DiscoverDesert Stream Anglican ChurchHari 30 | KESELAMATAN DALAM BEREHAT
Hari 30 | KESELAMATAN DALAM BEREHAT

Hari 30 | KESELAMATAN DALAM BEREHAT

Update: 2022-03-01
Share

Description

Sebab beginilah firman Tuhan ALLAH, Yang Mahakudus, Allah Israel: "Dengan bertobat dan tinggal diam kamu akan diselamatkan, dalam tinggal tenang dan percaya terletak kekuatanmu." Tetapi kamu enggan, kamu berkata: "Bukan, kami mau naik kuda dan lari cepat," maka kamu akan lari dan lenyap. Katamu pula: "Kami mau mengendarai kuda tangkas," maka para pengejarmu akan lebih tangkas lagi. (Yesaya 30:15-16)


Bila Allah mencipta umat manusia, Dia merancang enam hari untuk kita bekerja, dan sehari untuk kita berehat. Badan kita memerlukan rehat. Fikiran dan jiwa kita memerlukannya. Ia adalah hari di mana kita akan beri tumpuan kepada Allah pencipta kita, dan disegarkan dalam roh kita. Rentak ini membolehkan kita disegarkan semula dan diperbaharui agar dapat bekerja untuk enam hari yang akan datang.


Walau bagaimanapun, terdapat rehat yang lebih mendalam yang diperlukan dan dicari oleh manusia. Berehat daripada masalah yang berulang, corak yang tidak berbuah, atau ketandusan. Melepaskan diri dari kitaran kekalahan, kadang-kala untuk berhenti berkawat dalam satu bulatan. Tuhan memberitahu umat-Nya, Israel, bila mereka kembali ke jalan-Nya, bila jiwa mereka tenang semula, bila mereka mempercayai-Nya, maka mereka akan diselamatkan daripada satu kitaran duniawi di mana mereka dikejar, dijadikan mangsa musuh. Tetapi mereka enggan. Maka mereka kekal dalam kekalahan.


Berehat dalam Tuhan bukan hanya sekadar menghabiskan sehari dalam setiap tujuh hari, meninggalkan kerja dan beriadah. Jika kita telah bekerja keras dengan kekuatan dan kebijaksanaan kita sendiri selama enam hari, dan melihat sedikit ataupun tidak ada hasil mahupun kemajuan, mengambil sehari untuk berehat dari kerja sia-sia kita dan kemudian kembali untuk enam hari berikutnya dengan melakukan pekerjaan yang sama, ini tidak membantu. Tuhan memberitahu umat-Nya dan Dia berkata kepada kita, “Janganlah kamu berehat sehari di dalam Aku, dan sesudah itu kembali kepada kerja-kerja daging dan pemikiranmu sendiri, dan berjalan kembali ke jalan-jalan lamamu dalam enam hari berikutnya. Tetapi kembali kepada Jalan-Ku! Ubah haluan anda! Berehatlah dalam kebijaksanaan-Ku dan berhentilah dengan kebijaksanaan kamu! Kemudian kamu akan melihat keselamatanmu”


Apabila umat Allah berkeras kepala menolak untuk kembali kepada jalan Allah dalam kehidupan mereka, walaupun mereka secara sah memelihara Sabat, mereka tidak mengalami kejayaan. Sebaliknya, mereka terus menjadi mangsa dalam hidup, dikejar dan larikan diri.


Adakah anda bosan dikejar, menjadi mangsa kepada Pemangsa? Adakah anda mahu berada dalam kedudukan yang dapat mengatasi dan mengejar musuh, agar anda yang merompak si perompak? Maka pilihlah untuk berehat di jalan Allah dan abaikan jalan anda sendiri. Bukan hanya berehat dari pekerjaan daging anda untuk sehari, atau menjadi legalistik tentang Sabat, tetapi benar-benar masuk ke dalam rehat kepercayaan kepada Tuhan dan hidup di dalam kehidupan dalam Roh.


Kembalilah kepada Tuhan dan berehatlah di jalan-Nya. Berjalanlah menurut Roh. Walaupun anda berada di tengah-tengah ribut, anda akan memerintahkan angin untuk berhenti!


Fokus Doa:



  1. Hari ini, carilah kerehatan dalam Tuhan. Serahkan semua perjuanganmu kepada-Nya. Benarkan Roh Kudus membawa kedamaian yang melebihi semua pemahaman ke dalam hidup anda. Katakan kepada angin dan badai: “Diamlah!”

  2. Berdoalah untuk mereka yang bergelut dengan kegawatan dan badai, agar mereka dapat berjumpa dengan Yesus sebagai Juruselamat mereka dan dapat berehat dari kerja yang penuh susah payah dan kerja yang sia-sia.

Comments 
00:00
00:00
x

0.5x

0.8x

1.0x

1.25x

1.5x

2.0x

3.0x

Sleep Timer

Off

End of Episode

5 Minutes

10 Minutes

15 Minutes

30 Minutes

45 Minutes

60 Minutes

120 Minutes

Hari 30 | KESELAMATAN DALAM BEREHAT

Hari 30 | KESELAMATAN DALAM BEREHAT

Desert Stream Anglican Church