, untuk seats semasa rakaman live serta berbuka puasa bersama KS di Semua House pada 24 Mac (Ahad). Dapatkan tiket sekarang di : https://www.eventbrite.com/e/keluar-sekejap-live-podcast-singgah-di-semua-by-gxb-tickets-863428075617?aff=oddtdtcreator Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 89 yang telah menampilkan tetamu khas, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri, Menteri Besar Terengganu antaranya telah menelusuri perjalanan hidup beliau. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang hala tuju kerajaan negeri Terengganu serta prestasi kerajaan Madani. Keluar Sekejap turut menyentuh tentang masa depan PAS dan Perikatan Nasional menuju PRU16. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.
Audio siar Keluar Sekejap Episod 88 antaranya telah membicarakan pindaan peruntukan kewarganegaraan di dalam perlembagaan persekutuan yang dijangka dibentangkan pada sesi parlimen kali ini.Keluar Sekejap juga membincangkan tentang perbandingan pulangan mencarum KWSP atau pulangan pencen serta kadar dividen KWSP.Keluar Sekejap turut berkesempatan menyentuh konsert Taylor Swift di Singapura yang berlangsung selama 6 hari. Keluar Sekejap ingin mengucapkan terima kasih kepada RASAKU kerana telah menaja episod kali ini.Sejak tahun 1994, RASAKU telah menjadi nama yang dikenali dalam kalangan rakyat, menawarkan pelbagai produk masakan seperti Santan & Krim Kelapa, Kerisik dan banyak lagi. Produk RASAKU dihasilkan di bawah SOP kebersihan yang ketat dan memenuhi standard keselamatan makanan antarabangsa. Dengan teknologi terkini dan pembungkusan tradisional, RASAKU berjaya memelihara rasa asli dan memastikan jangka hayat produk sehingga 36 bulan. RASAKU terkenal dengan kualiti tulen dan kecemerlangan yang konsisten, memberikan kebaikan semulajadi kepada setiap isi rumah.Jom #sapotlokal dan dapatkan produk #Rasaku di:👉#Shopee ( https://shopee.com.my/rasakumarketingproducts )👉#Lazada ( https://www.lazada.com.my/shop/rasaku-os?path=index.htm&lang=en&pageTypeId=1 )Untuk keterangan lanjut korang boleh hubungi team Rasaku dengan melayari laman web https://rasaku.com.my/ atau follow semua akaun media sosial Rasaku di https://linktr.ee/rasaku.my untuk dapatkan update terkini mengenai mereka.Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi+601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.
Welcome to Kindred Stories, a sister podcast Keluar Sekejap, where seeking knowledge and sowing kindness intersect. Join hosts Khairy and Shahril on a journey to explore the multifaceted experiences of Muslims around the globe. From personal anecdotes to thought-provoking discussions with influential Muslim figures, each episode delves deep into the narratives shaping our understanding of faith, culture, and humanity. Whether you seek inspiration, enlightenment, or simply a sense of connection, Kindred Stories offers a space where diverse voices unite in a quest for understanding and empathy. Tune in and join the conversation as we navigate the world together, one story at a time. Subscribe to stay updated on our latest episodes and join us in fostering a community of compassion and understanding. Subscribe and follow our socials!: Youtube Channel: https://www.youtube.com/@KindredStoriesPod FB: facebook.com/kindredstoriespod/ IG: instagram.com/kindredstories.pod/ TT: https://www.tiktok.com/@kindred.stories X: https://twitter.com/Kindredstories A big shoutout to our sponsor for the first episode: Airaz. Airaz, Founded in 2011, with more than 80,000 customers worldwide, is a Malaysian Sportswear brand focusing on Muslim Spiritual Fitness lifestyle. Airaz provides comfortable all climate wear, infusing Malaysian culture into their designs, they aim to be the first globally known Malaysian Muslim Sportswear brand, a unicorn by 2034. Check out http://www.airaz.my/ for more details!
Audio siar Keluar Sekejap Episod 87 antaranya telah membicarakan Resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera yang telah berlangsung pada 29 Februari hingga 2 Mac serta Kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Keluar Sekejap juga membincangkan tentang khutbah jumaat minggu lepas yang bertajuk Waspada Pemikiran Khawarij dan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL). Keluar Sekejap turut berkesempatan menyentuh peraturan terhadap kawal selia rokok dan vape. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.
Audio siar Keluar Sekejap Episod 86 antaranya telah membicarakan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Majlis Parlimen Ke-15 yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 26 Februari 2024. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang reaksi PMX terhadap kejatuhan nilai ringgit, Kod Etika Wartawan Malaysia, dan pembinaan lebuh raya PJD-Link. Keluar Sekejap turut berkesempatan menyentuh tentang isu discaj penjawat awam serta pesara kerajaan dari IJN. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.
