Cara Solat Jenazah (Panduan Lengkap)
Description

Bagaimana cara mengerjakan solat jenazah?
Artikel ini akan memberikan panduan lengkap berkaitan cara melakukan solat jenazah,
Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.
Apa yang menarik:
Panduan ini juga dipermudahkan dengan bacaan rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.
2. Orang yang layak menjadi imam
6. Kedudukan Saf Jemaah Mengikut Bilangan
- Bagaimana Niat Jika Tidak Tahu Jenazah Lelaki atau Perempuan?
- Jenazah Mesti Seorang Muslim
- Jenazah Orang yang Mati Syahid
- Jenazah Pernah Hidup Sebelumnya
- Masbuk Dalam Solat Jenazah
- Bilakah Waktu Solat Jenazah?
- Hukum Wanita Solat Jenazah
- Solat Jenazah Selepas Mayat Dikebumikan
- Solat Jenazah Ghaib
- Mengapa Tiada Rukuk dan Sujud?
9. Hukum Menyebut Kebaikan & Keburukan Jenazah
Pengenalan Solat Jenazah
Jenazah orang Islam yang telah sempurna dimandikan dan dikafankan wajib disolatkan sebelum dikebumikan.
Rasulullah SAW pernah mengarahkan sahabat-sahabatnya untuk solat jenazah apabila ada kematian. Berkata Salamah bin Al-Akwa’ RA:
Pada suatu ketika kami sedang duduk di sisi Nabi SAW, lalu ketika itu dibawa jenazah. Baginda berkata: Solatlah sahabat kamu itu”
— Riwayat Bukhari
Solat jenazah dilakukan oleh orang hidup ke atas orang yang meninggal dunia untuk meringankan bebanannya.
Ini kerana dalam solat ini mengandungi banyak doa-doa yang ke semuanya kembali untuk kebaikan si mati.
Oleh sebab itu, seharusnya kepada mereka yang mendirikan solat sembahyang mayat ini dirikanlah dengan ikhlas, penuh khusyuk serta berharap pengampunan Allah SWT kepada si mati.
Inilah tujuan terbesar solat jenazah yang kita lakukan.
Hukum mendirikan solat Jenazah adalah fardu kifayah (WAJIB) untuk umat Islam di sesuatu kawasan.
Ia sunat dilakukan secara berjemaah namun sah apabila dibuat seorang diri.
Orang Yang Layak Menjadi Imam
Menurut mazhab Syafi’e, wali kepada jenazah lebih aula (utama) mensolatkan jenazah, kerana solat jenazah adalah doa untuk si mati.
Doa kaum kerabat dab waris adalah lebih mudah dimakbulkan Allah Taala.
Susunannya seperti berikut:
- Bapa
- Datuk dan ke atas
- Anak lelaki
- Cucu dan ke bawah
- Saudara lelaki seibu sebapa
- Saudara lelaki sebapa
- Anak lelaki saudara seibu sebapa
- Anak lelaki saudara seibu.
- Seterusnya mengikut tertib ‘asobah dalam ilmu faraid.
Rukun Solat Jenazah
Terdapat tujuh rukun dalam solat ini:
- Niat
- Berdiri Tegak. Solat Jenazah dilakukan dalam keadaan berdiri sahaja. Tidak ada rukuk dan sujud. Tidak ada azan dan iqamah sebelum memulakan solat.
- Takbir empat kali termasuk takbiratulihram.
- Membaca al-Fatihah selepas takbir yang pertama
- Selawat kepada Nabi SAW selepas takbir kedua.
- Berdoa untuk jenazah selepas takbir yang ketiga.
- Memberi salam selepas takbir keempat.
Niat Solat Jenazah
jenazah lelaki
Lafaz niat untuk solat jenazah lelaki adalah seperti berikut:

Usolli a’la hazal mayyiti arba’a takbiratin fardol kifayati makmuman lillahi taala
Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi imam/makmum kerana Allah Taala.
jenazah perempuan
Lafaz niat untuk solat jenazah perempuan pula adalah:

Usolli a’la hazihil mayyitati arba’a takbiratin fardol kifayati makmuman lillahi taala
Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi imam/makmum kerana Allah Taala.
Cara Mengerjakan Solat Jenazah
Di bawah ini ditunjukkan cara mengerjakan solat secara sempurna:
1. Jenazah perlu diletakkan melintang di hadapan Imam.
Manakala imam dan makmum menghadap kiblat dan kepala jenazah itu di sebelah kanan bagi jenazah perempuan.
Jika jenazah lelaki, kepalanya diletakkan disebelah kiri imam.
Sekiranya jenazah itu lelaki, imam perlu berdiri setentang dengan kepalanya dan sekiranya jenazah itu perempuan, imam perlu berdiri sententang dengan pinggangnya.
<figure class="wp-caption aligncenter" id="attachment_44744" style="width: 800px;">
<figcaption class="wp-caption-text" id="caption-attachment-44744">Ilustrasi kedudukan mayat untuk sembahyangkan. (Ensiklopedia A-Z tentang solat, Dr. Nik Yusri Musa)</figcaption></figure>2. Mulakan dengan takbiratul ihram serta niat.<



