DiscovereFM Podcasts
eFM Podcasts
Claim Ownership

eFM Podcasts

Author: Efm Live

Subscribed: 727Played: 8,008
Share

Description

Online entrepreneur podcast by eFM business radio | Listen to business stories & explore our entrepreneur resources told by our radio entrepreneurs | eFM Live
1223 Episodes
Reverse
EP.11 ANNE IDRIS PENGASAS MY MUMS BAKERY USAHAWAN CEKAL DAN KENTAL Anne idris adalah pengasas kepada My Mum’s Bakery yang diusahakan pada tahun 2006 sehingga kini. Setelah hampir 15 tahun di dalam perniagaan, pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah beliau perolehi antaranya Anugerah usahawan TEKUN 2017, Business Ikon MARA & Perunding, Business Ikon MDEC, eusahawan, Business Ikon UNIFI, Ikon WISE MARA, Anugerah Ikon Usahawan Muda Nasional 2019, Mentor Program Wanita Cukup Berani, MAGGI 2020 dan pelbagai lagi. Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Anne Idris dan My Mum’s Bakery, anda boleh mendapatkannya melalui Instagram : mymumsbakery Isi Utama Bicara Ekspres kali ini menemubual seorang usahawan wanita muda yang telah melakar pelbagai kejayaan sehingga mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah. Tetapi, kejayaan ini bukanlah semudah yang diucapkan dan perlu melalui pelbagai pahit getir. Itulah perkongsian dari Anne Idris, Pengasas dan Pemilik jenama My Mum's Bakery yang berkongsi pengalaman dan cabaran beliau sepanjang bergelar usahawan. Pastinya kejayaan yang diperolehi hari ini dapat dikongsikan dengan ramai anak muda untuk mereka jadikannya sebagai dorongan dan iltizam untuk turut berusaha ke arah kejayaan pada masa depan. Fakta Menarik Menariknya, Anne Idris tidak pernah mengalah dan sentiasa berusaha untuk membuktikan beliau boleh berjaya. Kegagalan lalu bukan dijadikan alasan untuk beliau mengalah dan berhenti dari terus mencuba, tetapi ianya menjadi dorongan untuk beliau terus bekerja kuat walaupun telah mencapai kejayaan pada hari ini.
EP.10 INISIATIF DAN DIGITALISASI PERKHIDMATAN AFFINBANK UNTUK MENYOKONG PELANGGAN INDIVIDU DAN PKS SECARA HOLISTIK Ingin mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif dan bagaimana pihak AFFINBANK memberi perkhidmatan digitalisasi untuk menyokong pelanggan individu dan PKS secara holistik? Kali ini Bicara Ekspres yang dihoskan oleh DJ Arizal menemubual YBhg. En Nazri Othman, Pengarah Eksekutif, Perbankan Komuniti, Affin Bank Berhad untuk berkongsi pengalaman dan perkhidmatan digitalisasi yang disediakan oleh AFFINBANK. Isi Utama Episod Bicara Ekspres kali ini menampilkan tetamu, YBhg Encik Nazri Othman, Pengarah Eksekutif, Perbankan Komuniti, Affin Bank Berhad yang banyak berkongsi infomasi dan peranan Affin Bank yang sentiasa menaiktaraf melalui inisiatif dan digitalisasi untuk membantu pelanggan -pelanggan Affin Bank samada individu atau PKS secara holistik. En Nazri Othman yang mempunyai pengalaman lebih 28 tahun dalam industri perbankan telah berkhidmat di Affin Bank Berhad sejak akhir 2019 dan bertanggungjawab dalam semua aspek perniagaan Perbankan Komuniti Bank termasuk pembangunan dan pelaksanaan strategi untuk mencapai pertumbuhan perniagaan, keuntungan, kecekapan operasi dan perkhidmatan pelanggan. Fakta Menarik Kesimpulannya, Affin Bank sentiasa memberikan yang terbaik kepada para pelanggan Affin Bank dan akan sentiasa berusaha ke arah menambah baik perkhidmatan dalam pelbagai aspek demi kebaikan dan keselesaan pelanggan.
