DiscoverDesert Stream Anglican ChurchHari 25 | NYAWA ADA DI DALAM DARAH
Hari 25 | NYAWA ADA DI DALAM DARAH

Hari 25 | NYAWA ADA DI DALAM DARAH

Update: 2022-03-01
Share

Description

Maka kata Yesus kepada mereka: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jikalau kamu tidak makan daging Anak Manusia dan minum darah-Nya, kamu tidak mempunyai hidup di dalam dirimu. Barangsiapa makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia mempunyai hidup yang kekal dan Aku akan membangkitkan dia pada akhir zaman. Sebab daging-Ku adalah benar-benar makanan dan darah-Ku adalah benar-benar minuman. Barangsiapa makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia. (Yohanes 6:53-56)


Ketika seseorang mempamerkan kelemahan dalam wataknya, kadang-kadang kita berkata, "Ada darah jahat dalam dirinya!". Maknanya, orang itu telah mewarisi sifat-sifat watak yang tidak diingini dari leluhurnya.


Dalam Imamat 17:11 dan 14 kita belajar, “Karena nyawa makhluk ada di dalam darahnya…karena darah itulah nyawa segala makhluk." Sekiranya nyawa ada di dalam darah, ia juga membawa ciri-ciri nyawa makluk itu. Ia mempunyai ingatan tentang kehidupan nenek moyang kita di dalam roh, jiwa dan tubuh. Ia membawa DNA tubuh fizikal (rupa, binaan fizikal, keadaan fizikal yang baik dan yang buruk), jiwa (tindak balas emosi, kecenderungan kehendak, corak pemikiran) dan roh (mahupun yang saleh atau yang tidak saleh). Dosa nenek-moyang meninggalkan kesan dalam keturunan, sehingga mempengaruhi kita dan anak-cucu kita.


Ketika Yesus berkata, “Barangsiapa makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia mempunyai hidup yang kekal”, Dia pasti merujuk kepada sesuatu yang lebih dari sekadar Perjamuan Suci fizikal. Dia tahu keadaan umat manusia. Kita sangat dipengaruhi oleh apa yang telah berlaku dalam keturunan kita. Oleh itu, Dia membawa penyelesaian yang mendalam ke akar masalah manusia, kesan dosa dan kejahatan yang ada di dalam diri kita. Keselamatan yang Yesus berikan kepada kita adalah penyelesaian yang menyeluruh terhadap masalah dosa. Dia menawarkan nyawa-Nya kepada kita, kerana nyawa-Nya ada di dalam darah-Nya. Darah Yesus sangat kuat. Ia mampu mengatasi perbuatan dosa dan kegelapan dalam keturunan kita, sehingga memberi kita kebebasan sejati.


Semasa anda mengambil bahagian dalam Perjamuan Kudus, ingatlah betapa kuatnya Tubuh dan Darah Yesus. Ketika anda menerima roti dan anggur, bersyukurlah kepada Yesus bahawa Dia melakukan kerja yang mendalam dalam hidup anda, dalam keturunan anda. Izinkan Dia untuk memperlihatkan sifat dan kerja musuh yang tersembunyi dalam keturunan anda, dan mintalah Yesus untuk membebaskan anda!


Fokus Doa:



  1. Mengenalpasti ciri-ciri kesalahan generasi dalam hidup anda dan keluarga anda (anak dan cucu). Berdoa dalam Nama Yesus untuk memulihkan kesalehan.

  2. Semasa anda mengambil bahagian dalam Perjamuan Kudus, secara khusus persembahkan hidup anda dan anak-anak kamu (cucu-cucu juga) dalam doa, agar Darah Yesus yang menyucikan, membersihkan garis keturunan anda dari sebarang kesan akibat kesalahan generasi.

Comments 
00:00
00:00
x

0.5x

0.8x

1.0x

1.25x

1.5x

2.0x

3.0x

Sleep Timer

Off

End of Episode

5 Minutes

10 Minutes

15 Minutes

30 Minutes

45 Minutes

60 Minutes

120 Minutes

Hari 25 | NYAWA ADA DI DALAM DARAH

Hari 25 | NYAWA ADA DI DALAM DARAH

Desert Stream Anglican Church