DiscoverHasrizal
Hasrizal
Claim Ownership

Hasrizal

Author: Hasrizal Abdul Jamil

Subscribed: 54Played: 177
Share

Description

PODCAST.HASRIZAL.COM

๐Ÿ“Œ

Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.

Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal
Paypal: https://paypal.hasrizal.com
Revolut: https://revolut.me/hasrizal
299ย Episodes
Reverse
Kita mengingatkan diri tentang keadaan akhir zaman yang penuh dengan keterbalikan, apabila kebohongan diraikan dan kebaikan dipandang buruk. Kita melihat bagaimana amanah dan pengkhianatan semakin mengelirukan dalam masyarakat, lalu menuntut kita untuk mencari pedoman yang benar agar tidak hanyut dalam kekacauan nilai. Kita turut menyedari kewujudan golongan yang menyesatkan, memberikan panduan tanpa ilmu. Kritikan As-Sanaโ€™ani terhadap tahun-tahun yang menipu mengingatkan kita bahawa peranan Ahlul Haq sering tidak dimainkan, sedangkan kitalah umat yang dipertanggungjawabkan untuk menegakkan yang benar dan menolak yang salah.Dalam konteks hari ini, kita juga berhadapan dengan pengaruh algoritma dan media sosial yang membentuk wacana serta cara maklumat tersebar, seiring perubahan pengalaman internet daripada era Web 1.0 kepada Web 2.0. Platform yang dahulunya menjadi ruang diskusi yang sihat semakin merosot fungsinya.Sejajar dengan kegelisahan ini, saya cuba meneroka persoalan tersebut melalui buku baharu yang bakal terbit bersama IMAN pada tahun 2026 nanti. Mudah-mudahan usaha ini menjadi manfaat untuk kita saling menguatkan, menghadapi ujian zaman yang ibarat โ€˜suci dalam debuโ€™. Kita memohon doa agar proses penerbitan berjalan lancar dan memberi kebaikan kepada semua.#hasrizalabduljamil #bukuiman #bukuhasrizal #bukuhasrizal2026 #pendidikanjalanislah
Musโ€™ab ibn Saad ibn Abi Waqqas RA menceritakan bagaimana bapanya Saad RA pada satu ketika pernah beranggapan kelebihan yang ada pada dirinya merupakan faktor kemenangan pihak Muslim. Ia disanggah oleh Nabi ๏ทบ dengan penegasan bahawa kita umat Islam beroleh kemenangan dan rezeki bukan kerana itu, tetapi apabila kita santuni golongan-golongan lemah yang memerlukan bantuan.Pada zaman itu, orang miskin, rendah taraf sosial, OKU, tidak mempunyai kedudukan dalam masyarakat, tidak mendapat pendidikan dan tidak signifkan untuk apa-apa.Sebab itulah Abu Jahal dan beberapa pemuka Quraish pernah mensyaratkan kepada Nabi Muhammad ๏ทบ andai baginda mahu dakwahnya mereka pertimbangkan, Rasulullah ๏ทบ hendaklah menyingkir kelompok โ€˜low classโ€™ berkenaan kerana pembesar Quraish itu tidak selasa bergaul dengan golongan sedemikian. Kisah berkenaan menjadi latar belakang turunnya ayat 28 surah al-Kahf yang menjadi peringatan kepada baginda dan umatnya agar dalam urusan mendidik, jangan terpesona dengan peluang dan prospek hingga mensesiakan golongan yang โ€˜marginalisedโ€™ ini. Islam sahaja ketika itu yang membela golongan terpinggir tanpa diskriminasi, merealisasikan Islam sebagai agama yang benar-benar rahmatan lil alamin.โ€œKita menang dan beroleh rezeki kerana pembelaan kita ke atas golongan lemahโ€ ini mengukuhkan lagi anjakan paradigma bahawa formula maju bukan pada melimpahkan sokongan dan peluang kepada golongan berprospek, kemudian pada masa yang sama mengabaikan mereka yang memerlukan bantuan.Inilah sisi paling rumit sepanjang advokasi saya untuk pendidikan adil dan saksama semenjak zaman sebelum mengenengahkan pendidikan inklusif lagi.Kita masih sangka kekuatan murid 20% teratas itu yang memajukan negara. Tetapi kalau tekuni sirah Nabi Muhammad ๏ทบ, kita menang dan beroleh rezeki hanya apabila kita santuni murid kelas belakang, murid OKU, murid yang tidak cukup dokumen untuk ada akses kepada pendidikan dan semua golongan yang dunia kata mereka beban lagi menyusahkan. Hanya Nabi Muhammad ๏ทบ sahaja yang kata mereka kunci kemenangan dan kemajuan kita.#pendidikaninklusifย #inclusiveeducation
โ€œAduhai, seorang lagi!โ€ keluh seorang guru.Muridnya ramai. Tanggungjawabnya banyak.Hari ini, kelasnya menerima seorang murid berkeperluan khas.Maknanya, kelas akan kacau. Beban kerja bertambah.Mujurlah keluh guru tadi sekadar rengus di dalam hati. Tidak terluah dek lidah, kerana beliau tahu akan tanggungjawabnya. Mudah-mudahan murid tadi dan ibubapanya yang kelihatan cemas itu tidak ternampak dahinya yang berkerut.โ€œBukankah senang, kalau ajar budak pandai-pandai sahaja!โ€ kata hati guru tadi.Namun Allah ๏ทป takdirkan di kelas itu, murid sedia ada sedang mengaji. Ada yang membaca Surah โ€˜Abasa. Surah menegur. Teguran dari langit menggegar bumi. Menggegar hatinya. Hati seorang guru yang seharusnya tidak lupa kepada teguran Allah kepada mahagurunya, Nabi Muhammad ๏ทบ.SURAH โ€˜ABASASurah Abasa sering kita dengar, tetapi jarang kita tekuni dengan penuh kesedaran terhadap konteksnya. Ia bukan sekadar kisah seorang sahabat yang buta. Ia peringatan santun tetapi tegas tentang bagaimana manusia, termasuk seorang pendidik, boleh tersilap memposisikan keutamaan.Teguran ini ditujukan kepada insan paling mulia, Nabi Muhammad ๏ทบ.Bukan kerana Baginda mengasari Abdullah ibn Umm Maktum RA.Baginda ๏ทบ tidak mengangkat suara, tidak menghina, dan tidak sekali-kali meremehkan beliau.Namun teguran turun, kerana pada saat itu terdapat satu detik kecil โ€“ kerutan kening, gangguan hati โ€“ yang dalam timbang tara langit dianggap besar.https://saifulislam.com/pendidikan-yang-mengabaikan-sebuah-abasa/#PendidikanInklusif #tadabbur #inklusif #adhddewasa #ADHDMalaysia
Kenapa guna pendidikan karakter? Mana pergi pendidikan Islam? Beginiโ€ฆPendidikan karakter bukan lawan pendidikan Islam. Pendidikan karakter adalah istilah bidang pendidikan. Ia bermaksud, untuk bentuk akhlak (yang Islam ambil berat), ada strategi tertentu disediakan untuk mencapainya.Jemput dengar. Pertanyaan dan maklum balas saya alu-alukan. Komen tidak berakhlak, saya padam dan ban demi kebaikan kita bersama.#pendidikankarakter #charactereducation #shapingexcellentcharacter #khalifahmethod #pendidikanislam
Komen 'Passive Agressive' Mengenai Hijrah ke Negara non Muslim Benarkah orang berhijrah kerana mengutamakan harta dan tidak mementingkan Akhirat?Apakah kefahaman yang betul mengenai hadis larangan Nabi ๏ทบ umat Islam tinggal bersama non Muslim?Luangkan masa empat minit anda mengikuti perbincangan ini.