EP.9 SERV MEMUDAHKAN PEMILIK KENDERAAN MELALUI TEKNOLOGI SERV Technology Sdn. Bhd. atau SERV yang diasaskan oleh Saudara Arief Imran memperkenalkan konsep Vehicle Super App : Platform teknologi berasaskan internet yang memberi tumpuan untuk memberikan pengalaman dalam pengurusan pemilikan kenderaan sehenti. Platform ini membolehkan pemilik kenderaan untuk mencari pelbagai perkhidmatan untuk kenderaan mereka termasuklah membuat pembayaran dan mengesan laporan kesihatan kenderaan secara digital. Isi Utama Kali ini, DJ Arizal menemubual Saudara Arief Imran yang merupakan Pengasas SERV yang ingin memudahkan lebih ramai pemilik kenderaan di negara ini menyimpan data mengenai kenderaan mereka di dalam aplikasi SERV. Melalui temubual ini, Saudara Arief Imran turut berkongsi pengalaman beliau dan pasukannya untuk membina dan mendidik masyarakat untuk berubah dari cara manual kepada teknologi internet bermula dari aspek pembaikan kenderaan, penyimpanan data kenderaan dan sebagainya agar semuanya lebih mudah dan selamat. SERV kini beroperasi di Malaysia dan turut berada di Amerika Syarikat. SERV juga sedang mengembangkan teknologi berkaitan mobiliti seperti kenderaan automatik melalui lengan R&D dalam kumpulan syarikat SERV. Fakta Menarik Menariknya, usaha anak muda ini dan pasukannya telah menarik sekitar 10,000 pemilik kenderaan menggunakan aplikasi SERV dan ianya dijangka akan bertambah melalui peningkatan teknologi dan pemasaran.  
EP.8 MISI GOLDEN HARVEST IND. SDN BHD MENARIK MINAT AFFINBANK UNTUK MEMBANTU Mengambil alih sebuah syarikat keluarga yang telah lama di pasaran bukanlah sesuatu yang mudah jika tiada kesungguhan dan matlamat untuk dituju. Begitulah perkongsian pengalaman dari Rakan Niaga AFFINBANK, Mr Law Chen Ann, Pengarah Urusan Golden Harvest Ind. Sdn. Bhd yang ditemubual oleh DJ Arizal, hos Bicara Ekspres. Isi Utama Episod kali ini menampilkan Mr Law Chen Ann, Pengarah Urusan Golden Harvest Ind. Sdn. Bhd. yang berkongsi pengalaman beliau menerajui sebuah syarikat yang diambil alih dari keluarganya. Perniagaan kecil di awal pengambilannya telah ditransformasi melalui teknologi dan penyelidikan ini kini telah diiktiraf oleh pelbagai pihak termasuklah di iktiraf “Best Innovasion-Plantinum Award” dari SOBA kerana berupaya memberi negara kita Malaysia 100% jaminan bekalan makanan negara. Mr Law Chen Ann juga adalah Ketua Pereka produk nutrisi Boosta Max & Savigo yang berteknologi tinggi untuk semua jenis tanaman. Misi beliau adalah untuk meningkatkan taraf hidup petani-petani di seluruh dunia dengan penggunaan teknologi unggul ini. Fakta Menarik Kesimpulannya, di mana ada kehendak dan usaha, disitu ada kesungguhan dan kejayaan. Melalui pengalaman yang dikongsikan, Golden Harvest Ind. Sdn. Bhd. turut mendapat sokongan dan bantuan pembiayaan dari AFFINBANK yang sentiasa membantu rakan niaga mereka tanpa mengira status bisnes mereka.
