EP.10 INISIATIF DAN DIGITALISASI PERKHIDMATAN AFFINBANK UNTUK MENYOKONG PELANGGAN INDIVIDU DAN PKS SECARA HOLISTIK
Description
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif dan bagaimana pihak AFFINBANK memberi perkhidmatan digitalisasi untuk menyokong pelanggan individu dan PKS secara holistik? Kali ini Bicara Ekspres yang dihoskan oleh DJ Arizal menemubual YBhg. En Nazri Othman, Pengarah Eksekutif, Perbankan Komuniti, Affin Bank Berhad untuk berkongsi pengalaman dan perkhidmatan digitalisasi yang disediakan oleh AFFINBANK.
Isi Utama
Episod Bicara Ekspres kali ini menampilkan tetamu, YBhg Encik Nazri Othman, Pengarah Eksekutif, Perbankan Komuniti, Affin Bank Berhad yang banyak berkongsi infomasi dan peranan Affin Bank yang sentiasa menaiktaraf melalui inisiatif dan digitalisasi untuk membantu pelanggan -pelanggan Affin Bank samada individu atau PKS secara holistik. En Nazri Othman yang mempunyai pengalaman lebih 28 tahun dalam industri perbankan telah berkhidmat di Affin Bank Berhad sejak akhir 2019 dan bertanggungjawab dalam semua aspek perniagaan Perbankan Komuniti Bank termasuk pembangunan dan pelaksanaan strategi untuk mencapai pertumbuhan perniagaan, keuntungan, kecekapan operasi dan perkhidmatan pelanggan.
Fakta Menarik
Kesimpulannya, Affin Bank sentiasa memberikan yang terbaik kepada para pelanggan Affin Bank dan akan sentiasa berusaha ke arah menambah baik perkhidmatan dalam pelbagai aspek demi kebaikan dan keselesaan pelanggan.