Dalam beragama, soal kepercayaan bukan hanya membabitkan APA yang kita percaya, tetapi BAGAIMANA mempercayainya. Surah al-Kahf ayat 15 mengingatkan kita bahawa sebelum mempercayai sesuatu, kita kena hadirkan bukti. Ia disebut sebagai โ€˜Sultan Bayyinโ€™. Video ini menjelaskan karakter bukti menurut istilah ini dan bagaimana percaya berasaskan bukti mencorakkan perangai kita dalam kehidupan seharian. Apabila kita abaikan perkara ini, ia menjadi musibah.Era pasca kebenaran. Post truth era.Kebenaran sudah tidak penting. Bukti sudah tidak perlu. Manusia mendakwa, bercakap, menuduh sesuka hati. Dan mendatangkan hujah kebenaran tidak dapat mengubah pendirian.Kita masuk ke era fitnah Dajjal yang Nabi ๏ทบ amarankan.#ibrah #surahalkahf #alkahf #kebenaran #muhasabahย 
๐—ฃ๐—”๐——๐—”๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—˜๐—ก ๐—๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ž: ๐—›๐—”๐—ง๐—œ ๐—ง๐—œ๐—ฆ๐—จ ๐—”๐—ง๐—”๐—จ ๐—๐—”๐—š๐—” ๐—•๐—”๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—˜?Apabila pengunjung halaman meninggalkan komen buruk, adakah pengurus atau pemilik halaman patut biarkan sahaja, atau sorok (FB Page), padam, dan/atau 'ban' penulis komen berkenaan?Dilemanya ialah, jika tindakan diambil ke atas komen tersebut, ia lazim dianggap menyekat kebebasan bersuara, tidak terbuka terhadap perbezaan pendapat, malah mungkin dikecam sebagai 'berhati tisu'.Sedangkan, tindakan berkenaan diambil mungkin atas pertimbangan lain. Kita perlukan persekitaran yang selamat untuk berbincang.๐—ž๐—”๐—ง๐—” ๐—ž๐—”๐—๐—œ๐—”๐—กKajian menunjukkan membaca maklumat faktual dalam talian boleh membetulkan sebahagian kepercayaan salah, tetapi kesannya kecil dan mudah dipengaruhi faktor lain. Semakan fakta mengurangkan kepercayaan terhadap maklumat salah secara sederhana (Walter et al., 2021), namun maklumat salah berkaitan sains lebih sukar diperbetulkan (Walter & Murphy, 2023), dan dakwaan palsu terus mempengaruhi walaupun telah dibuktikan salah; fenomena ๐™˜๐™ค๐™ฃ๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™ช๐™š๐™™ ๐™ž๐™ฃ๐™›๐™ก๐™ช๐™š๐™ฃ๐™˜๐™š ๐™š๐™›๐™›๐™š๐™˜๐™ฉ (Lewandowsky et al., 2012).Pendedahan berulang meningkatkan persepsi kebenaran terhadap maklumat palsu (๐™ž๐™ก๐™ก๐™ช๐™จ๐™ค๐™ง๐™ฎ ๐™ฉ๐™ง๐™ช๐™ฉ๐™ ๐™š๐™›๐™›๐™š๐™˜๐™ฉ) (Fazio et al., 2015), manakala confirmation bias dan belief perseverance menyebabkan fakta bercanggah ditolak atau disalah tafsir (Nickerson, 1998).Di media sosial, ๐™š๐™˜๐™๐™ค ๐™˜๐™๐™–๐™ข๐™—๐™š๐™ง dan ๐™›๐™ž๐™ก๐™ฉ๐™š๐™ง ๐™—๐™ช๐™—๐™—๐™ก๐™š ๐™–๐™ก๐™œ๐™ค๐™ง๐™ž๐™ฉ๐™ข๐™– menguatkan polarisasi dan menyukarkan pembetulan diterima (Cinelli et al., 2021; Flaxman et al., 2016).Kandungan berbentuk emosi atau penceritaan lebih berkesan daripada fakta semata-mata (Bavel et al., 2022), dan pemikiran analitik meningkatkan kesediaan mengubah kepercayaan (Unkelbach & Rom, 2024).๐—•๐—”๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—˜Saya mengendalikan perbincangan dalam talian secara aktif semenjak tahun 1998. Itu sudah hampir tiga dekad. Pertimbangan saya ialah, keutamaan mengekalkan suasana sihat dalam perbincangan lebih utama, berbanding 'memberi peluang' dan 'hak kebebasan bersuara', tatkala individu gagal menjaga baseline.Baseline yang saya maksudkan ialah, setuju atau tidak setuju, berbahasalah dengan baik. Kita tidak perlu kelayakan akademik atau ilmu agama tinggi untuk berbahasa baik.Apabila komen jatuh dalam kategori kecelaan lisan yang agama Islam turut mengkelaskannya sebagai mazmumah yang banyak menghantar manusia ke Neraka, memadam komen malah ban netizen seperti ini adalah cara kita membantunya. Membantunya berhenti membuat zalim, aniaya, dan dosa.ู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…โ€:โ€ โ€œุงู†ุตุฑ ุฃุฎุงูƒ ุธุงู„ู…ู‹ุง ุฃูˆ ู…ุธู„ูˆู…ู‹ุงโ€ ูู‚ุงู„ ุฑุฌู„โ€:โ€ ูŠุง ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุฃู†ุตุฑู‡ ุฅุฐุง ูƒุงู† ู…ุธู„ูˆู…ู‹ุง ุฃุฑุฃูŠุช ุฅู† ูƒุงู† ุธุงู„ู…ู‹ุง ูƒูŠู ุฃู†ุตุฑู‡โ€ุŸโ€ ู‚ุงู„โ€:โ€ โ€"โ€ุชุญุฌุฒู‡ -ุฃูˆ ุชู…ู†ุนู‡- ู…ู† ุงู„ุธู„ู… ูุฅู† ุฐู„ูƒ ู†ุตุฑู‡โ€ โ€(โ€โ€(โ€ุฑูˆุงู‡ ุงู„ุจุฎุงุฑูŠโ€)โ€โ€)๐˜™๐˜ข๐˜ด๐˜ถ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๏ทบ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฃ๐˜ฅ๐˜ข, "๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ด๐˜ข๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ, ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ป๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ป๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ช." ๐˜š๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข: "๐˜ž๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ช ๐˜™๐˜ข๐˜ด๐˜ถ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ! ๐˜ˆ๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ป๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ช, ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ต๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ข๐˜จ๐˜ข๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ป๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ช?" ๐˜‰๐˜ข๐˜จ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข ๏ทบ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฃ๐˜ฅ๐˜ข, "๐˜’๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ป๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ. ๐˜๐˜ต๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข." [๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ด ๐˜ณ๐˜ช๐˜ธ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ต ๐˜ข๐˜ญ-๐˜‰๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช]#netizenย #tazkirahย #muhasabahย #hasrizal