EP.7 TINJAUAN PASARAN DAN PELUANG UNTUK MENGEMBANGKAN KEWANGAN ANDA DENGAN AFFIN HWANG Ketika rakyat Malaysia menghadapi cabaran sepanjang pandemik COVID-19 ini, ramai yang terkesan terutama dari aspek pendapatan yang tidak menentu. Peluang-peluang untuk menjana dana bagi tujuan mengembangkan perniagaan setiasa dicari oleh para usahawan. Tetapi, ilmu pelaburan di pasaran saham juga penting untuk dipelajari agar mereka tidak mengalami kerugian akibat dari kecetekan ilmu pelaburan. Inilah masa untuk mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut melalui perkongsian dari beberapa pakar Affin Hwang Capital yang ditemubual oleh DJ Arizal di rancangan Bicara Ekspres. Isi Utama Bicara Ekspres kali ini menemubual beberapa pakar dari Affin Hwang Capital yang berkongsi ilmu-ilmu pelaburan saham untuk menjana pendapatan terutama dalam usaha mengembangkan perniagaan di saat ramai pengusaha yang agak terkesan dengan pandemik COVID-19 ini. Dimulai oleh Puan Mona Suraya Kamaruddin, Pengarah Urusan Kumpulan Affin Hwang Capital yang berkongsi Gambaran Keseluruhan Affin Hwang Capital, diikuti Mr Alan Tan, Ketua Penyelidik dan Ketua Ahli Ekonomi, juga tidak terkecuali yang berkongsi mengenai Perkembangan Terkini Dalam Pasaran Saham Bagi Pelabur-pelabur Runcit adalah Mr Wong Yoke Weng, Pengarah Urusan Bahagian Sekuriti, juga Mr Ng Meng Wah, Ketua Perniagaan Pelabur Runcit, Bahagian Sekuriti yang mengupas topik Produk-produk Untuk Pelabur Runcit serta ilmu mengenai Melabur Secara Atas Talian Dengan e-invest oleh Encik Mohd Faiz Sakri, Pegawai Pengajian Bahagian Sekuriti Affin Hwang Capital. Fakta Menarik Kesimpulannya, Banyak ilmu yang perlu dipelajari oleh para pelabur terutama yang masih baru dan sedang dalam proses berjinak-jinak dengan pelaburan saham ini agar mereka taidak tersilap langkah. Maka, ilmu yang diberikan oleh pakar-pakar dari Affin Hwang Capital di dalam audio siar kali ini amat berguna untuk pelabur-pelabur amatur dan sesiapa yang ingin menambah dana mereka melalui pelaburan saham.
Ep 221. MONEYMATCH SEMAKIN DIYAKINI DAN MENJADI PILIHAN PELANGGAN Bicara Ekspres kali ini menampilkan seorang anak muda yang menampilkan suatu bisnes yang sangat jarang diceburi oleh anak-anak muda iaitu berkaitan sektor kewangan. Isi Utama Episod kali ini, DJ Arizal menemubual Naysan Munusamy, Pengasas Bersama MoneyMatch yang berkongsi pengalaman dan cabaran beliau menjalankan satu cabang bisnes yang agak jarang diterokai oleh anak-anak muda iaitu berkaitan kewangan. Beliau turut berkongsi mengenai apa yang menyebabkan beliau dan rakan kongsinya menjalankan perniagaan yang agak mencabar ini. Fakta Menarik Kesimpulannya, MoneyMatch telah menjadi salah satu rakan niaga kepada ramai pelanggan yang menggunakan khidmat pemindahan wang di Malaysia dan turut di peringkat global kerana konsep yang sangat mesra pelanggan dan menjimatkan.
Ep 220. CABARAN USAHAWAN MUDA, AIZAT RAHIM MENERAJUI WORLDLINE CORPORATION Kali ini, Bicara Ekspres menampilkan seorang lagi usahawan muda yang mengambil alih dan meneruskan perniagaan dari ayahnya dan memastikan perniagaan tersebut berada dalam landasasn yang betul dan terus maju di bawah penerajuan beliau. Isi Utama Episod kali ini, DJ Arizal berkesempatan menembual usahawan muda, Aizat Rahim dari Worldline Corporation yang berkongsi pengalaman dan cabaran beliau yang mengambil alih sebuah syarikat yang telah berjaya dari ayahnya. Apa yang menariknya, usia perniagaan tersebut adalah 30 tahun iaitu sebaya dengan umur anak muda ini. Ini semestinya satu cabaran untuk beliau membuktikan kemampuannya dalam meneruskan legasi sebuah bisnes yang telah dibina dengan jayanya. Fakta Menarik Kesimpulannnya, walaupun bisnes tersebut telah berjaya dan bertapak lama di pasaran, namun ianya bukan mudah untuk usahawan ini, Aizat Rahum untuk terus mengekalkan kecemerlangannya dan memberikan suntikan teknologi baru dalam perniagaan tersebut.