Audio siar Keluar Sekejap Episod 85 antaranya telah membicarakan Post-Match Analysis PILPRES & PEMILU Indonesia 2024 yang telah berlangsung pada 14 Februari 2024. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang kejatuhan nilai ringgit yang menghampiri paras terendah sejak 1998. Keluar Sekejap dikesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada Mahajak Trio (MTE) yang telah menaja mikrofon SHURE untuk kami. Kepada pendengar dan penonton Keluar Sekejap yang ingin mendapatkan mikrofon SHURE, boleh dapatkan ia di Shopee melalui link dibawah dengan diskaun khas melalui Code SHUREKS : http://tinyurl.com/shp-mv7-ks Free gift premium hoodie dari SHURE juga akan disertakan bersama. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.
Ikuti sedutan episod khas Keluar Sekejap sempena Pesta Audio Siar Kuala Lumpur 2024 (KL Pod Fest 2024) yang dibawa khas oleh Mamee Chef berlangsung pada 4 Februari lalu. Antara kelainan yang kami tampilkan pada persembahan itu termasuklah membawa penonton menelusuri sejarah Malaysia pada dekad-dekad yang signifikan, kuiz dan pemberian barangan KS kepada penonton. Topik-topik yang dibincangkan pula merangkumi peluang PAS meletakkan calon Perdana Menteri; kepentingan Sabah dan Sarawak dalam senario politik negara; penarikan diri Malaysia daripada menganjurkan perlumbaan F1 serta harapan dan pandangan KS terhadap Perdana Menteri, YAB Anwar Ibrahim. Terima kasih kepada semua penaja-penaja yang telah menaja KL Podfest 2024!
Audio siar Keluar Sekejap Episod 84 antaranya telah membicarakan tentang KDNK Malaysia yang telah gagal mencapai sasaran, Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang bakal berlangsung pada 29 Februari hingga 2 Mac depan serta Pencen VS KWSP. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang isu penetapan harga Beras Putih Malaysia Madani dan pendakwaan terhadap NGO Aman Palestin. Bagi isu antarabangsa, Keluar Sekejap terus mengulas tentang genosid Israel dengan rancangan serangan besar-besaran rejim Zionis itu ke atas Rafah. Disertakan NGO-NGO yang sah dan diaudit untuk tujuan sumbangan kepada Palestin : 1. MyCare Humanitarian Care Malaysia Bhd - 8602135592 CIMB 2. ⁠Cinta Gaza Malaysia - 564810507826 Maybank 3. ⁠MERCY Malaysia - 8000792908 CIMB 4. ⁠Malaysian Relief Agency - 564098208020 Maybank 5. ⁠Viva Palestina Malaysia - 564324601324 Maybank 6. ⁠Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) - 55051097 0367 Maybank Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.
Audio siar Keluar Sekejap Episod 83 antaranya telah membicarakan isu hangat yang kini menjadi perbualan rakyat Malaysia, iaitu keputusan petisyen kes Nik Elin. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang isu Kampung Baru Cina yang ingin dijadikan Tapak UNESCO oleh YB Nga Kor Ming, Menteri KPKT. Keluar Sekejap berkesempatan mengulas tentang kemerosotan ekonomi China yang mampu menjejaskan negara. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.
Audio siar Keluar Sekejap Episod 82 antaranya telah membicarakan isu hangat yang kini menjadi perbualan rakyat Malaysia, iaitu Pengampunan 50% Dato’ Seri Najib Razak. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang legasi Tun Abdul Taib Mahmud di Sarawak. Keluar Sekejap berkesempatan mengulas tentang isu graduan asing bekerja di Malaysia dan kuota 30% wanita sebagai pembuat keputusan. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.
Audio siar Keluar Sekejap Episod 81 yang bersiaran secara langsung pada program “Malaysia Market Outlook 2024: Propelling Malaysia Forward” dianjurkan oleh Affin Bank, antaranya telah membicarakan tentang keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah dan pemasyhuran Sultan Ibrahim sebagai Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke XVII. Keluar Sekejap juga membincangkan tentang gambaran ekonomi Malaysia bagi tahun 2024 serta pertukaran beberapa kepimpinan GLC baru-baru ini. Bagi isu antarabangsa, Keluar Sekejap mengulas tentang Pilihan Raya Presiden AS. Di kesempatan ini, Keluar Sekejap serta para penonton mengucapkan terima kasih kepada Affin Bank kerana telah menaja episod kali ini. Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di tajaan.ks@gmail.com.
loading
Comments 
loading
Download from Google Play
Download from App Store