๐—๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ: ๐—•๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—˜๐—บ๐—ผ๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—”๐˜€๐—ฎ๐˜€ ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ปNabi ๏ทบ pernah mengecam satu tindakan yang baginda namakan sebagai seruan jahiliah, iaitu apabila berlaku konflik, lalu orang mula memanggil geng, kaum, atau kelompoknya untuk menyokongnya bukan kerana kebenaran, tetapi kerana kesetiaan kelompok.Dalam Sahih Muslim, diceritakan satu peristiwa ketika Perang Bani al-Mustaliq. Seorang Muhajirin, Jahjah bin Qais, menampar punggung seorang Ansar, Sinan bin Wabarah. Sinan marah dan melaungkan: โ€œWahai Ansar!โ€ Jahjah pula membalas: โ€œWahai Muhajirin!โ€Nabi ๏ทบ terus campur tangan dan bersabda:โ€œApa hal dengan seruan jahiliah ini? Tinggalkannya. Ia busuk!โ€Perkara ini disaksikan oleh Abdullah bin Ubay, ketua munafik. Beliau tahu makna konflik ini. Ia resepi perpecahan dan kelemahan. Lalu dia berkata: โ€œMereka sudah lakukannya. Jika kita pulang ke Madinah, yang mulia akan mengusir yang hina.โ€ Yang dimaksudkannya โ€œhinaโ€ ialah Nabi ๏ทบ sendiri.Umar RA ingin membunuhnya, namun Nabi ๏ทบ menolak: โ€œBiarkan. Jangan nanti orang kata Muhammad membunuh sahabatnya.โ€Pengajarannya? Konflik kecil menjadi besar apabila kita mula menilai orang berdasarkan kumpulan, bukan tindakan. Kita menyeru โ€œsolidaritiโ€, tetapi sebenarnya sedang meniup api โ€™asabiyyah.Hari ini, kita ulang kesilapan yang sama. Bila berlaku isu, kita cepat melabel: dia geng mana? aliran apa? parti mana? Maka konflik peribadi berubah jadi peperangan puak.Islam datang untuk menamatkan ini. Sebelum kita menyertai mana-mana pihak, tanyalah:Adakah tindakan ini mendamaikan? Atau aku sedang menyeru seruan jahiliah, versi digital?Jangan ulang jahiliah dengan wajah baharu. Nabi ๏ทบ sudah membanterasnya 1400 tahun lalu.#solidariti #jahiliah #tazkirah #muhasabah #hasrizalabduljamil
Walaupun solat lima waktu itu wajib dan solat berjemaah amat dititikberatkan, masjid tidak pernah menjadi institusi yang diwajibkan ke atas kita. Sekolah, sebaliknya, adalah satu-satunya institusi yang diwajibkan ke atas setiap individu, namun sering kali gagal berfungsi seperti yang sepatutnya. Seperti yang diungkapkan oleh Neil Postman di dalam Teaching as a Subversive Activity, sekolah hari ini ibarat memandu kereta mewah dengan kelajuan tinggi sambil hanya memandang ke cermin pandang belakang. Kita terpesona dengan kelengkapan teknikal, kecanggihan kemudahan, dan pencapaian akademik, tetapi kehilangan arah tuju yang sebenar; untuk apa pendidikan itu diwujudkan, dan ke mana ia seharusnya membawa generasi akan datang.Sistem pendidikan moden sering menumpukan perhatian kepada angka pencapaian, penguasaan peperiksaan, dan perlumbaan mengejar kemajuan material, tetapi kurang memberi ruang untuk membentuk daya fikir kritis, keupayaan menyelesaikan masalah, dan kesedaran sosial yang mendalam. Dengan segala teknologi, silibus padat, dan inovasi pendidikan, kita seperti mempercepat perjalanan tanpa memastikan destinasi itu memberi makna kepada kehidupan dan kesejahteraan pelajar.Postman memberi amaran bahawa kegagalan memahami hala tuju pendidikan ini adalah tanda kita sedang menunggu sebuah โ€œpelanggaran besarโ€. Kita membesarkan anak-anak dalam sistem yang indah pada rupa luaran tetapi rapuh pada fungsinya, satu pelaburan besar yang berisiko merugikan masa depan masyarakat. Sekolah tidak lagi sekadar tempat belajar fakta, tetapi menjadi cerminan ke mana arah peradaban kita, dan jika hala tuju itu kabur, maka pendidikan yang diwajibkan ke atas setiap individu tidak lebih daripada satu kewajipan tanpa visi.#neilpostman #teachingasasubversiveactivity #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #Pendidikan
๐—ง๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—›๐—จ ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ฃ๐—” ๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š: ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—œ๐—ก๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก Alhamdulillah, baru-baru ini kami sekeluarga bersyukur apabila salah seorang anak kami memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Leaving Certificate. Peperiksaan ini setaraf dengan A-Level atau STPM dan merupakan langkah penting untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertiari.๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—•๐—”๐—ก๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—”๐—กSaya cuba memahami bagaimana anak kami mencapai keputusan cemerlang, saya kumpulkan beberapa teknik yang digunakan tanpa disedari oleh beliau sendiri. Antara kaedah yang beliau gunakan adalah membina bank pengetahuan menggunakan aplikasi Notion. Setiap kali selepas kelas, beliau mencatatkan apa yang telah dipelajari, topik yang diliputi, dan isu yang timbul. Teknik ini membantu beliau menguruskan pembelajaran dalam jangka masa panjang.๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ ๐—ก๐—ข๐—ง๐—” ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—กSelain itu, beliau menggunakan iPad dengan Apple Pencil untuk mencatat nota. Kajian menunjukkan bahawa menulis nota dengan tangan membantu memproses maklumat secara mendalam dan ada makna (meaningful) kerana nota ditulis menggunakan ayat sendiri. Ia membantu memindahkan maklumat dari memori jangka pendek ke memori jangka panjang. Ini kerana penulisan tangan memerlukan pelajar untuk menafsir dan meringkaskan maklumat dengan kata-kata sendiri. Nota yang ditaip berisiko menjadikan kita menaip terus apa yang didengar tanpa melalui proses memaknakannya dalam minda.๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ข๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก Semasa menulis nota, si anak juga mencatat soalan-soalan yang terlintas dalam fikirannya. Kemahiran ini penting kerana ia murid tidak mudah menyedari apa yang dia tidak tahu, belum tahu, hendak tahu. Soalan, adalah petanda terjadinya 'berfikir' semasa belajar. Ia antara 'permata yang hilang' dalam pembelajaran hari ini. Menulis nota dalam bentuk soalan-soalan adalah satu cara untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan reflektif.๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—œ๐— ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”Sempat juga saya berleter menekankan bahawa kejayaan bukan hanya bergantung kepada usaha semata-mata, tetapi juga merupakan rezeki daripada Allah ๏ทป . Oleh itu, penting untuk menjaga amalan seperti solat dan berbuat baik kepada ibu bapa. Sifat bertanggungjawab dan peka dengan persekitaran juga adalah nilai yang penting untuk diterapkan dalam kehidupan seharian.๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—กKeseluruhan pengalaman ini memberi kami pelajaran berharga yang boleh dikongsi dengan anak-anak lain. Kejayaan dalam peperiksaan tidak hanya diukur melalui markah, tetapi juga melalui pengajaran dan kebaikan yang terbit daripadanya. Barakah bermaksud kebaikan yang melimpah dan berganda. Tanda rezeki itu ada barakah, ialah apabila satu kebaikan melahirkan kebaikan-kebaikan yang lain.Sisi bagusnya juga ialah benda-benda ini si anak teroka dan bina sendiri. Bukan ikut-ikut atau saya suruh. Namun sebagai pendidik yang pernah mengajar subjek study skills dahulu, kemahiran belajar berasaskan sains pembelajaran adalah benda yang sentiasa saya beri perhatian dan ambil berat. Ia ada asas kukuh dan boleh dilatih.Mudah-mudahan, dengan berkongsi pengalaman ini, anak-anak lain dapat mengambil manfaat dan berjaya dalam pelajaran mereka.Keputusan peperiksaan hanya untuk meneruskan perjalanan seterusnya dalam hidup. Ia tidak harus pergi berlebih-lebihan pada mendefinisi harga diri sesiapa.Wallahualam.#pendidikanjalanislah #hasrizalabduljamil #khalifahmethod #peperiksaan #pendidikan
๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—๐—˜๐— ๐—”๐—”๐—› ๐—ฃ๐—จ๐—ก ๐—”๐——๐—” ๐—”๐—ž๐—›๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ก๐—ฌ๐—”โ€œAlamak, terkentut pulak!โ€ rungut Ali di dalam hatinya.Mujur tidak berbunyi. Kalau tidak, segan juga dibuatnya.Sebaik sahaja Ali hendak melangkah ke luar meninggalkan saf, beliau dihalang oleh salah seorang jemaah yang bersolat. Maklum sahaja, berjalan di hadapan orang bersembahyang, adalah perbuatan yang dilarang agama.Ali teringat hadis Nabi ๏ทบ :ุฅูุฐูŽุง ุฃูŽุญู’ุฏูŽุซูŽ ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ูููŠ ุตูŽู„ุงูŽุชูู‡ู ููŽู„ู’ูŠูŽุฃู’ุฎูุฐู’ ุจูุฃูŽู†ู’ููู‡ู ุซูู…ูŽู‘ ู„ู’ูŠูŽู†ู’ุตูŽุฑููู’โ€œ๐˜ˆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ช ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ด ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ด๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ข๐˜ต๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข, ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ข๐˜ณ.โ€ (๐˜š๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ˆ๐˜ฃ๐˜ช ๐˜‹๐˜ข๐˜ธ๐˜ถ๐˜ฅ : 1114)Baru beliau perasan di mana silapnya.Beliau perlu proaktif mengelak daripada jemaah lain terganggu. Pada masa yang sama, air muka terjaga sama. Tidaklah malu dan mengundang gossip liar jemaah:โ€œIshh, kentut pulak mamat tu. Makan petai ke apa?โ€Kalau di Ireland dahulu, baked bean!Ali mengambil semula wuduk, dan segera menyertai jemaah menyempurnakan solat beliau.Usai bersolat, Ali terkenang kitab kecil tulisan Abbas al-Sisi rahimahullah, yang beliau pernah baca. Abbas al-Sisi memetik hadis ini untuk membincangkan tentang kepentingan akhlak sebagai agenda besar usaha dakwah dan perjuangan Islam. Sebagai pemimpin al-Ikhwan al-Muslimun ketika itu, beliau mengingatkan para pejuang Islam, betapa tingginya tatatertib hidup kaum Muslimin yang Nabi Muhammad ๏ทบ ajar.Hingga soal terkentut semasa solat Jemaah pun ada tatasusilanya.Memegang hidung, seolah-olah hidung berdarah. Hidung berdarah atau disebut sebagai ุฑูุนุงู (ruสปฤf), adalah perkara yang turut membatalkan wuduk. โ€˜Berpura-puraโ€™ hidung berdarah dengan memegang hidung itu tidak dianggap menipu. Sekadar strategi yang cukup untuk menjaga aib muka sendiri, dan mengekalkan keharmonian komuniti. Terpulang apa yang hendak jemaah sangkakan andai terlihat seseorang memegang hidung semasa keluar meninggalkan saf. Apa yang penting, sesama Muslim dan Mukmin itu, benang-benang yang menjahit mereka menjadi tenunan ummah yang indah, adalah pada akhlak.Tiada yang terlalu kecil untuk baginda ๏ทบ santuni.Mudah-mudahan apabila kita ingat semula hadis ini, kita kembali menghargai agama Nabi Muhammad ๏ทบ yang begitu indah. Jauh daripada jerit pekik, malu memalukan, ghairah melihat orang buat salah, hingga didikan yang baginda ๏ทบ tinggalkan tercemar dan jarah.HasrizalNaas, Ireland
๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—› ๐—˜๐—ฅ๐—” '๐—ฅ๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—•๐—Ÿ๐—œ๐—– ๐—ข๐—™ ๐—ฉ๐—œ๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—˜': ๐—ง๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐——๐—œ '๐—ช๐—”๐—ž๐—œ๐—Ÿ' ๐— ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—Ÿ ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—กPolitik berkaitan dengan usaha memperbaiki urus tadbir masyarakat dan mengharuskan fokus pada kompetensi dalam pengurusan.Penggabungan politik dengan moral dan kebenaran boleh membawa risiko apabila ia mengaitkan pihak yang menentang dengan menentang kebaikan dan kebenaran.Sejarah menunjukkan contoh, seperti di Perancis, di mana perjuangan untuk moral dan kebaikan berubah menjadi pemerintahan autoritarian.Fokus utama dalam politik haruslah pada integriti dan kompetensi, bukan semata-mata pada penggabungan agama dengan politik.Salah faham mengenai pemisahan agama dan politik boleh membawa kepada ekstremisme dan keganasan. ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—นPembabitan dalam politik adalah usaha untuk memperbaiki urus tadbir demi kebaikan masyarakat. Namun, apabila politik digabungkan dengan moral dan kebenaran, ia membawa risiko besar. Keadaan semasa di Amerika Syarikat dengan parti Republican dan MAGA di bawah Trump menunjukkan bagaimana nilai dan moral yang dipromosikan boleh dilihat sebagai mewakili kebenaran mutlak. Ini menimbulkan bahaya apabila sesiapa yang menentang dilabel sebagai menentang kebaikan dan kebenaran.๐—–๐—ผ๐—ป๐˜๐—ผ๐—ต ๐—ฆ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต: ๐—ฅ๐—ฒ๐˜ƒ๐—ผ๐—น๐˜‚๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐˜€Sejarah menawarkan pengajaran melalui contoh Revolusi Perancis di bawah Robespierre. Perjuangan untuk moral dan keadilan sosial bertukar menjadi pemerintahan autoritarian berdarah. Lebih 40,000 orang dibunuh dalam tempoh singkat (1793-1794) untuk mempertahankan โ€˜kebaikanโ€™ yang ditentukan oleh pihak berkuasa. Robespierre berpendapat bahawa โ€˜terrorโ€™ diperlukan untuk mengekalkan virtue, menunjukkan bahaya apabila politik disamakan dengan kebenaran mutlak.Katanya:โ€œ๐˜๐˜ง ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ด ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ณ ๐˜จ๐˜ฐ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ช๐˜ด ๐˜ท๐˜ช๐˜ณ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฆ, ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ด ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ณ ๐˜จ๐˜ฐ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ด ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ต๐˜ฉ ๐˜ท๐˜ช๐˜ณ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฆ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ณ.โ€๐—™๐—ผ๐—ธ๐˜‚๐˜€ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—จ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—ง๐—ฎ๐—ฑ๐—ฏ๐—ถ๐—ฟKisah ini menekankan pentingnya kompetensi dalam urus tadbir politik. Politik yang berasaskan kepercayaan dan moral peribadi tidak harus mengorbankan kebolehan untuk mengurus dengan baik. Sebaliknya, akhlak dan keimanan harus menjadi urusan peribadi yang membantu membentuk integriti, tetapi bukan sebagai asas untuk mendakwa pihak lain menentang kebaikan, jika mengkritik kompetensi urus tadbirnya.๐—ฅ๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ธ๐—ผ ๐—–๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธCampuran agama dan politik boleh membawa kepada salah faham dan ekstremisme. Menyatakan bahawa menolak satu idea politik bermakna menolak agama atau kebenaran boleh membawa kepada ekstremisme yang berbahaya. Kesedaran terhadap sejarah dan pemisahan antara urusan politik dan agama adalah penting untuk mengelakkan keganasan dan pemerintahan autoritarian.Memisahkan secara total agama dengan politik lazim ditakrifkan sebagai sekularisme. Sedangkan pada masa yang sama, gagal melihat garis daerah antara agama dan urus tadbir, ia sama seperti menganggap muamalat = akidah. Ia mengundang musibah.#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland #ibrah