Ep 219. KONSEP JAUH PERJALANAN, LUAS PENGALAMAN DIKONGSI PEMILIK MAMA'S DELIGHT Pada episod Bicara Ekspres kali ini, menampilkan usahawan yang menjadikan berkongsi pengalaman dan minat beliau dan menjadikan pengalaman itu satu cabang bisnes yang berjaya. Kesungguhan, pengalaman dan kemahiran telah digabungkan untuk mejadikan bisnesnya lebih berdaya maju. Isi Utama Kali ini, DJ Arizal menemubual usahawan dan juga Chef Iskandar b Ishak, Pengasas dan Pemilik Mama’s Delights yang berkongsi pengalaman melancong ke negara luar, pengetahuan ilmu dalam bidang kulinasi dan minat beliau dalam mengadaptasikan kepada bidang perniagaan yang sangat mencabar tetapi sangat diminati oleh beliau. Sepanjang temubual ini, beliau turut berkongsi bahawa ini adalah salah satu cara beliau untuk berkongsi dengan masyarakat mengenai citarasa makanan tradisi Melayu dan Malaysia. Fakta Menarik Kesimpulannya, jika ada minat yang mendalam digarap bersama ilmu pengetahuan mampu menjadikan seseorang usahawan itu berjaya dan mampu bergerak lebih jauh llagi. Apa yang penting adalah usaha yang berterusan dan kecekalan diri.  
EP.6 PERNIAGAAN 'START-UP' MAMPU BERSAING DAN BERJAYA JIKA ADA KESUNGGUHAN PhysioMobile yang diusahakan dua anak muda lulusan UIA iaitu Mohd Nidzam Yatimidan Mohd Saiful telah beroperasi sejak 2016 memfokuskan rawatan fisioterapi terus ke rumah dan turut beroperasi di 6 pusat klinik PysioMobile. Mereka juga memberi khidmat kepada syarikat korporat, servis konsultasi, ceramah pencegahan untuk gangguan sakit belakang, menyediakan rehab secara komprehensif dan intensif kepada pesakit bermasalah neurologi, kecederaan sukan, pediatrik, geriatrik dan telah menjalani pembedahan. Bersadarkan kekuatan 40 Ahli Fisioterapi, PysioMobile telah mendapat pengiktirafan 4 star rating untuk SME SCORE dari SME CORP Malaysia dan dalam fasa mengembangkan bisnes ke arah francais. Isi Utama Kali ini, Bicara Ekspress membawakan perniagaan 'start-up', Pysiomobile yang diusahakan oleh dua anak muda, Mohd Nizam dan Mohd Saiful. Walaupun perniagaan ini baru bertapak sekitar 4 tahun, namun kejayaan mereka mengembangkannya dengan 6 buah cawangan membuktikan bahawa perniagaan yang baru boleh berjaya melalui disiplin dan sistem yang betul. Apa yang penting adalah ilmu dan kemahiran digabungkan dengan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan, tanpa melihat kepada usia sesuatu bisnes itu. Fakta Menarik Kesimpulannya, usia sesuatu perniagaan itu samada ada ianya masih dikategorikan sebagai 'start-up' atau sebaliknya bukanlah penghalang untuk mengecapi kejayaan. Apa yang penting kesungguhan dan tahu menggunakan peluang dan ilmu dalam mengembangkan bakat dan keinginan untuk berjaya.  
