Reformasi 26 Tahun, Muktamar PAS, Pemilihan Bersatu & DAP P.Pinang, PRK Makhota, Forest City SFZ
Description
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 124 antaranya membincangkan Himpunan Keadilan : Suara Rakyat Suara Keramat yang dianjurkan bagi memperingati detik bermulanya gerakan reformasi 26 tahun serta Muktamar Tahunan PAS Ke-70 yang berlangsung minggu lepas.
Episod ini turut menyentuh berkenaan pemilihan Bersatu yang bakal berlangsung bulan hadapan serta keputusan pemilihan DAP Pulau Pinang yang telah mengangkat Steven Sim sebagai Pengerusi Pulau Pinang yang baharu.
Keluar Sekejap juga membincangkan PRK Makhota yang sedang berlangsung memasuki minggu kedua berkempen serta Pengumuman Pakej Insentif Cukai Zon Kewangan Khas Forest City yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada 20 September yang lepas.
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di commercial@ksmedia.my