๐Ÿ“– Imam Birgivi(ุงู„ุจุฑูƒูˆูŠ) membahagikan al-Jahl (kejahilan) kepada dua:1๏ธโƒฃ al-Jahl al-Basฤซแนญ (sederhana) โ€“ tidak tahu dan sedar dirinya tidak tahu. Ubatnya: belajar.Ada juga jahil yang terjadi kerana percanggahan hujah. Ia mencetuskan bingung, ragu, berbelah bagi, atau terhenti berpendirian. Ubatnya: aplikasi proses berfikir dengan logik & qawa'id akal.Jahil yang kompleks memerlukan upaya berfikir yang baik. Tanpanya, ia sukar diselesaikan.Jahil dalam perkara yang kita tidak ada keperluan tahu, tidak mengapa. Jahil yang salah dan keji ialah apabila kita tiada ilmu di dalam perkara yang kita kena ada ilmu mengenainya.Maknanya, sebelum buat satu-satu perkara atau hendak bercakap mengenainya, periksa dahulu kita ada ilmu mengenainya atau tidak. Mengadakan ilmu berkenaan adalah keutamaan dan keselamatan. Melangkauinya dan main belasah aje, terjebak dalam kehinaan dan kesesatan, lebih daripada sesatnya haiwan ternak.2๏ธโƒฃ al-Jahl al-Murakkab (kompleks)Jahil bencana ialah jahil berlapis-lapis, tidak peduli kepadanya, bahkan tidak rasa ia salah dan bermasalah. Jahil kategori ini, ada ancaman dunia dan ada azab Akhirat yang menanti.#birgiviย #imambirgiviย #ุงู„ุจุฑูƒูˆูŠย #hasrizalabduljamilย #ustazhasrizal
๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—•๐—˜๐—ฅ: ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—”๐—› '๐—ง๐—œ๐—ž๐—จ๐—ฆ ๐—•๐—”๐—œ๐—ž ๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ'[Baca artikel penuh di blog: https://saifulislam.com/buli-siber-dakwah-tikus-baik-labu/]Semalam, di halaman Facebook saya, timbul satu pertanyaan menarik berhubung statistik yang meletakkan Malaysia antara negara tertinggi di dunia terlibat dalam buli siber. Pengunjung tersebut bertanya, adakah apabila kita melihat orang melakukan maksiat, seperti tidak menutup aurat, lalu kita menegur, perbuatan itu dikategorikan sebagai buli siber? Dan jika kita tidak mahu termasuk dalam statistik tersebut, maka bila nampak maksiat kita perlu biarkan sahaja?Soalan ini berat. Ia menggambarkan bahawa niat yang baik sahaja tidak cukup untuk mengislamkan perbuatan kita, jika ia tidak diserlahkan melalui cara yang baik dan menatijahkan kebaikan.Memang Nabi ๏ทบ mengajarkan bahawa apabila kita melihat kemungkaran, kita perlu bertindak.โ€œ๐˜š๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข (๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ด๐˜ข); ๐˜ซ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ต๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ, ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข (๐˜ฏ๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต); ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ซ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ต๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ ๐˜ซ๐˜ถ๐˜จ๐˜ข, ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข (๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ); ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ-๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ.โ€ [๐˜™๐˜ช๐˜ธ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ต ๐˜”๐˜ถ๐˜ด๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ]๐˜™๐˜ถ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ: ๐˜๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ด 34, 40 ๐˜๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ด ๐˜ข๐˜ฏ-๐˜•๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ธ๐˜ชHadisnya menyebut perkataan ููŽู„ู’ูŠูุบูŽูŠูู‘ุฑู’ู‡ู (maka hendaklah dia mengubah), bukan sekadar ูŠูู†ู’ูƒูุฑูู‡ู (menegur). Perkataan fal-yughayyirhu menuntut perubahan yang membawa hasil: yang salah menjadi betul, yang buruk menjadi baik.Maknanya, nahi mungkar bukan sekadar berkata, โ€œAku dah tegur, kalau kau tak terima, itu nasib kau.โ€ Walaupun teguran itu betul, jika disampaikan dengan cara yang mendatangkan mudarat atau menimbulkan kemungkaran baharu, itu bukanlah nahi mungkar. Pepatah Melayu menyebut, bagai tikus membaiki labu.Dakwah yang tidak memelihara maruah orang dan gagal membezakan antara buli siber dengan nahi mungkar lebih banyak merosakkan daripada membawa kebaikan.Dakwah tikus baik labu.Hakikatnya ia buli siber.Allah ๏ทป dan Rasulullah ๏ทบ tidak suka.#pendidikanjalanislah #dakwah #hasrizalabduljamil
Ubat Atau Makanan Atasi Masalah Anak Tak Faham Silibus?#hasrizalabduljamil #pendidikanjalanislah #khalifahmethod #pendidikanfatamorgana
Apabila anak mula bersekolah, persaingan mula terjadi antara pengaruh kita di rumah dengan pengaruh yang anak bawa pulang daripada pengalaman persekolahannya. Ia harus mencetuskan prihatin ibu bapa untuk memerhati perkembangan, dan perubahan yang berlaku.Anak sepatutnya berasa gembira dengan pengalaman baharu itu. Persekolahan meluaskan dunianya, menambah kawan dan pengalaman, mengeluarkannya daripada rutin kebiasaan yang anak sudah biasa di rumah.Akan tetapi, jika anak balik dari sekolah tidak gembira, ibu bapa perlu semak:Pertama, faktor anak sendiri. Mungkin ada penyesuaian diri perlukan bantuan. Malah mungkin anak rasa tak selesa mahu buang air kecil dan besar di sekolah, menahan hingga balik ke rumah. Dapatkan maklumat dan sembang dengan anak.Kedua, kita tinjau faktor sekeliling anak. Jika faktor tandas tadi wujud, boleh juga terjadi tandas di sekolah tidak bersih atau ketinggian tidak sesuai, anak tidak tahu macam mana hendak menghadapinya.Lihat juga ada isukah antara anak dengan kawan-kawannya, dengan cikgu, dengan silibus dan aktiviti pembelajaran di sekolah.Apa yang utama, menghantar anak ke sekolah bukan bermaksud memindahkan tanggungjawab mendidik kepada sekolah dan guru. Ia melengkapkan keperluan anak dan menambah apa yang ibu bapa ada kekangan menambah sendiri di rumah.Anak perlu gembira dengan pengalaman awal persekolahannya. Jika sebaliknya, ibu bapa perlu ambil tahu dan buat sesuatu mengenainya.#ustazhasrizalย #hasrizalabduljamilย #hasrizalย #pendidikanjalanislahย #khalifahmethod