EP.5 OXWHITE MEMBUKTIKAN PERNIAGAAN START-UP BOLEH PERGI JAUH Sebagai sebuah perniagaan start-up, Synergy Four Sdn Bhd yang diasaskan oleh Mr CK Chang sentiasa pro aktif dalam memastikan produk pakaian syarikatnya dengan jenama OxWhite mendapat perhatian di kalangan pengguna di Malaysia Isi Utama Bicara Ekspres yang dimajukan oleh AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC Bank kali ini menampilkan seorang usahawan, Mr CK Chang yang merupakan CEO dan Pengasas kepada produk pakaian OxWhite yang berkongsi pengalaman dan cabaran beliau ketika mula-mula menceburi bidang bisnes ini. Apa yang menariknya, beliau yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pakaian berjaya menarik ramai pelanggan dalam tempoh yang singkat dan seterusnya jenama OxWhite dikenali di Malaysia. Malah, kualiti pakaian OxWhite juga mendapat banyak pujian dan ianya telah memberikan satu persepsi bahawa dengan ketekunan dan keyakinan serta kesungguhan akan membuahkan hasil yang baik walaupun ianya masih dikategorikan sebagai bisnes 'start-up'. Fakta Menarik Kesimpulannya, jika sesuatu bisnes itu walaupun masih bertaraf 'start-up', tapi andai dilakukan dengan penuh minat dan kesungguhan akan memberikan pulangan yang baik. Ilmu perniagaan termasuk pemasaran yang bagus amat penting dan ini juga mendorong pelbagai pihak termasuk AFFINBANK untuk menyokong sesebuah perniagaan 'start-up'.  
EP.4 MEMPERJUANGKAN PERNIAGAAN 'START-UP" Perniagaan 'start-up' atau pemula merupakan sebuah perniagaan yang berdaya maju jika diberi peluang dengan lebih luas. Untuk mengetahui lebih lanjut apa bantuan yang diberikan oleh AFFINBANK untuk memastikan usahawan dan perniagaan 'start-up' tidak terpinggir, dengarkan audio siar yang disediakan ini. Melalui audio siar ini, banyak perkongsian dan info yang boleh digunakan untuk usahawan 'start-up' mengembangkan bisnes mereka terutama ketika menghadapi cabaran pandemik COVID-19 ini. Isi Utama Episod Bicara Ekspres Maju Bersama AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC Bank kali ini menemubual YBhg. Mr Lim Kee Yeong, Pengarah Eksekutif, Perbankan Perusahaan AFFINBANK yang berkongsi beberapa perkara termasuk pengalaman AFFINBANK membantu perniagaan 'start-up' di Malaysia. Beliau yang turut dikenali sebagai Mr. KY turut berkongsi pelbagai produk pembiayaan dan nasihat oleh AFFINBANK yang sentiasa bersama usahawan 'start-up'. Mr. KY yang ditemubual oleh host Bicara Ekspres, DJ Arizal turut memberikan beberapa ulasan dan nasihat untuk para usahawan 'start-up' yang menghadapi cabaran sepanjang pandemik COVID-19 yang belum berakhir ini. Fakta Menarik Menariknya, pelbagai insentif dan bantuan yang disediakan oleh AFFINBANK untuk membantu dan membimbing peniaga-peniaga 'Start-up'. Mr. KY yang ditemubual memberikan pelbagai info peluang untuk mereka terus bersaing dan berjaya terutama dengan pelbagai bantuan dari AFFINBANK.
