DiscoverHasrizalTauhid Itu 'Simple Tapi Bukan Simplistik
Tauhid Itu 'Simple Tapi Bukan Simplistik

Tauhid Itu 'Simple Tapi Bukan Simplistik

Update: 2025-08-12
Share

Description

TAUHID ITU SIMPLE TAPI BUKAN SIMPLISTIK


Asas agama kita ialah Tauhid, mentauhidkan Allah SWT tanpa menyekutukan-Nya. Tauhid mudah difahami, namun tidak menjadikan agama ini simplistik. Ia tetap menuntut kita berfikir, memahami kerencaman ideologi, dan menguasai ilmu.
Dalam Fiqh Sirah, Muhammad Sa‘id Ramadan al-Būṭī memetik pandangan Abul Hasan Ali an-Nadwi dalam Mādzā Khasira al-‘Ālam bi Inhithāt al-Muslimīn, bahawa keadaan Semenanjung Tanah Arab ketika kebangkitan Islam lebih stabil berbanding kekacauan falsafah dan ideologi yang melanda Rom dan Parsi. Masyarakat Arab Jahiliyyah, walaupun rosak dari segi akidah dan moral, masih memiliki pemikiran yang teratur, sehingga mudah menerima kebenaran apabila dijelaskan. Ibn Khaldun turut mengulas pandangan ini.


Hari ini, kita berdepan masyarakat dengan pemikiran bercampur-campur antara Timur dan Barat, lama dan moden. Untuk menyampaikan Tauhid dalam konteks ini, kita perlu memahami kekeliruan yang berlaku dan menguasai pelbagai disiplin: ilmu agama, sejarah Islam dan tamadun dunia, perkembangan teknologi, serta kajian tentang kecelaruan kognitif, bias pemikiran, dan kerosakan reasoning. Kita hidup di era di mana cabaran beragama bertambah dengan akal yang semakin tidak sihat.


#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland🇮🇪🇲🇾

Comments 
00:00
00:00
x

0.5x

0.8x

1.0x

1.25x

1.5x

2.0x

3.0x

Sleep Timer

Off

End of Episode

5 Minutes

10 Minutes

15 Minutes

30 Minutes

45 Minutes

60 Minutes

120 Minutes

Tauhid Itu 'Simple Tapi Bukan Simplistik

Tauhid Itu 'Simple Tapi Bukan Simplistik

Hasrizal Abdul Jamil