DiscoverDesert Stream Anglican ChurchHari 24 | STRUKTUR-STRUKTUR PENIPUAN
Hari 24 | STRUKTUR-STRUKTUR PENIPUAN

Hari 24 | STRUKTUR-STRUKTUR PENIPUAN

Update: 2022-03-01
Share

Description

Tetapi Petrus berkata: "Ananias, mengapa hatimu dikuasai Iblis, sehingga engkau mendustai Roh Kudus dan menahan sebagian dari hasil penjualan tanah itu? Selama tanah itu tidak dijual, bukankah itu tetap kepunyaanmu, dan setelah dijual, bukankah hasilnya itu tetap dalam kuasamu? Mengapa engkau merencanakan perbuatan itu dalam hatimu? Engkau bukan mendustai manusia, tetapi mendustai Allah." (Kisah Rasul-Rasul 5:3-4)


Pernah saya berdepan dengan seseorang yang kuat berbohong. Saya tidak mencela mauhupun menghakimi dia, tetapi saya cuba meyakinkannya dengan penuh kasih sayang bahawa dia sama sekali tidak perlu berbohong mengenai hal yang dia cuba sembunyikan. Tetapi saya tidak berjaya, tidak lama kemudian saya mendapati dia berbohong mengenai beberapa perkara yang remeh berkaitan peristiwa yang lain.


Iblis telah digambarkan sebagai "penipu yang menyesatkan seluruh dunia" (Wahyu 12:9). Modus operandi iblis adalah untuk mendirikan struktur di dalam sistem kepercayaan seseorang, keluarga dan masyarakat, dan dari situ dia menjalankan rancangan perhambaan dan memisahkan manusia dari Tuhan dan dari segala yang saleh.


Untuk Ananias dan Safira (Kisah Rasul-rasul 5:1-11):


Punca dan sumber penipuan mereka diketahui — iblis telah memenuhi hati mereka untuk berbohong kepada Roh Kudus. Pelajaran dari kisah ini boleh diterapkan untuk sebarang tindakan menipu. Penipuan dalam apa perkara sahaja, termasuk perkara kecil, adalah perkongsian dengan roh penipuan. Itulah cara iblis, yang merupakan pengarang segala penipuan, memasuki hati manusia, kemudian terus menetap untuk membentuk satu pola.


Akhirnya, ketika kubu penahanan telah ditembusi dengan sepenuhnya, ketika hati telah terbuka kepada penipuan, iblis secara halus membangunkan satu tempat persembunyian yang gelap di mana keupayaan untuk menipu orang lain berkembang dan pintu rohani untuk penipuan yang selanjutnya telah diwujudkan. Pembukaan ini adalah pintu rohani, tetapi bukan rohani dalam erti kata yang baik.


Kerjasama dengan penipuan adalah satu idea perniagaan yang tidak baik – sesuatu yang tidak masuk akal! Semua bentuk dan tahap penipuan adalah bertentangan dengan kehendak Tuhan dan tidak pernah membawa berkat-Nya. Selanjutnya, setelah pintu penipuan terbuka, semakin banyak penipuan akan berlaku - lebih banyak lagi menipu orang lain, dan lebih banyak lagi ditipu oleh iblis untuk meneruskan proses yang merosakkan ini.


Bagi mereka yang rela — mereka yang memilih secara peribadi — untuk hidup dengan jujur ​​dan juga memperjuangkan pembebasan bagi mereka yang terperangkap dengan penipuan, Firman Tuhan mengajar kita— “Segala tulisan yang diilhamkan Allah memang bermanfaat untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk mendidik orang dalam kebenaran.” (2 Timotius 3:16 ).


(Petikan dari Renungan Shirley Weaver "Memperdayakan apa sahaja")


Roh Kudus bukan hanya akan membebaskan kita dari tipu daya iblis, Dia juga dapat membongkarkan struktur penipuan dalam diri kita!


Fokus Doa:



  1. Mintalah Tuhan untuk dedahkan setiap penipuan dan pembohongan Iblis yang masih mempengaruhi sistem kepercayaan anda hari ini – yang berasal dari masa lalu yang tidak menyenangkan dan menyakitkan, dari akar budaya kita dan dari masyarakat di dunia. Tinggalkan dan tolak semua penipuan dan pembohongan iblis.

  2. Lafazkan dan terima kebenaran Allah seperti yang dinyatakan dalam Alkitab, menggantikan kata bohong yang telah anda tolak dan tinggalkan.

Comments 
00:00
00:00
x

0.5x

0.8x

1.0x

1.25x

1.5x

2.0x

3.0x

Sleep Timer

Off

End of Episode

5 Minutes

10 Minutes

15 Minutes

30 Minutes

45 Minutes

60 Minutes

120 Minutes

Hari 24 | STRUKTUR-STRUKTUR PENIPUAN

Hari 24 | STRUKTUR-STRUKTUR PENIPUAN

Desert Stream Anglican Church