TAUHID ITU SIMPLE TAPI BUKAN SIMPLISTIKAsas agama kita ialah Tauhid, mentauhidkan Allah SWT tanpa menyekutukan-Nya. Tauhid mudah difahami, namun tidak menjadikan agama ini simplistik. Ia tetap menuntut kita berfikir, memahami kerencaman ideologi, dan menguasai ilmu.Dalam Fiqh Sirah, Muhammad Saโ€˜id Ramadan al-Bลซแนญฤซ memetik pandangan Abul Hasan Ali an-Nadwi dalam Mฤdzฤ Khasira al-โ€˜ฤ€lam bi Inhithฤt al-Muslimฤซn, bahawa keadaan Semenanjung Tanah Arab ketika kebangkitan Islam lebih stabil berbanding kekacauan falsafah dan ideologi yang melanda Rom dan Parsi. Masyarakat Arab Jahiliyyah, walaupun rosak dari segi akidah dan moral, masih memiliki pemikiran yang teratur, sehingga mudah menerima kebenaran apabila dijelaskan. Ibn Khaldun turut mengulas pandangan ini.Hari ini, kita berdepan masyarakat dengan pemikiran bercampur-campur antara Timur dan Barat, lama dan moden. Untuk menyampaikan Tauhid dalam konteks ini, kita perlu memahami kekeliruan yang berlaku dan menguasai pelbagai disiplin: ilmu agama, sejarah Islam dan tamadun dunia, perkembangan teknologi, serta kajian tentang kecelaruan kognitif, bias pemikiran, dan kerosakan reasoning. Kita hidup di era di mana cabaran beragama bertambah dengan akal yang semakin tidak sihat. #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
๐‘๐„๐€๐Š๐’๐ˆ "๐“๐„๐‘๐๐€๐‹๐ˆ๐๐† ๐‹๐€๐๐“๐€๐๐†" ๐˜๐€๐๐† ๐๐€๐๐ˆ ๐’”.๐’‚.๐’˜ ๐“๐€๐Š ๐’๐”๐Š๐€Bersikap lemah lembut terhadap manusia dan berinteraksi dengan mereka secara sopan santun adalah antara permata dalam rantaian akhlak Islam, dan ia merupakan sifat kesempurnaan. Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ Maha Lembut, dan Dia menyukai kelembutan daripada hamba-Nya.Dalam hadis ini, Ummul Mukminin สฟฤ€โ€™ishah RA menceritakan bahawa orang-orang Yahudi datang menemui Nabi ๏ทบ lalu berkata: โ€œal-sฤmu สฟalaykumโ€, seolah-olah memberi salam Islam kepada Baginda ๏ทบ dan para sahabat, sedangkan hakikatnya mereka sedang mendoakan keburukan. โ€œAl-sฤmโ€ bermaksud kematian dan kebinasaan. Namun Nabi ๏ทบ menyedari maksud sebenar ucapan mereka, lalu Baginda menjawab: โ€œwa สฟalaykumโ€ (dan ke atas kamu juga). Maksud jawapan Baginda ialah: ke atas kamu seperti apa yang kamu ucapkan sebagai doa.ฤ€โ€™ishah RA juga memahami maksud ucapan mereka, lalu berkata: โ€œAl-sฤmu สฟalaykum, semoga Allah melaknat kamu dan murka kepada kamu.โ€ Beliau membalas dengan lafaz dan kata-kata yang sama, bahkan menambah doa keburukan kepada mereka. Maka Rasulullah ๏ทบ menegurnya: โ€œBertenanglah, wahai สฟฤ€โ€™ishah. Hendaklah engkau berpegang dengan kelembutan,โ€ iaitu bersabar, berhemah dan berhati-hati dalam tindakan. Baginda melarang beliau daripada bersikap kasar atau melampau dalam kata-kata. โ€œKekasaranโ€ di sini bermaksud ketegasan yang berlebihan ketika berinteraksi, manakala โ€œmelampauโ€ bermaksud keterlaluan dalam ucapan dan jawapan, bukan semata-mata kata-kata yang buruk.Dalam riwayat al-Sahihain disebut: โ€œSesungguhnya Allah menyukai kelembutan dalam setiap perkara,โ€ iaitu Allah mengasihi hamba-Nya yang berwatak lunak, mudah berurusan dan tidak bersikap keras atau kasar. Dengan kelembutan, tujuan dapat dicapai dan maksud menjadi mudah, sesuatu yang tidak dapat diperoleh dengan kekerasan.ฤ€โ€™ishah RA berkata kepada Nabi ๏ทบ: โ€œTidakkah engkau mendengar apa yang mereka katakan?!โ€ Beliau ingin menarik perhatian Baginda kepada ucapan mereka. Maka Nabi ๏ทบ menjawab: โ€œTidakkah engkau mendengar apa yang aku katakan?โ€ merujuk kepada ucapan Baginda sebelum itu: โ€œwa สฟalaykumโ€ โ€“ โ€œAku telah membalas ucapan mereka.โ€ Perbezaan antara jawapan Nabi ๏ทบ dan jawapan สฟฤ€โ€™ishah RA ialah Baginda membalas setimpal dengan perbuatan mereka tanpa menambah kekasaran, sedangkan สฟฤ€โ€™ishah RA menambah doa keburukan dan memilih kelantangan dalam membalas.Baginda menjelaskan: โ€œDoaku terhadap mereka akan diperkenankan, manakala doa mereka terhadapku tidak akan diperkenankan.โ€ Apabila kita berlebih-lebihan bertindak balas terhadap perkara yang dilihat mengancam atau mencemar agama, kita bersikap seolah-olah Islam ini tidak ada Tuhan. Bergantung kepada keupayaan kita memaksimumkan tindak balas, sedangkan ia sudah jatuh ke daerah buruk yang agama tidak suka. Jika kita tidak halusi perincian Sirah, dan jika kita tidak kenal siapa 'lelaki itu', silap-silap, Nabi Muhammad ๏ทบ itu sendiri menjadi sasaran kecaman dan label-label jelik kita kerana menganggapnya tidak mencapai 'standard' kita. Walhal 'standard kita' itu adalah manifestasi kejahilan serta perangkap ego yang membinasa. #Saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland #tazkirah #muhasabah
