KL Sinkhole, Apa jadi Malaysia Airlines?, Surat Terbuka Asia Internet Coalition, Pelaburan Amazon
Description
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 121 antaranya membincangkan tentang kejadian ‘Sinkhole’ di Masjid India, Kuala Lumpur serta Malaysia Airlines yang sedang mengalami masalah operasi.
Keluar Sekejap juga mengulas tentang surat terbuka Asia Internet Coalition yang menggesa kerajaan membatalkan rancangan lesen media sosial.
Keluar Sekejap turut menyentuh tentang Amazon Web Services (AWS) yang mengumumkan pelaburan besar sebanyak AS$6.2 bilion (RM29. 2 bilion) di Malaysia sehingga 2038 sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjangnya.
Laporan zon risiko "sinkhole" di Kuala Lumpur: https://www.sinardaily.my/ampArticle/220955
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di commercial@ksmedia.my