DiscoverDesert Stream Anglican ChurchHari 39 | LEMBAH KEKELAMAN
Hari 39 | LEMBAH KEKELAMAN

Hari 39 | LEMBAH KEKELAMAN

Update: 2022-03-01
Share

Description

Sekalipun aku berjalan dalam lembah kekelaman, aku tidak takut bahaya, sebab Engkau besertaku; gada-Mu dan tongkat-Mu, itulah yang menghibur aku. (Mazmur 23:4)


Perjanjian Lama sering menggambarkan Tuhan Israel sebagai Gembala. Gembala adalah orang yang membimbing, memimpin, melindungi, memberi makan dan menghiburkan kawanan. Domba adalah haiwan yang penuh ketakutan; mudah terkejut. Pemazmur (Daud) menggambarkan pengalaman "berjalan dalam lembah bayangan maut" dengan merujuk kepada Tuhan Gembalanya, menyiratkan bahawa dia seperti domba.


Mendengar "lembah bayangan maut" cukup menegangkan bagi saya. Pertama sekali, ia adalah satu lembah. Pilihan kita sangat terhad ketika berada di lembah, pergerakan adalah terhad - satu jalan masuk, satu jalan keluar. Kedua, "bayangan maut", ancaman maut membayangi perjalanan. Ia menyampaikan perasaan digertak, putus asa, ketidakpastian dan bahaya yang mengancam nyawa. Tetapi Daud berkata, dia tidak takut bahaya kerana Gembala Agung hadir bersamanya.


Di antara Ahad Palma dan Paskah, Yesus berjalan melalui "lembah bayangan maut". Dia menderita kerana semua ancaman, penindasan, penghinaan, kejahatan yang disebabkan oleh dosa dan kegelapan. Dia lalui semua yang sepatutnya dilalui oleh kita dalam hidup akibat dosa. Dia berjalan melalui lembah bayangan maut untuk kita, menggantikan kita, supaya Dia boleh berjalan bersama kita, supaya kita boleh muncul sebagai pemenang di hujung lembah! Yesus bahkan melakukan lebih daripada itu - Dia mati menggantikan kita, supaya kita miliki hidup yang kekal.


Tidak kira betapa sulitnya perjalanan hidup anda, yakinlah bahawa kamu tidak bersendirian kerana Yesus Gembala Agung ada di sini untuk membimbing, memimpin, melindungi, memberi makan dan menghiburkan kamu. Dia berjalan melalui perjalanan ini bersama kamu. Dia tahu apa yang sedang kamu alami kerana Dia telah melalui "lembah bayangan maut".


Kamu tidak perlu takut apa-apa kejahatan. Yesus bersamamu. Dia telah mengatasi.


Fokus Doa



  1. Mohonlah Yesus agar Dia dekat dan nyata kepada mereka yang mengalami perjalanan hidup yang sukar (ini sepatutnya meliputi semua orang yang mungkin kita kenali!). Berdoa untuk penghiburan, kekuatan, bimbingan dan perlindungan atas hidup mereka.

  2. Berdoa untuk mereka yang sakit di dalam roh, jiwa dan tubuh, yang berada di bawah ancaman atau bayangan maut. Berdoa untuk kesembuhan.


Tetapi dia tertikam oleh karena pemberontakan kita, dia diremukkan oleh karena kejahatan kita; ganjaran yang mendatangkan keselamatan bagi kita ditimpakan kepadanya, dan oleh bilur-bilurnya kita menjadi sembuh. (Yesaya 53:5)

Comments 
00:00
00:00
x

0.5x

0.8x

1.0x

1.25x

1.5x

2.0x

3.0x

Sleep Timer

Off

End of Episode

5 Minutes

10 Minutes

15 Minutes

30 Minutes

45 Minutes

60 Minutes

120 Minutes

Hari 39 | LEMBAH KEKELAMAN

Hari 39 | LEMBAH KEKELAMAN

Desert Stream Anglican Church