EP.5 OXWHITE MEMBUKTIKAN PERNIAGAAN START-UP BOLEH PERGI JAUH
Description
Sebagai sebuah perniagaan start-up, Synergy Four Sdn Bhd yang diasaskan oleh Mr CK Chang sentiasa pro aktif dalam memastikan produk pakaian syarikatnya dengan jenama OxWhite mendapat perhatian di kalangan pengguna di Malaysia
Isi Utama
Bicara Ekspres yang dimajukan oleh AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC Bank kali ini menampilkan seorang usahawan, Mr CK Chang yang merupakan CEO dan Pengasas kepada produk pakaian OxWhite yang berkongsi pengalaman dan cabaran beliau ketika mula-mula menceburi bidang bisnes ini. Apa yang menariknya, beliau yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pakaian berjaya menarik ramai pelanggan dalam tempoh yang singkat dan seterusnya jenama OxWhite dikenali di Malaysia. Malah, kualiti pakaian OxWhite juga mendapat banyak pujian dan ianya telah memberikan satu persepsi bahawa dengan ketekunan dan keyakinan serta kesungguhan akan membuahkan hasil yang baik walaupun ianya masih dikategorikan sebagai bisnes 'start-up'.
Fakta Menarik
Kesimpulannya, jika sesuatu bisnes itu walaupun masih bertaraf 'start-up', tapi andai dilakukan dengan penuh minat dan kesungguhan akan memberikan pulangan yang baik. Ilmu perniagaan termasuk pemasaran yang bagus amat penting dan ini juga mendorong pelbagai pihak termasuk AFFINBANK untuk menyokong sesebuah perniagaan 'start-up'.