๐ŸŽฏ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—จ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ:โ–ช๏ธMenulis dan bercakap melibatkan risiko kesilapan, tetapi ini tidak bermaksud kita harus berhenti. Pembetulan dan pengakuan adalah kunci penting.โ–ช๏ธMenonjolkan kesilapan orang lain secara berlebihan adalah sikap berbahaya dan dilakukan bukan demi Allah, tetapi kerana dorongan hawa nafsu.โ–ช๏ธPertengkaran dalam isu agama boleh membawa kepada kemunafikan dan melemahkan hati, seperti yang diingatkan oleh Jaโ€™far ibn Muhammad dan Nabi ๏ทบ.โ–ช๏ธBerdebat tanpa tujuan yang jelas hanya akan mengeraskan hati dan mengurangkan sifat warak, menurut al-Imam Syafiโ€™i dan Ibnu Rejab.โ–ช๏ธIlmu yang benar perlu digabungkan dengan akhlak yang baik untuk mendapatkan keredhaan Allah dan hati yang tenang.๐Ÿ” ๐—ฅ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ปโ–ช๏ธ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—น๐—ถ๐˜€, ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ, ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ปKesilapan adalah perkara biasa dalam proses menulis dan bercakap, tetapi ia tidak seharusnya menjadi halangan. Apabila kesilapan berlaku, langkah terbaik adalah membetulkannya dan mengakui kesilapan tersebut untuk memperbaiki diri.โ–ช๏ธ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ผ๐—ป๐—ท๐—ผ๐—น๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ข๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ถ๐—ปMenonjolkan kesilapan orang lain secara berlebihan adalah tindakan yang tidak bermanfaat dan berbahaya. Ia sering dilakukan bukan untuk memperbaiki keadaan tetapi kerana dorongan peribadi yang salah, menyebabkan niat kita tersasar dari tujuan asal iaitu kerana Allah.โ–ช๏ธ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—”๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฎDalam isu agama, pertengkaran sering mengatasi akal dan lebih melibatkan emosi. Jaโ€™far ibn Muhammad menasihatkan agar menjauhi pertengkaran dalam agama kerana ia melemahkan hati dan menimbulkan kemunafikan. Nabi ๏ทบ juga menegaskan bahawa pertengkaran membawa kepada kesesatan selepas menerima petunjuk.โ–ช๏ธ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—จ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ปAl-Imam Syafiโ€™i dan Ibnu Rejab menyatakan bahawa berbalah dalam isu ilmu hanya akan mengeraskan hati dan mengurangkan sifat warak. Para salafusaleh lebih memilih diam dalam perdebatan kerana ilmu dan rasa takut mereka kepada Allah, berbanding generasi selepas mereka yang cenderung banyak bercakap kerana kekurangan sifat warak.โ–ช๏ธ๐—š๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—น๐—บ๐˜‚ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐—ธAkhirnya, adalah penting untuk menggabungkan ilmu yang benar dengan akhlak yang baik. Penyebaran ilmu tidak seharusnya dilakukan melalui pertengkaran yang merosakkan adab dan akhlak. Kombinasi ini penting untuk menjadi hamba Allah yang mendapat keredhaan dan memiliki hati yang sejahtera. #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
๐Ÿ‰ ๐——๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐——: ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—š๐—ฆ๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ ๐—œ๐—ฟ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฑSokongan rakyat Ireland terhadap ๐Ÿ‰ dapat dilihat dengan jelas melalui demonstrasi yang diadakan secara konsisten, terutama pada hari Sabtu di Dublin dan kawasan lain. Selain itu, parti politik kiri seperti Sinn Fรฉin, People Before Profit, dan Social Democrats terus mendesak kerajaan Ireland agar bertindak selari dengan kehendak rakyat.๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฟ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฑ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—Ÿ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎWalaupun rakyat bersolidariti dengan perjuangan di ๐Ÿ‰, lain pula cerita dengan kerajaannya. Walaupun kerajaan Ireland telah mengeluarkan kenyataan keras mengkritik Israel, tindakan sebenar yang mempunyai impak besar masih belum direalisasikan. Isu utama yang dibincangkan adalah penglibatan Central Bank of Ireland dalam urusan jual beli bon Israel yang digunakan untuk membiayai peperangan. Di samping itu, rang undang-undang Occupied Territories Bill yang bertujuan untuk mengharamkan import dan eksport barangan dari wilayah yang dijajah, khususnya Israel, masih belum diluluskan.๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—”๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—บ๐—ฝ๐—น๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ปSatu lagi isu penting adalah kerjasama akademik antara universiti di Ireland dan institusi di Israel. Trinity College Dublin baru-baru ini mengambil langkah untuk tidak lagi bekerjasama dengan universiti Israel, satu langkah yang dilihat sebagai kemenangan besar oleh masyarakat akademik di Ireland. Namun, kerjasama serupa yang baru ditandatangani oleh sebuah universiti lain di Ireland menimbulkan kebimbangan dan kemarahan di kalangan rakyat.๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ปSentimen rakyat Ireland terhadap perjuangan ๐Ÿ‰ amat tinggi, tetapi terdapat perbezaan ketara antara sentimen ini dan pendirian kerajaan. Usaha berterusan dari pelbagai pihak amat diperlukan untuk memastikan tindakan konkrit dapat diambil. Walaupun tragedi di ๐Ÿ‰ amat menyedihkan, peningkatan kesedaran global memberi harapan bahawa perubahan positif dapat dicapai.Jangan mengalah!#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
loading
Commentsย 
loading