DiscoverHasrizalSolidariti Yang Hakikatnya Jahiliah
Solidariti Yang Hakikatnya Jahiliah

Solidariti Yang Hakikatnya Jahiliah

Update: 2025-09-02
Share

Description

๐—๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ: ๐—•๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—˜๐—บ๐—ผ๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—”๐˜€๐—ฎ๐˜€ ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป
Nabi ๏ทบ pernah mengecam satu tindakan yang baginda namakan sebagai seruan jahiliah, iaitu apabila berlaku konflik, lalu orang mula memanggil geng, kaum, atau kelompoknya untuk menyokongnya bukan kerana kebenaran, tetapi kerana kesetiaan kelompok.
Dalam Sahih Muslim, diceritakan satu peristiwa ketika Perang Bani al-Mustaliq. Seorang Muhajirin, Jahjah bin Qais, menampar punggung seorang Ansar, Sinan bin Wabarah. Sinan marah dan melaungkan: โ€œWahai Ansar!โ€ Jahjah pula membalas: โ€œWahai Muhajirin!โ€
Nabi ๏ทบ terus campur tangan dan bersabda:
โ€œApa hal dengan seruan jahiliah ini? Tinggalkannya. Ia busuk!โ€
Perkara ini disaksikan oleh Abdullah bin Ubay, ketua munafik. Beliau tahu makna konflik ini. Ia resepi perpecahan dan kelemahan. Lalu dia berkata: โ€œMereka sudah lakukannya. Jika kita pulang ke Madinah, yang mulia akan mengusir yang hina.โ€ Yang dimaksudkannya โ€œhinaโ€ ialah Nabi ๏ทบ sendiri.
Umar RA ingin membunuhnya, namun Nabi ๏ทบ menolak: โ€œBiarkan. Jangan nanti orang kata Muhammad membunuh sahabatnya.โ€
Pengajarannya? Konflik kecil menjadi besar apabila kita mula menilai orang berdasarkan kumpulan, bukan tindakan. Kita menyeru โ€œsolidaritiโ€, tetapi sebenarnya sedang meniup api โ€™asabiyyah.
Hari ini, kita ulang kesilapan yang sama. Bila berlaku isu, kita cepat melabel: dia geng mana? aliran apa? parti mana? Maka konflik peribadi berubah jadi peperangan puak.
Islam datang untuk menamatkan ini. Sebelum kita menyertai mana-mana pihak, tanyalah:
Adakah tindakan ini mendamaikan? Atau aku sedang menyeru seruan jahiliah, versi digital?
Jangan ulang jahiliah dengan wajah baharu. Nabi ๏ทบ sudah membanterasnya 1400 tahun lalu.
#solidariti #jahiliah #tazkirah #muhasabah #hasrizalabduljamil

Commentsย 
00:00
00:00
x

0.5x

0.8x

1.0x

1.25x

1.5x

2.0x

3.0x

Sleep Timer

Off

End of Episode

5 Minutes

10 Minutes

15 Minutes

30 Minutes

45 Minutes

60 Minutes

120 Minutes

Solidariti Yang Hakikatnya Jahiliah

Solidariti Yang Hakikatnya Jahiliah

Hasrizal Abdul Jamil