EP.3 BUJINS BATIK MENGINOVASI REKAAN BATIKIngin mengenali dan mengetahui mengenai perusahaan batik di negara ini? Kali ini, salah seorang Pengasas Bujins Batik, En Taufik Hussien akan berkongsi pelbagai perkara mengenai Bujins Batik dan industri batik di Malaysia. Beliau akan ditemubual oleh host DJ Arizal dan akan memberikan kupasan beberapa perkara berkaitan industi batikIsi UtamaEpisod kali ini menampilkan Bujins L Batik yang merupakan pembuat batik ‘bespoke’ yang mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Produk batik yang dihasilkan adalah unik menggabungkan motif tradisional dan moden. Antara anugerah dan pertandingan yang pernah dimenangi Bujins adalah termasuk Tangan Emas Perdana Menteri 2009 oleh MySkills, Juara Piala Sri Endon 2012 anjuran Yayasan Budi Penyayang, Usahawan Muda Kraf 2018 oleh Kraftangan Malaysia dan Johan Batik sempena Visit Malaysia 2020 oleh Tourism Malaysia. Bujins berusaha menaikkan martabat batik di dalam dan luar negara dan mengekalkan khazanah warisan bangsa dengan menubuhkan Bujins Academy yang melatih anak-anak muda untuk berkecimpung dalam bidang batik dan keusahawanan.Fakta MenarikKesimpulannya, apa yang dikongsikan oleh Saudara Taufik memberikan pandangan berbeza mengenai industri dan perniagaan batik di Malaysia termasuklah cabaran dan pengalaman tim Bujins Batik utuk bersaing dengan jenama batik yang lain. Kejayaan dan ilmu oleh Bujins Batik turut dikongsikan dengan ramai anak muuda melalui Akademi Bujins untuk memastikan seni dan industri batik di Malaysia terus berkembang dan berdaya maju.  
EP.2 AFFINBANK SENTIASA MEMBANTU MENCAPAI IMPIAN RAKAN NIAGA MEREKAIngin ketahui pengalaman dan cabaran dihadapi salah seorang Rakan Niaga AFFINBANK? Juga perkongsian bantuan oleh AFFINBANK yang diterima oleh WORQ. Sesi Bicara Ekspres kali ini menemubual Mr Andrew Yeow, Pengasas WORQ Co Working Space oleh DJ Arizal.Isi UtamaBicara Ekspres yang dimajukan oleh AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC Bank kali ini menampilkan seorang usahawan, Andrew Yeow yang merupakan Pengasas dan juga Ketua Pegawai Kewangan kepada syarikat WORQ yang merupakan "co-working space". Menariknya, WORQ yang telah dibangunkan sejak 4 tahun lalu, kini memiliki 4 cawangan dengan keluasan ruang kerja 100,000 kp dan menyasarkan sehingga 1,000 000 kp dalam tempoh 12 bulan akan datang. Andrew berkongsi pelbagai pengalaman dan cabaran beliau hadapi sepanjang membangunkan WORQ dan kini sedang berusaha untuk mengembangkannya ke peringkat lebih tinggi.Fakta MenarikWalaupun masih berusia 4 tahun, anak muda ini, Andrew Yeow membuktikan dengan kesungguhan, ilmu bisnes dan memahami kehendak pasaran mampu menjadikan sebuah bisnes boleh berdaya saing dan kini WORQ menjadi jenama ketiga yang berjaya dalam bidang penyediaan dan sewaan ruang kerja di Malaysia.
EP1. Aspirasi Affin Islamic Bank Berhad Keliru sama ada anda layak bagi Program Lanjutan Moratorium Bersasar? Ingin ketahui bagaimana AFFIN ISLAMIC dapat membantu anda menongkah arus dalam menghadapi cabaran yang getir pada waktu pandemik ini? Ingin ketahui pembiayaan yang bersesuaian untuk peniaga-peniaga PKS? Dengarkan sesi Bicara Ekspres antara Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad, Encik Nazlee Khalifah bersama dengan DJ Arizal.Isi UtamaEpisod Bicara Ekspres Maju Bersama AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC Bank kali ini menemubual YBahg. Encik Nazlee Khalifah, Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad yang berkongsi aspirasi Affin Islamic Bank dalam perbankan di negara ini. Encik Nazlee telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad pada Jun 2015. Sebelum AFFIN ISLAMIC, Encik Nazlee pernah memegang jawatan sebagai Ketua Perniagaan Strategi dan Sokongan, Bahagian Perbankan Perniagaan Affin Bank Berhad pada tahun 2009 dan seterusnya pada bulan April 2011, Encik Nazlee telah dilantik sebagai Ketua Strategi Korporat. Encik Nazlee mempunyai pengalaman lebih daripada 27 tahun dalam industri perbankan. Sebelum menyertai AFFINBANK, Encik Nazlee berkhidmat di sebuah bank tempatan selama 17 tahun dalam pelbagai jawatan, kebanyakannya dalam jawatan Pengurusan Strategik.Fakta MenarikPelbagai informasi dan nasihat yang dikongsikan oleh En Nazlee Khalifah termasuklah bantuan dari Affin Islamic Bank sepanjang kesukaran pelanggan mereka dalam menempuhi pandemik wabak COVID-19 ini. Juga, turut dikongsikan pakej-pakej pembiayaan dan khidmat nasihat yang ditawarkan untuk pelbagai peringkat pelanggan Affin Islamic Bank.
