Hari 33 | TIDAK ADA PINTU AUTOMATIK
Description
"Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Filadelfia: Inilah firman dari Yang Kudus, Yang Benar, yang memegang kunci Daud; apabila Ia membuka, tidak ada yang dapat menutup; apabila Ia menutup, tidak ada yang dapat membuka. Aku tahu segala pekerjaanmu: lihatlah, Aku telah membuka pintu bagimu, yang tidak dapat ditutup oleh seorangpun. Aku tahu bahwa kekuatanmu tidak seberapa, namun engkau menuruti firman-Ku dan engkau tidak menyangkal nama-Ku. (Wahyu 3:7-8)
Apabila pintu automatik mula-mula diperkenalkan di tempat awam, saya mendapati ia sangat berguna. Saya hanya perlu berdiri di laluan pengesan, pintu akan terbuka untuk saya. Jadi saya mula menjangka bahawa apabila saya ingin masuk pintu di tempat awam – saya menjangka bahawa pintu akan terbuka apabila saya berdiri di hadapannya. Kerana sudah biasa dengan pintu automatik, saya teragak-agak pada mulanya pengalaman pertama kali saya berdepan dengan pintu putar yang tidak bermotor. "Apakah yang perlu saya lakukan?" Sejenak kemudian, saya faham bahawa saya perlu menolak pintu putar dan melangkah masuk ke dalam ruang yang ada semasa pintu berputar. Kemudian saya akan muncul di tempat sebelah pintu itu.
Apabila Tuhan berkata Dia "telah menyediakan pintu yang terbuka di hadapan kita", itu mungkin bukan satu pintu automatik. Ia mungkin pintu yang tidak boleh ditutup oleh sesiapa, tetapi hanya kita yang akan memasukinya - jika kita menolak pintu itu. Seperti pintu putar, semasa kita memasukinya, mungkin adanya masa menunggu. Masa yang tidak menentu, seperti ruang yang ada di dalam pintu putar. Apa yang ada di sebelah sana? Berapa lamakah kita harus tinggal di ruang terkurung kecil ini? Satu perkara yang pasti, apabila pintu berputar, kita perlu terus bergerak. Kita perlu memberi perhatian apabila ia terbuka ke sebelah sana. Kita perlu keluar dari ruang terkurung itu. Jika kita terlepas peluang itu, kita mendapati diri kita kembali ke pintu putar. Pintu ditutup dalam masa yang singkat, tetapi kita berpusing lagi sehingga pembukaan yang seterusnya tiba.
Apakah “pintu-pintu” yang telah Tuhan buka di hadapan anda hari ini? Atau apakah padang-padang rumput, atau Tanah Perjanjian yang telah dijanjikan-Nya kepadamu? Apabila Dia berkata Dia akan memberikannya kepada anda, Dia akan membuka “pintu-pintu yang tidak boleh ditutup oleh sesiapa pun”. Tetapi anda mesti bergerak bersama dengan bimbingan Roh-Nya. Anda mesti berjaga-jaga untuk perhatikan pembukaan ke sebelah sana. Apabila anda lihat pembukaan itu, jangan teragak-agak untuk melangkah keluar.
Terus bergerak bersama Tuhan. Apa yang Dia katakan kepada kamu, lakukanlah! Pintu-pintu yang dibuka-Nya untuk kamu, tiada siapa yang dapat menutupnya. Jangan sampai ketinggalan!
Fokus Doa
- Mintalah pengampunan Tuhan kerana bersifat pasif ketika kita berhadapan dengan pintu yang terbuka dan peluang yang telah Dia berikan kepada kita.
- Berdoa untuk bimbingan dan pimpinan Roh Kudus untuk membezakan setiap pintu yang terbuka dan bagaimana anda akan memasukinya. Berdoa kepada Tuhan agar menunjukkan kepada anda bagaimana anda mesti bertindak balas terhadap "pintu yang tertutup".























