Lesen Media Sosial, Syarikat Arak Taja SJKC, WAF Digantung Parlimen, Pembukaan Olimpik Paris
Description
Audio Siar Keluar Sekejap Episod 116 antaranya membincangkan kerangka baharu bagi mengawal selia perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang akan diperkenalkan pada 1 Ogos ini dan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025.
Keluar Sekejap juga mengulas tentang isu tajaan syarikat arak kepada SJK (C) Tche Min di Sungai Pelek yang telah mencetuskan kontroversi serta usul untuk menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan kerana dakwaan berkaitan surat layang yang telah diluluskan di Dewan Rakyat.
Keluar Sekejap turut menyentuh tentang upacara pembukaan Olimpik Paris 2024 serta keputusan penarikan diri Joe Biden sebagai calon Presiden AS.
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di commercial@ksmedia.my