EP 298 ADAKAH PENGUSAHA PUSAT TUISYEN DIBANTU MARA?Kali ini Bisnes Makeover cuba membantu usahwaan yang terlibat dalam duinia bisnes seperti pusat tuisyen atau yang ingin membesarkan dari sebuah bisnes bertaraf kelas tambahan menjadi sebuah pusat tuisyen yang lebih baik. Pernahkah pengusaha tuisyen ini membuka cawangan untuk menambah lagi pendapatan dan seterusnya memperluaskan lagi jenama pusat tuisyen mereka. Atau membuka kelas tuisyen secara alam maya menggunakan platform digital?Isi UtamaKali ini, Bisnes Makeover menemubual tetamu wakil dari agensi kewangan yang banyak membantu usahawan Bumiputera, MARA dalam berkongsi pakej pembiayaan yang sesuai untuk para usahawan pusat tuisyen atau yang ingin mengembangkan bisnes mereka. En Mohd Faisal, Pegawai MARA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkongsi tips dan nasihat yang perlu usahawan di dalam genre sebegini untuk memudahkan permohonanan mereka mendapat pembiayaan dari MARA. Fakta MenarikMARA sebagai sebuah agensi yang terlibat dalam membantu usahawan Bumiputera di negara ini untuk mengembangkan empayar bisnes mereka sentiasa bersedia membantu melalui pakej pembiayaan kewangan dan khidmat nasihat yang berkaitan keusahawanan.
EP 297 JURULATIH SUKAN LASAK JUGA PERLU CONTENT SESUAI!Episod Bisnes Makeover kali ini membawakan topik untuk membantu menambah baik usahawan yang menjalankan bisnes sebagai Jurulatih dan Penunjuk Arah Aktiviti Luar (extreme) seperti aktiviti pendakian gunung, menerokai gua, sukan lasak dan sebagainya. Pastinya bisnes sebegini juga perlu menjadikan media sosial sebagai alat pemasaran yang dapat menambah baik bisnes mereka.Isi UtamaEpisod ini menampilkan Coach Syidi dari Contenpreneur.com yang memberikan idea untuk usahawan yang terlibat sukan lasak luar (outdoor) menambah baik bisnes mereka melalui content yang sesuai dengan sasaran pelanggan yang betul. Tak semua bisnes sesuai dengan content yang sama, tetapi content yang betul dan tepat boleh menarik sasaran pelanggan yang betul.Fakta MenarikMenariknya, Coach Syidi memberikan idea yang berbeza-beza sesuai dengan genre bisnes yang betul untuk sasaran pelanggan yang sesuai.
EP 296 CONTENT MENARIK UNTUK TRANSFORM BISNES KITAR SEMULASatu lagi genre bisnes yang cuba dibantu melalui Bisnes Makeover adalah bisnes berkaitan barangan lama dan kitar semula dilakukan secara konvensional, menggunakan lori, pergi dari rumah ke rumah, taman ke taman untuk mencari barangan terpakai dari penduduk. Pernahkah kita terfikir, perlukah bisnes sebegini diinovasi dari aspek marketingnya kerana ia berpotensi diperluaskan dan boleh menjana keuntungan berlipat kali ganda. Isi UtamaKali ini, Nana Mahazan bersama Coach Syidi, pakar penyediaan 'content' pemasaran, contentrepneur.com untuk berkongsi tips dan idea untuk usahawan terlibat genre bisnes kitar semula untuk transformasi dari kaedah konvensional kepada penggunaan teknologi media sosial sesuai peredaran semasa dan perkembangan semasa.Fakta MenarikSesuai dengan perubahan teknologi semasa dan akan datang, Coach Syidi berpendapat usahawan dan bisnes perlu seriring berubah dari aspek minda mereka untuk turut sama mengikut peredaran semasa.
EP 295 MARA SENTIASA MENGHULURKAN BANTUAN UNTUK USAHAWAN Episod Bisnes Makeover kali ini menekankan untuk membantu usahawan yang terlibat dalam bisnes buah-buahan segar di premis-premis.  Jika kita lihat, kebanyakan peniaga buah-buahan di bandar-bandar besar dan kawasan perumahan adalah dimiliki oleh usahawan Cina manakala di R&R lebuhraya dan kampung-kampung pula dijalankan oleh usahawan Melayu. Jadi, bagaimana nak tarik customer untuk membeli buah-buahan segar di kedai yang diusahakan dan bersaing dengan usahawan buah-buahan sediada di kawasan yang sama? Isi Utama Kali ini, wakil MARA akan memberikan pandangan dan bantuan untuk usahawan yang terlibat bisnes buah-buahan segar kerana semua sedia maklum, selain pemasaran, faktor yang menyebabkan bisnes sebegini sukar bersaing adalah kekurangan modal untuk pusingan, modal pemasaran yang besar dan sebagainya. Juga, kriteria dan syarat-syarat yang perlu untuk seseorang usahawan dan bisnes mendapat sokongan dan pembiayaan dari agensi seperti MARA. Fakta Menarik Kesimpulannya, MARA sebagai sebuah agensi yang membantu usahawan Bumiputera sentiasa menyediakan pakej-pakej pembiayaan kewangan dan khidmat nasihat untuk para usahawan yang ingin mengembangkan bisnes mereka ke arah kejayaan.  
EP 294 MACAMANA PENGUSAHA PRODUK KECANTIKAN DAN SPA NAK SEDIA 'CONTENT' MELETUP? Bisnes Makeover dihoskan Nana Mahazan kali ini ingin membantu usahawan yang menjual produk kecantikan, Puan Mazuen Agus dari C'Quen dalam aspek teknik penyediaan content menarik di media sosial. Melalui teknik penulisan dan penyediaan 'content' menarik amat penting menjadi 'magnet' untuk pelanggan membeli produk yang dijual secara online dan offline.Isi UtamaKali ini, pakar pemasaran dan penyediaan 'content' iaitu Coach Shidi dari contentpreneur.com berkongsi teknik penyediaan 'content' menarik untuk usahawan bidang produk kecantikan dan spa seperti Puan Mazuen Agus dari C'Quen agar content yang disediakan boleh membantu menambah pengikut media sosial dan seterusnya pelanggannya.Fakta MenarikMenulis dan menyediakan 'content' yang menarik lebih mudah jika usahawan tersebut lebih kreatif dan mencari idea-idea baru melalui perkongsian ilmu bisnes usahawan yang berjaya.
EP 293 'PLUMBER' : UBAH  CARA PEMASARAN SESUAI PERUBAHAN TEKNOLOGI Episod kali ini mengetengahkan bisnes membaiki paip yang dijalankan secara kecil-kecilan dan secara individu. Sebenarnya cabang bisnes ini mempunyai potensi dikembangkan jika betul cara pemasarannya dan bukan hanya menampal iklan di tiang-tiang lampu dan tepi-tepi jalan. Isi UtamaKali ini Nana Mahazan mengorek ilmu dan teknik mengubah minda usahawan dari Guru Mindset Usahawan, Tuan Hj Fadzli Yusof untuk mengubah minda usahawan terlibat dalam bisnes membaiki paip atau 'plumber' agar mengubah cara pemasaran lebih moden sesuai dengan teknologi masa kini.Fakta MenarikSebagai Guru Mindset Usahawan, Tuan Hj Fadzly Yusof berkongsi teknik mengubah minda usahawan termasuk usahawan muda agar lebih kreatif dan terbuka. 
loading